The Empty Space Inside My Heart

Description

Thanks Nur Dania for this cute poster! ^^

 

 


 

Bagi orang sekelilingnya, mungkin dia seperti bayang-bayang. Ada tetapi langsung tidak memberi apa-apa makna.

Bagi orang sekelilingnya, mungkin dia hanya seorang gadis pencetus masalah dan tidak mempunyai hala tuju hidup.

Orang memandangnya sebagai seorang gadis yang berbahaya dan patut dijauhi.

Orang memandangnya sebagai seorang gadis yang kelihatan naif dan membosankan.

Tetapi sering membuat kacau di sekolah dan namanya sering disebut-sebut oleh semua guru dan pelajar di Net High School sebagai seorang pelajar yang pelik.

Dan aku juga berpendapat begitu.

Dia... hanyalah seorang gadis biasa yang sememangnya tidak akan membuatkan mana-mana lelaki memandang dua kali ke arahnya. 

Tetapi... kenapa jantungku berdegup kencang apabila berada dekat dengannya?

Kenapa hatiku berasa bahagia apabila melihat senyuman yang terukir di wajahnya?

Adakah ini dinamakan... CINTA?

Foreword

Sebut sahaja nama Choi Eunhee, pasti ramai pelajar di Net High School akan mula memberikan komen yang buruk terhadap gadis berusia 18 tahun itu. Dan Choi Eunhee juga sudah lali dengan semua kata-kata kesat tersebut.

Dia suka dengan apa yang dilakukannya sekarang.

Tidur di dalam kelas.

Memeras ugut pelajar.

Melanggar peraturan sekolah.

Semuanya sudah biasa dilakukannya. Mungkin kerana statusnya sebagai anak kepada pemegang besar Jaejoong Group yang memiliki sebahagian besar cawangan di Korea. 

Orang sering berasa hairan dengannya. Bagaimana seorang pelajar yang bermasalah dan kelihatan seperti tiada hala tuju hidup mampu menjadi pelajar paling cemerlang setiap tahun?

Namun tiada siapa tahu.

Jauh di sudut hatinya, dia berasa sunyi.

Dan hanya dengan melakukan kekacauan inilah, dia dapat menghilangkan sedikit rasa sunyi dalam hatinya.

Dia sering mengharapkan agar ada seseorang yang mampu menghilangkan rasa sunyinya. Seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa berharga.

Namun Choi Eunhee tidak menyedari bahawa gadis bermasalah sepertinya telah lama diperhatikan oleh seseorang.


Annyeong! :D Okey ni ff pertama yang saya buat di AFF. So, harap maaf atas apa-apa kesilapan dari segi ejaan mahupun tatabahasa *bow*. Sebenarnya saya dah lama simpan idea untuk buat cerita ni. Cuma tunggu masa je untuk karang menjadi sebuah cerita . :) Saya tak boleh janji yang cerita ni akan puaskan hati semua orang. Tapi saya janji saya akan buat yang terbaik untuk FF ni <3 

Btw, saya mintak sangat korang komen pendapat korang ya ;) Saya hargai sangat2! :D 


 

WARNING : 

Dilarang copy paste cerita saya dalam bentuk apa-apa pun. Tak perlu minta izin sebab saya memang tak akan benarkan. Kalau ada yang berbuat begini, tolong maklumkan pada saya.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet