The Secret Liars

Description

◆PROLOGUE◆

 

Kadang-kadang aku terfikir, hidup ini hanya permainan manusia yang telah banyak dimanipulasi. Malah hidup aku sendiri dikelilingi oleh manusia yang telah memanipulasikan hidup aku dengan pembohongan mereka di sebalik rahsia yang mereka sembunyikan.

Oleh sebab penipuan itulah hidup aku jadi hura-hara.Tapi aku tak boleh salahkan mereka...sebab aku sendiri melakukan perkara yang aku anggap 'kejam' itu dalam diam... Adil, kan?


 

One Second Can Change Your Whole Life

Percaya atau tidak, hidup aku berubah 360° hanya dalam sesaat. Ia berlaku tanpa diduga dan sangat pantas. Aku sendiri tak ingat seratus peratus bagaimana aku boleh serahkan 'maruah' aku dengan mudah kepada seorang lelaki yang aku sendiri tak kenal.

Semuanya berlaku 4 tahun tahun yang lepas. Berumur 17 tahun, berdarah muda, fikiran belum matang, dan impian aku untuk menjadi model seperti kakak aku membawa aku ke suatu tempat iaitu kelab malam. Aku diterima untuk audition menjadi model!

Bau arak, rokok, bising, sesak, itulah apa yang aku ingat. Kemudian aku dibawa ke sebuah bilik besar kedap udara. Terdapat sebuah stage kecil, dan dua orang juri. Aku bersemangat semula walaupun aku hairan kerana aku seorang saja yang audition pada hari tu lebih-lebih di kelab malam? Seriously? Mereka jelaskan bahawa aku seorang saja yang terpilih untuk private audition. Okay, fine.

30 minit berlalu, akhirnya selesai. Kalau boleh aku nak keluar dari tempat tu secepat mungkin...dan BOOM! Disitulah titik permulaan kisah gelap hidup aku. Aku bertembung dengan seorang lelaki tinggi lampai, berambut perang, dengan wajah dingin. Rupa dia seakan familiar tapi aku tak ingat. Dia tanya aku sudi minum dengan dia, dan aku tanpa teragak-agak kata 'ya, sure.' Arrgg!! Apa dah jadi dengan aku? Kalau aku tolak, hidup aku tak akan musnah seperti sekarang.

Bila kedua-duanya dibawah pengaruh alkohol, so what do you expect? Kami berdua masih muda dan dia pula seorang playboy yang menjadikan kelab malam tu macam bapa dia yang punya. Akhirnya, malam tersebut berakhir dengan satu kesalahan yang besar. Saaangat besar!

Pertama kali dalam hidup aku, mama merotan aku sambil menangis. Betapa luluhnya hati seorang ibu melihat anak yang dia besarkan selama ini dengan penuh moral akhirnya mengandung anak luar nikah. Tunang aku sendiri putuskan hubungan kami. Keluarga kami dipandang hina serta dipulaukan. Akhirnya kami berhijrah dari China ke Korea, tempat asal mama, dan lahirlah 'buah hati' aku hasil daripada kesalahan yang telah aku lakukan.  Chou Sophia a.k.a Nini. ←Click


 

The Father Of My Daughter

Dia tak layak pun digelar manusia apa lagi ayah. Setelah dia mengandungkan gadis yang dia panggil 'b*tch' depan keluarga dia dan mama aku, jangan harap aku nak benarkan dia sentuh anak aku . I don't give a at all! Cukuplah aku terseksa selama ni. Dia tak pernah sekali tanya apa dah jadi dengan kandungan aku, anak dia hidup ke tidak, anak dia cukup sifat ke tidak...dan jujurnya aku memang tak nak pun dia tahu tentang kewujudan Nini. Kalau boleh, aku nak dia Nyah dari hidup aku buat selama-lamanya.

So, kalau korang tertanya-tanya siapa lelaki jahanam tu, nama dia Wu Yifan. Anak tunggal kepada pasangan ahli sihir ahli politik dan ahli perniagaan yang terkenal di China serta pewaris kepada syarikat perniagaan permata 'Bell la Fair'. Mereka mempunyai hampir 25 cawangan di seluruh negara. Hampir separuh daripada populasi China mengenali siapa keluarga Wu.

Mereka keluarga yang dihormati dan sangat disegani. Oh really? Tapi tiada seorang pun yang nak sentuh bagaimana kejamnya nenek sihir tu, kan? Permainan media massa huh?

Dan untuk pengetahuan korang, aku dan lelaki tu hanya pernah berjumpa sebanyak dua kali saja seumur hidup. Pertama, di kelab malam dan kedua di rumah mereka sendiri bila mama heret bawa aku jumpa keluarga mereka depan-depan minta bertanggungjawab.

Wah, bukan main lagi nenek sihir naik angin bila dapat tahu anak lelaki dia selama ni berfoya-foya dan lebih hebat lagi mengandungkan anak orang. Seperti yang disangka, keluarga diktator memang tak akan mengaku kesalahan dan akan buat apa saja demi menyelamatkan reputasi mereka. Mereka sanggup upah orang untuk membunuh, tau tak?

Oleh sebab lelaki tu tak puas hati bila mama aku minta hak yang sepatutnya, dia lepaskan pula kemarahan dia dekat aku. What the hell!

Dan itulah kali terakhir kami berjumpa.


 

Puan Wu sempat beri amaran dan ugutan kepada keluarga aku. Dia nak kami tutup mulut atau keluarga kami akan terima padahnya. Selain tu, dia juga telah rasuah beri keluarga aku duit untuk menggugurkan kandungan aku dan menyuruh kami berpindah dari China serta jangan muncul lagi di hadapan keluarganya. Well, aku terima duit tu dengan niat lain. Aku terdesak. Tapi sebenarnya aku tak gugurkan pun kandungan aku dan dia tak akan tahu. Kami akan hidup di Korea secara senyap dan aman.


 

Foreword

Watak-watak;

Barisan atas dari kiri;

Kenalkan, nama aku Chou Tzuyu. Anak bongsu kepada mama dan ibu tunggal kepada Chou Sophia a.k.a Nini. Aku berdarah campuran; Papa aku berbangsa China dan Mama pula berbangsa Korea. Kami menetap di China sehinggalah benda tu berlaku yang memaksa kami berhijrah ke Korea.

Park Chanyeol; Inilah lelaki yang telah banyak menolong aku. Sebenarnya Chanyeol adalah bekas tunang aku dan ajaibnya, sampai sekarang kami masih berkawan baik. Dia dibesarkan di China tapi berhijrah ke Korea atas sebab-sebab tertentu(sudah tentunya sebab aku) dan bekerja sebagai detektif polis.

Chou Huiwen a.k.a Nana; Nana adalah kakak aku dan dia terlibat dengan dunia modeling. Bergelar supermodel, hidup kakak aku sangat glamorous lebih-lebih lagi bila dia berkahwin dengan ahli politik. Kakak akulah yang selama ni support keluarga kami. Kadang-kadang aku cemburu dengan kehidupannya.

Kim Heesun; Insan yang paling aku sayang. Masih sangat muda sebab mama berkahwin semasa berumur 17 sama macam aku. Mama telah besarkan kami seorang diri sejak kami kecil. Kata mama, papa aku dah meninggal sebelum aku dilahirkan, dan kakak aku pun tak pernah cerita pasal papa dekat aku.

 

Barisan bawah dari kiri;

Wu Lin; Yang aku tahu dia adalah 'ahli sihir' yang mengamalkan pemerintahan diktator.

Wu Yifan a.k.a Kris; Lelaki jahanam daripada keturunan 'ahli sihir'. Dan aku tak tahu langsung pasal dia, dan aku memang tak nak ambil tahu!

Qiu Xinyi; Hmm, mungkin menantu pilihan 'ahli sihir' . Tapi dia nampak baik?

Park Siyeon; Yang aku tahu, perempuan ni orang kepercayaan dan pembantu peribadi kepada Kris sejak di China lagi.

 



 

P/S: Jalan cerita diinspirasikan dari sebuah novel.

Bahasa yang digunakan tidak menepati laras bahasa Melayu.

Awak boleh klick perkataan yang berwarna biru untuk melihat gambar.

Semua watak-watak yang terdapat dalam fanfic ni masing-masing menyimpan rahsia tersendiri dan banyak penipuan berlaku antara mereka.

Jadi jangan keliru fanfic ni akan berputar-belit.

Nak tahu rahsia siapa yang dulu terbongkar? Jangan lupa suscribe dan komen :)

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 4: fanfic niyh mmg best ~^_^~ poster nyer pon cute sgt~ palli update yaa authornim!!
LUTADIAS_xx #2
Chapter 4: konflik..konflik..ish ish..asyik2 bergaduh. Aku tumbuk juga kris nnt. tapi apa rahsia kris? nana pun. sy nak tahu sangat2. keep update! hwaiting!

lagi satu, sy suka poster utk setiap chap tu :) nice~
LUTADIAS_xx #3
Chapter 2: Daebakkk!! sy tak tahu pun ff ni wujud.
banyak sgt konflik, sy suka! hhaha
p/s: authornim, cpt bgtau apa rahsia kris. sy dah tak sabar ni
sitifadhlina #4
Chapter 2: Pali update tak sabar nak tahu niat kris tu
2Cool_4Skool #5
Chapter 2: apa rahsia nana? dia kenal kris sblum ni ke? hmm something fishy...
Dreamwalkerxx #6
Chapter 2: jahatnya kris. ksian tzuyu
apa rancangan kris? sy dah tak sabar nak tau rancangan dia tu
Galaxy_fanfan96 #7
Chapter 1: *crying at the corner* huwaaa ada my husband kris. tp knp dia jahat sgt dlm ff ni hahaha XD
tolong jaga kris baik2 utk saya authornim. jgn suruh dia jahat sgt dkt tzuyu. lol apa yg aku mrepek ni
BlueOceanHeart #8
Chapter 1: mcm baca novel XD
sy memang dah lama suka kris dgn nini sbg ank dgn bapa masa tgk movie SOWK tu lagi. sweet sgt~
kbetulan sy trjumpa ff ni, wah happy gila
iKONic_hanbin #9
Chapter 1: wow best! best!
sy tunggu apa rahsia yg authornim ckp tu, ok
update soon :)
Dreamwalkerxx #10
Chapter 1: kejap, so kris tak kenal tzuyu?? LOL. daebak!
tak sabar sy nak tahu cerita drg yg strusnya.