Final

Painful Regret
Please Subscribe to read the full chapter

Adanya mereka diabaikan kita, tiadanya mereka menyedarkan kita

 

     “Tak nak.”

Sehun mengerutkan dahinya. “Jia.. Awak tak sihat ke?” soal Sehun. Jia yang sedang meniarap di atas katil sambil menekan-nekan papan kekunci laptopnya itu kelihatan tiada mendung. Sehun menyangkutkan kotnya di belakang pintu.

Tubuhnya dibawa duduk di sisi katil. “Nope.”

Dahi Jia disentuh. Tak panas.

Apabila terasa dahinya disentuh, Jia menjauhkan sedikit jarak mereka.

“Jia, sayang... Awak ingat kan hari ni hari apa?”

Jia menarik nafas panjang. Sudah tentu dia ingat. “Yap.”

“Then—”

“Not in the mood.”

Kali ini Sehun tak boleh tahan amarahnya. “Jia, it’s our ing fourth year anniversary! Buang bad mood tu hari ni, boleh tak!”

Mendengarkan itu, Jia memejamkan matanya. Laptop ditutup dan diletakkan di atas meja. Tubuh dibawa baring di atas katil dan selimut ditarik meyelubungi dirinya. Tubuh dibaring membelakangi teman lelakinya.

Sehun ketawa sarkastik. “Baik. Abaikan saja. Suka hati lah, Huang Jia.”

Seketika kemudian, kedengaran pintu bilik terbuka dan ditutup dengan satu hempasan.

Telefon bimbit diambil dan dilihat skrinnya. 12.10 a.m. 16 September.

Air mata mengalir.

 

 

 

 

     “Jia.. Are you okay?” soal Nayeon dengan nada yang risau.

Jia memberikan satu anggukan. “Just.. Aku—”

Nayeon hanya mendengar dengan setia. “Benda ni bukan hal kecil, Nayeon. Aku—” sebelum Jia memecahkan tangisannya, Nayeon memeluk rakan baiknya itu.

“Shh.. Jia.. Kalau kau beritahu hal ni dekat Sehu aku pasti dia okey. Dia sayang kau, Jia. Ingat tu.” Belakang Jia yang mula terhinjut itu diusap. Makin lama, makin kuat tangisannya. “Tak nak... A-A-Aku— Macam mana kalau dia tak boleh terima?”

Nayeon ketawa kecil. “Babe, kau kenal Sehun. Kita semua kenal Sehun. Aku rasa dia akan gembira.”

“K-Kau p-pasti?”

“Seratus peratus, Jia. Kau kena beritahu dia.”

Lama Jia terdiam dengan sedikit esakan, “Tapi bukan sekarang.”

“Hmm?”

“Jangan beritahu s-sesiapa lagi, Nayeon. A-Aku akan beritahu. Tapi bukan sekarang.”

“Alright.. That’s ma girl. By the way. Hari ni anniversary kau berdua kan?”

“Kau ada sedia apa-apa hadiah?”

Jia mengangguk. Perutnya ditunding, “Ini. Aku tak rasa haiah ni senang nak dapat, memandangkan Sehun orang kaya.” ujar Jia. Nayeon tersenyum suka.

“Right, dia boleh ada semuanya kecuali tu. Awh, cheesy Jia!” dan pinggang gadis kecil itu dipeluk erat. Jia tersenyum.

Harap-harap teman lelakinya boleh terima.

 

 

 

 

     Sehun dikenali sebagai lelaki berhati ais. Benar dia adalah seorang anggota mafia. Namun seorang anggota mafia juga seorang manusia. Tidak semua anggota manusia berhati kayu dan ais seperti maknae EXO itu.

Bahkan ahli-ahli EXO dikenali sebagai golongan yang peramah dan gemar berjenaka namun tetap mengekalkan profesional mereka.

Sehinggalah Jia muncul dalam kehidupannya secara kebetulan.

 

Ianya ketika Sehun, Kai dan Chanyel ke taman untuk membawa anjing-anjing mereka berjalan. Semuanya normal, tidak apabila anjing Kai hilang kawalan dan mula menyalak pada anjing kecil Chanyeol, membuatkan anjingnya berlari tanpa kawalan.

Anjing itu berlari menuju ke tasik yang aisnya mula mencair. Panik dan bingit, mereka tidak tahu ingin membuat apa. Bila anjing Chanyeol memijak ais yang merekah, tubuhnya basah. Separuh badan anjing comel itu ditenggelami air dan ais.

Sebelum ketiga mereka dan oarang-orang asing melakukan sesuatu, seorang perempuan kelihatan memasuki tasik ais itu tanpa ragu-ragu. Rakannya di tepi tasik bersama baju tebal miliknya memanggil-manggil namanya.

“Yah, Jia! Huang Jia! Yah, kau gila?! Kau naik sekarang! YAH!”

