Healer

Description

“Kau! Pergi dari sini!"

Air mata Ji Hanjun semakin laju menitis. Gadis lemah sepertinya tidak boleh melawan ayahandanya yang begitu garang dan kuat. “Kau bukan anak aku lagi! Kau dah jatuhkan maruah aku! Jadi pergi dari sini, bodoh!"

“Appa.. appa dah salah faham.." rayu Hanjun. Tidak sanggup mendengar appanya mengfitnahnya. “Salah faham? Salah faham apa kalau aku tengok dengan mata sendiri, hah?!" Encik Ji Gum menolak badan Hanjun membuatkan Hanjun terjatuh ke atas lantai. Tiada kata-kata lagi yang membolehkan dirinya berdiri tegak dengan ego yang dimiliki oleh appanya.

“Appa.."

Encik Ji Gum mengambil sebuah bagasi yang berisi badang-barang kepunyaan Hanjun. Terus dia menolak bagasi itu ke arah Hanjun. Sekali lagi, air mata Hanjun menitis laju. Dia bangun dan mengheret bagasi itu ke pintu besar. Dia membuka pintu itu dan berpaling ke belakang.

“Appa.. semoga appa bahagia tanpa Hanjun. Hanjun tak akan datang ke sini lagi. 사랑해요, 아빠.." Sempat Hanjun tersenyum pahit sebelum meninggalkan rumah itu.

‘I'm useless..'

---

“Hanjun! Bangunlah oi."

“Lima minit lagi.." rengek Hanjun.

“Ji Hanjun, kau nak aku cium kau ke?” usik lelaki itu. Dengan serta-merta, Hanjun membuka matanya dan bangun. Dia menjeling lelaki itu dengan tajam. “Kau.. Jangan dekati aku lah, BUDAK BERMATA SEPET!” jerit Hanjun lalu membaling bantal-bantal ke arah lelaki itu. Lelaki yang dipanggil sebagai 'budak bermata sepet' itu lari bertimparan keluar dari bilik itu.

---

“Hanjun! Baliklah dengan appa.. Jomlah.. Appa rindu kamu..” rayu Encik Ji Gum. Namun, rayuan itu ditolak ketepi. Bagi Hanjun, itulah jerat untuknya. Rayuan-penuh-kebencian itu dapat dirasai oleh Hanjun. Hanjun hanya terdiam menahan dendam yang terpendam di hati.

“Hanjun, baik kau tak payah balik. Duduk sini dan aku akan jaga kau.” Kata-kata itu membuatkan Hanjun berada selesa dan lega. Min Yoongi, lelaki yang rela menumpangkan dirinya di rumah dia. Walaupun agak byuntae, namun dia sangat baik dan tidak pernah menyeksa ataupun membuat perkara jahat terhadap Hanjun.

“Kau siapa nak halang dia untuk balik dengan aku hah?! Hanjun.. Baliklah.. Appa rindu sangat dengan kamu..” Hanjun kini berdiri. Menarik nafas dan menghembus satu kali. “No, appa. Saya nak tinggal dengan Yoongi dan tak akan pernah dan berniat untuk balik dengan appa!” suara Hanjun kali ini agak meninggi. Encik Ji Gum tidak berpuas hati. “Tak apa. Appa dah ajak kamu dengan lembut, tapi kamu tetap tak mahu. Okay, next time appa akan ajak kamu dengan kasar! Wait and see!” ujar Encik Ji Gum lalu keluar dari rumah itu.

----

"Eomma.. Han-ie nak jumpa eomma.. kenapa appa terlalu mementingkan dirinya daripada Han-ie? Eomma.. kalau eomma ada, appa tak akan jadi macam ni.."

Foreword

Enjoy.

Credit the poster to CLUB NEVERMORE and DRAGON

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet