Terpersona.

Description

Juniel sudah lama tertarik dan menyukai Seung Hyun sejak dulu lagi tetapi Seung Hyun tidak pernah melihat kehadiran Juniel didalam hidupnya.Walaupon meraka satu sekolah bertegur sapa pun tidak pernah.Juniel hanya pendam sahaja perasaannya terhadap Seung Hyun.

Suzy sudah lama mencuba meraih cinta Seung Hyun.Malangnya Seung Hyun hanya menganggapnya teman biasa sahaja tidak lebih dari itu.Akibat terlalu cemburu dengan Juniel.Suzy sanggup melakukan apa sahaja agar Juniel merasa menderita.

Foreword

 

Di Kantin Sekolah.

      Juniel hanya termenung dimeja makannya sedangkan yang lain sibuk menikmati juadah masing. "Kyaaa..kenapa tak makan??Kau diet ke??" Eun Ji yang sedang menikmati Bimbap yang dibekalkan oleh ibunya. "Oiiittt...dalam hidup aku tak ada istilah diet taw.Macam mana nak makan bekal aku tertinggal dalam bas semasa aku nak turun tadi." Juniel mengeluh lalu meletakkan kepalanya diatas meja. "Aigoooo..kau kalau bab lupa memang pro.Kau ingat apa pun aku tak tahu.Nak ambil sikit makan aku ini sharing is caring maaa..." Eun Ji pun memberi separuh makanannya kepada Juniel. "Tapi cukup ke untuk kau??Kau dengan aku ini jenis nafsu makan tak pernahnya kenyang walaupun makan banyak mana." Juniel merasa sebersalah apabila Eun Ji terpaksa berkongsi makanan dengannya. "Aku ini dah masak sangat dengan perangai kau yang cerewat bab makan ini.Kau nak pulak makan makanan kat kantin tu kan??Makan jerklah banyak cekadak pulak dia ini." Eun Ji sangat memahami sikap Juniel kerana mereka sudah berkawan sejak bangku sekolah rendah lagi. "Gomawo chingguya..saranghae" mereka pun makan bersama sehingga habis waktu rehat.

Kelas 5A - 2

       Sebaik sahaja langkah masuk kekelas Suzy seperti biasa mengamuk didalam kelas. "Bergaduh lagilah tu dengan namjachinggu dia tu.Perempuan cantik memang perangai menyakitkan hati ea??Suka lepaskan marah dia kat orang yang tak bersalah menyampah betol!!" Eun Ji memang tidak mengemari Suzy sejak Suzy pindah ke sekolah ini 2 tahun yang lepas. "Eehh??Cantik ke??hahahahaha..tapi betul ke Seung Hyun tu namjachinggu dia??" Juniel mahukan kebenaran tentang hal ini kerana Suzy tahu akan perasaannya terhadap Seung Hyun tetapi Suzy sengaja membuat Juniel merasa marah dengan cara bermesra-mesra dengan Seung Hyun dihadapannya.Sebaik sahaja mereka berdua tiba dimeja mereka tiba-tiba Seung Hyun datang ke kelasnya. "Kau nak tahu sangatkan jawapan dari soalan kau tadi kan??Sekarang kau tengok sendiri jawapan yang dah lama kau nak tahu itu." Eun Ji merapatkan sedikit badannya ke Juniel dan memuncungkan sedikit mulutnya dan menghala ke arah Seung Hyun yang sedang berdiri dipintu kelasnya.

       "Aku rasa dia datang nak pujuk Suzy lah tu." Teka Eun Ji dan Juniel hanya mampu berlagak tenang walaupun dia tahu bahawa dia bakal merasa sedih dan sakit hati melihat aksi sesi pujuk memujuk antara Seung Hyun lelaki yang sudah lama Juniel memendam perasaan dan juga Suzy musuhnya disebalik wajah cantiknya itu. "Seung Hyun ah..Awak datang cari saya ke??" Kata Suzy tapi malangnya Seung Hyun hanya berlalu pergi dihadapannya dan langsung tak menjawab soalan Suzy itu. "Kyaa..kyaa..kyaa..aku rasa dia macam menuju ke arah kita jerk." Eun Ji mula mengelabah manakala Juniel hanya terdiam terpaku melihat orang yang dia sukai menuju kearahnya.

       Sebaik sahaja Seung Hyun tiba dimeja Juniel dia meletakkan bekas makan diatas meja Juniel. "Tumpang tanya ini bekas makanan awak kan??Saya nak mintak maaf yang saya dah pun makan makanan dalam bekas awak ini tanpa meminta izin dengan awak." Juniel dan Eun Ji terus padang antara satu sama lain seolah-olah tidak percaya yang berada dihadapannya itu lelaki yang sudah lama Juniel sukai iaitu Choi Seung Hyun. "Nae..ini memang bekas makanan saya.Tak apa saya tak kisah pun tapi maaf lah saya masak ikut tekak saya sendiri kalau tak sedap saya minta maaf." Juniel pelahan-lahan mengambil bekas makananya itu. "Awak yang masak ke semua makan itu??" Soal Seung Hyun manakala semua orang memerhatikan Seung Hyun dan juga Juniel. "Nae.Waeyo??Makan saya itu buat awak sakit perut ke??" Juniel mula risau jika makananya itu membuat perut Seung Hyun sakit. "Aniyo..makanan awak sangat-sangat sedap saya menyukainya patutlah kamu berdua kuat makan sebab kamu pandai masak dan juga pandai menikmati makan saya suka tengok kamu berdua makan." Makin terkejut Juniel dan juga Eun Ji mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Seung Hyun itu.

      Suzy datang dan terus menarik tangan Seung Hyun untuk beredar dari situ tapi Seung Hyun menepis tangan suzy. "Seung Hyun ah saya tahu saya suka buat awak marah tapi janganlah awak nak malukan saya depan orang ramai lagi-lagi depan budak perempuan ini.Jom kita cakap kat tempat lain." Suzy cuba menarik lagi tangan Seung Hyun.Sekali lagi Seung Hyun menepis dan kali ini wajahnya berubah.Matanya merenung tajam diwajah Suzy. "Saya tahu saya salah.Maafkan saya ye sayang." Suzy cuba tidak membuat Seung Hyun marah kepadanya. "Sayang??????" Seung Hyun gelak kecil lalu dia membisik sesuatu ditelinga Suzy. "Engkau boleh berambus dalam hidup aku."  Terbeliak mata Suzy mendengar apa yang dicakapkan oleh Seung Hyun. "DENGAR SINI SEMUA!!!Aku tak tahu mana datangnya gosip murahan ini ada yang menyatakan aku dengan Suzy ini bercinta.Tolang hentikan aku ulang lagi sekali.Aku dengan perempuan yang diri depan aku ini TIADA APA-APA HUBUNGAN.FAHAM SEMUA!!" Tiba-tiba sahaja Seung Hyun membuat pengumuman didalam kelas kemudian Seung Hyun meletakkan tangannya dimeja Juniel lalu merapatkan sedikit wajahnya ke muka juniel lalu berkata. "Awak faham Juniel??" Juniel hanya mengangukkan kepalanya sahaja manakala Suzy berlari keluar kerana terlalu malu dengan tindakan Seung Hyun.Ketika Seung Hyun hendak keluar dari kelas sempat lagi dia menoleh ke Juniel. "Esok boleh tak awak bawa bekal untuk saya?" Soal Seung Hyun manakala Juniel yang dari tadi hanya membatukan diri kerana terkejut bagaimana Seung Hyun boleh mengetahui namanya. "Juniel shi.." Juniel masih lagi diam membisu. "Nae esok dia bawa bekal untuk kau.Betul tak Juniel?" Eun Ji melanggar bahu Juniel agar sedar dari lamunannya itu. "Oh..nae" Dengan muka blurnya itu.Seung Hyun tersenyum melihat wajah Juniel ketika itu.Mungkin dia terpersona dengan kecomelan Juniel.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet