Bab 1

Pancung

5275004757_18e4749aa9.jpg

 

Jungkook menutup buku novel bahasa hangul yang dibacanya separuh. Lalu dia menghirup milo panas yang dipesannya. Sekali sekala matanya melirik kawasan sekeliling ke arah pelajar-pelajar kolej mula memenuhi ruang kafe Universiti Seoul waktu itu.

Ah. Mesti kelas mereka sudah tamat. Jelas hati kecilnya bersuara.

 

Kemudian Jungkook memandang pula seorang lelaki muda duduk bertentangan di hadapannya. Jaket kulit dan jeans hitam menyerlahkan rambut blonde lelaki tersebut. Walaupun hanya tua setahun dari Jungkook, perangai dan peribadinya tidak kurang seperti diri Jungkook yang mana membuatkan masing-masing selesa berkawan bersama.

“Jackson, kau ni memang workaholic kan?”  Jungkook bersuara setelah mereka hanya duduk bersama untuk 10 minit tanpa bercakap apa-apa. Dia sendiri tidak tahu mengapa lelaki ini gigih menyiapkan assignment di dalam computer riba. Walhal mereka sekelas. Bukan kah assignments kebanyakannya sudah dihantar? Lagipula kos Muzik menggunakan kemahiran dan bukannya seratus peratus tertumpu pada teknikal.

 

Lelaki yang digelar Jackson itu hanya tersengih menunjukkan barisan giginya yang cantik. Sekali sekala dia menyedut minuman aisnya di sisi sambil kedua-dua bola matanya tidak lari dari skrin komputer ribanya.

Well, I am not that kind of workaholic you know?” Jackson kemudiannya memusingkan komputer riba Apple miliknya menghadap Jungkook. Jungkook menaikkan sebelah keningnya. Rupa-rupanya Jackson sedang membaca sebuah artikel surat khabar di sebuah blog. Tajuk akhbar tersebut cukup menarik perhatian Jungkook untuk membaca.

 

MANGSA KEEMPAT, SILIJJEU KILLEO SEMAKIN BERKUASA

 

Jungkook melihat Jackson yang berada di hadapannya. Menanti reaksi yang dikeluarkan dia. “Okay, who is this Silijjeu Killeo?” soal Jungkook. Mungkin jika ditunjuk bab bab pelajaran, Jungkook dapat menjawab dan meneka dengan mudah. Tapi tidak soal pembunuhan bersiri.

“Kau tak tahu? Silijeu Killeo ni dah gemparkan satu Korea Selatan! Sampaikan polis dengan FBI bergabung.” balas Jackson dengan perasaan teruja. Lelaki berjaket kulit hitam itu kembali menyedut minumannya.

Jungkook menaikkan keningnya. " I thought Police and FBI were rivals?" 

"That the point! Yeah maybe sebab Sillijeu Killeo ini satu kes yang serious. Semua pihak kena bergabung untuk elakkan mangsa bertambah ramai. Semua pihak kena buang ego masing-masing." kata-kata Jackson sedikit sebanyak membuatkan Jungkook mengiyakan. Apa yang dikata Jackson semuanya masuk akal. Jika masing-masing bertindak mengikut cara masing-masing, sampai kesudah pembunuh bersiri itu tidak dapat diberkas. Malah mereka bakal dapat ditumpaskan.

“Aku tahu sikit pasal Silijeu Killeo ni. Itu pun aku terdengar orang bersembang belakang aku. So mind to tell me?” Jungkook tahu bahawa Jackson mempunyai pengetahuan tentang media sosial yang luas. Tambahan lagi, Jackson sendiri mempunyai rakan dari bidang kewartawanan yang sudah lama dikenalinya. Jadi tidak terkejut jika dia mendapat tahu satu cerita lebih lanjut berbanding dari pihak polis.

 

Jackson hanya mengangguk. “Pembunuh bersiri ni dikenal sebagai Silijeu Killeo dalam bahasa hangul. Mind to tell you that Silijeu Killeo ni bukan calang-calang pembunuh. Dia guna parang. He cut off his victim’s head.”

Jungkook sedikit tergamam. “Cut off? Potong kepala?!” suara Jungkook dinaikkan sedikit tanda dia benar-benar terkejut dengan maklumat yang baru sahaja didengari. Siapa yang sanggup tahan melihat kepala dipotong? Memang pembunuh ini bukan calang-calang pembunuh.

Anggukan kepala dari Jackson membuatkan rakannya mempunyai keinginan untuk tahu dengan lebih lanjut. “Yep, cut off. Tapi itu bukan bahagian yang gila. Cuba teka apa dia buat dengan mangsa dia selepas itu?”

 

Terfikir sejenak kemungkinan apa yang akan dilakukan oleh pembunuh bersiri itu. Jungkook menongkat dagunya dengan kedua-dua tangannya. “Buang dalam laut?”

 

“Seriously? Laut? Nah tak mencabar langsung.” Jawapan dari Jackson membuatkan Jungkook terpinga-pinga. Jackson hanya ketawa kecil. “Dia letak kepala mangsa dalam guni and then sent off.”

 

“Sent off to where?”kali ini Jungkook mendesak.

 

“Rumah keluarga diorang.”

 

“APA?!”Kali ini Jungkook benar-benar terkejut. Masakan hanya kepala dihantar ke rumah keluarga masing sendiri? Tidak kah itu hanya akan memberi serangan jantung kepada keluarga mangsa? Sah pembunuh ini sudah gila!

“Badan? Macam mana badan diorang?” soal Jungkook yang mula ketakutan. Tidak sanggup dia bayangkan jika dia terjumpa Sillijeu Killeo tersebut. Minta dijauhkan. Suara kecil hati Jungkook berdoa.

Jackson kelihatan sedang menaip sesuatu di dalam computer riba. Dia kemudian menghadapkan skrin komputer ribanya kearah Jungkook. Beberapa keratan tajuk akhbar di laman sesawang terpapar di skrin.

 

MANGSA DIJUMPAI DI DALAM SEMAK SAMUN DI TAMAN XXX

GEMPAR! MANGSA KEDUA DIJUMPA ORANG RAMAI DI DALAM KERETA MILIK MANGSA

ORANG AWAM TERJUMPA BADAN MANGSA MEREPUT DI DALAM LONGKANG

KELUARGA TEMUI BADAN MAYAT DI BELAKANG RUMAH

 

Look. Keempat-empat badan mangsa diletakkan di tempat berbeza. Aku tak pasti apa motif Sillijeu Killeo ni. Tapi apa yang pasti kepala mangsa sampai pada keluarga diorang.” Cukup kenyataan yang dikeluarkan Jackson membuatkan bulu roma Jungkook menaik. Dia menggeleng kecil. Kadang-kadang mahu percaya sesuatu cerita yang tidak masuk akal begini bukan mudah. Tetapi tiada apa yang mustahil dalam dunia akhir zaman ini.

Keluhan dilepaskan Jungkook. Dia bersandar pada kerusi yang diduduknya. Cerita yang diceritakan Jackson masih menakutkan hati kecilnya. Adakah manusia akhir zaman sekejam ini ? Dan masih berada bebas di dunia ini?

 

“Alah, kau janganlah risau. Kita berdua tak akan apa-apa. Yang penting, elakkan keluar tengah malam keseorangan. Masa itulah peluang Sillijeu Killeo untuk membunuh mangsa dia.” Jackson menutup komputer ribanya dan meletakkan ke dalam beg sandang warna koko miliknya.

Jungkook menghirup saki baki milo yang berada di dalam gelas. “Kau rasa ada orang sengaja nak mempermainkan polis agaknya tak ?” soal Jungkook setelah gelas itu diletakkan ke atas meja.

Jackson sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu. Kemudian dia memandang Jungkook. Jungkook sendiri tidak boleh tafsir pandangan apa yang diberikan oleh Jackson ketika itu. Jackson menghela nafas sebelum mendekatkan mukanya kearah Jungkook. Jungkook terpempan.

 

“Aku bagitahu kau seorang aje sebab kau kawan baik aku. Lagipun maklumat ini aku dapat dari kawan wartawan aku tu.” Jackson bercakap dalam nada perlahan. Takut-takut didengari pelajar yang berlegar-legar di tepi meja makan mereka. Jungkook yang hanya fikirannya kosong, terus mengangguk. Keinginan untuk mengetahui apa yang dikata Jackson membuak-buak.

“Sebenarnya, kesemua mangsa tu TERPILIH.” 4 patah perkataan yang dikeluarkan Jackson cukup untuk membuatkan Jungkook kembali tergamam. Terpilih ? Apakah definisi terpilih dalam kamus pembunuh bersiri itu?

 

“Terpilih? Yang ada kaitan dengan pembunuh bersiri itu ke ? Ataupun dendam lama? Okay aku blank pasal ni. Kau tolong terangkan.”

 

Belum sempat Jackson ingin membuka mulut untuk bersuara, nada dering telefon bimbit Jungkook memintasnya. Jungkook dan Jackson memandang antara satu sama lain sebelum masing-masing tersenyum. Jungkook mengabaikan panggilan pertama dan akhirnya panggilan pertama itu mati sendiri.

“Tak apa. Kau sambung balik.” Jungkook membenarkan Jackson untuk menyambung semula ceritanya yang tergantung. Cerita tidak boleh tergantung, jika tidak ia tiada penghujung.

“Okay aku sam-

Nada dering telefon Jungkook sekali lagi tidak memberi peluang kepada Jackson. Jungkook menarik muka kelat. Jackson hanya ketawa. “Kau angkat ajelah. Aku tak kisah.”

 

Jungkook mengerutkan dahinya. Terkesan dengan pemanggil yang menyibuk tidak kena masa dan cerita. “Tapi aku kisah. Kau tahu kan macam mana tersiksanya jiwa dan raga aku kalau tak dapat tahu pengakhiran kisah?” Jungkook pantang benar jika tidak mengetahui pengakhiran sesuatu cerita yang menyebabkan dia terseksa minda untuk meneka apakah penghujungnya. Tetapi dalam leterannya, dia mengangkat juga panggilan yang mengacau waktunya itu tadi.

 

“Coach Jihyo panggil aku dekat gym. Dia nak jumpa aku sekarang.” Kata-kata Jungkook membuatkan Jackson mengangguk.

“Kenapa dia nak jumpa?” soal Jackson yang turut mengemas segala alat tulis dan buku notanya di atas meja. Jungkook hanya mengangkat bahu tanda tidak pasti mengapa pensyarah kesihatan mereka ingin berjumpa. “Mungkin pasal rekod aku minggu lepas.”

 

Selepas selesai mengemas selama beberapa minit, Jungkook meminta diri untuk pergi ke gym manakala Jackson akan pulang ke rumah sewanya kerana kelas sudahpun tamat. Masing-masing beredar selepas mengucapkan selamat tinggal.

Entah mengapa, jauh di sudut hati Jungkook, dia risaukan Jackson secara tiba-tiba.

 

5275004757_18e4749aa9.jpg

 

“Kau tahu kau tak perlu lakukan semua ini.” Dia hanya menyimpul satu senyuman sinis pada empunya suara itu. Dipusingkan badannya agar dapat menghadap wajah rakan seperjuangan itu. Mereka berdua diam tanpa sebutir suara.

“Aku tahu. Tapi mereka semua layak dapat semua ni. Terlampau layak.” Dia mengambil tempat di atas kerusi kayu yang sudah hampir usang. Pantas mengeluarkan sekotak Dunhill, tangan kirinya ligat mencucuh api. Sebatang Dunhill diletakkan ke dalam mulut, mengeluarkan kepulan asap yang memenuhi ruang tamu itu.

