Hero dan cermin

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Beberapa wayar dilekatkan pada hujung jarinya. Tangannya digari pada kerusi plastik dalam bilik kawalan itu. Kebiasaannya Sandara berada dalam bilik itu sebagai penyiasat, tapi kini dia duduk di tempat duduk suspek. Lagaknya tenang memandangkan itu bukan kali pertama dia berada dalam bilik itu. Setiap gerak geri pegawai polis juga sudah dapat diduga memandangkan tugasnya sebagai polis pernah membuat kerja yang sama.

“Tuan, dia masih enggan memberi kerjasama” adu Kim Minseok, mengerling ke arah kamera utama. Kim Heechul yang berada di luar bilik kawalan memerhatikan Sandara di sebalik kaca pemisah yang kalis bunyi. Buku limanya digenggam erat.

Sandara tersenyum sinis. “Apa kau nak sangat tahu? Bukan Seungri dah beritahu semuanya?”

Chanyeol berdiri tegak di sebelah Kim Heechul. Dia juga kegelisahan kerana tidak banyak yang dapat diperolehi daripada doktor itu ketika disoal siasat tadi.

Bunyi telefon Kim Heechul mematikan ketegangan Chanyeol. Anak matanya tajam memerhatikan ketua kumpulan itu yang mengangkat panggilan dan bercakap dalam nada yang serius.

“Kenapa tuan?” soal Chanyoel sebaik Heechul menamatkan perbualan seriusnya. Telefon disimpan semula ke dalam poket jaket.

“Pegawai bertugas di sekolah hubungi. Ketua Shin beri arahan supaya lepaskan pelajar yang berada dalam kuarantin kawasan sekolah” balas Heechul, tidak memandang Chanyeol, sebaliknya menumpukan perhatian kepada Sandara yang berada dalam bilik kurungan kawalan. Gadis itu enggan memberi kerjasama dan menggunakan hak untuk mendiamkan diri.

“Tak boleh!” tingkah Chanyeol, menarik perhatian Heechul.

“Anti-virus tu disembunyikan oleh ‘emosi’”

“Kita tak boleh keluarkan mereka. Kita kena tafsir maksud Dr Choi tentang emosi tu dulu. Mungkin emosi tu ada kaitan dengan pelajar-pelajar tersebut” ujar Chanyeol bersungguh.

Heechul menunduk lemah, dan melepaskan helaan nafas yang berbunyi berat. “Kita tak boleh tingkah arahan Ketua Shin”

“Kau duduk sini, aku akan masuk dalam dan bantu Kim Min Seok. Kalau telefon aku berbunyi, panggil aku di dalam” tambah Heechul sambil membuka tanggal jaketnya.

Chanyeol menyambut jaket lelaki itu dan membiarkan sahaja Heechul yang berjalan masuk ke dalam ruang bilik penyiasatan. Jaket itu lalu disangkutkan di atas kerusi dan Chanyeol menumpukan perhatian kepada tingkap kaca di depan, memerhatikan Kim Heechul dan Kim Min Seok bersama suspek Sandara.

                                                                                    …

Dalam ketika yang lain berborak, Areum senyap. Tidak bersuara. Luka di sikunya semakin membesar apabila digaru. Jarinya dirasakan seperti mengeras. Sesuatu dirasakan bergelora dalam dirinya.

“Diam!” jerit Areum secara tiba-tiba.

“Areum” Sungjae mendapatkan gadis itu.

“Jangan sentuh aku!” Areum menyeringai marah. Matanya merah memberi Sungjae pandangan tajam.

“Ayah…” Joy memandang Areum dengan pandangan ketakutan. Dia tidak dapat fokus kepada panggilannya.

“Joy, kenapa? Apa yang berlaku?” suara Park Seon Ho mendesak penjelaskan kedengaran kuat.

“Areum, kau kenapa?” soal Yeri, mendekati gadis itu. “Kau… berdarah”

Spontan Sungjae mengundur apabila lihat Areum terbatuk-batuk dan darah merah pekat disekitar bibirnya.

“Akuu….” Areum mengelap darah di tepi bibirnya dengan kasar. Gadis itu jatuh melutut. “Aku.. aku akan jadi zombie ke?” soalnya, memandang Yeri dan Sungjae. Air matanya mengalir ketakutan. Areum kemudian memandang jarinya yang dibasai darahnya tadi dan kukunya yang mengeras.

Taehyung merampas ganggang telefon dari tangan Joy dan mematikan talian.

“Kenapa?” soal Joy terkejut. Dia turut mengundur beberapa langkah, menjauhi Areum.

“Semua orang jauhkan diri. Areum dah dijangkiti virus tu” Taehyung memberikan amaran.

“Ahhhh!!!!” Areum menjerit kuat sambil mencengkam pegang kepalanya. Badannya terasa sakit, terasa darahnya mengalir laju dan berubah.

“Tolong aku” pinta Areum, terbaring di atas lantai, mengerikot menahan sakit. Dia menendang kakinya ke semua arah sambil meraung sakit. Darah membuak keluar daripada mulutnya.

“Kita mesti tinggalkan dia” ujar Jimin, memandang sekeliling, mencari tempat selamat.

