01 : Fight

Twin From The Sky

 

 

 

9 May 2017

 

 

“Yah! Unnie, tu kan t-shirt Minyoung?”

Jeritan Bae Minyoung yang nyaring itu menghentikan tindakan Bae Mina yang sedang bersiap untuk ke kelas tuisyen sebentar lagi. Mina memandang wajah adiknya dan baju yang dipakai itu silih berganti.

“Eo yeke? Unnie pinjam eh?” Balas Mina selamba lalu sambung menyikat rambutnya supaya kelihatan kemas.

Minyoung yang berdiri di depan pintu bilik Mina itu menghentakkan kakinya kuat. “No! Pulangkan baju tu. You can wear your own shirt!” Kali ini, jeritan nyaring Minyoung naik lagi seoktaf.

Dia mendekati Mina lalu menarik hujung t-shirt tersebut ; memaksa Mina untuk membuka t-shirt tersebut segera.

“Kedekut la kau ni! Unnie nak pinjam untuk hari ni je.”

“NO! I SAID NO, THEN NO!”

Bergema satu rumah dek tengkingan suara Minyoung yang kuat. Puan Seohyun dan Encik Joohyuk yang tadinya sedang asyik menonton siaran ulangan The Return of Superman di ruang tamu tersentak. Mereka memandang sesama sendiri.

“Tu mesti Minyoung. Biar saya tengok apa yang jadi.” Puan Seohyun bangun dari sofa meninggalkan suaminya keseorangan lalu memanjat tangga ke tingkat dua dimana punca suara anaknya dapat dikesan.

Rambut Mina yang tadinya elok terurus kini telah serabai kerana ditarik oleh Minyoung. Puan Seohyun yang melihatkan situasi tersebut bertindak segera menghentikan pergaduhan dua beradik itu.

“Kamu berdua bergaduh ni kenapa? Satu perumahan ni boleh dengar suara kamu berdua tahu!”

Kedua duanya diam tidak berkutik apabila Puan Seohyun mula bersuara. Namun, tangan Minyoung masih galak menarik hujung t-shirt yang dipakai Mina.

“BAE MINA! Tadi kan eomma dah suruh kamu bersiap, aish tengoklah kamu sekarang. Serabai!”

Hujung bibir Mina digigit tanda gelisah. Tak payah tengok cermin, Mina tahu keadaan dia sekarang memang teruk. Semuanya gara gara adik perempuannya yang tak guna tu, Bae Minyoung!

 

“Omma bagi kamu lima minit, pergi bersiap cepat sebelum appa tinggalkan kamu.”

Mendengarkan arahan Puan Seohyun yang jelas lagi nyata itu, dengan segera Mina bergerak semula ke depan meja soleknya untuk membetulkan rambutnya yang sudah seperti sarang burung.

Pandangan Puan Seohyun kini beralih pula ke arah anak bongsunya yang hanya tercegat seperti askar kadet menunggu arahan.

“Minyoung, kamu buat apa lagi dekat sini? Tadi kata nak pergi rumah kawan kamu untuk study group?” Sebelah kening terangkat sedikit melihatkan wajah Minyoung yang mencuka.

Minyoung mengangkat jari telunjuknya lalu diarahkan kepada Mina. Badan yang tadinya tegak mula meliuk lentuk seperti sotong kurita. “Eomma tengoklah perangai unnie tu! Dia selalu pakai baju Minyoung!”

Mina hanya mampu menahan geram mengenangkan sikap adiknya yang sering mengadu domba itu. Perkara kecil pun nak dibesarkan, cerewet dan mengada ngada! Fikir Mina, Puan Seohyun tidak akan ambil kisah namun sebaliknya berlaku.

“Kamu dah tak ada t-shirt sendiri ya Bae Mina?” Berdesing telinga Mina akan sindiran pedas ibunya. Perlahan lahan kepala dianggukkan.

“Kalau macam tu, pulangkan je t-shirt Minyoung dan kamu pakai baju sendiri. Kamu pun tau kan yang Minyoung tak suka berkongsi?”

Puan Seohyun berlalu pergi setelah memastikan Mina menurut kata katanya. Minyoung dan Mina bertentang mata untuk seketika sebelum adik perempuannya itu tersenyum sinis dengan sebelah kening terangkat.

“Unnie dengarkan apa yang eomma cakap tadi. MINYOUNG TAK SUKA BERKONGSI! So, lepas ni you better remember that.”

Minyoung keluar dengan muka bangga setelah menghempas pintu bilik kakaknya dengan kuat. Baru puas hatinya bila melihat Bae Mina dimarahi oleh ibu mereka.

Mina yang berada di dalam bilik mengetap bibir ; menahan air mata jatuh daripada tubir mata. Penumbuk dikepal erat. Ayat yang dituturkan oleh Puan Seohyun dan Minyoung tadi terngiang ngiang di telinganya.

Tak guna! Dia bencikan Bae Minyoung! Kerana adik perempuannya itu wujud, Puan Seohyun dan Encik Joohyuk selalu melebihkan anak ‘kesayangan’ mereka!

T-shirt milik Minyoung yang tersarung di badannya tadi ditanggalkan dengan kasar lalu dicampak ke lantai penuh kegeraman.

 

 

 

 

Pusat Tuisyen Wannable

 

 

Encik Joohyuk menurunkan Mina betul betul dihadapan bangunan pusat tuisyen tersebut. Dia segera memandu pergi selepas anak keduanya itu melambaikan tangan beberapa kali. Selepas ni dia perlu singgah ke pasaraya terdekat untuk membelikan beberapa barang dapur yang telah dipesan oleh si isteri.

Berbalik kepada Mina yang telah diturunkan daripada kereta tadi. Gadis itu melangkah lemah menuju ke pintu hadapan pusat tuisyen tersebut lalu membukanya.

“Mina-ya!”

Suara itu menyedarkan lamunan Mina. Dia mengangkat muka untuk melihat gerangan siapakah yang menyeru namanya tadi. Ternyata ianya kawan rapat merangkap jiran satu perumahannya, Park Woojin.

Remaja lelaki itu tersenyum sehingga menyerlahkan gigi taringnya yang menjadi pujaan ramai gadis di taman perumahan mereka. Woojin menggamit Mina supaya duduk di meja yang bersebelahan dengannya. Kerana malas mahu berfikir panjang, Mina terus melabuhkan punggung di tempat yang dicadangkan tanpa memandang lansung kearah Woojin.

Dia mengeluh seketika. Memandangkan guru tuisyen mereka belum tiba, Mina mengambil kesempatan untuk melentokkan kepala sebentar di atas meja. Niatnya untuk melelapkan mata sebentar terbantut apabila Woojin mencuit lengannya berkali kali menggunakan jari telunjuk.

Muka dipalingkan menghadap kearah Woojin dengan riak yang jelas menunjukkan kemarahan.

“Weh apasal kau moody ni? Something happen?”

Riak kemarahan tadi beransur hilang diganti dengan riak sendu. Sesungguhnya Park Woojin adalah kawan terbaik, siap boleh baca apa yang tersirat di hati Bae Mina yang bercelaru itu.

“Cerita jelah. Aku dengar.” Woojin mengerling sekilas kepada teman baiknya itu bersama senyuman kecil. Telinga ditadah sementara tangannya sibuk bermain pen.

“Woojin-ah, alangkah bagusnya kalau aku dapat jadi kau.”

Kerutan di dahi Woojin jelas kelihatan menunjukkan yang dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Mina.

“Maksud kau? Kau nak jadi macam aku?”

“Bukan. Aku nak jadi kau. Kau anak bongsu dan cuma ada seorang abang, untung lah." Mendatar suara Mina menuturkan ayat tadi, sayu.

Namun kawan baiknya itu lansung tak dapat tangkap maksud disebalik kata-katanya.

“HUH?”

Sekali lagi bibirnya melepaskan keluhan kecil. Rambut Woojin yang berwarna merah menyala itu ditenung. Semenjak dua menjak ni, Mina rasa otak Woojin semakin lembab kerana dia selalu warnakan rambut.

“Haih, kau tahu kan yang aku benci Minyoung.”

“Apa pulak yang adik kau buat kali ni?”

“Kami bergaduh lagi. Kali ni, isunya kerana sehelai t-shirt bodoh!”

“Kau pakai t-shirt adik kau?” Teka Woojin dan Mina mengangguk. “Jadi, apa isunya? Aku pun selalu pakai baju Soonyoung hyung.” Jari telunjuk dihalakan ke arah t-shirt merah jambu dibadan yang merupakan milik abangnya, Park Soonyoung.

“Isunya pasal t-shirt bodoh itulah aku kena marah dengan eomma! Eomma selalu lebihkan si gedik tu!”

Belakang badan Mina diusap perlahan untuk menenangkan perasaan gadis itu yang berkecamuk. Walaupun Woojin tak ada adik beradik perempuan tapi dia dapat rasa kesedihan dan kebencian Mina berdasarkan apa yang selalu diceritakan oleh teman baiknya itu. Dia sudah lama tahu yang Mina memang tidak gemar dengan perangai adik perempuannya. Oh dan tak lupa juga, kakaknya sekali. Kata Mina, adiknya mengada dan gedik manakala kakaknya menyakitkan hati dan perasan bagus.

“Sudah la tu Mina. Tak baik kau marah, nanti cepat tua! Kau kena happy, esok kan birthday kau?”

Woojin menarik sengih apabila Mina tidak lagi membebel pasal hal tadi. Mata gadis itu lantas membulat keterujaan.

“Ingat je kau kan? Aku pun hampir lupa birthday sendiri.”

“Well, kata buddyz! Of course la ingat weh.” Mina tersenyum senget dengan ke’poyo’an kawan baiknya. “Kau cakap je kau nak apa esok! Aku tunaikan.”

Dagu diusap perlahan, sengaja menguji kesabaran Woojin yang menunggu dari tadi. Agak gementar kerana bimbang dengan kemungkinan permintaan yang pelik pelik akan dikeluarkan.

Lama mendiamkan diri, Mina menarik sengihan lebar dengan mata bersinar harapan merenung wajah Woojin.

“Kalau aku cakap yang aku nakkan … seorang adik beradik lelaki, kau akan tunaikan tak?”

 

 

To be continue!

 

 

 

 

 (16)

 

 

(18)

 

 

 

 

 

 

 

 

Yeahhh there you go, first chapter! Halamak, saya nak buat cerita ni ala ala romcom tapi rasanya ni dah jadi lebih kepada drama akasia huhu +_+   

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lilylunalove
CHAPTER 1 UP!

Comments

You must be logged in to comment
aureliajenifer #1
hello author-nim!!
im indonesian and i really like your storyline even though its only 2 chap xD, sadly, i only understand a bit :((
i really want this story to be translated to english or indonesian, perhaps if u already finish this story, can u translate it to english or indonesian?? i bet you will get a loooooottss of upvotes and subscribes!! thankyou for making this story author-nim!! fighting?!!
Jelly_Warrior
#2
Chapter 2: Hahahha ! Kesian Woojin, malu2 kucing :3 Abang dia plak tak support XD...*tumbuk Soonyoung*
OMG ! Cerita semakin menarikkkk~~
Good luck utk next update. Tak sabar nak baca ni ^^
girly_
#3
Chapter 1: susah kalau dpt adik beradik suka gaduh ni hahaha.. hmm.. tengah baca2 tetibe muncul pulak nama woojin.. hihi.. thank you authornim~ kalau rajin update lah lagi. tak sabar nak baca mcmn bae jin young jatuh dri langit 0.0
girly_
#4
Waaa ~ Bae Jinyoung~
Jelly_Warrior
#5
Chapter 1: Bae Joohyuk sangatlah bae xD
Abang Woojin, Park Soonyoung. Kenapa saya terbayang yang itu Hoshi? Lulzzzz XD
Seasony
#6
Chapter 1: Hahaha saya rasa perangai saya macam Minyoung haha bukan tak suka berkongsi cuma tak suka orang usik barang kepunyaan saya hehehe!
By the way omg appa diorang hotttsss!!!!