VAMPIRE (SEASON 1) MALAY VER.

Description

Vampire (Part 1)


Hari semakin gelap..pertama kalinya aku melangkah keluar daripada rumahku tanpa dipaksa. Perlu ke aku ikut semua arahan mengarut ibu tiri aku yang minta aku menjadi perempuan simpanan CEO syarikat lain semata-mata untuk meraih keuntungan. Sumpah..aku benci perempuan tak guna tu!!!


By the way..biar aku intro sikit pasal aku..nama aku Nara..Myun Nara…ibu aku meninggal dunia semasa aku masih bayi..kemudiannya bapa aku berkahwin dengan perempuan tak guna tu..selepas setahun diorang berkahwin …bapa aku meninggal dunia…aku sudah masak dengan perangai perempuan tak guna tu dan akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar daripada rumah .


Malam itu aku berjalan bersendirian di tepi jalan yang agak sunyi dan awan semakin menutup bulan menandakan hari hendak hujan. Nak tak nak aku kene jugak cari tempat berteduh. Tiada satu tempat pun yang aku jumpa yang sesuai untuk aku berteduh. Hujan mula membasahi bumi(wah…ayat…). Aku duduk melutut dibawah pokok yang agak rimbun daunnya..cukuplah untuk aku untuk berteduh..tidak lama kemudian datang seorang lelaki dan lelaki itu memayung aku..aku tidak beberapa nampak wajah lelaki tersebut kerana suasana agak gelap. Kemudian lelaki itu bersuara..’’ kau okay?’’ aku hanya mengangguk laju menandakan aku okay..’’jom ikut aku’’lelaki itu bersuara lagi..’’pegi mana?’’aku membalas..lelaki itu hanya mendiamkan diri lalu dia berlalu pergi ..kira-kira 5 tapak daripada aku,lelaki tersebut itu berhenti dan bersuara lagi ‘’nak ikut tak?’’ aku hanya berdiri diam..kemudian bunyi guruh berdentum dengan kuat…aku terkejut lalu berlari kearah lelaki itu dan memeluk lengan lelaki tersebut..sekali lagi guruh berdentum ,cahaya kilat yang tidaklah begitu terang membolehkan aku ternampak wajah lelaki tersebut..aku dapati lelaki itu tersenyum sinis dengan gelagat aku yang memalukan tadi..

(ayat…xboleh blah..)

 

to be continued......

 

 

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
purpleadelyn
#1
Wowww...interesting...update soon okay...i'm waiting^_^