Drama dalam Realiti

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

014 Drama dalam realiti

“Mengenai serangan keganasan virus yang menyerang Sekolah Menengah Tinggi Kyeonggi pada tengahari tadi, pihak polis sudahpun mengeluarkan senarai suspek yang dipercayai menjadi dalang kepada kejadian berkenaan. Suspek merupakan anak angkat kepada bekas Menteri Hal Ehwal Luar Republik Korea, iaitu Lee Eunhyuk. Seorang doktor telah diberkas di kediaman Lee Eunhyuk, dipercayai merupakan rakan jenayah juga individu yang bertanggungjawab mencipta virus yang diberi nama D&E.”

Gambar Lee Eunhyuk terpapar di skrin selama beberapa saat sebelum diselangi dengan gambar Dr Choi Seungri. Taeyeon diam mendengar perkembangan lanjut dalam berita tersebut.

“Taehyung, macam mana dengan kamu?” Taeyeon mengigit bibir. Dadanya terasa sesak kerana terlalu memikirkan dan risau akan adiknya.

                                                                        …

Baju kalis peluru disarung pakai di mana jelas terpampang logo jabatan polis dan keselamatan Korea pada bahagian dada baju tersebut. Baekhyun memeriksa butiran peluru dalam pistolnya buat kali terakhir sebelum pistol itu disemat dalam bekas khas yang digantung di pinggang. Sebuah topi dicapai pakai, menutup separuh dahinya. Walkie talkie milik Shin Dong tadi disimpan dalam baju. Baekhyun tidak mahu ia terkelihatan nampak oleh pegawai lain.

“Detektif Byun, ahli kumpulan Kim Heechul?” seseorang berjawatan besar menyapanya.

“Ya saya Tuan!” sahut Baekhyun bersemangat sambil tanganya membuat tanda hormat di dahi.

“Aku dah dengar berita mengenai rakan pasukan kau. Jangan risau, itu bukan kali pertama ia berlaku. Bukannya kita boleh pilih rakan pasukan kita kan? Ia bukan salah kau, jadi jangan terasa beban. Kita akan tamatkan permainan menteri tak guna tu”

Baekhyun tersenyum tawar. “Terima kasih tuan. Saya akan ingat kata-kata tuan” balas Baekhyun separuh hati.

“Baik, dengar sini. Kita akan bahagi kepada empat pasukan. Pasukan satu kawal di setiap tangga kecemasan. Pasukan dua bersedia di semua pintu, pasukan tiga naik bersama saya dan pasukan empat kawal sebarang komunikasi yang berjalan, samaada panggilan masuk atau keluar yang dibuat oleh Jung Ryu Won. Sasaran kita bukan lagi seorang bekas menteri, tapi seorang penjenayah. Pasukan tiga, pastikan keselamatan presiden diutamakan dan jangan bertindak di luar arahan saya!”

“Baik tuan!” sahut Baekhyun dalam pasukan tiga bersama pegawai polis yang lain, yang turut ditugaskan bersama.

“Gerak! Gerak!”

                                                            …

Pemegang tangga dicengkam kuat oleh jarinya yang terasa mengeras. Kakinya dikuatkan dalam menaiki setiap anak tangga. Darah meleleh keluar daripada mulutnya. Bibirnya pula pucat. Matanya munggil bulat, dan jelas kelihatan akar mata yang merah. Kelopak matanya pula terasa berat dan pandangannya agak kabur. Dia melihat zombie lain seperti manusia yang tidak bernyawa, lantas Jin terfikir, adakah dirinya juga kelihatan sama?

“Irene”

Jin menolak pintu besi yang menghala ke atas bumbung. Cahaya silau senja petang menyilaukan pandangan matanya. Jin diam tidak bersuara, menahan sakit apabila kulitnya terasa seperti terbakar.

“Irene” tutur Jin lemah, melihat seorang pelajar perempuan bersama seorang lelaki dalam pandangannya yang kabur.

“Cikgu minta maaf sebab musnahkan imej cikgu sebagai cikgu yang baik. Mesti kamu takut kan?”

Satu bayangan muncul, di mana Jin teringat akan suntikan yang diberi oleh Lee Eunhyuk. Jin diam seketika, lalu bergerak ke belakang stor di aras yang sama dan mencapai sebuah kerusi rosak yang tidak lagi digunakan. Secara senyap-senyap Jin bergerak ke belakang pasangan tersebut dan menhentak kuat kepala lelaki itu.

“Ahhh!” Irene menjerit. Lee Eunhyuk jatuh rebah di lantai dan pembesar suara yang dipegang jatuh terlepas dari tangan

“Jin!” Irene terperanjat melihat kawan lelakinya itu dalam keadaan yang teruk. Jin turut jatuh rebah ke lantai, keletihan. Kerusi yang digunakan sebagai senjata tadi dilepaskan.

