Dissapointed... I'm give up! /Part I/
Yeorobunae annyeonghasaeyo.. Mohon translate sebab saya tulis dalam Bahasa Melayu.. Bulan ini sahaja sudah membuat saya berputus asa. Manakan tidak? Saya dituduh multifandom sedangkan saya hanya mendengar lagu-lagu dari boygroup/girlgroup/artist lain. Salahkah?
Begini, bermula dari Twitter. Saya mula kurang mendengar K-songs dan kurang tweet tentang bias saya. Saya cuma tweet tentang kawan-kawan saya kerana terlalu bosan sebab tak tahu nak tweet apa lagi pasal bias saya. Suatu hari, sewaktu saya mahu tweet-off, saya terlihat seorang hardcore-fan /TaknakBagitahuSiapaDia/ mengutuk, mencaci, seolah-olah ditujukan kepada saya. Saya cuba untuk berpura-pura tidak tahu sehinggakan esok hari rakan saya menelefon saya dan mengatakan bahawa hardcore-fan itu benar-benar mula membenci saya. Apa salah saya? Adakah sebab saya terlalu banyak menceritakan tentang rakan saya yang kebanyakkan bukan fandom yang sama seperti saya dan dia? Sungguh sedih!
Saya teringat cerita dari seorang sunbae saya, ianya bermula pada tahun 2007. Rakannya mahu berpindah fandom tapi dia dan rakan-rakannya yang sama fandom cuba memujuk dan mengajar kembali rakan yang mahu berpindah fandom dan Alhamdulillah, dia masih bersama rakan-rakannya dan sunbae saya di dalam fandom tersebut.
Saya tidak mahu memberitahu nama sebenar fandom tersebut tapi saya sedikit kecewa dengan apa yang terjadi. Adakah kerana sifat terlalu takut bias mereka sedih atau terlalu 'prihatin' sehingga bertindak di luar kawalan? Ini bukan caranya. Setiap artist pasti akan merasa sedih jika peminatnya pindah fandom ataupun tekad keluar dari dunia K-pop. Tapi salah satu cara untuk membuat artist itu gembira ialah kepulangan peminatnya yang telah pindah fandom ataupun tekad keluar dari dunia K-pop. Mereka gembira jika peminat mereka yang dahulu kembali meminati dan menyokong mereka seperti dulu. Dan fandom juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan bias mereka gembira. Nak tegur pun perlulah dengan cara baik, bukan memaki orang lain bagaikan sampah! -Continue-
Comments