Van Jenazah

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Van Jenazah 

 

 

“Astaghfirullah…”

Beristighfar panjang Jongup dan Jun sebaik saja mereka menghampiri restoran milik Geng Eksoz itu.

“Bro…betul ka apa yang aku lihat ini? Katakan lah ia tidak benar. Katakanlah !!!” Jongup sempat berdrama sambil dia terus mengendap suasana dalam restoran di sebalik celahan daun pintu restoran yang tertutup rapat.

“Benar bro…sesungguhnya ini adalah benar sebenar-benarnya. Tiada yang lebih benar dari kebenaran yang benar ini.” jawab Jun sambil menggeleng tak percaya.

Tak sangka, di dalam keharmonian kawasan  Taman Seri Berseri-Seri ini, ternyata ada orang  yang sanggup membuat kemungkaran di bulan yang mulia ini. Tengah siang rembang di  bulan puasa ni, ternyata ada yang menjamu selera tanpa rasa bersalah. Ish…Ish…Ish…dunia !

“Tak sangka betul aku, geng-geng Eksoz yang kononnya belia contoh buat benda terkutuk macam ni.” Jun berkata hampa. Tak menyangka dengan apa yang dia lihat sekarang ini.

“Tau takpa. Memalukan Taman Seri Berseri-Seri betul.” tambah Jongup.

Mereka berdua terus mengendap. Suasana restoran yang meriah itu dipandang dengan perasaan yang sukar digambarkan. Ada yang tengah meneguk air, ada yang tengah melantak nasi goreng dan semua orang yang ada tanpa segan silu mengorder makanan persis hari biasa.

“Weh, apahal tercegat dekat sini? Nak makan, masuklah ! Nanti kantoi pulak kalau diri lama-lama kat situ.” tiba-tiba, seseorang menegur mereka dari belakang.

Kelihatan Chanyeol, salah seorang ahli geng Eksoz berdiri di belakang mereka sambil tersengih kambing. Tanpa banyak bicara, dia menolak Jongup dan Jun untuk masuk ke dalam memandangkan dia tak mahu orang curiga dengan keadaan restoran itu.

 

Jongup dan Jun tak sempat nak bersuara bila Chanyeol sudah terlebih dahulu menolak mereka. Nak tak nak, mereka terpaksa melangkah masuk dan menghadap situasi awkward itu. Orang sekeliling yang sedang menjamu selera dipandang dengan muka yang resah.

 

Di dapur, kelihatan Dollah Omar atau lebih mudah disapa sebagai D.O sedang sibuk memasak juadah yang dipesan oleh pelanggan. Sementara itu, seorang lagi member Eksoz yang femes dengan nama Kai Bahar sibuk menebar roti canai ditemani si Chen Cendol yang leka menyiapkan cendol buat pelanggan. Tak lupa juga si Xiumin yang tak henti-henti menarik teh tarik sehingga berpeluh-peluh. Suho, selaku ketua geng Eksoz sedang sibuk di kaunter menjadi cashier paling bertauliah.

“Teh tarik satu, mihun goreng satu.” suara Baekhyun yang bertugas sebagai pelayan kedengaran lantang membuat order.

“Okey ! Sehun Bihun, kutip cawan-cawan ni pergi basuh cepat !” arah Suho dari kaunter. Maka, terkocoh-kocoh la ahli termuda mereka itu keluar dari tempat basuhan untuk menurut arahan si ketua. Sibuk betul masing-masing melayan pelanggan yang ada.

 

“Kita kena balik ni.” bisik Jun ke telinga Jongup. Dia tak selesa untuk stay lebih lama di situ. Rasa macam berdosa.

“Jom weh. Baik kita pergi perjumpaan Raver dari buat benda macam ni.” Jongup mengangguk lantas menapak ke belakang untuk keluar dari situ. Namun, langkah mereka disekat oleh seseorang.

 

“Nak pergi mana tu? Duduk la dulu. Tak ambik order lagi kan? Jom, jom ! Tu ada meja kosong.” Layman Toyol a.k.a Lay muncul dan menarik tangan mereka berdua untuk duduk di sebuah meja kosong yang ada.

“Takpe la Bang Lay, kami nak balik dah ni.” Jun menolak namun Lay buat tak endah. Dia memaksa mereka berdua duduk dan tanpa berlengah, menu dikeluarkan bersama buku nota kecil di tangan untuk mencatat order.

 

“Nak minum apa? Makan?” soal Lay selamba.

“Tak pe la bang. Kami puasa.” balas Jongup membuatkan Lay ketawa mengejek.

“Biar betul? Kalau puasa, takkan boleh ada kat sini. Cepat la order, banyak lagi orang nak order ni.” Lay masih dengan sisa ketawanya.

“Bak Kut Teh ada ke?” soal Jun sinis.

 

Dahi Lay berkerut. Dia pandang Jun dengan muka yang hairan.

 

“Mana ada jual makanan tak halal tu, Dik. Bak Kut Teh tu kan haram.” jawab Lay dan kali ni, dia pula diketawakan.

“Ohh, ingatkan ada jual sebab selalunya kedai yang bukak siang-siang bagi orang makan time bulan puasa ni jual Bak Kut Teh.” perli Jun lagi. Riak muka Lay berubah keruh.

“Tau pulak kau Bang, halal dan haram macam mana?” Jongup tambah lagi sindiran. Lay makin pucat lesi dibuatnya. Kata-kata mereka sungguh menusuk ke jantung.

Suasana antara mereka bertiga menjadi agak tegang sebelum akhirnya Lay menghela nafas berat.

“Kalau korang tak nak makan, pergi la balik.” ujarnya dengan nada yang bengang bercampur malu.

 

Jongup dan Jun saling berpandangan sebelum bangkit dari kerusi. Sebelum pergi, Jun sempat menepuk bahu Lay dan berkata sesuatu.

 

“Abang, banyak lagi punca rezeki yang Allah dah bagi. Carilah rezeki yang datang dari sumber yang halal dan bersih, Bang. Sesungguhnya, rezeki Allah tu luas.” berkat tazkirah maghrib yang selalu dia dengar dari Joshua, Jun kini dapat menyampaikannya kepada si Layman Toyol pula. Tak sia-sia dia tadah telinga dengan tazkirah si Joshua. Wahahah!

Lay terkedu.

Jongup mengangguk tanda setuju. Rasa kagum dan bangga bila Jun, si geng Raver dia juga dapat memberikan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T