Rakan seperjuangannya menyisir rambut kebelakang. Turut merampas kotak Dunhill dari tangan dia. Tangan yang berparut. Parut yang ditinggalkan beberapa mangsa yang liat untuk mampus.

 

You’re too much. Ayah kepada mangsa terbaru kau ada heart attack. Dia rebah lepas buka ‘hadiah’ yang kau hantar. Terus meninggal dunia.” Rakan seperjuangannya terus bergerak mengambil tempat di atas sofa empuk berhampiran dia.

Dia menghisap Dunhill dan kemudian memandang tingkap di sisi yang terbuka. Cukup untuk membiarkan angin malam masuk menampar lembut muka dia yang kosong. Kosong dengan Nur. Sesaat, dia mengeluarkan tawa kecil. “Bukan kah itu bagus? I’ve killed two birds with a stone though. Aku bantu ayah dia datang melawat anak dia di syurga.”

 

“Tap-

“Kau juga yang sokong aku bodoh! Semuanya aku dah beri!” sela dia dengan pantas. Pantang benar jika ada yang mempersoalkan tindakannya kini. Siapa mereka? Mereka tidak layak bersoal jawab tentang pekerjaan bahayanya.

 

Rakan seperjuangannya mengangkat tangan tanda mengalah. Langsung tidak gentar dengan gertakan kosong oleh si dia. Rakan seperjuangan itu mengeluarkan beberapa kertas dari poket seluarnya lalu melemparkan kepada si dia.

 

“Itu apa yang aku dapat untuk mangsa terbaru kau. Yeah he’s perfect. But too young.”

I’ve killed a baby before. How comes this is the youngest?”

“Itu baby. Kerja kau jual organ dia. Tapi ini lelaki muda ni, kau nak pancung dia.”

Dia tersenyum sinis sambil mematikan bara api rokok yang dipegangnya menggunakan jari tengahnya. Pantas, dia mengeluarkan sebatang Dunhill yang kedua lalu menghisapnya. “Heh. What’s the difference? Both die anyway.

 

Rakan seperjuangannya hanya mengangkat bahu tanda malas mahu bertekak lagi. Bukan sehari mereka bertekak, malah berhari-hari. Kegiatan mereka berdua kini diburu polis seluruh Korea Selatan. Siapa yang tidak takut jika keadaannya begini? Tapi bukan dia. Dia yang akan terus berjuang habis-habisan mencari mangsa seterusnya. Walaupun hingga ke lubang cacing. Walaupun nyawanya sendiri hampir tergadai.

5275004757_18e4749aa9.jpg

p/s : macam mana dengan first bab ? ;A; okay tak ?

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
just comment anything. tak kisah baik atau buruk :)) so i can improved myself

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: scarynyer citer ni~
saya suka suspen!
apa la motif si pembunuh tu...hmm
Nursyuhada
#2
Chapter 2: Senpai, scary nya cita awakkkkkk........ ><
Moon1991 #3
Chapter 2: Curiosity thp gaban ni hoho..
Thumbs up!!
akmalkuma #4
Chapter 2: Kejam gila Sillijeu Killeo ni . Apa-apa pun cerita ni gembak.....
Nursyuhada
#5
Chapter 1: Waaaaaaaaaaa.... good job ray XD
Cant wait to read second chapter.
Anyway, my jackson jadi watak utama ye..? Emmm hahahhaha
hyeriiisso
#6
Chapter 1: tgk poster dh creepy *-*
jjjjhehe #7
Chapter 1: Huishhhh macam baca buku fixi hahhhh keep it uppp hehhe
tyhah_nad #8
Chapter 1: Uishhhh scarynyee XD
kimyoochi
#9
Chapter 1: Teruskannnnnnnn