Namun gadis bernama Jia itu tidak mendengar. Dengan bantuan ais-ais yang masih tebal dan kukuh, dia menahan dirinya untuk bergerak mendekati anjing itu.

Dalan lima belas minit, akhirnya anjing itu sudah berasa dalam dakapannya. Chanyeol dengan panic dan rasa berseyukur mendekati gadis itu dan mencapai anjingnya. Jongin memegang anjing Sehun dan menyuruh rakannya itu menolong gadis itu naik.

Lelaki itu tidak membantah. Tika tubuh Jia dibawa keluar dari tasik beku itu, dia sudahpun pengsan. Suasana panik membanjiri kerumunan itu.

“Aish! Dia demam! Dia tak patut masuk dalam tu.” keluh rakannya.

Chanyeol meminta maaf kepada rakan Jia itu dan menebus kesalahanya dengan membawa gadis itu ke hospital.

Sehun bersumpah, dan tak pernah melihat seorang gadis secantik Jia. Gadis itu seperti seorang bidadari. Tubuh yang kecil, kulit yang cerah dan mulus. Matanya mempunyai aura yang terang dan bibir kecilnya memerah. Rambut hitamnya yang mencecah pinggang menambahkan serinya.

Kai, bukan sahaja digelar ‘playboy’, malah boleh menyatukan dua orang manusia kepada jiwa. Sehun dan Jia disusunkan satu temujanji oleh Jongin. Lama-kelamaan berkenalan, Sehun menjadikan Jia sebagai teman wanitanya.

Sehun senang dengan teman wanitanya itu. Jia seorang yang sopan, comel dan lemah-lembut. Keramahan gadis itu dengan rakan-rakan EXOnya tidak meraguinya sedikit pun kerana mereka sudah seperti sebuah keluarga.

 

 

 

 

 

     11.45 p.m.

Jia menggigit kukunya. Satu kelakuannya ketika gementar. Nayeon dan Yura masing-masing berada di sisi Jia, menenangkan hati gadis itu. Manakala di depan TV, Kyungsoo, Minseok dan Chenyeol menonton perlawanan bola sepak dengan tekun. Anggota yang lain pula sudah lelap di dalam bilik.

Dan hanya Sehun yang masih tidak pulang di lewat malam di hari ulang tahun perhubungannya.

“Aku nak beritahu Sehun hari ni.” kata Jia. Nayeon tersenyum lebar, “Betul? Wah! Tak sabar nak tengok reaksi dia!”

“Beritahu apa?” sampuk Yura. Jia dan Nayeon pendang sesama sendiri. “Rahsia!” ejek Nayeon, membuatkan Yura mencebik.

Sepuluh minit berlalu.

“Macam mana kalau ada apa-apa terjadi?” soal Jia risau.

Minseok ketawa kecil, “Sehun tu member yang paling kuat antara kami, Jia. Jangan ri—”

Kata-kata Minseok terpotong apabila pintu utama terbuka. Terpapar Sehun dengan keadaan yang tidak terurus. Rambut hitamnya serabai, kemejanya berkedut dan matanya sepatuh terbuka.

Melulu Jia menuju ke arah teman lelakinya dan memeluknya, “Sehun-ah! Eodi—” sekelip mata, Sehun menolak tubuh Jia sehinggakan gadis itu jatuh terduduk. Terus semua bangun dari duduk terkejut. Sehun juga terkejut dengan perlakuannya namun dibiar ego menguasai dirinya.

Nayeon dengan marah, menjerit ke arah Sehun. “Yah, Sehun! Kau ni kenapa?! Jia-ah, kau okay? Yura, tolong aku.”

“Tch. Yah, Kyungsoo, ambil teman wanita kau ni jauh-jauh.” katanya. Kyungsoo berkerut, “Yah! Jangan cakap macam tu dekat dia!” letusnya namun Minseok menahannya dari menerang maknae mereka itu.

Minseok mendekati Sehun. Bahu Sehun dihidu, “Mabuk. Kau minum, Sehun? Hari anniversary kau? Seriously?” marahnya.

Sehun ketawa kecil. “Salah aku? Huh… Habis tu dia tak salah?” jari ditunding ke arah Jia yang sudahpun berdiri, dipimpin oleh Yura dan Nayeon. Jia sudahpun menitiskan air matanya. Semua tidak bersuara.

“Sehun—”

“Hyung tak tahu. Semua tak tahu… Jia jumpa lelaki lain belakang aku!”

Terus mata Jia membulat, “Sehun! Mana ada!”

Lalaki separa mabuk itu membawa telefon bimbitnya dan menunjukkan skrinnya.

Tiada siapa berani bercakap di saat itu. Ianya adalah gambar Jia yang sedang bercakap dengan seorang lelaki di dalam kafe. Namun antara semua, Nayeon tidak terlalu terkejut kerana dia saja yang tahu kebenaran di sebalik gambar itu.

“Sehun-ah…”

“Apa? Tak terkata? Aku dah tahu, Jia. Tak perlu terang apa-apa! Semuanya dah jelas!”

‘Aku’, ‘Kau’. Mereka tak pernah menggunakan bahasa itu selama perhubungan mereka. Jia menunduk ke lantai, menahan air mata yang ingin keluar, namun ianya tetap mengalir lebat.

“You know what? Aku penat. So excuse.” lelaki itu melangkah melepasi rakan-rakan dan teman wanitanya. Namun Yura menahan bahunya. “Wait… Is that…”

Jia mengangkat wajahnya. Jia melihat leher kanan Sehun yang dimaksudkan Yura. Matanya membulat. Mata Sehun ditatap dengan perasaan yang berat.

“Perasan? Ya, lovebite. Aku dapat tadi.”

“Yah, Oh Sehun!” marah Minseok, Kyungsoo dan Chanyeol dalam masa yang sama.

PPANG

Wajah lelaki itu terteleng ke kiri.

Jia menggenggam tapak tangannya yang kebas. Dia telah menampar wajah buah hatinya yang selalu dicium dan diusapnya dengan kasih.

Tanpa berkata apa-apa, gadis itu menuju ke pintu dan memboloskan tubuhnya, keluar dari rumah agam itu. Sehun ketawa kelat lalu langkah dibawa menaiki tangga.

Nayeon ingin mengejar Jia namun Yura menahan, “Kita beri dia masa bersendirian,”

“T-Tapi—”

“Betul tu. Beri dia masa. Jangan risau, Jia tak mungkin buat perkara yang bukan-bukan.” kata Kyungsoo. Bahu Nayeon diusap lalu menarik teman wanitanya ke sofa, disertai Minseok dan Yura yang sedang berpeluk serta Chanyeol yang jelas menyampah dengan dua pasangan itu.

Nayeon risau. Dan kerisauannya lebih tinggi berbanding mereka memandangkan hanya dia yang mengetahui tentang kandungan Jia yang dirahsiakan.

 

 

 

 

     “GOL!!!”

Mata Nayeon terbuka. Kepala yang agak gatal digaru. Terasa Nayeon bergerak di atas ribanya, Kyungsoo menunduk. “Oh, dah bangun? Lenguh?” soalnya sambil mengusap pipi gadis itu. Nayeon menggeleng. Tubuh dibawa bangun.

Pipi teman lelakinya itu dicium sekilas.

Yura pula berbaring di atas riba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Motadinikka #1
Chapter 1: OMG. Sad ending . I can't but I love it
sya_chocolate
#2
Chapter 1: well, mafiaau, gangau or anything related to crime are always a few of my favourite genre.
The story is quite short and Im honestly wishing it to be a tad bit longer.

BUT, this is actually really good ya know.
For one shot fic, the flow is good and the plot is quite well built. Im supposed since this is a one shot, not much details like the character's background, or maybe a more description about how the couple begin and developing perhaps? or how Leo and Yixing silently makes plan since they abruptly abducted Jia. How in the world that Leo and Lay able to plan really fast? That is the things that quite bothering me. Other than that...it is good.
This is still really good tho. The flow does not feel awkward. It all makes sense just the cruelness of the VIXX member.

Hahahahaha I shouldnt laugh but the reason of VIXX and EXO rivalry is quite obvi. Like it is a fact, EXO and VIXX REALLY DID DEBUT AT THE SAME TIME. I remembered watching music shows of their hot debut. Vixx with Superhero and the concept was quite bright while Exo with Mama and they went with the mystery, alien ish concept. Now...Exo is rather well known than Vixx. I like the way you somehow tweaked the things. You make it as they form the gang around the same time but Exo rise higher than Vixx.
When I read the doctor name...I was like Dr. Lu? I miss Lu Han T^T

Im kind of hate Sehun here. He clearly being immature here. Instead of calmly talking to Jia and try to clear the misunderstanding. He resort to drinking and messing around with random girl?! His character here seems like he is a person who is quick to jump into conclusion without trying to find out first about it. But then...Im supposed that he is the youngest here. He still lack in love relationship...I supposed so. While Jia...there is nothing much to reveal about her. Apart from her being a bit insecure of Sehun's reaction and love to her. But then Im think it is because she and Sehun is still young. She might expect Sehun to go against it.

Anyway, all of it is great. You did well^^

P.S to any Starlight: I loves VIXX too ♡♡ and excuse me for my biasness since Im an Exo-L.
SweetCandyDream #3
Chapter 1: This one shot is sooo daebak!! Sye sndiri bleh bygkn jalan crite n the whole prop with the acting n stuff... to be honest, saya ni cerewet skit tp one shot ni mmg trbaek!! Please buat lg!! ♡♡♡
Seasony
#4
This is sooo sad but I love it! Upvoted <3
lilylunalove
#5
Chapter 1: Hey why so sedih hm (╥_╥)
apple_me
#6
Tak sabar ^^