Chapter 19
My Heart is YoursA/N : Chapter 19
Kini, sudah seminggu Daniel pergi sekolah dengan menaiki bas. Sejak dia berpindah ke rumah baru dua tingkat yang tidak jauh dari pusat bandar, hadiah pemberian keluarga mertuanya itu, Daniel lebih selesa menaiki bas daripada memohon ihsan suaminya untuk menghantarnya. Hadiah rumah baru dua tingkat itu merupakan kejutan buat mereka berdua apabila mereka menyuarakan untuk berpindah tempoh hari. Beberapa minit kemudian, dia tiba di hadapan pintu pagar sekolah. Daniel menuruni bas dengan berhati-hati agar dia tidak terlanggar dengan pelajar Sekolah Kirin Art yang lain.
Daniel berjalan memasuki perkarangan sekolah. Dia melihat kebanyakan pelajar Sekolah Kirin Art masing-masing berjalan berpasangan. Tidak kira pasangan lelaki mahupun pasangan perempuan. Daniel tidak mahu ambil peduli. Dia terus berjalan menuju ke kelasnya. Tetapi, sebelum itu dia teringin untuk menyapa adik iparnya terlebih dahulu. Jadi, dia berjalan menuju ke kelas yang diduduki Jonghyun. Namun, dia tidak menyangka akan bertemu sesuatu yang tidak terduga. Daniel melihat sepasang kekasih sedang bermesraan di hadapan kelas Jonghyun. Mereka nampak larut dengan dunia mereka. Daniel berdehem. Pasangan kekasih yang larut dengan dunia mereka itu mula tersedar. Mereka memandang ke arah deheman tersebut. Masing-masing tergamam.
“Niel hyung.”
“Hyung.”ujar mereka serentak.
Daniel tersenyum sinis apabila melihat reaksi terkejut daripada pasangan kekasih itu.
“Wh
Comments