“Maafkan aku Areum” ujar Yeri lalu menarik tangan Joy. Taehyung, Jimin dan Sungjae menurut langkah Yeri. Mereka menuju ke arah pintu, melarikan diri.  Sebaik pintu dibuka, sekumpulan pelajar zombie sudahpun berada di luar, menerpa ke arah mereka.

“Errr!!” satu tamparan kasar mengenai Yeri yang berada paling depan. Gadis itu terpelanting ke tepi. Kepalanya terhantuk kepada tombol pintu, terus jatuh pengsan.

“Yeri!” Joy cuba mendapatkan Yeri yang rebah ke lantai sebelum Sungjae menarik tangannya. Hampir Joy jatuh tersungkur ke lantai namun dia dapat menstabilkan diri.

“Errr!!” zombie-zombie di luar itu menderam kasar, menghalang laluan pelajar tersebut. Mereka menjulurkan tangan, menyakiti sesiapa yang berada di depan mereka.

“Lari!” jerit Jimin, berpatah balik masuk ke dalam perpustakaan. Zombie sudahpun menolak mereka masuk.

“Macam mana ni? Kita terperangkap” Sungjae bertanya dalam keadaan cemas, tidak melepaskan tangan Joy. Mereka tidak tahu hala tuju mereka memandangkan pintu perpustakaan sudah tidak boleh ditutup dan mereka dikepung.

Jimin mendongak ke atas, memerhatikan sebuah lubang empat segi di atas. “Lubang udara” Jimin memberikan idea.

“Bagus kau Jimin” sempat Taehyung memuji. Joy dan Sungjae mengangguk setuju.

“Sebelah perpustakaan ada bilik kecil, bilik buku rosak. Masuk dalam lubang udara dan kita sembunyi dalam bilik tu. Bilik itu terkunci dari luar” tambah Joy pula, teringat akan sebuah bilik yang pernah ditunjukkan oleh pegawai perpustakaan.

“Belah mana? Kiri kanan?” soal Jimin, langsung tidak tahu akan kewujudan bilik itu memandangkan dia jarang ke perpustakaan.

“Kanan” jawab Joy, meninggikan suara. “Nampak rak buku sukan tu? Kita panjat ikut sana”

Mereka berempat lalu berlari ke arah rak buku yang dimaksudkan oleh Joy. Langkah Jimin memijak lantai agak licin memandangkan dia seorang yang tidak memakai kasut. Beberapa kali dia tersadung ketika cuba memanjat rak tersebut.

“Yeri? Kita akan tinggalkan dia?” Joy bertanya, sempat mengerling lihat Yeri kawannya yang masih tidak sedarkan diri, rebah di lantai.

Sungjae menggeleng, lalu menarik lengan Joy ke atas. “Dia tak apa-apa rasanya. Zombie tu tak kacau dia. Kita kena selamatkan diri kita dulu”

Tangan Sungjae dipaut kuat memandangkan lelaki itu berjaya panjat rak itu dahulu. Sedaya upaya Joy menendang buku-buku pada rak tersebut. Kakinya memijak pada arak tersebut untuk menampung badannya naik ke atas.

“Errr!!!” sekumpulan zombie yang mengepung mereka terus menyerang. Mereka mengelilingi rak yang dipanjat oleh empat sekawan itu. Tangan mereka dijulur untuk mencapai mangsa. Jari mereka mencakar-cakar apa sahaja yang dicapai.

“Jangan tarik aku!” jerit Jimin sambil menendang beberapa tangan yang cuba menariknya ke bawah. Kakinya seluarnya juga koyak.

Areum bangkit duduk, menderam kuat. Matanya tajam memerhatikan empat sekawan itu yang cuba meloloskan diri. Riak wajahnya berubah bengis dan pucat. Darah merah menitik keluar dari mulutnya. Jarinya keras dengan kuku yang hitam. Areum lalu berdiri, bongkok badannya, berlari ke arah Jimin.

“Jimin!” Sungjae menghulurkan tangan, menarik lengan Jimin. Sekuat tenaga dia membantu Jimin untuk naik dengan lebih pantas. Anak matanya mengerling lihat terjahan Areum.

“Arghhh!” Areum melompat mencakar tangan Sungjae.

“Ahhhh!!” Sungjae meraung kesakitan. Namun tangan Jimin masih tidak dilepaskan. Jimin memaut pegang bucu rak dan menolak badannya sendiri, berusaha naik ke bahagian atas rak.

“Sungjae!” Joy membantu Sungjae yang cedera.

“Ahhh!!” Sungjae terus menjerit kesakitan, sambil memegang tangannya yang berdarah. Kesan cakaran Areum menyebabkan kulitnya terkoyak. Mereka berempat duduk di atas rak itu dalam keadaan tidak stabil. Rak tersebut bergoyang apabila digoncang oleh tenaga kuat sekumpulan zombie yang mngepung mereka.

“Cepat Taehyung!” Joy menggesa Taehyung yang sedang mencabut penutup lubang angin tersebut.

“Aku rasa rak ni akan jatuh bila-bila masa sahaja” Jimin menambah cemas rakannya. Pelajar tidak berkasut itu melentangkan badan, memaut kuat pada kedua-dua bucu rak.

“Kim Taehyung!” Joy

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD