Part 21

Heart
Please Subscribe to read the full chapter

Yoona terhenti sambil memerhati sekeliling.Angin sejuk yang menghembus dingin pada malam itu membuatkan Yoona menggigil kesejukan.Yoona terlupa untuk memakai kot sejuknya apabila dia kelam-kabut untuk keluar sebaik sahaja Chanyeol menelefonnya mengajak untuk berjumpa di Sungai Han.

Dalam pada itu,hatinya berdebar.Yoona risau.Dia sudah terlepas cakap dekat Chanyeol siang tadi sewaktu suaminya itu menelefonnya.Sedaya-upaya Yoona cuba menyorokkan identiti 'blogger' nya,dan akhirnya terbongkar.Dia sendiri yang terlepas cakap!

Tenang.....jangan panik!Semua akan okey......

Seketika itu,Yoona ternampak kelibat Chanyeol yang sedang berdiri di depan pagar sambil menghadap Sungai Han yang bergelora perlahan.Perlahan-lahan Yoona mendekati.

"Chanyeol....",

Chanyeol menoleh.Dia memandang wajah Yoona yang kemerahan menahan sejuk.Terus dia menanggalkan lilitan kain mafela di lehernya lalu dipakainya di leher Yoona.

"erm gomawo.....",

Chanyeol dan Yoona berdiri di situ.Hanya beberapa orang saja yang lalu lalang di situ.Yoona hanya diam.Walaupun hatinya sudah mendebar tahap menggila ketika itu.

"Yoong....",

"erm nae...?",

"saya rasa ada sesuatu yang saya tak tahu daripada awak",

Yoona tertelan liur.Kesat.Dia berpura-pura memandang tempat lain.Chanyeol menoleh ke arahnya.

"Yoong",

"err mana ada saya sorok apa-apa daripada awak....",

"Lim Yoona....saya cakap sekali je",

"err mana adalah.Betul,saya tak sorok apa-apa pun",

Chanyeol mendengus.Dia terus menarik pinggang Yoona lalu menahan Yoona dengan kedua tangannya.Yoona tergamam.Jarak badannya begitu dekat sekali dengan Chanyeol.Yoona tidak dapat melarikan diri apabila suaminya itu sudah menahan dengan kedua tangannya.Mahu berundur ke belakang sudah tidak boleh kerana sudah ada pagar dibelakangnya.

"err....",

Yoona kalut.Mata mereka berdua saling bertautan.

"jujur dengan saya,Lim Yoona.Lagipun awak dah terlepas cakap dekat saya masa saya telefon awak siang tadi.Jadi....bagitahu saya sekarang",kata Chanyeol tegas

"mana ada!Saya tak tipulah.Mana ada saya sorok sesuatu daripada awak",jawab Yoona kalut

Chanyeol mendekatkan badannya ke badan Yoona.Yoona tergamam apabila wajah Chanyeol semakin dekat.Dia terus memejamkan mata.

"arraso!Saya memang suka tulis cerita!",balas Yoona

Chanyeol memandang Yoona.Hatinya tersenyum gembira.Akhirnya segalanya terjawab.Chanyeol betul-betul gembira saat itu.Jadi,blogger kesukaannya itu memang Yoona!

"maksudnya...awak ni blogger?",soal Chanyeol

Yoona memandang Chanyeol malu-malu.Dia terpaksa mengganguk lemah.Yoona memejamkan matanya dan menunduk.

"Yoong.....",

Yoona mengangkat muka perlahan-lahan.Dia merenung anak mata Chanyeol dalam-dalam.

"saya suka....saya suka segalanya yang ada pada awak.Awak memang sempurna dalam hidup saya.Saya bersyukur sebab dapat jumpa awak dan jadi suami awak.Setiap masa,saya langsung tak jemu tengok muka awak.Entahlah.......saya suka.Saya suka awak,Yoong.Saya betul-betul sukakan awak dan saya memang dah jatuh cinta dekat awak",

Yoona terdiam.Air matanya mula bergenang.Dia terus mencium dahi Chanyeol dan mengukirkan senyuman manis kepada Chanyeol.Chanyeol tersenyum dan terus menarik pinggang isterinya itu.Yoona lalu memeluk Chanyeol dengan erat.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Jaebum tersenyum manis dan ketawa sebaik sahaja membaca balasan mesej daripada Yoona.Soobin yang baru melangkah masuk ke dalam bilik terus memeluk Jaebum dari belakang.

"kenapa senyum ni?ada apa-apa ke?",tanya Soobin

"aniyo.....noona mesej saya ni....",jawab Jaebum yang masih tersenyum

"waeyo?Yoona unnie mesej apa?",soal Soobin

Soobin terus duduk bersebelahan Jaebum di sofa berehat.Dia melihat saja Jaebum membalas mesej daripada Yoona.

"Soobin....sebenarnya noona baru cerita rahsia dia dekat saya",

"rahsia apa?",

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
hope you guys love it:) <3

Comments

You must be logged in to comment
nj4701_ #1
Chapter 25: WEH!!!! APE ADE DALAM KOTAK TU DOH?!!!!!!!!
nisyasooo
#2
Chapter 25: Cerita author tak pernah tak menyentuh jiwa, hati, perasaan dan kalbu sayaaa????
Ongniel001
#3
We yg mne satu part yesung tu? Takkan nk bce dri awal
??