002 Stalker

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Stalker

“Ini rakaman yang encik minta. Harap dapat membantu untuk cari penjenayah yang dikehendaki tu”

Baekhyun mengangguk sambil mengambil pendrive USB yang diberikan puan pengetua di atas meja. “Kerjasama puan pengetua sangat kami hargai” ucap Baekhyun berterima kasih. Pendrive tadi langsung disimpan dalam poket baju.

“Oh ye puan, mengenai tiga orang pelajar tadi?” soal Baekhyun pula mengenai pelajar yang ditangkap atas cubaan ponteng sekolah tadi.

“Saya serahkan mereka kepada guru disiplin. Pihak saya malu kerana Encik Byun sendiri yang melihat tingkah laku mereka”

Baekhyun sudahpun bersedia untuk meminta diri sebelum satu ketukan singgah di pintu bilik pengetua itu.

 “Saya minta diri dulu puan pengetua” Baekhyun sempat memberi hormat sebelum mengatur langkah keluar. Sebaik membuka pintu, kelihatan seorang lelaki sudahpun berdiri di depan pintu, bersedia untuk masuk. Baekhyun dan lelaki itu saling membalas pandangan sebelum puan pengetua memanggil lelaki itu.

“Silakan masuk Cikgu Park”

Baekhyun mengerling gerak lelaki itu sebelum pintu ditutup semula. Perasaannya dapat menangkap sesuatu pada lelaki itu. Sesuatu yang menyatakan lelaki itu bukan lelaki biasa. Baekhyun tidak dapat menjelaskan perasaan tersebut dengan reaksi yang sesuai. Lalu Baekhyun bergerak ke kaunter pejabat bersebelahan bilik pengetua tadi.

“Saya Byun Baekhyun, po..” Baekhyun diam terhenti. Kerani yang menjaga kaunter depan itu ternanti-nanti.

“Encik, apa yang saya boleh bantu?” soal kerani itu.

“Saya Choi Baekhyun, abang kepada Choi Sulli, salah seorang pelajar tahun dua sekolah ni. Saya nak tanya ada tak cikgu bernama Park di sekolah ni?”

“Cikgu bernama Park? Cikgu Park? Kami ada seorang guru baru bernama Park Leeteuk yang baru sahaja daftar masuk mengajar hari ini” jelas kerani tersebut.

“Ah, saya saja nak tahu sebab adik saya ada sebut mengenai cikgu ni. Terima kasih” ucap Baekhyun seraya meninggalkan kaunter. Telefon pintar dalam poket bajunya dikeluarkan dan jarinya mula mencari maklumat mengenai lelaki tadi. Park Leeteuk.

>>>>> 다라 &애모시<<<<

Anak mata Joy mengerling sekeliling, bimbang perlakuannya diperhatikan orang lain. Pada waktu rehat, lorong aras tiga bangunan Blok A itu riuh seperti biasa. Pelajar ke hulur ke hilir, ada juga yang makan di dalam kelas, ada juga yang berdating di tepi kelas. Joy berjalan seperti biasa, seolah-olah biasa melalui lorong itu, walhal kelasnya bukan di situ.

Melalui pintu belakang, Joy memerhatikan seseorang. Pelajar lelaki yang duduk di ruang belakang kelas, mengadap komputer riba. Joy tersenyum melihat keasyikan lelaki tersebut mengadap gadjet canggih itu. Pandangan wajah lelaki itu dari tepi sememangnya tampan. Raut wajah lelaki itu dipandang lama.

“Jin, awak tak nak keluar makan?”

Joy melihat seorang pelajar perempuan mendekati lelaki itu. Riak wajah Joy serta merta berubah dan dia mendengus kecil.

“Saya tak lapar” balas Jin, seraya mengangkat muka memandang Irene sekilas, disertakan dengan senyuman.

Joy tidak menyukai apa yang berada dalam benak pandangannya. Hatinya berdetak cemburu. Lantas gadis itu beralih langkah.

“Joy, apa kau buat kat sini?”

Joy terperanjat apabila tiba-tiba ditegur oleh Sulli, rakan sekelasnya. Yeri dan Chorong dilihat bersama juga.

“Korang pula? Kenapa bawa penyapu?” Joy membalas dengan soalan. Melarikan topik asal. Dia tidak mahu diketahui akan perlakuannya tadi.

“Ahhh~” Yeri menggosok-gosok hujung batang penyapu dengan jari telunjuknya. “Kami kena denda” suaranya diperlahankan.

Chorong mengangguk lemah. “Kau mesti tak percaya apa yang kiteorang lalui tadi. Abang polis handsome tangkap kitaorang”

“Polis?” riak Joy terkejut. Seraya dia memincingkan mata, menjeling rakan sekelasnya. “Tipu. Kenapa ada polis kat sekolah pula?”

“Kan aku dah cakap, dia tak akan percaya” Chorong beralih kepada Sulli, membalas pandangan sama seperti Joy tadi.

“Jom, aku cerita semuanya” Sulli lalu menarik lengan Joy, membawa gadis itu pergi. Yeri dan Chorong hanya mengikuti belakang.

>>>>>다라 &애모시<<<<<

“Nah~”

Sebungkus roti krim dan sekotak air susu diletakkan di atas meja.

“Awak terlalu mengadap komputer tu. Ia tak baik untuk kesihatan. Entah apa yang begitu seronok dengan benda tu? Sekurangnya jangan lupa makan. Kalau tak makan, macam mana nak ada tenaga untuk belajar?” Irene mula membebel, sebaik dia mengambil kerusi dan duduk di depan, mengadap Jin.

Pelajar lelaki itu mengeluh kecil seraya menutup komputer ribanya. Raut wajahnya sembap, keresahan. Sesuatu yang ingin dilakukan masih tidak tercapai.

“Terima kasih” Jin mencapai roti yang dibeli oleh Irene itu.

“Jin, awak bukannya penggodam lagi kan? Awak dah berhenti kan?” soal Irene, ingin mendapatkan kepastian. Dia tidak mahu lelaki itu terjebak dalam bahaya lagi.

Jin mengangguk-angguk sambil menyumbat suap roti ke dalam mulut.

“Saya betul-betul berharap awak dah tak buat kerja lama. Penggodam adalah seorang penjenayah siber. Saya tak mahu awak dipenjarakan”

Jin mengangguk lagi. Roti dalam mulutnya masih dikunyah. Jin memandang wajah gadis di depannya itu. Dia tahu yang Irene begitu ambil berat akan dirinya. Sejak pertama kali berjumpa, Jin sudah tekad ingin memiliki hati gadis itu, dia ingin memiliki Irene lebih dari seorang kawan. Namun buat masa ini, hanya istilah kawan yang keluar dari mulutnya tatkala menyatakan sifat Irene. Mulutnya seperti terkunci untuk menyatakan perasaannya yang sebenar.

“Kenapa? Ada apa-apa pada muka saya?” Irene menyapu mukanya dengan lembut. Malu ditenung lama.

Jin tersenyum dan menggeleng.

>>>>>다라 &애모시<<<<<

“Senior!”

Seorang pelajar perempuan tahun satu, berwajah manis dengan rambut lurus yang diikat kemas mendekati Sungjae, Taehyung dan Jimin.

Tiga sekawan itu yang rancak berbual mengenai permainan kriket, terganggu.

“Kenapa?” soal Sungjae, memandang gadis itu dari atas sampai bawah. Gadis itu tertunduk malu.

Taehyung dan Jimin hanya memerhatikan, menanti apa yang pelajar perempuan itu mahu nyatakan.

“Senior Yook Sungjae, boleh saya dapatkan nombor telefon?” terketar-ketar suara gadis itu meminta. Wajahnya terasa berat untuk diangkat.

“Kenapa kau nak nombor telefon Sungjae? Nombor telefon aku tak nak?” Jimin mengusik gadis itu.

Taehyung menampar lengan Jimin lalu beralih semula kepada gadis yang masih tidak memperkenalkan dirinya itu.

“Saya suka senior Yook Sungjae” laju gadis itu meluahkan perasaan. Kain skritnya digenggam renyuk. Wajahnya terasa bahang panas, kerana malu.

“Sungjae dah ada teman wanita” tambah Taehyung, melemahkan semangat gadis itu.

Joy bersama Sulli, Yeri dan Chorong, berjalan menhampiri ke kelas mereka. Di depan pintu, langkah mereka terhenti.

“Siapa pula tu?’ soal Yeri, menahan langkah Joy dan yang lain. Sengaja mereka berdiri menghalang laluan di depan pintu itu. Di dalam kelas, antara keriuhan pelajar lain, mereka memandang Sungjae, Taehyung dan Jimin dengan seorang pelajar perempuan yang sepastinya bukan pelajar kelas itu.

Sungjae mengangguk. “Aku dah ada Joy. Kau terlambat” balas lelaki itu. Mereka bertiga pula masih tidak perasan akan Joy yang berdiri di depan pintu.

“Saya dengar khabar yang Joy bukan teman wanita senior” rendah suara gadis itu menyatakan.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD