02 : What?

Twin From The Sky

 

 

 

10.30 pm

 

Park Woojin membuka kasut hitam berjenama Nike yang dipakai lalu disimpan ke dalam almari. Dia melangkah ke ruang tamu namun tiada sesiapa disitu. Seisi rumahnya tika itu sunyi sepi. Batang hidung ibu, bapa dan abangnya lansung tidak kelihatan.

Malas memikirkan soal itu, Woojin bergerak ke dapur. Tekaknya yang haus kerana penat menganyuh basikal dari pusat tuisyen tadi harus dipuaskan. Peti sejuk dibuka lalu sekotak jus oren dicapai.

Punggung dinaikkan sedikit lalu Woojin duduk diatas kaunter dapur yang berdekatan dengan singki. Gelas yang berisi jus oren itu diteguk perlahan-lahan.

“Hoi!”

PFTTT!

Tersembur habis jus oren yang diteguk tadi ke lantai. Woojin mengangkat muka lalu terpampang muka abangnya yang seorang iaitu Park Soonyoung. Nasib lah jus tadi tersembur ke lantai, buatnya tersembur ke muka Soonyoung memang naya lah.

“Hyung! Kau ni suka buat aku terkejut! Tengok, sekarang siapa nak lap lantai ni?” Woojin mencebik. Dia turun dari kaunter dapur dan membasuh gelas yang digunakan tadi. Terbantut niatnya nak habiskan sekotak jus oren tadi.

Soonyoung hanya buat endah tak endah. Peti ais dibuka lalu sebotol air mineral 1.5 liter diteguk rakus macam orang tak minum seminggu sehingga tinggal setengah botol. Barulah selepas itu dia kembali memandang wajah adik ‘kesayangannya’.

“Pandai sembur, pandai lah lap.”

“Aku tersembur sebab hyung lah!”

Bahu diangkat sedikit tanda tidak tahu dengan muka selamba badak. Kali ini giliran Soonyoung pula yang bertenggek di kaunter dapur. Dia memerhati setiap gerak geri Woojin yang tekun mengelap lantai.

“Hyung, esok lusa kau busy tak?” Sebelah kening Soonyoung terangkat ; pelik dengan soalan yang ditanyakan secara tiba tiba itu.

“Asal?”

“Aku nak ajak kau teman aku.” Kelihatan pipi dan telinga Woojin memerah secara tiba-tiba sambil dia tersengih alim alim kucing.

“Pergi mana? Aduh, kau ni suka buat suspen. Sengih macam stalker pehal?”

“Aku nak sambut birthday Mina…tapi aku segan kalau berdua.”

“CHOIIIII! Kau ni takde telur ke apa?” Soonyoung ketawa terbahak-bahak. Dia tak sangka pulak adiknya yang selama ni nampak cool and steady tahu segan segan biawak bila bab cintan cintun ni. Hm padan lah tak pernah ada girlfriend!

“Ahh hyung! Aku serius ni!”

“Aku pun serius kot! Takkan kau nak suruh aku kacau daun pulak bila korang berlovey dovey nanti?” Senyum senget dipamerkan kepada Woojin. Soonyoung lantas turun dari kaunter dapur. Sebelum dia melangkah keluar, bahu tegap adiknya ditepuk perlahan.

“Satu je aku nak cakap. Good luck for the date!”

Maka, sekali lagi Woojin bertukar menjadi tomato masak ranum :3

 

 

 

11.45 pm

 

Mina menghempas badan ke atas katil setelah selesai mandi. Tuala kecil yang digunakan untuk mengelap rambut tadi dilempar entah ke mana. Tangannya cuba dipanjangkan untuk mencapai telefon bimbitnya berjenama Iphone 6plus yang berada di atas laci sebelah katil.

Segala jenis applikasi dibuka dan discroll tanpa hala tujuan sehinggalah dia berasa bosan. Bahagian atas smartphone tersebut dikerling untuk melihat nombor yang tertera atau lebih dikenal pasti sebagai jam sekarang yang menunjukkan 11.58 pm.

Heh, lagi 2 minit!

Mina mengeluh berat. Teringat akan perbualannya mengenai ulang tahun kelahirannya dengan Woojin di pusat tuisyen tadi, dia menggeleng kepala kesal dengan kebodohan diri sendiri telah membuat permintaan yang jelas tidak masuk akal sama sekali.

BUKK!

Mata dialihkan segera ke siling rumah. Mina pasti bunyi yang kuat tadi datangnya daripada atas, bumbung! Dia bangun dari katil, smartphone dicapai. Tepat pukul 12.00 tengah malam. Benda apa pulak yang terjatuh dari langit malam malam buta ni?

Dengan segera kaki dia melangkah keluar bilik. Buka sahaja pintu, terpampang wajah Encik Joohyuk yang juga baru berniat untuk melangkah keluar bilik tidur.

“Appa pun dengar jugak ya?”

 

“Appa rasa itu mungkin musang. Appa nak pergi check. Kamu nak ikut?”

Mina hanya mengangguk. Encik Joohyuk bertindak menarik lengan anak perempuannya itu menuruni anak tangga ke ruang tamu bawah lalu terus ke pintu utama.

“Lampu suluh lupa nak bawa turun!”

“Takpa appa! Suluh pakai phone Mina je.”

Tombol pintu dipegang kejap oleh Mina sambil matanya memandang wajah Encik Joohyuk meminta kepastian mungkin. Encik Joohyuk hanya mengangguk untuk menyakinkan anaknya. Dengan kadar yang perlahan lahan dan penuh berhati hati, Mina memulas tombol pintu utama tersebut. Dan sebaik sahaja pintu terbuka, kedua anak beranak itu terkedu dengan apa yang muncul betul betul di hadapan mata mereka.

Bukan seperti telahan yang dibuat oleh Encik Joohyuk yang mengatakan bumbung rumah mereka dihentam oleh seekor binatang, sebaliknya ‘makhluk’ tersebut adalah SEORANG MANUSIA yang berjantina lelaki! Muka pucatnya bercalar balar, bajunya juga jelas nampak comot dan terkoyak sedikit di bahagian lengan. Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya.

Baru sahaja Encik Joohyuk mahu bertindak untuk memegang lengan budak lelaki itu, dia dengan pantas menunduk 90 darjah dihadapan Encik Joohyuk dan Mina. Bibirnya yang terketar-ketar menunjukkan dia berusaha untuk mengatakan sesuatu.

“T-tolong! T-tolong s-selamatkan saya!”

 

 

To be continue!

 

 

 

 

 

Holla warga Asianfanfic sekalian! Wahh dah lama rasanya saya tak update, terpaksa hiatus sekejap. Yelah, nak buat macam mana, saya busy sangat dengan assignments dan projek huhu sampaikan abaikan fanfic ni tergantung sepi. 

Saya rindu awak semua! Awak semua rindu saya tak? XD 

Lol boo to myself! :p

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lilylunalove
CHAPTER 1 UP!

Comments

You must be logged in to comment
aureliajenifer #1
hello author-nim!!
im indonesian and i really like your storyline even though its only 2 chap xD, sadly, i only understand a bit :((
i really want this story to be translated to english or indonesian, perhaps if u already finish this story, can u translate it to english or indonesian?? i bet you will get a loooooottss of upvotes and subscribes!! thankyou for making this story author-nim!! fighting?!!
Jelly_Warrior
#2
Chapter 2: Hahahha ! Kesian Woojin, malu2 kucing :3 Abang dia plak tak support XD...*tumbuk Soonyoung*
OMG ! Cerita semakin menarikkkk~~
Good luck utk next update. Tak sabar nak baca ni ^^
girly_
#3
Chapter 1: susah kalau dpt adik beradik suka gaduh ni hahaha.. hmm.. tengah baca2 tetibe muncul pulak nama woojin.. hihi.. thank you authornim~ kalau rajin update lah lagi. tak sabar nak baca mcmn bae jin young jatuh dri langit 0.0
girly_
#4
Waaa ~ Bae Jinyoung~
Jelly_Warrior
#5
Chapter 1: Bae Joohyuk sangatlah bae xD
Abang Woojin, Park Soonyoung. Kenapa saya terbayang yang itu Hoshi? Lulzzzz XD
Seasony
#6
Chapter 1: Hahaha saya rasa perangai saya macam Minyoung haha bukan tak suka berkongsi cuma tak suka orang usik barang kepunyaan saya hehehe!
By the way omg appa diorang hotttsss!!!!