002

Ouroboros Mata Biru *hiatus

“Anyeonghase…yo!”

Pintu kedai diseret buka, seorang lelaki memakai topi menjengah di muka pintu.

“Sayangku Wonwoo~” lelaki itu memanggil, melangkah masuk. Sengaja suaranya dimanjakan. Tanpa dipelawa, lelaki tersebut mengambil tempat duduk di hadapan kaunter. Seorang gadis mengikutinya dari belakang, juga memakai topi hitam dan topeng muka.

“Wonwoo~” lelaki itu memanggil lagi manakala gadis di sebelahnya diam tidak bersuara.

“Oh, Taeyong. Apa kau buat sini pepagi buta. Ayam aku pun tak bangun tidur lagi” lelaki yang bernama Wonwoo akhirnya muncul dengan sebuah komik di tangan. Rambutnya agak serabai. Keningnya basah. Terdapat tompok kesan air di bajunya, menunjukkan yang lelaki itu baru usai basuh muka.

“Ada tugas baru pagi ni. Target baru” jawab Taeyong, merampas komik yang dipegang Wonwoo sedang lelaki itu menghampiri kaunter.

“Aku dikecualikan?” soal Wonwoo menongkat dagu di atas meja.

Taeyong mengangguk. “Hanya aku dan…” Taeyong mengerling gadis di sebelahnya yang senyap dari tadi.

“Kenapa kau pakai topeng muka? Tak sihat? Nak ubat demam?” soal Wonwoo lagi, kali ini memandang gadis di sebelah Taeyong.

“Entah dia. Ada jerawat tumbuh di hidung mungkin” usik Taeyong apabila gadis itu tidak menjawab soalan Wonwoo.

“Pelik. Kalau kau tak sihat, beritahu aku”

“Kenapa pula dia perlu beritahu kau? Apa kau boleh buat? Kau tahu baca komik je!” Taeyong melibas pukul kepala Wonwoo dengan komik yang dipegang. Riaknya kelat.

“Diamlah kau. Aku tahu dah apa yang kau nak pepagi buta ni” balas Wonwoo sebelum mengeluarkan sebuah kotak separuh berat. Beberapa papan peluru lalu dikeluarkan.

“Nah~ bekalan” papan peluru tadi bertukar tangan kepada Taeyong. “Dan ini, sebagai pemberi tenaga” Wonwoo lalu membuka almari kecil di tepi kaunter, mengambil sekotak rokok dan mencampakkan kepada lelaki di hadapannya itu.

Sankyu~” ucap Taeyong, menyimpan kedua-dua papan peluru dan kotak rokok tersebut ke dalam poket jaket.

Sebelum Taeyong dan gadis di sebelahnya bangkit berdiri meninggalkan kedai, Wonwoo menyambar tahan lengan gadis itu.

“Jaga diri” ujarnya.

Gadis itu hanya mengangguk.

////////////////

Bau yang sama. Bunyi yang sama. Barang-barang yang sama. Gambar yang sama. Perasaan yang berbeza. Jin berjalan perlahan, meneliti keadaan dalam biliknya yang langsung tidak berubah. Semuanya berada di posisi asal. Katil, almari, potret gambar, poster pemain bola sepak, gitar, jam dinding, meja belajar, rak buku dan komik, patung kecil koleksinya, semuanya sama seperti mana dia menetap di bilik tersebut dahulu.

Jin mencapai pegang sebuah potret gambar, di mana empat orang tersenyum memandang kamera. Mamanya, papanya, Jisoo dan dirinya sendiri. Gambar yang diambil ketika majlis graduasi sekolah rendahnya. Jin tersenyum, apabila teringat situasi ketika gambar tersebut diambil.

Tok. Tok

Jin segera memaling pandang pintu yang diketuk. Seorang gadis menjengah di muka pintu. “Boleh saya masuk?” soalnya.

Jin menggangguk. Gadis itu lalu mempersilakan dirinya sendiri, duduk di atas katil sedia ada.

“Boleh tidur malam tadi?”

“Hmmmm. Ini pertama kali abang tidur di luar sel penjara, agak kekok sebab dapat baring atas tilam yang selesa, jadi abang tak dapat tidur lena malam tadi” jawab Jin jujur sambil meletakkan semula gambar yang dipegang tadi. “Jisoo pula?”

Gadis yang digelar Jisoo itu juga menggeleng. “Selalunya saya tidur bersendirian dalam rumah. Apabila abang dah kembali, saya rasa macam sukar nak percayai. 10 tahun dah berlalu”

“Maafkan abang, buat kamu tunggu lama” Jin mengambil tempat di sebelah Jisoo. “Kamu tak benci abang kan?”

Jisoo memaling pandang wajah abangnya. “Tak. Saya tak pernah benci abang. Perkara dah lepas, saya dah lupakan. Semua orang buat kesilapan”

“Itu bukan kesilapan abang. Kamu percaya yang bukan abang yang bunuh….”

“Abang..” Jisoo mencelah. “Saya dah lupakan. Abang pun patut lupakan. Kita boleh mula hidup baru”

“Abang tak boleh lupakan dengan mudah. 10 tahun abang memikirkan perkara yang sama masa dalam penjara” ujar Jin sambil memandang gambar yang berada atas meja belajarnya.

“Kim Seok Jin” Jisoo mencapai tangan abangnya. “10 tahun saya tunggu abang. 10 tahun saya sendirian. Saya penat dengan semua pandangan negatif. Saya nak mulakan hidup baru bersama abang. Di sini, tiada siapa ingat peristiwa 10 tahun lepas. Jadi, tolong saya, kita jadi seperti dahulu, seperti tiada apa pernah berlaku”

Jin diam, menghadam kata-kata adiknya.

“Saya dah buat sarapan. Abang tak makan apa-apa dari semalam. Mesti lapar kan. Saya masak banyak pagi ni” Jisoo cuba senyum, mengambil hati abangnya.

Jin membalas senyuman tersebut. Ikhlas. “Kamu masak? Sejak bila kamu pandai masak? Ni boleh percaya ke ni? Kamu bukan beli di luar?”

“Mana ada~ saya dah pandai masak”

////////////////

“Aku minta maaf tapi kau siapa? Kau kenal aku?”

“Ahhhh~ budak lelaki yang cuba mengorat adik aku tu”

Jungkook berjalan laju dengan membimbit beg plastik penuh dengan sayuran yang dibeli. Pasar pagi tersebut sesak dengan manusia yang membeli bekalan harian basah yang segar. Kebanyakan dari mereka ialah golongan wanita berkahwin.

“Dia tak ingat aku” ujar Jungkook pada dirinya sendiri, sambil berjalan memandang ke bawah. Sesuatu meresahkan hatinya. Sesuatu bermain di fikirannya. Wajahnya tegang.

“Dia dah jumpa adiknya? Dia mesti ingat wajah Jisoo kan? Takkan dia tak kenal adiknya sendiri. Dia mesti tahu siapa Jisoo yang sebenar”

“Kenapa dia baru muncul sekarang? Dia baru keluar penjara sekarang? Setelah 10 tahun? Adakah dia masih mencari Jisoo? Dia…”

“Ah!”

Beg plastik yang dipegang Jungkook terjatuh ke tanah. Laju Jungkook menunduk kutip.

“Ah~ minta maaf. Sayur kau dah kotor” seorang lelaki memakai topi hitam menolong Jungkook menguis pasir pada sayurnya.

“Takpa. Saya boleh basuh nanti” balas Jungkook tidak memandang wajah lelaki tersebut.

“Aigoo~ berhati-hati jalan tu” lelaki tersebut menegur gadis yang melanggar bahu Jungkook tadi.

“Minta maaf” ucap gadis itu, separuh menunduk.

“Minta maaf. Sila basuh elok-elok” Taeyong sempat melambai pada Jungkook saat lelaki itu berjalan pergi.

“Pfftt. Jangan nak pura-pura baik” ujar gadis itu menjeling tajam.

“Haish bukaklah topeng mulut kau tu. Rimas aku tengok. Setiap kali kita ke Incheon, mesti kau tutup mulut. Kenapa? Kau takut orang kenal kau?” balas Taeyong geram, laju berjalan di hadapan gadis itu.

“Haish kau ni. Nak aku jahit mulut tu?”

Jungkook pula berjalan meninggalkan pasangan yang melanggarnya tadi.

“Minta maaf”

Sayur yang terkena pasir tanah dalam bungkusan plastik di tangannya, ditenung.

“Minta maaf?” Jungkook seolah mengulang ayat gadis tadi. Lantas Jungkook berpaling menoleh belakang. Pasangan tadi hilang dalam kerumunan manusia.

“Minta maaf? Kenapa suara tu, macam aku kenal? Suara tu…”

Jungkook memandang semula sayurnya tadi. “Jisoo?”

//////////

“Hai sayangku limited edition~”

Suara manja Seulgi bergema dalam biliknya. Beg tangan kulit yang dibelinya tadi dikucup beberapa kali.

“Tapi… kita tak boleh bersama lagi. Minggu depan kita jalan keluar ye sayang. Minggu ni, awak duduk senyap-senyap dalam almari ya” Seulgi berbicara seolah beg tersebut ialah rakannya.

Di atas katil, abang kembarnya ketawa kecil.

“Apa yang kelakarnya?!” Seulgi menjerit marah. Masam wajahnya.

“Kau tu.. macam orang gila” ujar Sehun menahan ketawa.

“Apa? Berani kau kata aku macam orang gila. Yah, aku ni adik kembar kau! Kalau aku gila, kau pun mesti gila” Seulgi mempertahankan diri, menjeling Sehun sebelum menyimpan barangnya di dalam almari.

Telefon Seulgi di atas meja kecil sebelah katil tiba-tiba berbunyi. Panggilan masuk dari nama ‘I”

“Yah, ada orang telefon kau. Nama dia…” Sehun cuba membaca nama yang tertera pada skrin alat komunikasi tersebut. “I?”Sehun mencapai pegang telefon bimbit tersebut.

“Jangan angkat. Jangan sentuh telefon aku!” jerit Seulgi, berlari mendapatkan telefonnya, merampas dari tangan Sehun.

Sehun mendengus sebelum kembali baring di atas katil. “Heol~, sejak bila kau penuh dengan rahsia ni” omelnya.

“Oh, kenapa telefon aku? Aku ingat kau dah lupa aku?!” Seulgi menjawab panggilan tersebut.

Dari nada suara Seulgi, Sehun meneka orang yang menelefon itu pasti sudah biasa dengan Seulgi.

“Aku ada di rumah. Baru balik shopping. Aku tak pernah lupakan kau. Tengoklah siapa yang bercakap” Seulgi membuat muka, melabuhkan punggung di atas katil.

“Siapa?” soal Sehun merapati Seulgi.

“Jangan nak sibuk” Seulgi menahan Sehun dengan jarinya, ditekan pada dahi lelaki itu.

“Tiada siapa. Abang kembar aku, Oh Se Hun. Kalau kau dah jumpa dia, baguslah. Senang kerja kita. Jadi, sekarang kau cuma perlu hapuskan dia? Kau dah professional kan kerja macam ni. Aku tak perlu risaukan kau kan”

“Lelaki. Aku tak perlu dengar suara dia pon aku dah tahu. Mesti lelaki. Siapa pula yang kau ngorat ni Seulgi” Sehun bermadah bersendirian.

“Bila dah tamat kerja kau, call aku. Kita buat parti. Aku belanja. Jadi, aku tak nak ganggu kau. Bye-bye”

Seulgi menamatkan panggilan dan menjeling Sehun yang masih terbaring atas katilnya.

“Apa kau cakap? Lelaki? Kau ingat adik kau ni takde kerja lain ke selain kebas duit lelaki? Bosan~”

Sehun ketawa kecil. “Jadi siapa tadi?”

“Cuba teka?” Seulgi mengangkat kening.

“Kalau aku pandai meneka, setiap hari dah aku menang judi. Cepat cakap, siapa tadi. Lelaki? Perempuan?”

“Perempuan” jawab Seulgi. “Kalau kau dengar nama dia, mesti muka kau akan berseri”

Sehun bangkit duduk dengan laju. “Apa maksud kau? Perempuan? Aku kenal?”

Jari Seulgi bermain-main dengan aksesori yang tergantung pada telefon bimbitnya. “Kau ingat hidup kau ada banyak perempuan? Cuba ingat, perempuan yang namanya bermula dengan huruf I”

Sehun terdiam, mengetahui siapa yang adik kembarnya itu maksudkan.

“Ingat pun. Dia dah jumpa dengan lelaki tu. Sekarang ni mereka duduk serumah. Kau mesti cemburu kan? Itu namanya takdir. Setelah 10 tahun, mereka bertemu semula. Aigoo~ sekejapnya masa berlalu. Dah 10 tahun. Kita dah berumur 25 tahun. Omo”

Seulgi segera bangkit dari tempat duduknya, mencapai cermin kecil dalam laci rak.

“25 tahun. Sehun ah~ aku nampak tua ke? Aku masih muda kan? Kulit aku masih cantik kan?” Seulgi mencebik sambil membelek wajahnya di cermin.

Sehun diam tidak membalas, merenung pandang cadar katil yang berwarna merah jambu itu.

//////

Taeyong memerhatikan gadis rakan sekerjanya itu menanggalkan topeng muka yang dipakai. Kelihatan wajahnya berpeluh di sebalik topeng yang dipakai. Taeyong bersandar di dinding, hanya melihat gadis itu dari jauh di depan sinki. Kesan darah yang melekat di tangannya dibersihkan dengan sabun. Beberapa percikan darah turut mengenai kelopak matanya. Gadis itu membersihkannya dengan teliti. Taeyong diam memerhati.

“Sampai bila kau nak pandang aku macam tu?” soal gadis itu.

Taeyong tersenyum tawar. Tidak berganjak. Tangannya disilangkan di dada.

“Kenapa kau masuk kumpulan ni? Kenapa kau terdesak nak tahu mengenai kumpulan ni? Kenapa… ”

Taeyong berhenti, tidak menghabiskan ayatnya apabila gadis itu menyimbah air dengan jumlah yang banyak ke mukanya sendiri. Air terpercik mengenai cermin muka di hadapannya. Gadis itu merenung dalam pada pantulan wajahnya sendiri di cermin.

“Kenapa ya? Rasanya kau lebih tahu daripada aku” gadis itu bersuara keras.

“Masa depan kau cerah kalau kau tak masuk kumpulan ni. Kau pasti dah jadi macam gadis lain sebaya kau kalau tak terlibat dalam jenayah ni. Aku cuma rasa kasihan dengan kau” kata-kata Taeyong lahir dari hati. Lelaki itu menunduk.

“Aku tak perlukan simpati kau” gadis itu menoleh pandang Taeyong. “Dan aku tak pernah fikirkan masa depan aku, sebab aku nak mencari masa silam aku, siapa aku yang sebenar?”

//////////

Bunyi jam berdetik kedengaran lebih kuat daripada biasa. Langsir tingkap ditarik tutup. Televisyen dimatikan. Kipas berpusing sederhana laju. Penghawa dingin dipasang dengan suhu sederhana. Jin tidur lena di atas sofa, tidak sedar dirinya ditenung perhati gadis dalam rumah tersebut.

Gadis itu mencapai telefon bimbit, mendail nombor yang masih diingati, namun sudah lama tidak dihubungi.

“Oh, kenapa telefon aku? Aku ingat kau dah lupa aku?!”

Irene tersenyum sinis sambil menghirup sedikit wain dalam gelasnya. “Tak mungkin aku lupakan kau. Aku agak kau yang sudah lupakan aku. Kau buat apa? Di rumah?”

“Aku ada di rumah. Baru balik shopping. Aku tak pernah lupakan kau. Tengoklah siapa yang bercakap”

“Aku.. dah jumpa dengan abang Jisoo. Semalam dia keluar dari penjara. Sekarang kerja aku hampir selesai. Kau nak tahu? Rupa dia langsung tak berubah, sama macam Jisoo. Seulgi, aku..”

“Jangan nak sibuk”

“Kau dengan siapa?” persoal Irene, apabila kedengaran Seulgi seperti berborak dengan orang lain.

“Tiada siapa. Abang kembar aku, Oh Sehun. Kalau kau dah jumpa dia, baguslah. Senang kerja kita. Jadi, sekarang kau cuma perlu hapuskan dia? Kau dah professional kan kerja macam ni. Aku tak perlu risaukan kau kan”

Irene mengganguk. “Hmmmm! Aku akan hapuskan dia. Cuma sekarang, aku nak main-main dengan dia dulu. Dia ni boleh tahan handsome juga” Irene tersenyum sinis sambil merapati wajah Jin yang masih dalam lena. “Aku akan hubungi kau lagi kalau ada apa-apa. Nanti beritahu ayah yang kerja aku hampir selesai. Dia boleh percayakan aku”

“Bila dah tamat kerja kau, call aku. Kita buat parti. Aku belanja. Jadi, aku tak nak ganggu kau. Bye-bye”

“Bye~” Irene mematikan panggilan. Gelas wain diletakkan di bawah, atas lantai. Perlahan-lahan Irene memegang sentuh anak rambut Jin.

“Kim Seok Jin. Dah lama kita tak jumpa. Aku sentiasa rindukan kau” bisik Irene perlahan.

//////////////

Wonwoo menaiki tangga besi yang sudah berkarat, berjalan ke tingkat atas, bahagian bumbung. Tiba di atas, Wonwoo melihat seorang gadis terbaring kepenatan di atas kerusi kayu panjang.

“Kim Jisoo!” Wonwoo memanggil.

Gadis yang terbaring tadi, meninggikan leher, menjenguh lihat gerangan yang memanggilnya.

“Buat apa sini?” soal Jisoo, tidak bangkit bangun. Sebaliknya Wonwoo berjalan menghampirinya.

“Mari sini aku tengok” Wonwoo mencapai tangan gadis tersebut. Terdapat beberapa kesan calar-balar di jarinya. Beberapa plaster dikeluarkan dari dalam poket dan dipasang balut pada luka gadis itu. Jisoo hanya diam membiarkan.

“Terima kasih” ucapnya usai Wonwoo selesai. “Aigoo~ kau selalu cuai. Kau tak boleh buat kerja sendiri-sendiri. Bahaya”

“Hmm!” balas Jisoo tersengih sambil membelek kekemasan plaster yang dipasang oleh Wonwo di jarinya.

“Terima kasih sebab selalu ambil berat pasal aku. Dalam kumpulan kita, hanya kau yang aku boleh harapkan” ujar Jisoo, mendongak pandang lelaki yang sedikit tinggi darinya itu.

Jisoo bangkit duduk, memberikan ruang kepada Wonwoo duduk di sebelahnya. “Kenapa kau cakap macam tu? Taeyong kan ada, dia pun selalu ambil berat. Kau je tak perasan” Wonwoo menyiku lembut gadis di sebelahnya.

Jisoo ketawa kecil sebelum membalasnya kembali. Cukup kuat untuk menumbangkan lelaki itu namun Wonwoo mengeraskan badan, enggan mengalah. Kedua-duanya saling ketawa.

“Yah!” Wonwoo membalas, menyiku tolak Jisoo sedikit kasar.

“Ahhh!” gadis itu mengaduh sambil memegang bahunya.

“Kenapa? Sakit? Maaf, aku tak sengaja” Wonwoo cemas sebaik Jisoo mengaduh sakit. Lengan gadis itu dicapai pegang.

“Tipu~” gadis itu menjelir lidah.

“Kau ni…buat aku risau. Bahu kau masih sakit lagi? Terasa lagi kesan tembakan lama tu?” soal Wonwoo serius.

Jisoo menggeleng. “Tembakan tu dah lama. Dah lebih lima tahun. Dah tak terasa sakit sangat” jawabnya jujur.

“Mari sini aku tengok” Wonwoo cuba menyelak bahu baju Jisoo.

“Tak nak! Malu!” Jisoo menegah, mengelakkan badannya.

“Aku nak tengok kesan tembakan tu saja. Masih ada parut?” Wonwoo berdegil, cuba menarik Jisoo dekat dengannya.

>>>>>>>>>>>>>

Taeyong mencapai peti ubat dalam almari, mengeluarkan beberapa helai plaster luka.

“Rasanya ni cukup. Luka dia bukan banyak pun” ujarnya menggenggam plaster tersebut. Selepas menyimpan kotak ubat kembali ke dalam almari, Taeyong bergegas keluar, menaiki tangga ke tingkat atas, di mana dia yakin Jisoo pasti sedang berehat di sana.

“Kenapa? Sakit? Maaf, aku tak sengaja”

Langkah Taeyong terhenti sebaik mendengar jelas suara Wonwoo.

“Tipu~”

“Kau ni…buat aku risau. Bahu kau masih sakit lagi? Terasa lagi kesan tembakan lama tu?”

“Tembakan tu dah lama. Dah lebih lima tahun. Dah tak terasa sakit sangat”

“Mari sini aku tengok”

Taeyong melepaskan keluhan berat sebelum meneruskan langkah. Di atas, dia melihat Wonwoo dan Jisoo duduk bersebelahan.

“Tak nak! Malu!”

“Aku nak tengok kesan tembakan tu saja. Masih ada parut?”

“Korang buat apa sini?” Taeyong bersuara, memandang tepat ke arah Wonwoo dan Jisoo.

Jisoo segera menarik bahu bajunya yang sedikit terbuka. “Tak buat apa-apa. Kenapa kau naik atas ni?”

“Saja aku naik atas ni. Tempat ni bukan milik kau seorang” balas Taeyong, kedengaran kasar. Dia bergerak menghampiri Wonwoo dan Jisoo. Taeyong lalu perasan luka di jari Jisoo yang sudah dibalut plaster. Lantas plaster luka yang diambil tadi, disimpan sorok dalam poket seluar.

“Apa tu?” soal Wonwoo, perasan akan tindakan rakannya itu.

“Takde apa” jawab Taeyong menjeling tajam lelaki yang bertanya tu.

“Aku nak masuk bilik berehat. Badan aku rasa penat sangat” Jisoo lalu bangkit bangun. “Terima kasih untuk ni” Jisoo menunjukkan jarinya kepada Wonwoo. Lelaki itu membalas senyumannya.

Taeyong hanya membiarkan Jisoo berlalu pergi, sebelum beralih kepada Wonwoo yang masih duduk selesa.

“Kau… jangan rapat sangat dengan dia. Kau perlu sedar diri kau tu siapa” suara Taeyong keras, soolah memberi amaran.

“Ya aku tahu” Wonwoo menunduk sebelum kembali mendongak pandang Taeyong yang masih berdiri. “Tapi aku lebih ada hak daripada kau. Setidaknya aku ada hubungan dengan dia”

Taeyong tersenyum sinis. “Jangan cakap pasal hak dengan aku. Hak kau dah lama mati. 10 tahun yang lalu”

Wonwoo terdiam apabila Taeyong menyebut tentang 10 tahun yang lalu.

“Abang! Jangan tinggalkan Jisoo!”gadis remaja berumur 14 tahun itu menangis teresak. Tangan Jin dipegang kuat. Air hujan turun mencurah.

“Jisoo!” Jin menjerit panggil nama adiknya, cuba menggenggam tangan Jisoo kuat.

“Masuk dalam kereta cepat!” Polis yang bertugas memotong ikatan tangan Jin dan Jisoo. “Cepat!” Jin digesa tolak masuk ke dalam kenderaan polis.

“Abang!” Jisoo meraung dalam hujan.

“Abang!!” Jisoo mengejar abangnya yang ditolak masuk ke dalam perut kereta polis.

“Jangan tinggalkan Jisoo! Jangan tinggalkan Jisoo!”

“Jisoo!” Jin menjerit dari dalam keretanya, melihat adiknya mengejar dari belakang.

“Abang!”

Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, berdiri dalam kerumunan jiran-jiran yang melihat peristiwa tragis itu. Air hujan membasahi wajahnya, menyembunyikan air matanya yang kasihan akan gadis bernama Jisoo itu.


Sankyu= slang terima kasih

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
cuba teka belakang badan siapa dalam poster tu?

Comments

You must be logged in to comment
k-hope
#1
Wow. Cerita-cerita awak sentiasa membuatkan saya curious. Hwaiting for this story.^^