Identiti di bawah awan

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Bawah meja, bawah kerusi, sepanjang lorong depan kelas, dalam tandas, dalam perpustakaan, tingkat atas bumbung, di tangga, hampir semua tempat Jin geledah, mencari pendrive USB yang hilang semalam. Lelaki itu risau kerana terdapat banyak maklumat dalam alat simpanan tersebut. Semalam, apabila lelaki itu sedar akan kehilangan alat itu, Jin tidak mampu tidur lena. Dia tidak mahu menanggung risiko sekiranya alat itu jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

“Awak cari apa?” seseorang menyapa bahu lelaki tinggi itu.

“Oh Irene. Saya cari.. hmm..”

“Ini” Irene menghulurkan tapak tangannya. Pendrive USB itu berada atas tapak tangannya.

“Yah, ia ada pada awak” pantas Jin menyambar alat itu. “Puas saya cari merata tempat. Awak sepatutnya beritahu awal-awal. Saya risau sangat kalau ia hilang” ujar Jin sambil menyimpan pendrive di dalam saku baju seragamnya.

“Kenapa? Apa ada dalamnya? Ia begitu penting sampaikan lelaki yang tenang macam awak boleh jadi cemas?” soal Irene, dalam nada sinis. Anak mata lelaki itu ditenung.

“Ia penting. Ada banyak maklumat dalam ni.” Jin menjawab, mengelak tenungan gadis itu.

“Macam… virus?”

Riak wajah Jin berubah. “Awak buka ia?” lelaki itu menggigit bibir bawah. Nadanya kedengaran seperti marah.

“Tak. Saya cuma teka. Kenapa? Tekaan saya betul?” Irene masih bernada sinis. Wajahnya masam.

Jin diam seketika, mengalihkan pandangan ke tempat lain. Rakan-rakan kelasnya yang lain bertebaran merayau, menikmati masa lapang ketika ketiadaan guru. “Jangan risau. Ia bukan macam apa awak sangkakan. Saya dah tak buat kerja lama tu” balas Jin.

Irene mencapai tangan lelaki itu. Dia dapat rasakan lelaki itu sedang marah. “Saya cuma tak mahu perkara yang lama tu berulang. Setahun yang lepas, awak hampir dipenjarakan sebab menggodam sistem komputer pejabat sekolah, syarikat ibu awak dan polis. Saya tak mahu awak kembali jadi penggodam virus komputer” luah Irene. Suaranya diperlahankan. Gadis itu menunduk memandang lantai.

Jin diam tidak membalas, mahupun memberi tindak balas. Irene cuba mencapai jari jemari lelaki itu, namun Jin mengelak. Menggenggam tanganya kuat.

“Awak tiada rahsia apa-apa daripada saya kan?”

Jin masih mendiamkan diri. Irene menegakkan semula kepalanya, memandang wajah lelaki itu.

“Kim Seok Jin” Irene memanggil nama penuh lelaki itu, cuba mendapatkan perhatian lelaki itu. Lengan lelaki itu dipaut pegang. Jin tidak menyahut mahupun memandang gadis di depannya itu.

“Saya nak ke perpustakaan. Kalau cikgu dah masuk, cakap saya sakit perut” Jin menarik lepas tangan Irene yang berpaut pada lengannya lalu beredar meninggalkan ruang kelas. Irene ditinggalkan terpinga-pinga. Mata gadis itu mula berair.

                                                                        …

Perkataan yang ditulis pada papan hitam direnung kosong. Buku teks Bahasa Inggerisnya juga kosong tidak ditulis. Suara cikgu yang mengajar di depan tenggelam dalam lamunan Kim Taehyung.

“Joy” lelaki itu memanggil rakan sebelah tempat duduknya. Suaranya diperlahankan agar tidak menarik perhatian cikgu di depan.

“Joy” Taehyung membaling sebiji pemadam kecil ke arah gadis yang bernama Joy itu. Menarik perhatiannya.

“Kenapa?” Joy memalingkan muka marah. Suaranya juga diperlahankan.

“Apa perasaan kau bila kau dapat tahu yang ayah kau kahwin lain?”

“Eh!” Joy terperanjat dengan soalan Taehyung yang tidak diduga itu.

“Kenapa?” jeritan Joy menarik perhatian satu kelas, terutama Cikgu Lee yang sedang mengajar subjek Bahasa Inggeris di hadapan. Cikgu muda itu memberi pandangan tepat kepada Joy.

“Nothing” balas Joy dengan riak terkejut.

“Please focus on my class. I might include this in your exam” balas Lee Donghae, beralih semula ke papan hitam, menulis beberapa ayat. Perhatian kelas juga kembali pada cikgu yang mengajar di hadapan.

“Macam mana kau tahu yang ayah aku kahwin lain?” soal Joy, ingin tahu. Berpandangan serius, memaling muka mengadap Taehyung.

“Semua orang dah tahu” sampuk Sungjae tiba-tiba, turut berbisik perlahan.

Taehyung dan Joy serentak menoleh ke meja belakang. Taehyung kemudian mengangguk. Joy mula berasa geram dan panas hati. Rahsia yang dia ingin simpan itu rupanya sudah diketahui ramai. Dia berasa sakit hati.

“Kenapa kau tanya macam tu?” soal Sungjae kepada Taehyung. Dia yang duduk di belakang Joy, terdengar soalan yang Taehyung ajukan kepada Joy tadi. Setahunya Taehyung ialah anak yatim, tidak punyai ibu bapa dan hanya tinggal bersama seorang kakak.

“Jangan menyibuk. Aku tak tanya kau” dalih Taehyung sebelum beralih pandang kepada Joy semula. Gadis itu menggigit hujung batang pen yang dipegang. Dia teringat saat di mana ayahnya membuat keputusan untuk berkahwin lain, mengahwini seorang perempuan janda yang mempunyai anak lebih tua daripada Joy.

Joy mendengus kecil sebelum menjawab, “Entahlah. Mungkin akan ambil masa untuk aku terima mereka. Buat masa ni, aku benci mereka”

Taehyung tak sangka Joy akan sebegitu jujur dengan jawapannya. Anak muda itu kembali menegakkan posisi, memandang cikgu yang leka menulis di papan hitam. Joy dan Sungjae juga kembali fokus kepada pembelajaran.

“Yah” sekali lagi Taehyung memanggil Joy di sebelahnya.

“Apa masalah kau?” Joy mengangkat kening, berasa aneh dengan sikap Taehyung hari itu.

“Kalau aku rasa cemburu dengan lelaki lain yang rapat dengan kakak aku, itu normal kan?” Taehyung meluahkan perasaannya yang sebenar.

Joy menarik muka, Gadis itu berpura-pura tidak mendengar, kembali menyalin apa yang cikgu tulis di hadapan. Sengaja dia malas melayan kerenah lelaki itu.

“Semalam, kakak aku balik bersama seorang lelaki. Dia cedera dan lelaki tu tolong dia. Entah kenapa aku rasa takut kalau kakak aku ada teman lelaki. Macam mana kalau lelaki itu merampas kakak aku. Haish” Taehyung menceritakan juga, walau Joy tidak mempedulikannya. Joy hanya mendengar.

Sungjae yang turut dengar luahan Taehyung itu, terus ketawa. Tangannya menutup mulut, bimbang cikgu di depan mendengar gelak tawanya. Sepet matanya menahan rasa geli hati. Taehyung menjeling rakan sekelasnya. Joy hanya tersenyum, menahan ketawanya.

“Taehyung kuat cemburu” ejek Sungjae dalam ketawanya yang ditahan. Menyembur air liurnya pada tangan sendiri yang menekup mulut.

“Kakak kau dah ada teman lelaki?” soal Joy pula. Taehyung mengangkat buku lima, menunjukkan pada Sungjae, sebagai tanda yang dia sedang marah dengan gelagat rakannya itu.

“Yah, kakak kau tu cantik. Tentulah akan ada lelaki sukakan dia. Tak normal kalau perempuan macam dia tiada teman lelaki. Kau terlalu fikir panjang. Teman lelaki tetap teman lelaki. Adik tetap adik. Jangan risau. Tiada siapa akan pisahkan korang” kata-kata Joy sedikit sebanyak melegakan hati Taehyung.

“Teman lelaki siapa?” soal Donghae, mendekati tiga orang pelajar yang membuat bunyi bising ketika dia sedang mengajar.

“Teman lelaki kakak dia” Sungjae menuding jari kepada Taehyung. Ketawaya masih tidak berhenti. Suasana kelas menjadi senyap dan Sungjae perasan yang semua pelajar memerhatikannya. Taehyung dan Joy pula masing-masing mengalihkan pandangan

“Oh…” Sungjae mendongak, perasan akan cikgu Lee yang berdiri di sebelahnya. Ketawanya automatik berhenti serta merta.

“Yook Sungjae, bangun dan baca imbuhan bahasa pada baris kedua dan jelaskan maksudnya” Lee Donghae memberi arahan tegas sambil berjalan semula ke arah meja guru. Wajahnya diketatkan.

Perlahan-lahan Sungjae bangun berdiri, mencari perkataan yang Lee Donghae maksudkan.

“Det det det… lo ok. Det lok” terkial-kial pelajar itu cuba membaca tulisan bahasa Inggeris itu.

“Dead Lock” Donghae membetulkan sebutan pelajar itu. “Sekarang terangkan maksudnya”

“Eh?” Sungjae menggaru-garu kulit kepalanya yang tidak gatal. “Yah, tolong saya” Sungjae menendang kerusi Joy yang duduk dihadapannya. Gadis itu tertunduk, ketawa dalam senyap.

“Kim Taehyung, awak terangkan maksudnya” setelah melihat Sungjae mengambil masa untuk menjawab, sengaja Donghae memanggil nama pelajar sebelah Joy itu.

“Haish” sempat Taehyung mengeluh sebelum bangkit bangun. “Dead tu maksudnya mati. Lock pula kunci. Jadi maksudnya… kunci yang mati!” Taehyung yakin memberitahu jawapannya. “Betulkan? Cikgu ingat saya ni bodoh sangat ke”

Satu kelas ketawa akan komen Taehyung. “Betul tapi tak tepat. Joy, apa kata awak tolong dua orang kawan awak ni”

Joy bangkit berdiri dengan laju. Semua mata tertumpu pada gadis itu. “Dead lock bermaksud buntu, digunakan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD