Suamiku Encik Idol?!

Please Subscribe to read further chapters

Description

Shira yang baru sahaja pulang dari Jepun setelah tamat pengajiannya di sana, terkejut dengan kejutan yang mama dan abahnya beri.

“Ah! Mama! Abah! Ada orang jahat dalam bilik Shira!” Shira menjerit dengan sepenuh hati kerana terlalu terkejut.

“Yah, Shira! Saya ni suami awaklah. Tak baik tau awak pukul – pukul lepas tu jerit.” Shira tergamam.

‘Macam aku kenal je suara ni. Tapi, siapa?’ Shira perlahan – lahan memalinkan mukanya menghadap ‘penceroboh bilik’nya itu.

“Eh? Jungkook oppa? Oppa buat apa kat sini? Dalam bilik Shira?” Shira tanya Jungkook dengan nada yang sungguh tidak sangka.

“Shira, oppa ni suami Shira. Mestilah oppa duduk dalam bilik Shira. Takkan dalam bilik adik Shira pula.” Jungkook membalas. Shira yang masih lagi keliru dengan situasinya, lantas bangun sebelum berlari ke ruang tamu mencari mama dan abahnya.

“Mama! Abah! Kenapa Jungkook ada dalam bilik Shira?” Shira berlari ke arah mama dan abah. Mama dan abah pandang sesama sendiri sebelum abah membuka mulut untuk memberitahu perkara yang sebenar kepadanya.

“Shira. Sebenarnya, semasa Shira di Jepun, abah dah nikahkan Jungkook dengan kamu dekat sini. Jungkook tu baik budaknya. Dia minta abah nikahkan dia sebab dia kata Shira tak nak ada apa – apa hubungan istimewa dengan dia sebelum dia kahwin dengan Shira.” Abah jelaskan kepada Shira.

‘Ada ke aku kata macam tu kat oppa?’ Shira mengelamun sebentar. Mama kemudiannya menolak aku ke arah tangga.

“Dah, dah. Pergi layan suami kamu tu. Kesian dia, dia pun baru sampai dari Korea sebelum kamu sampai rumah.” Mama beritahu kepada Shira.

‘Apakah semua ini? Suamiku Encik Idol?!’ Shira yang bingung itu terus melangkah masuk ke dalam biliknya yang kini dikongsi dengan suaminya, Jeon Jungkook.

Foreword

Fanfic ini adalah spin off daripada fanfic Jom Kahwin karya farahhkim [She’s my best friend a.k.a my beloved dongsaeng]. Disebabkan farahhkim ni sangat sibuk dengan kehidupan barunya sekarang dan author nim ni pula dah tak sanggup lagi tunggu, author nim mempersembahkan sebuah cerita cinta antara Jungkook dengan Shira. Dengan bertemakan sweet romance comedy, author nim berharap para pembaca sudi meninggalkan komen dan kalau boleh, upvote lah sekali.

Shira :

hana_TARIK55edit2.jpg?format=original

Jungkook :

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 2: bestnya jdi shira..sobs sobs..crita ni sweet sgt..ppalli update authornim..hwaiting
Fisha99 #2
Chapter 2: huhuhu, my feelings berterabur jatuh dah ni... best la citer ni(≧∇≦)b
ParkMyeonSeok #3
Chapter 2: That great story.. Palli2 uodate author-nim