Bab 2

Pancung

5275004757_18e4749aa9.jpg

Siwon mengurut dahinya perlahan. Runsing otaknya mencerna apa yang dilihat matanya. Beberapa tajuk akhbar yang melaporkan kes sama membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan lebih mendalam. Untuk seketika, dia memejamkan mata dan bersandar pada kerusi kerjanya. Berharap agar perasaan bercelarunya menjadi tenang untuk satu masa.

 

“Woi!”

 

Mungkin tidak.

 

“Oh come on dude. Takkan dah tidur. Malam semalam layan perempuan ke ? Hahahahaha!”

 

Lambat-lambat Siwon membuka mata kerana yang ada di hadapan meja kerjanya hanyalah Kim Heechul, salah seorang kawan baiknya yang celaka. Heechul kerjanya hanya tahu mencarut apabila marah, melatah apabila disergah tapi punya otak yang geliga. Tak dapat disangkal lagi.

 

“Kau ni masuk bilik aku boleh tak ketuk dulu? Faham tak KETUK? K E T U K..” getus Siwon dengan perasaan geram yang sedikit menebal. Sengaja dieja perkataan Ketuk untuk menyindir rakan baiknya itu. Tapi diabaikan Heechul. Heechul cuma menyimpul senyuman lebar yang membuatkan Siwon mendengus.

“You didn’t put any sign out there. Heh apapun rileks lah. Sejak bila kau melatah sangat kalau aku tak ketuk pintu? Selama ni okay aje.” Heechul meletakkan dua cawan latte panas ke atas meja Siwon lalu mengambil tempat di atas kerusi yang berada di hadapannya. Disilangkan kaki seraya mengambil sebuah buku nota kecil keluar dari poket baju.

 

Siwon menggeleng kecil. “Sejak aku dapat kes Silijeu Killeo. Sial. Aku tak sangka aku dapat kes ni.” Dia meraup muka lambat-lambat. Terasa rungsingnya .

“Wow seriously?! Baguslah! Bila kau dapat ? I thought Staf Sarjan Shindong dengan anak-anak buah dia dapat.” Dalam berkata-kata sempat Heechul menyisip sedikit minuman panas yang dibawanya itu. Kepalanya ligat memikirkan alasan-alasan mengapa Siwon dipilih untuk kes berat sebegini. Bukan kah Siwon mempunyai pangkat yang lebih kecil ?

Siwon sempat menjeling pada Heechul. “Bagus kau kata?! Yes aku pun fikir Sarjan Shindong yang dapat but noooo that was me. Baru awal pagi tadi Chief panggil aku. Katanya kalau aku menolak, lepas ini aku berkemungkinan tak dapat pegang kes berat sebegini.” Balas Siwon dengan keluhan sambil memikirkan kembali adegan yang berlaku pada awal pagi tadi.

 

“Apa ni Chief? Fail apa ini?” soal Siwon yang secara tiba-tiba diberi beberapa buah fail oleh ketua polis mereka, Chief Soo Man.

 

“Kau kendalikan kes ini. Ini kes kau.” Kata Chief Soo Man yang mula mengambil tempat di atas kerusi pejabatnya. Siwon kelihatan tergamam. Masakan dia diberi kes seberat begini?

“Maaf Chief, saya rasa Chief sil-

“Tak. Aku tak silap. Aku nak kau ambil alih kes ini. Aku akan beri kes lain pada Shindong.”kata- kata yang keluar daripada mulut Soo Man itu benar-benar membuatkan Siwon terkelu. Siwon dengan berani meletakkan semula fail-fail tersebut ke atas meja Soo Man. Soo Man hanya memandang.

 

“Maaf Chief. Saya betul-betul tak boleh ambil kes ini. Kes ini berat. Biarlah orang yang layak mendapatnya. Saya tak layak.” Dengan itu, Siwon berpaling ke belakang untuk keluar dari bilik ketua polis itu. Tetapi langkahnya mula terhenti apabila Soo Man membalas.

 

“Aku tak kisah kau taknak. Tapi ini peluang terakhir kau dapat pegang kes berat begini. Kalau kau tolak, jangan harap pihak kami dapat julang kau sebagai polis harapan. No, will never.”

 

Siwon berasakan kata-kata itu menusuk masuk laju ke dalam jantungnya saat itu. Dia memejamkan mata dan mengeluh kecil. Kali ini kata-kata Soo Man betul-betul membuatkan dia diam seribu kata. Apakah patut dia ambil kes ini? Adakah ini takdirnya? Tidak kah ianya bahaya?

 

“Why you’re still here? Pintu keluar betul-betul ada dihadapan awak. Nak saya bukakan?”

 

Siwon masih diam kaku buat seketika. Tumit pantas memusingkan badan seraya mengambil langkah menuju meja Soo Man. Mata Soo Man hanya mengekori langkah Siwon.

 

“Awak tahu kan polis yang lari dari kes ad-

 

“Yes saya tahu. Pengecut.” Belum sempat Soo Man habis bercakap, Siwon memintasnya laju. Berharap agar perkataan pengecut keluar dari kamus polisnya.

 

“Sebab itu , saya akan handle kes ini.” Siwon laju mengambil semula fail-fail di atas meja dan meletakkan di bawah pegangan lengan kirinya.

“Tabik! Hormat!”Siwon memberi tabik hormat kepada Soo Man sebelum keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan Soo Man yang tersenyum simpul.

 

“Tapi kau memang berani letak semula fail-fail tu atas meja dia.” Heechul memberi komentar pada aksi drastik Siwon yang dianggap terlampau berani. Siapa tidak kenal baran ketua polis mereka? Kerana ketegasan yang dimilikilah, penjenayah di Seoul semakin berkurangan.

Siwon hanya menjuihkan bibir. “Aku pun tak sangka aku buat macam tu. Tapi menyesal pun ada hahaha!”

 

Heechul mengambil fail-fail yang terkumpul di suatu sudut atas meja Siwon. Dibeleknya beberapa fail buat seketika sambil otaknya ligat memikirkan apakah motif pembunuh bersiri tersebut.

 

“Wow this Silijeu Killeo is really something. Apa motif dia sebenarnya?” soal Heechul yang mula tertanya-tanya dengan kes tersebut.

 

“How I am supposed to know? Money, revenge, I don’t know. Apa yang pasti kepala mangsa sampai pada keluarga diorang.” Siwon mengangkat bahu tanda tidak tahu menahu langsung motif pembunuh itu. Heechul kemudiannya tersengih pada Siwon. Kerutan pada dahi Siwon menebal.

 

“Kenapa kau tersen-NO! DON’T TELL ME THAT-

 

“Yes baby! Aku nak join kes kau.”

 

“NO!” Siwon membuat tanda pangkah menggunakan kedua-dua tangan tanda bantahan pada cadangan Heechul. Heechul memeluk tubuh. Kaki yang disilangkan dibawa turun.

 

“Please lah Sarjan Choi! Aku nak turut serta..Alang-alang aku boleh bantu kau.”

 

“Tak. Kau tahu kan diorang tak bagi kau masuk campur kes orang?”

 

“Yes I know but please lah Choi! Aku kan kawan baik kau.” Heechul merayu pada Siwon. Siwon lepaskan keluhan lagi buat sekian kalinya. Heechul memang dianggap kawan baiknya sejak kecil. Kehilangan kedua-dua ibu bapa Heechul sewaktu mereka di tadika membuatkan Siwon berasa dia patut melindung kawan kecil tersebut. Membuat keputusan dengan membiarkan Heechul duduk bersama keluarganya adalah satu keputusan yang indah. Perasaan bahagia menjenak di seluruh ruang waktu Heechul sudi menerima bantuannya.

Kini mereka membuat keputusan untuk mengejar cita masing-masing di perantauan dimana mereka meninggalkan rumah ibu bapa mereka di Jepun untuk ke Korea. Sebulan sekali, mereka pasti akan pulang ke Jepun untuk melawat ibu bapa Siwon yang kian hari makin meningkat usia. Walaupun pada dasarnya cita-cita Heechul ialah seorang detektif, kebanyakan resume yang dihantarnya tidak mendapat keputusan yang baik. Tuah berada di sisi Siwon apabila dia diterima masuk untuk jawatan polis ini tiga tahun yang lalu. Tidak mahu membiarkan Heechul terkontang-kanting, Siwon cuba memujuk pihak polis di balai ini untuk menerima Heechul sebagai polis simpanan walaupun pangkatnya lebih rendah. Nasib menyebelahi apabila mereka akhirnya bersetuju Heechul diterima masuk.

“Siwon?” Heechul mematikan lamunan Siwon yang terdiam untuk seketika.

 

“Apa?”

 

“Aku nak join. Pleaseeee”

Siwon menjulingkan mata ke atas. Tangan diangkat tanda menyerah. “Fine fine! But please behave! Sebab kau suka pukul suspek lah diorang taknak kau masuk campur kes.” Getus Siwon yang mula menyusun fail yang dibelek Heechul.

“Okay!”

"Guess i can't stop you right Heechul?"

Kenyitan mata diberikan Heechul sambil tersenyum kegembiraan. "Of course!"

 

5275004757_18e4749aa9.jpg

“Jungkook, jom pergi minum. Aku bosan lah.” Kata Jackson yang mula menutup buku nota Not Muzik. Pen yang digunakan untuk menulis kini berada di atas mulutnya. Sudah berapa jam mereka berdua mengulang kaji untuk ujian tergempar .Walaupun ujian tergempar akan diadakan pada esok hari, Jackson tetap yakin bahawa dia dapat menjawab dengan mudah.

Jungkook tidak mengangkat muka kerana asyik sibuk membuat latihan . “Minum? Dekat dapur kan banyak air. Lagipun sekarang dah lewat malam ni.” Helaian demi helaian buku diselak Jungkook.

 

Jakcson menyembamkan wajahnya atas meja. Terasa hampa dengan jawapan yang diberikan Jungkook. “Memang lah rumah sewa kita ni ada air. Maksud aku, pergi lepak sambil ambil angin dekat luar. Otak aku dah tepu ni.” Rengek Jackson seperti budak kecil. Bukan rumah sewa yang diduduki mereka berdua dan beberapa lagi rakan mereka ini tidak selesa untuk mengulang kaji, tetapi kalau dah dari petang sampai ke malam asyik menghadap laptop dan buku, tak ke sakit otak?

 

Jungkook mengangkat sedikit cermin mata berbingkai hitamnya. Ditatap wajah Jackson yang kempunan ingin pergi ke luar menghirup udara malam yang segar. Keluhan dilepaskan. Dia juga sudah terlampau lama menghadap segala nota dan buku sejak petang tadi. Jadi tak salahkan kalau setuju dengan cadangan Jackson itu.

 

“Alright! Kita pergi.” Kata-kata Jungkook itu cukup membuatkan Jackson mengangkat muka dengan laju. “Serious?” Tidak percaya dengan apa yang didengarnya ketika itu.

“Yelah. Aku pun rasa nak refresh otak aku ni. Alang-alang boleh rehat.” Jelas terpancar kebahagiaan pada muka Jackson selepas mendengar ayat yang keluar dari mulut Jungkook.

“Let go!”

5275004757_18e4749aa9.jpg

Bunyi tapak kaki dari jauh semakin kedengaran. Peluh semakin mencurah-curah di dahi. Rambut yang sedikit serabai langsung tidak dia peduli. Asalkan dia selamat keluar dari sini. Dari si pembunuh bersiri.

 

Kai mengatur langkah dengan laju. Lengan baju kemeja panjang yang dipakainya sehari suntuk disinsing pantas. Bagaimana dia tidak boleh mengagak bahawa Sillijeu Killeo kini sedang memerhatikan dia sepanjang hari?! Patutlah hati dan jantung berdebar tidak henti. Merasakan sesuatu yang bakal menghampiri. Memang. Memang sillijeu killeo ni misteri.

 

“Kim Jongin.”

 

Nafas Kai terhenti apabila nama penuhnya disebut. Degupan jantung semakin laju sehingga kedua-dua belah tangannya menggigil. Tetapi dia tidak berhenti berlari. Berlari agar sesiapa dapat selamatkan dia dari sini. Dari dipancung.

 

“Kau tak boleh lari!”

 

“Argh!” Kai menutup kedua-dua belah telinganya rapat. Tidak! Dia tidak mahu mendengar suara garau tersebut! Tak akan sesekali Kai menyerah diri sesuka hati kepada pembunuh bersiri durjana itu. Apabila dia semakin menghampiri kereta yang diparkirnya dengan sepantas kilat, Kai mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar jean hitam yang dipakai seraya menghidupkan enjin kereta.

 

Pintu kereta dikunci. Brek dibawa turun. Gear dipasang. Pedal minyak ditekan. Hampir! Hampir sahaja kereta Kai ingin bergerak tetapi sial! Kereta Honda miliknya membuat hal pada waktu penting sebegini. Dimana waktu itu nyawanya menjadi galang ganti. Kai hampir menjerit cuba menahan diri dari menangis, dia teruskan juga menekan pedal minyak walaupun keretanya langsung tidak bergerak.

 

Sempatkah dia jika dia keluar dari kereta dan berlari ke lebuh raya? Mungkin Sillijeu Killeo itu sudah semakin hampir tetapi mungkin jika tidak cuba tidak tahu. Deruan nafas Kai semakin laju. Segala keputusan yang drastik akan menentukan samada dia mampu hidup atau-dipancung.

 

Tanpa berfikir panjang, pintu kereta dibuka Kai dan dia terus berlari menuju ke lebuh raya yang berada di hadapan. Segala yang berada di dalam fikiran Kai kini bercelaruan. Bagaimana?! Bagaimana sebenarnya Sillijeu Killeo ni mampu mengekori dia sehingga ke Rnr Busan yang jauh dari Seoul? Adakah dia memang mempunyai dendam ?

 

PUP!

Badan Kai tersembam ke atas jalan tar. Celaka! Getus hati kecilnya. Macam mana dia tidak boleh perasan bahawa ada batu besar di hadapannya sewaktu dia berlari tadi? Ah! Mungkin kerana asyik terlalu sibuk berlari, dia tidak dapat melihat apa yang berada disekelilingnya. Kai membelek lututnya yang sudahpun luka. Jeans yang terkoyak dibahagian lututnya hanya dipandang.

Apabila Kai bersedia semula untuk berlari, satu kelibat pula muncul dari jauh.

 

Ah.

Sudah.

Sillijeu Killeo sudah datang.

 

Nafas Kai terhenti lagi. Satu badannya menggigil dan tidak mampu meneruskan larian kerana terlampau ketakutan. Adakah begini nasibnya? Hanya menunggu saat untuk mati? Kakinya cuba untuk bangun berlari tetapi sayangnya dia sudah tiada kekuatan.

Kelibat yang berpakaian hitam itu dari jauh semakin dekat. Semakin dekat menghampiri Kai bersama satu hajat. Mata Kai tertancap pada sesuatu yang dibawa Sillijeu Killeo itu. Ya. Parang. Yang matanya terlampau tajam.

 

Kini, Kai benar-benar berada di hadapan Silljeu Killeo. Wajah pembunuh bersiri itu ditutup dengan sebuah topeng. Tangannya dipakaikan sarung tangan putih. Badannya tegap. Auranya penuh kebencian. Mustahil Kai boleh terselamat dari orang sebegini. Sillijeu Killeo hanya duduk di sana diam seribu Bahasa. Tidak pasti apakah tindakan yang seterusnya. Adakah dia memberi peluang untuk berlari?

 

“Nampaknya kau dah bersedia.” Laju ayat itu keluar dari mulut Sillijeu Killeo tersebut. Kai cuba bingkas bangun untuk melarikan diri sekali lagi. Dia tidak layak untuk semua ini. Ajalnya belum lagi!

“Semakin kau lari, semakin banyak daging yang keluarga kau dapat.”

 

“APA KAU NAK HA?!” Kai berundur setapak. Kenapa perlu libatkan keluarga dia? Apa salah dia sehingga diburu lelaki gila ini?

 

“Nakkan keadilan.” Terus lelaki itu ketawa .Ketawa lelaki itu kasar. Penuh dengan aura syaitan. Yang tidak habis habis menghasut melakukan kejahatan. Kai menutup telinganya laju. Tidak mahu dengar ketawa jahatnya. Sesaat, dia melutut di hadapan Sillijeu Killeo itu.

 

“T-tolong to-tolong jangan libatkan keluarga aku. Ak-aku sang-sanggup buat apa saja.” Dalam terketar-ketar menahan tangis, Kai bersuara.

 

“HAHAHAHHAHA!” Besar ketawa yang dikeluarkan Sillijeu Killeo itu. Cukup membuatkan Kai gerun dan ketakutan. Tanpa belas kasihan, kolar baju Kai ditarik laju. Kai terkejut dengan tindakan pantas itu.

 

“Sorry. Tak dapat penuhkan hajat terakhir kau.”

 

Kai menangis . Ajalnya sudah tiba. Sayangnya dia tidak mampu berjumpa dengan keluarga buat kali terakhir. Dia memejamkan mata tanda tidak bersedia untuk apa apa yang bakal diterima. Memang beginikah pengakhiran hidupnya ? Hatinya menangis. Menangis menyesal kerana tidak mampu memberontak dan melawan si penjenayah gila ini.

Parang dikeluarkan oleh Sillijeu Killeo. Dia hanya menyimpul senyuman sambil jari jemari kasar menyentuh mata parang yang tajam itu. Ditatapnya muka Kai yang ketakutan . Inilah saatnya. Saat yang syaitan bersorak gembira meraikan kemenangan hasutan mereka.

 

“Mimpi indah” Seraya berkata-kata, pembunuh itu terus mengangkat parang dan menghayunkannya betul-betul pada arah leher Kai.

 

“HOI!”

 

Sillijeu Killeo terus menoleh ke arah suara yang menjadi ‘penyibuk’ tatkala dia ingin menjalankan tugasnya. Kolar Kai yang masih digenggam erat masih tidak dilepaskan. Mata dia tertancap pada ‘saksi’ segala kejadian. Senyuman sinis diukirkan. Lantas memaling muka pada Kai yang kelihatan lemah tidak bermaya.

 

“Well, kau ada teman untuk ke syurga.”

 

5275004757_18e4749aa9.jpg

lolololol holiday saya dah nak habis tidakkk!!! TT.TT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
just comment anything. tak kisah baik atau buruk :)) so i can improved myself

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: scarynyer citer ni~
saya suka suspen!
apa la motif si pembunuh tu...hmm
Nursyuhada
#2
Chapter 2: Senpai, scary nya cita awakkkkkk........ ><
Moon1991 #3
Chapter 2: Curiosity thp gaban ni hoho..
Thumbs up!!
akmalkuma #4
Chapter 2: Kejam gila Sillijeu Killeo ni . Apa-apa pun cerita ni gembak.....
Nursyuhada
#5
Chapter 1: Waaaaaaaaaaa.... good job ray XD
Cant wait to read second chapter.
Anyway, my jackson jadi watak utama ye..? Emmm hahahhaha
hyeriiisso
#6
Chapter 1: tgk poster dh creepy *-*
jjjjhehe #7
Chapter 1: Huishhhh macam baca buku fixi hahhhh keep it uppp hehhe
tyhah_nad #8
Chapter 1: Uishhhh scarynyee XD
kimyoochi
#9
Chapter 1: Teruskannnnnnnn