Part 22

Heart
Please Subscribe to read the full chapter

-Sebulan kemudian-

"Yoong.....dia dah sampai",

Yoona mengangguk perlahan.Dia menarik nafas panjang.Yoona sempat menoleh ke arah Chanyeol dan suaminya itu terus menggenggam jari-jemarinya,cuba memberi kekuatan.Chanyeol lalu mengajak Yoona turun ke bawah bersama omma.Sampai sahaja di ruang tamu,Soobin dan Jaebum sudah berada di situ.Mata Yoona terus menghala ke seseorang yang berdiri sambil tersenyum hiba ke arahnya.Yoona sebak dan bibirnya terus mengukirkan senyuman.Dia mendekati perlahan-lahan lalu terus memeluk orang itu dengan erat.

"mianhae.......Yoong minta maaf sangat-sangat",

Appa tersenyum lalu membalas pelukan Yoona.Yoona sudah menangis tersedu-sedu.

"appa pun nak minta maaf sebab appa jadi punca segalanya",

Yoona meleraikan pelukannya.Dia memandang appa sambil menangis.Dia percaya apa yang dilakukannya ini adalah yang terbaik.Sudah lama dia memendam perasaan marahnya terhadap appa sedangkan omma dan Jaebum sudah mula memaafkan dan berbaik semula.Yoona bersyukur walaupun dia adalah orang yang terakhir untuk memberi pemaafan kepada appa nya.

"maafkan Yoong.....",

"appa dah lama maafkan Yoong....sejauh mana kamu marahkan appa,kamu masih lagi anak appa.Appa minta maaf sebab tinggalkan kamu dulu bersama omma dengan Jaebum.Appa minta maaf sangat-sangat Yoong...........",

Yoona terus mencapai tangan appa lalu digenggamnya.Dia cuba mengawal tangisannya.

"sudahlah.....Yoong tak mahu dengar cerita lama lagi.Kita hidup bahagia ya lepas ni?janji?",

Appa terus mengangguk sambil tersenyum.Dia lalu memeluk Yoona semula dengan erat.Omma yang berada di situ turut mengalirkan air mata.Jaebum tersenyum sambil memeluk bahu Soobin.Chanyeol juga hanya mengukirkan senyuman.

-----------------------------------------------------------------------------------------

"kebahagiaan akan jadi milik kita",

Yoona tersenyum.Chanyeol sibuk membelai rambut isterinya itu.

"kenapa awak selalu cakap macam tu?awak memang bahagia ke hidup dengan saya?",

Chanyeol tersenyum manis.Mana mungkin dia kata dia tidak bahagia bersama Yoona?Mustahil.Tipulah dia kalau dia tak bahagia dengan budak perempuan yang disukainya dulu sedangkan dirinya sudah berjanji untuk jadikan miliknya satu hari nanti.Dan inilah yang sedang dia berhadapan.Dia percaya,Yoona memang sudah ditakdirkan untuknya sejak dulu lagi.Dia bersyukur sangat-sangat.Dan dia juga ingin merahsiakan daripada pengetahuan Yoona.Dia tidak mahu isterinya itu tahu bhawa dialah budak lelaki yang pernah meluahkan perasaanya terhadap isterinya itu.

"Yoona.....",

"hmm?",

"saranghae",

Yoona memandang Chnayeol.Mata mereka berdua saling bertautan.Dia tersenyum manis lalu mengelus lembut pipi Chanyeol.

"saranghae,Park Chanyeol",

Chanyeol memegang pipi Yoona lalu dikucup.Yoona membiarkan saja lalu tangan kirinya terus menutup lampu tidur.

'awak milik saya,Lim Yoona'

-----------------------------------------------------------------------------------------

Mereka sekeluarga duduk bersama di ruang tamu sambil menonton TV.Kadang-kala,Yoona dan Soobin ketawa apabila disakat oleh suami mereka.

"noona.....bila lagi?",usik Jaebum

"bila apa?",tanya Yoona tidak mengerti

Jaebum ketawa lalu Soobin terus menepuk peha suaminya itu.Omma dan appa turut tersenyum malu-malu.

"nak mengisi perut noona tulah",

Yoona terkedu.Dia menggigit hujung bibirnya.Dia menoleh perlahan-lahan ke arah Chanyeol di sebelahnya.Chanyeol hanya mengukirkan senyuman manis dan menjongketkan kening sebelahnya.

"ishh awak ni!",marah Soobin lalu mencubit pipi Jaebum

"auch!Sakitlah sayang",jerit Jaebum

Omma dan appa terus ketawa.Pipi Yoona semakin panas.Jaebum ni memang nak kena!Kenapa dia pergi tanya soalan macam tu di depan keluarganya?Sudahlah Chanyeol juga berada di situ.Yoona sudah malu.Lagi malu apabila Chanyeol asyik memandangnya sambil tersenyum.

"cakap orang je lebih.Kmau tu bila lagi?",tanya omma

"hmm...tak lama lagi.Omma jangan risau",balas Jaebum

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
hope you guys love it:) <3

Comments

You must be logged in to comment
nj4701_ #1
Chapter 25: WEH!!!! APE ADE DALAM KOTAK TU DOH?!!!!!!!!
nisyasooo
#2
Chapter 25: Cerita author tak pernah tak menyentuh jiwa, hati, perasaan dan kalbu sayaaa????
Ongniel001
#3
We yg mne satu part yesung tu? Takkan nk bce dri awal
??