“Jin!” Irene mendapatkan lelaki itu dan menghirau Eunhyuk yang sudah tidak sedarkan diri. Lelaki itu diangkat pangku di atas ribanya.

“Jin. Bangun” Irene menampar lembut pipi lelaki itu. Bayangan Irene kelihatan kabur dalam benak pandangan Jin. “Apa dah jadi dengan awak?” Irene aneh juga bimbang melihat keadaan Jin yang berdarah, pucat dan mengigil.

Lengan Irene terasa sakit apabila Jin memegangnya. “Sakit. Sakit” tutur Jin, mengigil menahan sakit. Matanya ditutup rapat, tidak dapat menahan silau cahaya senja.

“Saya bawa awak ke tempat teduh” Irene memapah Jin bangun. Mereka kerap kali terjatuh namun Irene tidak mudah mengalah. Dalam langkah yang perlahan Irene memapah lelaki yang lemah itu ke tempat teduh, iaitu di tangga. Hanya di situ tempat yang tidak terkena cahaya matahari. Sejujurnya Irene takut. Takut melihat keadaan Jin yang sedemikian teruk, namun perasaan itu ditelan hadam.

Pintu di bahagian tangga teratas di buka tarik dan langkah Irene terhenti apabila di depannya, berdiri tegak seorang pelajar lelaki yang hanya memakai tee putih, namun terdapat beberapa tompokan darah pada baju tee nya.

“Oh! Ada orang atas ni” ujar Jimin, tangannya terangkat ke atas, tidak berani berbuat apa-apa di luar arahan. Hujung pistol masih terasa sejuk di belakang kepalanya.

“Hai” Jimin menyapa Irene yang tergamam.

“Joy”

Nafas Irene seolah terhenti apabila melihat adik tirinya dipeluk tahan oleh seorang pelajar lelaki.

“Irene” air mata Joy mengalir mengenai lengan Sungjae yang mencengkam tahan lehernya.

“Jangan nak buat drama di sini! Cepat naik!” sergah Sungjae, tempik memarahi sambil menekan-nekan pistolnya pada kepala Jimin yang berjalan didepannya.

                                                            ….

Walkie talkie milik Leeteuk itu ditenung lama sambil otaknya memikirkan cara untuk menggunakannya. Jari Taehyung menekan semua butang yang sedia ada. Pada butang di bahagian kiri alat tersebut, kedengaran bunyi sesuatu, bunyi seperti radio rosak yang kehilangan frekuensi.Butang ditekan kali kedua dan bunyi tadi hilang.

 Alat itu lalu dirapatkan ke mulut. “Hello”

Sebaik bercakap, butang tadi dilepaskan.

Taehyung diam menunggu seketika dengan penuh debaran. Alat itu menjadi satu-satunya kunci untuk Taehyung berhubung dengan dunia luar melalui Byun Baekhyun.

“Yah, alat ni tak rosak kan?” tujah Taehyung, risau kerana masih tiada balasan didengari.

                                                            …

Baekhyun bersama beberapa pegawai polis lain, menyusun pergerakan, menyelinap masuk ke dalam kawasan rumah presiden itu. Semuanya berjalan seperti apa yang Inspektor Choi rancangkan. Baekhyun yang ditugaskan dalam pasukan tiga, berjalan dekat dengan ketua itu, sentiasa berwaspada. Mereka berhenti di salah sebuah tangga kecemasan, berdekatan ruang utama di mana Jung Ryu Won dan Tuan Presiden sedang bersama. Mereka tidak tahu apa yang dibincangkan oleh dua menteri itu, namun mereka sentiasa bersiap sedia untuk melindungi maruah negara tanah air sendiri.

“Tzzzt. Hello. Tzzzt”

Walkie talkie yang dibawa bersama Baekhyun, mengeluarkan isyarat.

“Kau di mana sekarang?” soal Baekhyun, merapatkan alat itu pada mulutnya. Ketua Choi terkejut, lantas mengalihkan perhatiannya kepada anak buah kumpulan Kim Heechul itu.

“Siapa?” Ketua Choi bertanya, dalam riak serius.

“Informan saya” balas Baekhyun, sedar akan pandangan tajam inspektor itu.

                                                            …

“Tzzzt. Kau di mana sekarang? Tzzzt”

Taehyung lega apabila mendengar suara Baekhyun melalui alat walkie talkie itu. Lantas anak muda itu mengerling sekeliling.

“Makmal. Aras bawah” balasnya segera.

“Tzzzt. Cari anti virus tu. Eunhyuk simpan anti-virus tu dalam kawasan sekolah tu, jadi kau mesti cari anti-virus tu di kaw

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD