Hak

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Seorang gadis memakai solekan tebal dengan baju ketat menampakkan susuk tubuh, bergegas masuk ke dalam ruang pejabat sebaik menerima kiriman faks dari unit kecemasan.

“Tuan menteri, pihak polis dah keluarkan senarai pelajar yang dikuarantinkan. Terdapat dua senarai” gadis memakai gincu merah pekat itu lalu menyerahkan dua senarai kepada seorang lelaki separuh umur yang tidak senang duduk di kerusi menterinya. Di atas meja depannya, terukir nama Park Seon Ho dengan jawatan Menteri Hal Ehwal Luar.

Senarai itu lalu diperiksa. “Apa maksud senarai kuarantin kecemasan virus dan senarai kuarantin di kawasan” soal lelaki yang berjawatan tinggi itu. Tidak keruan dia membaca senarai nama tersebut.

“Senarai nama kuarantin kecemasan menandakan pelajar yang terperangkap di dalam bangunan sekolah dan kemungkinan tinggi pelajar berkenaan dijangkiti virus. Senarai kedua itu pula pelajar yang berjaya melarikan diri keluar daripada bangunan namun masih dikuarantinkan di kawasan sekolah. Mereka masih perlu menjalani pemeriksaan kerana bimbang sudah berjangkit virus bahaya itu” jelas setiausaha menteri berkenaan. Tenang tutur katanya, kerana tidak mahu menteri itu bertambah serabut.

“Joy” senarai itu lalu digenggam kuat apabila nama anak kesayangannya tersenarai dalam pelajar yang berkemungkinan dijangkiti virus.  Menteri itu tertunduk.

                                                            …

Pistol dalam tangan digenggam kuat. Picu pistol sentiasa bersedia untuk ditarik lepas. Langkah kaki perlahan, penuh waspada. Pintu makmal itu ditolak buka dan Leeteuk melangkah masuk. Anak matanya memerhatikan keadaan sekeliling dalam makmal itu. Hidungnya dapat menangkap bau bahan-bahan kimia, seperti berada dalam bilik farmasi hospital.

“Aku tahu kau adalah dalang di sebalik semua ni. Pihak polis dah datang, menunggu di luar. Baik kau menyerah diri”

Suara Leeteuk bergema dalam ruang makmal. Hanya didengari dirinya sendiri. Kemudian Leeteuk perasan akan satu peti di bahagian tepi. Beraninya, Leeteuk mendekati peti tersebut, cuba membuka namun ia dikunci. Leeteuk diam berfikir seketika.

“Mungkin virus tu ada di dalam ni”

“Salah” seseorang meningkah.

Pantas Leeteuk menoleh belakang, mengacukan pistol ke hadapan.

Lee Eunhyuk berdiri tegak di hadapan lelaki yang menyamar sebagai cikgu itu. Wajahnya tidak menunjukkan gentar kepada senjata yang dipegang.

“Dalam tu, ada anti-virus”

“Apa perancangan kau sebenarnya? Apa kau mahukan?” soal Leeteuk, dengan tangan yang masih tidak dijatuhkan.

“Hak” jawab Eunhyuk ringkas. Di tangannya, dipegang erat satu alat kawalan berwarna putih. “Hak yang dirampas. Kebahagian yang tercalar”

Leeteuk diam, memerhatikan pergerakan lelaki itu dengan teliti. Bimbang Eunhyuk melakukan sesuatu di luar dugaan. Alat kawalan putih yang berada dalam genggaman mengusarkan Leeteuk. Hatinya berbolak balik bertanya adakah itu alat kawalan bom.

“Park Leeteuk, macam mana kau tahu yang aku di sekolah ni? Dah berapa lama kau intip aku?” soal Eunhyuk pula.

Leeteuk yakin Eunhyuk sedang merancangkan sesuatu. Lelaki itu sedang bermain dengan masa, cuba melengah Leeteuk daripada sesuatu. Leeteuk buntu, apa permainan sebenar Eunhyuk.

“Kenapa kau tanya soalan yang kau dah tahu jawapannya? Kau pun sedar kan sejak bila aku intip kau. Apa rancangan kau? Jangan buang masa aku” tutur Leeteuk dalam dengusan geram.

Eunhyuk ketawa kecil lalu menyeluk poket seluarnya. Di tangannya dipegang satu tiub penguji yang mengandungi cecair biru. Dihulurkan kepada Leeteuk, namun lelaki itu mengundur.

“Kenapa? Takut?” ejeknya.

“Virus D&E” komen Leeteuk. Memandang tepat cecair biru dalam alat lutsinar itu.

Eunhyuk menggeleng, menggoncang perlahan cecair tersebut dalam bulatan kecil.

“Ini anti-virus”

Anak mata Leeteuk membulat terkejut. Apa yang berada di tangan Eunhyuk adalah sesuatu yang amat penting untuk memulihkan pelajar yang mendapat jangkitan virus itu kantin tadi.

“Ini akan mengubah nasib semua orang. Bila semua orang dah terkena virus tu, aku akan beri anti-virus ni kepada mereka, agar nyawa mereka dapat diselamatkan, agar mereka dapat hidup semula, agar aku dan J dapat mengawal dunia” jelas Eunhyuk, tersenyum sinis. Eunhyuk kemudian ketawa kecil apabila membayangkan apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan, sedang menjadi kenyataan. Ketawa semakin kuat.  Riaknya seperti orang tidak waras.

                                                                        …

“Jin”

Irene menarik lengan lelaki di depannya, memaut tahan.

“Saya tak larat” adunya setelah penat berlari, naik turun tangga, menjauhi sesiapa yang terkena virus, mencari tempat selamat untuk sembunyi.

“Kita tak boleh berhenti di sini. Bahaya” Jin memegang tahan badan Irene yang lemah longlai. Gadis itu mula lembik, seketika kakinya lemah dan rebah ke lantai.

“Irene, bangun”

“Saya tak larat” tutur kata Irene juga semakin perlahan. Wajahnya pucat dan lesu. Dahinya juga berpeluh-peluh.

Jin meletakkan tangan pada dahi gadis itu, merasa bahang panas demamnya. “Demam awak makin teruk” komennya lalu menarik badan Irene, mendukungnya di belakang badan.

“Awak nak bawa saya ke mana?” soal Irene, merebahkan kepala di atas bahu lelaki itu.

“Atas bumbung. Di atas mungkin tempat paling selamat. Awak perlu berehat yang cukup”

Jin berlari menaiki tangga ke bahagian atas bangunan Blok A sambil mendukung Irene. Bahang panas badan gadis itu dapat dirasakan dekat.

                                                                        …

Baekhyun, Sandara dan Heechul memakai baju khas dan topeng muka ketika melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Siren polis bising di kawasan tersebut. Masyarakat berkumpul dengan perasaan penuh ingin tahu keadaan di dalam. Mereka dihalang dari mendekati kawasan sekolah. Polis bahagian kecemasan membuat lapisan penghalang, menjarakkan masyarakat dengan kawasan kecemasan. Sesiapa yang ingin masuk ke kawasan sekolah perlu memakai baju khas sebagai pelindung daripada jangkitan virus. Wartawan pelbagai media, berpasak-pasak mendesak setiap pegawai polis di kawasan kejadian untuk laporan mereka.

Heechul berjalan di depan Baekhyun dan Sandara, mendekati satu kawasan di ketua unit kecemasan sibuk mengeluarkan arahan, mengawasi keadaan.

“Ketua Shin” Heechul berjabat tangan dengan ketua unit kecemasan. Shin Dong.

Baekhyun memerhatikan sekeliling sambil ketuanya mendapat maklumat terbaru.

“Hanya 200 orang pelajar dan 20 orang kakitangan sekolah yang sempat melarikan diri, keluar dari bangunan Blok A dan Blok B sebelum pintu keluar dikunci” jelas Shin Dong, sambil jarinya menuding tunjuk ke arah dua bangunan utama sekolah berkenaan.

Beberapa pegawai kesihatan, lengkap memakai baju perlindungan, sedang sibuk membuat pemeriksaan ke atas pelajar dan staff. Pemeriksaan dilakukan dengan teliti untuk memeriksan andai ada antara mereka yang terkena jangkitan virus itu.

“Ada antara mereka yang positif virus?” soal Sandara pula. Dia membaca senarai nama mangsa yang sempat melarikan diri dan sedang diperiksa itu.

“Buat masa ini, pemeriksaan masih dijalankan. Keputusannya akan ambil masa dalam beberapa jam” tambah Shin Dong. Heechul hanya diam, mengetatkan muka.

“Sesiapa yang tiada di sini, maknanya mereka…”

“Ada dalam bangunan Blok A dan Blok B. Mereka tidak sempat untuk menyelamatkan diri dan mereka sekarang mungkin dah terkena jangkitan virus tu” Shin Dong menhabiskan ayat Baekhyun lalu mengeluh kecil. “Salah seorang dari mereka yang berada dalam sana ialah anak Menteri Hal Ehwal Luar Negara, Menteri Park”

“Anak menteri?” Sandara bersuara tanya. “Adakah ini ada kaitan dengan politik?”

Shin Dong tidak menjawab lalu menyerahkan semua fail kepada Kim Heechul. “Ketua Kim, dalam ni ada nama suspek yang berjaya diintip oleh salah seorang perisik yang dihantar khas”

Fail keras berwarna hitam bertukar tangan. Heechul membuka belek baca sekilas pandang.

“Lee Eunhyuk” satu nama disebut.

“Ini tugas kau dan ahli kumpulan kau un

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD