Chapter 7
My Heart is Yours
Thanks for subscribing : iamgirly, bieanne_lee, yunho86
Thanks for commenting : mpreggoland, iamgirly, twice10tion
A/N : I'm just finished my final exam. There, I updated new chapter just for my beloved readers. ^^
Majlis perkahwinan di rumah kediaman Bang disambut secara besar-besaran. Mr Bang telah menjemput para kenalan yang tidak kurang hebatnya untuk menghadiri majlis tersebut. Mr Bang dan isterinya masing-masing tidak dapat menyembunyikan rasa gembira menerima ahli keluarga baru. Mereka juga tidak menang tangan melayan tetamu-tetamu kehormat. Manakala, Mrs Ahn berada di dapur sebelum majlis bermula untuk meyediakan pelbagai jenis juadah untuk dijamukan sempena majlis perkahwinan anak tunggalnya. Jonghyun pula melayan kerenah anak-anak para kenalan Mr Bang. Mereka saling berkejaran ke sana ke mari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Riuh-rendah. Malahan, suara mereka hampir mengalahkan bunyi muzik yang dipasang.
Namun, tidak pula pada pasangan yang diraikan. Minsoo menahan rasa tidak puas hatinya dengan mengawal reaksi wajahnya. Dia cuma memberi senyuman kecil dan menganggukkan kepalanya sedikit kepada para tetamu yang datang mengucapkan tahniah di atas majlis perkahwinannya. Daniel juga begitu. Namun, senyuman pada wajahnya lebih mesra berbanding Bang Minsoo. Pasangan yang diraikan cuba memaniskan muka masing-masing untuk tidak mencetuskan sebarang kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi keluarga Bang.
"You! Listen this! I. Never. Love. You." Minsoo membisikkan kata-kata itu di telinga isterinya, Daniel. Daniel cuba menghadamkan kata-katanya itu.
'Hyung...I falled in love with you for the first time that I met you. But, I should knew this. I will never got your love.' Daniel menyedapkan hatinya yang telah retak seribu. Daniel mempalingkan wajahnya untuk mengawal air matanya yang mula bertakung di matanya. Apabila dia mula merasakan air matanya yang mula mengalir, dia meminta izin kepada tetamu yang berada di situ untuk ke tandas yang berjauhan dengan para tetamu.
Comments