Unwanted Relationship

Description

Kehidupan dengan 3 orang abang

Mereka kata ia suatu kelebihan

Tetapi,

Bagiku ia suatu kelemahan...

 

Kebenarannya,

 

Kami hanya bersatu bersama di bawah nama keluarga Byun

Tetapi 

Bukan di dalam hati...

Walaupun tinggal di dalam satu bumbung,

Kami bagai orang asing antara satu sama lain..

Hubungan kami jelas tidak seperti yang disangkakan..

 

 

 

 

Kerana merekalah aku..

Dibuli 

Dipulaukan

Foreword

"Kenapa!?kenapa aku dilahirkan dalam keluarga ni!"

"Apa yang kau tahu!?Kau masih budak,pergi belajar!"

"Kalau kau nak memekak kat sini,baik kau berambus!"

"Yah!berani kau tinggikan suara kat aku!aku ni abang kaulah!"

 

"Aku dah tak tahan lagi..

Aku nak lari...

Tapi kemana?"

 

 

 

 

Karakter :::

Byun So Hyun

Merupakan anak bongsu dalam keluarga Byun.Personalitinya jelas berbeza dari abang-abangnya yang lain. Seorang yang suka memendam perasaan. Baginya,dalam hidupnya,rakan-rakannya sahaja yang berharga. Tidak pernah menyukai kehadiran abangnya yang baginya hanya menyusahkan kehidupannya.

Telah kehilangan ayahnya sejak dia berumur 4 tahun.

Adakah dia akan kekal sebagai salah seorang anak kepada Byun?

Byun Dae Hyun

Anak sulung kepada keluarga Byun. Dia menggalas tanggungjawab yang besar sejak kematian ayahnya dan kehilangan ibunya. Segala kos kehidupan serta pembelajaran ditanggung penuh olehnya. Seperti So Hyun,segala masalah disimpan rapi di dalam dirinya sendiri. Tekanan yang dihadapi membuatkan dia lebih suka menyendiri.

Mampukah dia terus menggalas tanggungjawab atau melarikan diri dari semuanya?

 

Byun Baek Hyun

Anak kedua di dalam keluarga Byun. Berbeza dengan yang lain,dia seorang yang tidak mudah berputus asa.  Dari segi pelajaran hingga ke kokorikulum,dia dapat hadapinya dengan cemerlang. Di sekolah ,dia seorang yang periang dan ramah namun berbeza sekali apabila di rumah. Kejayaannya di sekolah membuatkan hubungannya dengan So Hyun renggang dari hari ke hari. 

Adakah hubungan So Hyun dan dia akan semakin menjauh apabila dia semakin kedepan mencapai kejayaan?

 

Byun Tae Hyung

Anak ketiga di dalam keluarga Byun. Kehidupannya yang kurang perhatian membuatkan dia bercampur dengan remaja-remaja yang bermasalah. Sering mencetuskan pergaduhan tidak kira di mana atau dengan siapa. Dia tidak pernah melayan adik beradiknya dengan baik. Oleh kerana masalah yang telah dicetuskan,dia telah dipindahkan ke sekolah lelaki yang bermasalah.

Adakah dia akan berterusan memusnahkan hubungan kekeluargaannya? 

 

 

 

Apakah penamat kepada perhubungan 4 orang adik beradik ini ?

Bagaimana jika salah seorang mula putus asa untuk meneruskan kehidupan sebagai ahli keluarga Byun?

Apakah misteri disebalik keluarga mereka?

Ikuti kisah pahit mereka beradik..

 

WARNING

INI ADALAH KISAH ANGST YANG PENUH DENGAN DRAMA

JIKA ANDA SUKA CERITA BERKISAHKAN FAMILY DAN FRIENDSHIP,SILALAH BACA ^^

INI BUKAN FF YANG PENUH DENGAN GULA-GULA

ANDA MUNGKIN AKAN PISS OFF DGN WATAK -WATAKNYA 

 

 

AUTHOR NOTE =:=

HYE ..INI SAYA LUXURIOUS_PRECIOUS..YE,ANDA MUNGKIN X PERNAH DGR TTG SAYA..SAYA TAHU SBB INI ADALAH ACC SAYA YG KEDUA

 

OK,SYA HARAP ANDA SUDI BACA CEROTA SAYA YG X SEBERAPA NI..

SAYA TERPIKIR NAK BUAT CERITA INI OLEH KERANA MELIHATKAN HUBUNGAN RAKAN SAYA DGN ADIKNYA YANG TERLALU LOVEY DOVEY..

OKAY,SAYA CEMBURU T.T 

JADI SAYA TERBALIKKAN DARI LOVEY DOVEY KEPADA DOVEY LOVEY..HAHA..

DHLAH,CUKUPLAH..

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet