Arahan

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

016 Arahan 

Tangan jimin menggigil. Alat kawalan yang dipegang hampir terlepas jatuh dari pegangan sebaik mendengar bunyi letupan yang berlaku kerana butang yang ditekan tadi.

“Kau dah gila ke?!” Jimin menjerit marah pada Sungjae.

“Ya. Memang aku dah gila! Aku jadi macam ni sebab ayah kau!” tempik Sungjae, menekan hujung pistol pada kepala Joy. Gadis itu sudah tidak mempu mengeluarkan air mata. Tangisan tidak mampu lagi menzahirkan perasaannya.

“Jangan~” tutur Irene, sambil menahan sakit, hanya mampu melihat Joy diseksa dari jauh. Darah di kakinya masih mengalir dan urat-urat kakinya masih berdenyut sakit.

“Kerana ayah kau, keluarga aku berpecah, hidup ibu ayah aku dah tak bahagia. Keluarga aku porak peranda. Satu negara mengkhianati ayah aku, sebab angkara ayah kesayangan kau!”

“Sungjae, tolong hentikan” tutur Joy lemah. “Sungjae yang aku kenal, bukan sebegini. Sungjae yang aku kenal tak akan seksa aku, Sungjae yang aku kenal tak akan cederakan orang lain. Kenapa Sungjae, kenapa?”

“Kau tak kenal aku. Kau tak pernah kenal aku, dan kau tak akan boleh kenal aku” balas Sungjae, membisik rapat ke telinga Joy.

“J”

Sungjae mendongak pandang seorang pegawai polis di atas salah satu helikopter yang berada atasnya.

“Letakkan senjata anda. Lepaskan pelajar tu” Kim Heechul memberi arahan seraya mengacukan senapangnya, menjadikan Sungjae sebagai sasaran utama. Suara Kim Heechul yang keluar melalui pembesar suara yang terdapat pada helikopter tersebut dapat didengari semua yang berada di atas bumbung itu.

“Pihak polis dah kepung bangunan ni. Tiada tempat untuk kau larikan diri. Sandara Park dah diberkas dan Jung Ryu Won juga sedang diburu sekarang ni. Permainan kau mesti berhenti di sini. Serahkan anti-virus yang penting tu”

Sungjae ketawa kecil, walhal hatinya menangis. Kata-kata Heechul melemahkan semangatnya. Apabila mendengar mengenai Sandara Park yang gagal turut menghancurkan harapannya. Jauh dalam sudut hati Sungjae, dia berasa lelah penat.

“Sungjae” Joy memegang lembut lengan lelaki itu yang masih melilit cengkam pada lehernya. “Hentikan semua ni. Aku kenal siapa kau, dan aku tahu pasti kau tak mampu. Hentikan dan kembalikan semuanya pada asal” suaranya memujuk.

Sungjae terharu mendengar pujukan Joy yang lembut itu. “Tak. Aku tak boleh berhenti. Aku buat semua ni untuk ayah aku. Untuk keluarga aku” balasnya, tertunduk.

“Jimin!” Sungjae mengangkat muka semula setelah sedar yang dia harus teruskan apa yang dia sudah mulakan. “Aku nak kau guna pembesar suara tu, beritahu polis kat atas supaya turunkan tali untuk aku dan Joy naik. Aku sendiri akan pandu helikopter tu!”

Jimin tiada pilihan lain. Pembesar suara dalam tangan Eunhyuk lalu dicapai rampas. “Ahh. Tolong.. tolong turunkan tali. Sungjae suruh turunkan tali” suaranya tidak menyakinkan.

Kim Heechul memberi isyarat kepada pemandu helikopter yang satu lagi. Pemandu itu mengaktifkan pemanduan auto lalu mencapai tangga tali yang sememangnya sudah sedia ada dalam badan helikopter tersebut.

“Sudah tuan” dia memberi maklum balas kepada Kim Heechul.

Sebuah tangga tali dijatuhkan betul-betul di belakang tempat Sungjae dan Joy berdiri. Gadis itu dipaksa menganjakkan langkahnya ke belakang. Terkial-kial kaki Joy melangkah undur.

                                                …

“Tzzzt. Detektif Byun. Tzzt” Baekhyun mendengar isyarat suara Taehyung melalui walkie talkie, namun dia tidak dapat membalasnya segera. Perhatian ditumpukan semula kepada tugasnya ketika itu.

“Pegawai Song, kamu masuk melalui kiri, aku akan masuk melalui bahagian kanan.” Inspektor Choi lalu memberi pandangan tajam kepada Baekhyun. “Kau masuk belakang aku rapat, dan sebaik masuk dalam, aku nak kau lindungi tuan presiden. Keselamatan dia aku tanggungjawabkan atas kau”

Baekhyun mengangguk. Satu kelumat muncul dalam benak hatinya, tentang betapa beratnya tugas yang perlu digalas itu. “Team A, ikut Pegawai Song, team B ikut aku”

Beberapa orang dalam pasukan tiga itu mengangguk senyap. Seraya itu mereka memulakan langkah, menghampiri bilik di mana suspek utama Jung Ryu Won sedang berbincang dengan presiden. Pistol masing-masing diangkat sedia, dan mereka berdiri rapat di dinding.

“Tzzztt. Detektif woi. Tzzzt”

Bunyi walkie talkie yang dibawa Baekhyun, mengalihkan tumpuan semua orang.

“Pegawai Byun” Inspektor Choi menegur.

Baekhyun menggigit bibir, tidak pasti apa harus dilakukan. Dia pasti ada sesuatu berlaku pada Taehyung menyebabkan pelajar itu terdesak menghubunginya. Malah Baekhyun ingin tahu samada Taehyung sudah menjumpai anti-virus tersebut atau belum.

“Maaf tuan” Baekhyun menunduk lalu meminta diri, berlari ke tangga kecemasan.

“Pegawai Byun” Inspektor Choi memanggil, merendahkan suara.

Baekhyun berlari terus tanpa menoleh belakang, atau memberi balas kepada pegawai Choi. Walkie talkie lalu dikeluarkan dari dalam poket baju.

“Kim Taehyung, kau dengar tak? Kim Taehyung”

Baekhyun menuruni beberapa anak tangga.

“Tzzzt. Mana kau pergi?! Tzzt” kedengaran suara Taehyung marah dalam isyarat balas.

Baekhyun menarik nafas lega apabila dapat mendengar suara pelajar itu.

“Macam mana dengan anti-virus tu?”

                                                …

Taehyung berlari ke tingkat atas, meninggalkan Donghae bersama Zelo. Langkahnya laju, mendekati bunyi deruman enjin helikopter di atas bumbung. Sebaik sampai di tingkat atas, Taehyung menekan butang walkie talkie.

“Detektif woi”

Taehyung melepaskan penatnya menaiki tangga dengan bersandar di tepi pemegang tangga. Peti anti-virus diletakkan di sebelahnya, rapat agar peti itu tidak terjatuh mahupun dirampas orang lain. Taehyung menolak buka pintu di atas bumbung itu dengan perlahan, mengintai di sebalik celahan pintu yang terkuak buka, Taehyung dapat melihat Jimin berdiri tercegat.

“Jimin” Taehyung cuba memanggil, namun suaranya tenggelam oleh bunyi bising putaran  kipas helikopter. Angin menderu kuat, menyebabkan seketika Taehyung menyepetkan mata. Taehyung melilaukan pandangannya pula. Anak muda itu tergamam apabila melihat Sungjae memegang senjata, dan Joy yang kelihatan seperti tebusan utama.

“Su..su sung..jae” sukar untuk Taehyung percayai apa yang berada dalam benak pandangan anak matanya.

“Cikgu nampak dengan mata kepala sendiri. Lepas tembak Leeteuk, Sungjae dan Eunhyuk keluar bersama. Cikgu ada dengar juga yang Sungjae suruh Eunhyuk minta polis sediakan helikopter”

“Tak mungkin” Taehyung menggeleng lemah. Pintu tersebut ditutup semula, dan Taehyung jatuh terduduk, bersandar di tepi dinding, kembali mengingatkan kata-kata Donghae.

“Cikgu betul. Sungjae.. dia..”

“Tzzt. Kim Taehyung, kau dengar tak? Kim Taehyung. Tzzt”

Lamunan Taehyung termati sendiri. Walkie talkie yang dipegang lalu dirapatkan ke mulutnya.

“Mana kau pergi?!” marahnya. Matanya mula berair.

“Tzzt. Macam mana dengan anti-virus tu? Tzzt”

Taehyung mengerling pandang peti yang dibawa bersama tadi, yang dilindungi bagai nyawa sendiri. Anak muda itu mengangguk. “Dah jumpa” balasnya.

Baekhyun ternganga, seperti tidak percayai yang Taehyung berjaya jumpa anti-virus tersebut. “Betul dah jumpa? Anti-virus yang sebenar?” soalnya laju.

“Ya! Anti-virus tu aku dah jumpa. Tapi sekarang.. apa patut aku buat? Kawan aku…” Taehyung tertunduk, tangannya terasa lemah untuk memegang walkie talkie tersebut. Sebutir air mata jatuh laju membasahi pipinya.

“Kenapa?” soal Baekhyun, dapat mengagak sesuatu berdasarkan nada suara pelajar itu.

“Dalang di sebalik semua ni. Sekarang, di atas bumbung. Dia. Kawan aku. Ahh! Apa patut aku buat?!” Taehyung tidak mampu menyusun atur ayatnya. Jiwanya berkecamuk.

“Kenapa? Apa yang berlaku? J cuba cederakan kawan kau?” Baekhyun pula langsung tidak tahu bahawa J adalah kawan baik Taehyung sendiri.

Taehyung tidak membalas. Walkie talkie yang mengeluarkan suara Baekhyun itu dibiarkan begitu sahaja. Taehyung tiba-tiba teringat akan perbualannya bersama Sungjae dan Jimin satu ketika dahulu. Tak sangka bahawa rancangan Sungjae itu akan menjadi kenyataan.

Tompokan putih memenuhi benak pandangan, jatuh satu persatu dari langit. Taehyung menunduk, menahan kedinginan yang mencekam sehingga ke tulang. Baju tebal yang dijahit oleh kakaknya, membantu badan anak muda itu menahan sejuk. Penutup kepala di atas kepala, melurut jatuh, menutup

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD