007 Manipulasi

Ouroboros Mata Biru *hiatus

Gambar lelaki yang bernama Kim Seok Jin itu ditenung lama. Lelaki itu sebayanya. Beberapa helai kertas yang mengandungi maklumat lelaki itu juga diulang belek.

“Kenapa dia bunuh ibu bapanya?” Baekhyun mengutarakan persoalan. Lantas teringat temubualnya bersama pegawai penjara. Lelaki yang menjadi buruan itu digambarkan sebagai lelaki yang baik mematuhi arahan, tidak mencari gaduh dengan banduan lain, tidak menimbulkan masalah dan atas sikap baiknya, dia diberi perlepasan awal dua tahun. “Jadi kenapa dia terlibat dengan kes pembunuhan Jeon Jungkook?”

Baekhyun menyandar di kerusinya sambil mendongak pandang kipas yang berpusing di siling atas.

“Kau ni pelik Kim Seok Jin. Apa motif kau yang sebenar?”

Sesuatu menganggu perasaan Baekhyun. Sesuatu yang dirasakan perlu digali semula. Sesuatu kebenaran dirasakan seperti dimanipulasikan. Apakah kebenaran yang sebenar? Baekhyun lalu menegakkan posisi badannya semula sambil memandang kertas yang dipandang. Baekhyun tekad, ingin menyiasat semula kes pembunuhan Kim Myun Ho dan isterinya Kim Hee Woo. Kunci kereta dicapai genggam. Baekhyun menulis alamat kejadian rumah pasangan itu di dalam buku nota kecilnya.

///////////////////////////

Jin dan Irene tidak banyak bersuara. Mereka hanya menanti keadaan reda. Sementara itu kedua-dua mereka tidak keluar dari motel murah itu.

“Berapa lama lagi kita harus menunggu?”soal Jin, bosan menunggu.

“Kenapa kau tak sabar sangat? Kalau kita keluar sekarang, mungkin pihak polis dah ada di luar, mencari kita” balas Irene, menjeling.

“Dah 10 tahun aku bersabar” ujar Jin lagi, merapatkan badan ke dinding manakala Irene duduk memeluk lutut di atas katil.

Krrrrrrrr

Kedua-dua Jin dan Irene saling berpandangan. “Disebabkan kau, aku tak dapat habiskan sup aku malam tadi”

“Tak boleh jadi. Kau tunggu sini, aku keluar cari makanan untuk kita” Irene bangkit bangun, berjalan ke pintu.

“Jangan harap!” Jin menerpa. “Aku tak akan lepaskan kau sendiri. Kau dah berjanji untuk pertemukan aku dengan Jisoo” gadis itu ditekan ke pintu. Tangannya digenggam kuat.

“Yah, kenapa dengan kau ni?!” Irene menyeringai marah, cuba meronta melepaskan diri tapi tenaga Jin agak kuat.

“Aku dah tak boleh percayakan kau lagi. Aku tak akan lepaskan kau sendirian. Ke mana pun kau pergi kau mesti bawa aku” Jin memberi amaran keras.

Irene tersenyum sinis. “Gila. Kau adalah antara orang yang aku kesian tengok. Nak tahu siapa lagi yang aku pernah jumpa, yang perangai dia tak sabar macam kau?”

Nafas Jin berhembus kasar. Dadanya berombak naik.

“Kim Jisoo” Irene membisik nama itu dekat pada telinga Jin.

“Kau!!” Jin naik marah. Irene lantas ketawa kecil. “Kau tahu mengenai Ouroboros?” soalnya pula.

“Aku….” Jin menekan pergelangan tangan Irene. Gadis itu menahan sakit. “….tak nak main permainan kau lagi. Cukuplah aku diperbodohkan dengan lakonan kau”

“Kau tak pernah dengar mengenai Ouroboros? Anehnya. Ketika aku bertemu dengan Jisoo, dia bertanyakan aku mengenai Ouroboros”

“Oro? Apa?” Jin aneh mendengar perkataan yang disebut oleh Irene itu.

“O.U.R.O.B.O.R.O.S. Kau tak tahu? Jisoo tak beritahu kau?”

Jin mula berfikir jika sebelum ini Jisoo ada menyebut mengenai perkataan asing itu. Dahinya berkerut, cuba mengingat semula.

“Beritahu aku, apa benda tu, dan apa kaitannya dengan Jisoo?”

“Lepaskan tangan aku dulu. Sakit” Irene mengaduh. Kasihan akan gadis itu, Jin melepaskan Irene dari genggamanya.

“Awww. Aku tak sangka kau kuat macam ni” Irene mengurut pergelangan tangannya yang kemerahan. Rantai yang dipakai di leher lalu dibuka, dan dihulurkan kepada lelaki itu.

“Apa ni?” Jin membelek lihat rantai tersebut.

“Itu adalah Ouroboros”

“Ouroboros?”

“Simbol naga yang menggigit ekornya sendiri”

Jin memegang sentuh simbol naga tersebut. Itu kali pertama dia melihat rantai dan simbol aneh itu.

“Adik kau, Kim Jisoo, hilang sebab dia teringin tahu mengenai Ouroboros tu”

//////////////

Jisoo dan beberapa ahli Ouroboros yang lain beratur lurus. Tangan mereka disilangkan di belakang. Masing-masing senyap. Hari ini ketua mereka akan datang ke tempat persembunyian itu. Ketua yang digelar sebagai ayah.

“Ayah akan datang hari ini?” seseorang bersuara.

“Tunggu je” balas salah seorang. Selang beberapa minit mereka menunggu, kedengaran bunyi beberapa kenderaan di luar kawasan. Pintu besar terbuka luas, dan sebuah kereta masuk ke perkarangan, berhenti tepat di hadapan mereka. Sebaik pintu kereta dibuka, semua orang memberi tunduk hormat. Jisoo tidak terkecuali. Dia merasa tidak sabar. Saat ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu sejak menyertai kumpulan Ouroboros. Jisoo ingin berjumpa dengan ketua kumpulan itu sendiri.

“Budak-budak ni semangat sangat” Sehun melangkah keluar dari perut kereta.

Mereka yang menunduk, agak kecewa apabila mendengar suara yang dikenalpasti bukan milik ketua mereka. Masing-masing menegakkan posisi badan.

“Ayah minta maaf. Dia tak dapat datang. Dia kirim salam rindu pada semua.” Seulgi pula bersuara.

Wajah ahli Ouroboros yang tegang tadi, menarik nafas lega. “Aku ingatkan dia akan datang tadi. Rupanya anak hingusan dia je” satu suara menggumam kecil. Jisoo mendengarnya jelas.

Seulgi dan Sehun memasamkan muka. Mereka tahu, mereka masih dipandang rendah selagi tidak mendapat jawatan ketua. Malah 10 tahun sebelumnya, kedua beradik ini pernah berada di tempat yang sama dengan ahli lain.

“Kalau nak kutuk, kutuk depan-depan! Siapa nak dengar kalau kau cakap belakang” perli Sehun kuat, sambil menjeling. Masing-masing senyap tidak berani melawan.

Pandangan Seulgi tertatap pada susuk tubuh yang asyik menunduk dari tadi, lalu mendekatinya.

“Kim Jisoo”

Wajah itu mendongak, bertentang mata dengan Seulgi. Ketinggian mereka sama.

“Lama tak jumpa kan. Aku dah mula rindukan kau” Seulgi mengusap pipi gadis itu. Jisoo hanya membiarkan. Ahli yang lain juga senyap, ada yang mengerling pandang, ada yang menunduk, ada yang tersenyum sinis.

“Bahu kau macam mana? Masih sakit?” Seulgi lalu memegang bahu Jisoo, menekannya sedikit kuat.

“Ah” Jisoo menahan sakit, cuba untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi.

“Hentikan” Taeyong yang dari tadi, berdiri di sebelah Jisoo hanya memandang, tapi selepas mendengar Jisoo mengaduh kecil, pantas lelaki itu memegang tahan tangan Seulgi.

“Apa? Aku tak buat apa. Aku cuma nak tahu keadaan bahu dia” balas Seulgi menepis tangan Taeyong. Nada suaranya membuatkan yang lain mendengar, naik meluat. Ketika itu Wonwoo dan Sehun saling membalas pandangan. Sehun lalu tersenyum sinis, manakala Wonwoo tertunduk.

“Kami dengar yang ayah nak adakan pemilihan pengganti. Betul?” salah seorang ahli yang agak berusia daripada kalangan ahli yang lain bersuara.

Sehun menggangguk. “Ya. Ayah akan pilih salah seorang dari kami berdua. Aku dan Seulgi”

Lelaki yang bertanya itu tersenyum sinis. “Kubur jenis apa patut kami sediakan? Kubur lelaki atau kubur perempuan?”

“Kau!” Seulgi naik berang dengan sindiran tersebut. Sehun segera menahannya daripada mencari gaduh. “Kalau aku naik jadi ketua, kau… bersiap sedia untuk kubur kau sendiri” ujar Seulgi sambil membetulkan rambutnya.

Ahli yang lain senyap tidak memberi tindak balas. Taeyong mengerling pandang Jisoo dan Wonwoo. Kedua-duanya tertunduk.

“Taeyong, aku nak jumpa kau. Yang lain boleh beredar” Sehun mengeluarkan arahan. Tidak sampai seminit, kerumunan tadi bersepah keluar. Hanya Sehun, Seulgi, Taeyong, Jisoo dan Wonwoo yang tinggal.

“Jom Jisoo” Wonwoo menarik pula tangan gadis itu. Taeyong, Sehun dan Seulgi hanya memerhati.

“Apa ni? Sejak bila mereka mula rapat semacam?” soal Seulgi dalam nada mengjengkelkan, lalu beralih kepada Taeyong. “Mereka berdua dah tahu?”

Taeyong sengaja tidak menjawab soalan Seulgi itu. “Kenapa? Ada benda kau nak beritahu aku?” soal Taeyong kepada Sehun pula.

“Haish budak ni. Aku tanya bukan nak jawab!” suara Seulgi bergema dalam ruang itu.

“Itu soalan yang sama aku nak tanya. Wonwoo dan Kim Jisoo tu. Mereka dah tahu?”

Tidak seperti Seulgi, Sehun bertutur dalam keadaan tenang. Taeyong pula menarik muka masam.

“Kalau kau nak tahu sangat, tanyalah mereka sendiri” balas Taeyong dalam nada sombong sebelum beredar, meninggalkan dua beradik kembar itu.

“Haish” Seulgi mengangkat tangan, seolah mahu memukul lelaki yang berjalan keluar dari kawasan itu. Sehun hanya memerhati, tidak pula menghalang.

/////////////////////////

Keadaan di balai polis Seoul kecoh seperti biasa. Di ruang pejabat yang sempit, kelihatan beberapa orang detektif sibuk membicarakan kes yang diterima. Di ruangan balai hadapan, terdapat sekumpulan pelajar yang ditangkap atas kesalahan bergaduh di ruang awam. Suasana bising itu merupakan satu perkara lazim buat detektif Lee Dokyeom sejak berjaya lulus akademi polis. Dokyeom tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan fokus kepada kerjanya. Di hadapan skrin computer, Dokyeom mengakses profil individu bernama Kim Ji Soo. Profil tersebut lalu dicetakkan berserta beberapa keping gambar.

“Lee Dokyeom”

“Ya saya tuan!”

Dokyeom segera berdiri bangun dari tempat duduknya.

“Mana Baekhyun?” soal Changmin sambil mengerling sekeliling.

“Dia ke Incheon” jawab Dokyeom, perasan akan sebuah fail keras yang dipegang oleh ketua kumpulannya itu.

Changmin diam berfikir seketika. “Baekhyun nak siasat mengenai kes lama melibatkan Kim Seok Jin?”

Dokyeom mengangguk. “Baekhyun syak kes kematian kedua ibu bapa Kim Seok Jin seperti ada sesuatu longgar. Mengenai adiknya Kim Ji Soo pula, lepas kes 10 tahun lepas, dia berhenti sekolah dan tiada rekod dia bekerja di mana-mana. Macam mana dia hidup? Namun, bil elektrik dan bil air rumah yang beralamatkan ibubapanya di Seoul tetap dibayar setiap bulan. Dari mana dia dapatkan duit?”

“Duit insuran kematian ibu bapanya?”

“Saya dah periksa. Separuh duit itu digunakan untuk bayaran denda Kim Seok Jin. Manakala duit insuran kerja ayah mereka tidak begitu banyak. 10 tahun itu tuan. Kalau dia jimat cermat pun… saya fikir ianya agak mustahil.”

Changmin tidak menafikan apa yang dilaporkan oleh detektif dalam kumpulannya itu. “Dokyeom, kau siasat hotel, kelab malam, agensi pelacuran, juga kafe berdekatan kawasan rumahnya. Mesti ada sesuatu pekerjaan yang dilakukan untuk mencari duit, samada bersih atau kotor” arah Changmin. Gaya karismanya tidak pernah hilang.

“Baik tuan” sahut Dokyeom. “Hmmm, tuan, fail tu untuk saya ke?” soalnya pula, mengerling pandang fail yang dari tadi dipegang Changmin.

“Ha fail ini. Bukan untuk kau. Aku tolong ambilkan untuk Detektif Kim” balas Changmin.

“Ahhh~ ketua kumpulan Kim. Kumpulannya sedang sibuk uruskan kes penculikan. Laporan kes penculikan makin bertambah, dan mereka kaitkan kes ini dengan kegiatan kongsi gelap. Pasti rumit” ujar Dokyeom disertakan satu keluhan.

“Benar. Mangsa diculik dan dihantar ke Korea Utara. Ia satu sindiket bersama dengan kegiatan bawah tanah di Korea Utara. Tapi, ia tidak dapat disahihkan lagi. Kim dengan anak buahnya masih menyiasat mengenai kes penculikan tersebut. Mangsa mereka makin bertambah dan identiti penculik sering berubah. Susah. Kau patut berterima kasih sebab kita tiada kes serumit mereka. Selesaikan kes pembunuhan Jeon Jungkook ini segera”

“Baik tuan”

/////////////////////////

Dua mangkuk mee terhidang di atas meja. Jin mengerling sekeliling, keadaan pasar yang riuh dengan jual beli. Malah keadaan dalam kedai makan itu juga penuh, setiap meja mempunyai pelanggan.

“Apa tunggu lagi?? Tak nak makan?” Irene mencapai penyepit makanan dan menarik rapat mangkuk meenya.

“Tak mengapakah kita keluar begini?” Jin merasa bimbang, dan tidak tenteram.

“Jadi apa kau nak buat? Pakai baju hitam dan topi hitam, menunduk sepanjang masa? Macam tu? Itu lagi akan menampakkan kita macam buruan polis. Buat macam biasa. Tiada orang kenal kita di sini. Lagipon pasar ini ramai orang, polis jarang datang sini.”

Jin memandang sebuah keluarga di meja sebelahnya dan seorang pekerja kedai yang sibuk menghantar pesanan. Kata-kata Irene seperti ada benarnya. Jin menerima hadam apa yang Irene katakan. Mangkuk yang berada di depan mata lalu ditarik dekatkan. Jin mencuba rasa makanan tersebut. Perutnya sudah seharian tidak diisi.

“Makan sampai habis. Lepas ni, kita cari Jisoo di kawasan sekeliling sini” ujar Irene sambil memandang lelaki yang kelaparan di depannya. Diam-diam Irene tersenyum. Telefon dalam poket seluarnya dikeluarkan dan Irene menunduk menaip sesuatu mesej.

/////////////////

Taeyong menarik tutup pintu kontena dalam keadaan marah. Bibirnya diketap. “Ke mana Wonwoo bawa Jisoo pergi?”

Taeyong mengerling sekeliling. Kawasan persembunyian mereka itu kelihatan lengang. “Apa ni? Mana semua orang pergi?” Taeyong menendang dinding kontena. Geram

Kemudian, telefonnya dalam poket seluar bergetar. Taeyong menariknya keluar dan membaca mesej yang diterima.

‘Ni aku, Irene. Aku perlukan bantuan kau. kerja mudah. Aku akan keluar bersama Kim Seok Jin, untuk mencari Jisoo. Beritahu semua orang, supaya berpura-pura tidak kenal Jisoo. Kau pun tak nak Jisoo jumpa abangnya lagi kan’

Perasaan geram Taeyong bertambah sebaik habis membaca pesanan tersebut. Hampir telefon di tangannya dibaling.

“Haish!!”

//////////////

Wonwoo dan Jisoo berjalan seiringan ke pasar. Kedua-dua mereka senyap seolah ada sesuatu menganggu perasaan mereka.

“Jisoo” Wonwoo memanggil.

“Hmmm?” gadis naif itu menyahut.

“Kau… benar-benar nak jumpa dengan ‘ayah’?” soal Wonwoo, memberhentikan langkah. Spontan Jisoo menirunya.

“Hmm!” Jisoo mengangguk. “Aku agak kecewa dia tak datang tadi. Dah lama sangat, aku teringin jumpa dia. Lelaki yang semua ahli panggil sebagai ayah tu. Park Sung Hwi”

“Kenapa?” Wonwoo bertanya lagi.

“Kenapa?” Jisoo mengulang tanya soalan itu kepada dirinya. “’Kenapa’ itu sebenarnya adalah jawapan kepada persoalan, kenapa aku menyertai Ouroboros”

Jisoo lalu mengeluarkan rantai yang dipakai, ditunjukkan kepada Wonwoo. “Kau tahu ini rantai apa?”

“Oh itu…” Wonwoo teringat rantai yang sama dipakai neneknya.

“Rantai Ouroboros. Taeyong beritahu aku yang hanya orang tertentu sahaja memiliki rantai ini seperti Sehun dan Seulgi. Ini adalah rantai ibuku. Aku temuinya 10 tahun yang lalu, bersama ayah aku. Ini adalah sebab aku menyertai Ouroboros. Aku nak tahu, kenapa mama aku boleh memiliki rantai ni? Adakah mama aku pernah menyertai Ouroboros? mama aku mati dibunuh, adakah kematiannya berkait rapat dengan Ouroboros?”

“Rantai apa tu papa?”

“Ouroboros”

“Oroborus?”

“Dua ekor naga yang menggigit ekor masing-masing”

“Jawapannya hanya ada pada Park Sung Hwi. Tapi kau yakin, kau sudah cukup bersedia untuk sebarang jawapannya nanti?” kata-kata Wonwoo agak tajam. Lelaki itu mencapai pegang jari halus Jisoo.

“Wonwoo, kau tahu sesuatu yang aku tak tahu?” soal Jisoo kehairanan.

“Apa yang aku tahu, kau juga akan tahu. Cuma masa yang menentukan” Wonwoo mengucup lembut jari gadis itu.

“Wonwoo… kau mengingatkan aku kepada seseorang” Jisoo memandang anak mata lelaki yang sedikit tinggi darinya itu.

“Siapa?” Wonwoo bertanya, ingin tahu.

“Seseorang. Lelaki yang berpisah dengan aku 10 tahun yang lalu. Kami berpisah dalam hujan”

“Jangan takut. Abang ada. Jisoo jangan risau. Abang akan jaga kamu. Abang tak akan tinggalkan kamu. Abang janji”

Wonwoo menarik gadis itu ke dalam dakapannya. Wonwoo tahu siapa lelaki yang dimaksudkan.

/////////////

Selesai lawatan di kawasan tempat persembunyian Ouroboros, Sehun dan Seulgi bergerak ke tempat lain. Tempat yang turut merupakan topeng kumpulan Ouroboros. Kereta yang dipandu, berhenti di hadapan sebuah rumah. Sebaik kereta diberhentikan, Sehun dan Seulgi bergerak masuk ke dalam rumah itu. Seperti mana kawasan luarnya ceria dan warna warni, kawasan dalam rumah itu juga penuh keceriaan. Kanak-kanak bebas berlari. Terdapat beberapa sudut yang dipenuhi permainan.

Dari jauh, Seulgi sudah dapat melihat ayah mereka, Park Sung Hwi sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak. Namun, anak mata Sehun memandang seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan menyendiri di satu sudut. Dia seperti terasing daripada kanak-kanak lain.

“Siapa nama kamu?” Sehun mendekati kanak-kanak itu. Anak kecil itu hanya mendongak pandang Sehun yang tinggi.

Sehun menunduk, memandang kanak-kanak itu tepat pada matanya. “Nama aku Sehun” Sehun memperkenalkan diri. Namun anak kecil itu berdegil, mendiamkan diri.

“Sehun, ayah sedang menunggu” Seulgi memanggil, melihat Sehun seperti melengahkan masa.

Sehun perasan akan sebuah tanda lahir bentuk rama-rama pada leher anak kecil itu. Perlahan-lahan Sehun menunduk dan berbisik rapat padanya. “Aku boleh tolong kau keluar dari sini dan jumpa semula keluarga kau satu hari nanti”

Mata kanak-kanak itu membesar. “Saya nak jumpa ibu saya” tangan Sehun disambar pegang. Sehun lalu tersenyum sinis dan mengusap kepala anak kecil itu.

“Sehun” Seulgi memanggil lagi. Sehun lalu bangkit berdiri dan beredar meninggalkan anak kecil itu tadi. Mereka mendekati Park Sung Hwi.

“Ayah” kedua-dua Sehun dan Seulgi memberi tunduk hormat.

“Kamu berdua dah sampai?” balas Park Sung Hwi sambil mendukung riba seorang anak kecil yang leka bermain dengan kiub rubik yang diberikan oleh Park Sung Hwi sebagai hadiah. “Kamu tak rindu tempat ni? dulu kamu berdua pun dibesarkan di sini”

Sehun mengerling pandang anak kecil dengan tanda lahir tadi. Ya. Anak kecil itu mengingatkan dirinya dahulu.

“Sekejap masa berlalu dan kamu berdua dah besar. Cukup besar untuk mengantikan ayah sebagai pemimpin Ouroboros. Masa ayah kutip kamu dahulu, ayah memang dah dapat agak, salah seorang dari kamu ada kebolehan untuk memimpin Ouroboros” ujar Park Sung Hwi. Kedua-dua Sehun dan Seulgi diam tidak memberi balas juga tidak dapat menafikan jasa lelaki itu dalam membesarkan mereka berdua.

“Apabila kamu dah menjadi ketua Ouroboros, kamu juga akan memilih dari kanak-kanak di sini untuk dipilih dan dilatih sebagai pengganti kamu suatu hari nanti. Tapi sebelum itu, bukan mudah untuk menjadi pemimpin Ouroboros. Ayah ada ujian untuk kamu berdua”

Seulgi kecur liur, sempat mengerling pandang Sehun yang kelihatan tenang.

“….Kalau kau jadi pengganti ayah, aku akan mati. Kalau aku yang dipilih, kau pula akan mati”

Seulgi diam tertunduk, teringat akan kata-kata Sehun tempoh hari. Anak kecil di atas riba Park Sung Hwi dipandangnya, mengingatkan dia ketika dia masih kecil, dan naif. Seulgi merindui masa-masa dia dan Sehun bergembira dengan keluarga mereka sebelum diculik oleh kumpulan Ouroboros. Ibu bapanya dihantar ke Korea Utara dan mereka berdua dicampakkan di sini, sebuah rumah yang kelihatan seperti rumah anak yatim biasa, tapi sebenarnya merupakan tempat latihan kanak-kanak terbuang, yang mana akan dibesarkan menjadi ahli kumpulan Ouroboros. Sehun dan Seulgi membesar di tempat yang sama sebelum Park Sung Hwi mengambil mereka berdua sebagai calon penganti dalam Ouroboros dan menetap di rumahnya.

“Apa ujian yang ayah nak berikan kepada kami? Misi baru?” soal Sehun, berlagak tenang.

Park Sung Hwi mengangkat anak kecil yang berada atas ribanya tadi. “Hyun Joo pergi main dengan kawan-kawan sana ya”

Sebaik anak kecil itu beredar, Park Sung Hwi bangkit berdiri lalu memdekati kedua-dua adik beradik kembar itu, berdiri di tengah-tengah antara Sehun dan Seulgi.

“Ayah nak Irene dihapuskan”

Anak mata Seulgi membesar terkejut. Sehun juga terkejut. Nama yang tidak dijangka-jangka disebut oleh lelaki itu.

“Irene?” soal Seulgi seperti tidak percayainya.

“Ayah, Irene sedang melakukan misinya. Misi untuk menghapuskan Kim Seok Jin” Sehun bersuara, berharap Park Sung Hwi menarik balik arahannya tadi.

“Ayah tahu” kepala Sehun diusap lembut. “Tapi ayah dah tak kisah mengenai Kim Seok Jin. Ayah akan suruh orang lain selesaikan”

“Tapi ayah, Irene merupakan ahli Ouroboros yang…”

“Yang paling setia dengan ayah, anak kecil yang ayah jumpa sendiri dan yang paling rapat dengan kamu berdua” lelaki itu mencelah apa yang Seulgi cuba pertahankan.

“Ayah….” Mata Seulgi mula berair. Imbasan wajah Irene bermain dalam kepalanya.

“Ayah tahu kamu berdua rapat dengan Irene, sebab tu Irene merupakan misi kamu berdua kali ini. Siapa yang hapuskan Irene akan dapat menjadi ketua Ouroboros dan siapa gagal, dia akan ikut Irene ke lubang kubur”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
cuba teka belakang badan siapa dalam poster tu?

Comments

You must be logged in to comment
k-hope
#1
Wow. Cerita-cerita awak sentiasa membuatkan saya curious. Hwaiting for this story.^^