2019 to 2020

 

Assalamualaikum dan hi semua, lama saya tak bercerita mengenai sesuatu. Selepas beberapa tahun saya menghilangkan diri. Sejujurnya, selepas habis SPM iaitu pada tahun 2015. Saya terus stop main AFF. Tak adalah stop terus, dia macam hilang semangat nak menulis sebab saya dah biasa guna laptop then tiba-tiba netbok saya rosak masa tahun tu, jadi minat saya dalam bidang penulisan ni terpaksa dihentikan. Secara keseluruhannya, saya tak suka guna telefon untuk menulis. 

Saya lebih suka gunakan laptop, menulis dekat laptop, netbok atau pc. Entah tak tahu kenapa telefon tak kena dengan jiwa untuk menulis kecuali kalau boleh sambung dengan keyboard haha.

Tapi sayang saya tak ada keyboard yang boleh disambungkan ke telefon.

So selepas habis SPM saya masuk Giat Mara belajar, tapi tak habis ada krisis dekat tempat tu. Saya mengalami stress yang terlampau teruk. Masa tu saya lari ikut member (perempuan bukan lelaki) sekali dengan mak dia pergi Rawang, Selangor or KL? Untuk hilangkan stress saya. Saya kalau boleh rasa macam tak nak balik dah Perak. Nak go out terus.

Tapi saya balik semula sebab opah saya sakit, masa tu nekad nak berhenti Giatmara if dapat tawaran FORM6. So Finally, 2016 saya dapat tawaran masuk form6. Yes, i'm very happy for that.

So duduklah dekat form6 selama setahun setengah. Yeah, saya seronok duduk dekat form6. Saya jadi diri saya sendiri start dari situ, before this saya banyak menulis saya duduk dalam dunia saya je, saya tak ambil pusing pasal kawan-kawan dekat realiti sebabnya? Saya tak ada kawan dekat realiti until now. Member adalah tapi sorang dua macam tu je. Nampak macam sad life en? Sebab no friends? Tapi saya tak pernah kisah tak ada kawan-kawan in real life haha don't know why.

Masuk form6, memang fokus dekat form6. Sampailah tahun 2018. Saya tamat pengajian form6, dan saya mula niat nak cari kerja. Saya dapat, tapi gaji tak banyak. Bolehlah saya buat duit poket dari tak ada kan? Tapi tak lama, 3 bulan je kerja lepas tu bos tu berhentikan saya kerja dengan alasan saya tak ikut arahan dia dengan betul. 

Saya ni sejenis, orang cakap elok saya akan cakap elok tapi kalau orang cakap macam erxhdjadjbs saya buat tak tau lepas tu saya akan anggap dorang tak wujud huhu... Macam kawan juga, kadang-kadang kita tak boleh terlalu percayakan kawan sebabnya kawan pun kadang-kadang suka tikam belakang kawan sebab tu saya tak ada kawan in real life.

Saya pula memang seorang yang agak pendiam melainkan dengan member yang saya selesa untuk share something. Pendiam dan saya memang bukan seorang yang peramah. Saya pun tak suka nak senyum bila dekat luar. Muka saya ramai orang kata 'why so serious?' melainkan dengan family like opah, makcik, abah, adik-adik, sedara mara yelah saya tak jadi macam tu haha. Saya jadi orang yang kuat bercakap, never felt like i'm alone kononnya hah.

Berbeza bila di alam maya, di luar saya pendiam dan saya tak suka bercakap dengan orang tapi di alam maya. Saya banyak cerita yang nak dikongsikan haha. Pelik kan? Ke tak pelik? Err abaikanlah.

Sebelum ni ramai gelarkan saya 'happy go lucky' tapi saya tak pun sebenarnya. Split identiti eh? Takkan sampai macam tu haha. Tak adalah, tak retilah nak cakap macam mana.

So Lepas saya kena berhentikan kerja, saya dapat tawaran ceh kau tawaran haha. Yelah masa saya tengah kerja dengan bos pertama, ada makcik tawarkan saya kerja dekat kedai makan dia. Masa kena berhenti kerja dengan bos pertama tu saya tak tahu apa salah saya, dia cuma cakap 'yana esok you tak payah datang kerja dah, kedai tak ada orang gaji tak lepas nak bayar.' waktu tu rasa nak je tanya, what apa salah I bos? ecewah tapi saya jenis malas ah nak panjang cerita. Nak pergi merayu minta kerja balik taknaklah, kita pun ada maruah kan so sampai sekarang saya buat tak kenal bos tu hahaha. 

Saya pergi kedai makan makcik yang tawarkan saya kerja tu dan saya tanya saya nak kerja dengan dia boleh tak? Dia terkejut cakap, "eh dah berenti ke kerja sana?" saya cakaplah dah berenti dah. So dia pun owh boleh je nak kerja dengan dia, gaji hari. Masuk kerja pukul 3 balik pukul 7.

Bolehlah tu, time atok saya ada, dia tak bagi balik malam so okaylah tu. Gaji pun cukup untuk saya kumpul ambil lesen kereta dan beli motor sendiri. 

Alhamdulillah, tapi saya kerja hanya setahun. Lebih sikit seminggu, 2019 saya berhenti. Nak tahu tak kenapa saya berhenti? I'm very shy with all my friends yang satu form6 datang kedai makan tu tayang happynya dia orang dapat sambung degree. Omo i feel like macam dia orang ni saja datang nak sakitkan hati aku ke hape?

Selain dari tu, cikgu-cikgu pun kerap datang tanya soalan yang sama "Yana apply u mana?" saya senyum je tak mampu nak jawab. Tapi sejenis atau seketul cikgu ni dia suka tanya soalan yang sama kerap berulang kali kan? So selagi tak jawab selagi tu tanya tau, rimas saya dibuatnya. Jadi saya cakap saya tak apply mana-mana U pun! Full stoplah sampai situ saya fikir, rupanya tak dia sambung-sambung lagi part lain. Aduii lah hampeh je! Haha. Dia cakap "Kenapa tak sambung, ruginya tak sambung. Awak ada STPM! Orang sambung STPM sebab nak senang masuk U rugi je ambil STPM kalau macam tu." 

Aih sabar jelah. Bukan tak nak sambung tapi masalah ekonomi keluarga tak kukuh. Dan saya bukan seseorang yang suka berhutang, jadi kalau sambung belajar dan perlu berhutang macam mana? Saya bukan budak pandai, nak dapatkan first class supaya PTPTN tu berubah jadi biasiswa memang takkan punya. 

And lepas habis belajar nanti nak bayar hutang macam mana? DENGAN KEADAAN NEGARA YANG SEKARANG NI SUSAH GILA NAK CARI KERJA TETAP! Tak kisahlah sama ada kerja swasta ke kerajaan ke. 

FAMILY saya bising kenapa saya tak apply mana-mana U>

Saya taknak susahkan family, family saya dah banyak bersusah payah jaga saya, besarkan saya selepas arwah mak saya meninggal terutama opah dan atok saya banyak jasa dorang dekat saya. Saya tak mahu tambah beban dorang, saya cakap biarlah opah saya tak kaya ilmu dunia ni asalkan saya ada ilmu akhirat. CUKUPLAH! Ada rezeki sambung belajar, saya pergi. Tak ada tak apa hold dulu.

So tahun 2019 memang tahun mencabar bagi saya, saya terkena penyakit yang saya rasa ianya depresi. Saya rasa nak lari jauh from everyone, saya taknak bersemuka dengan sesiapa. Saya taknak bercakap dengan sesiapa. Saya asyik rasa nak marah dengan benda-benda simple, benda kecil saya nak marah melenting, saya rasa takut tanggapan member-member dan cikgu-cikgu bila saya tak sambung belajar. Saya jadi rasa "Jadilah apa nak jadi, aku dah malas, aku dah penat aku dah terlalu penat."

Kadang-kadang tu saya tanya diri saya sendiri, "KENAPA AKU TAK MATI JE DENGAN ARWAH MAK DULU?" tapi saya sedar, mesti ada sebab kenapa saya masih hidup sampai sekarang. Saya anak tunggal untuk arwah mak jadi saya kenalah kuat untuk teruskan hidup, kumpul pahala banyak-banyak untuk mak saya di alam sana.

Ditambah pula atok opah saya pun sakit, kejap baik, lepas tu sakit bali. Stress saya menjadi-jadi, sampai saya tak selesa bila duduk di luar rumah macam pergi rumah member saya ke apa ke saya rasa tak tenang, saya rasa jiwa saya sakit gila. Saya diam, saya tak jadi orang yang mereka kenali sebelum ni. 

Overthinking tak payah cakap, kadang-kadang jantung ni tiba-tiba berdegup kencang tak tahu kenapa. Saya tak nak mengaku saya ada depresi. Sebab bila kita tell someone kita percaya pun dia orang takkan percaya apa kita cakap.

Hari demi hari saya rasa bagaikan neraka duduk dalam rumah tak kena asyik nak bergaduh nak marah, rimas semua tapi bila keluar rasa macam tak happy pun bila keluar. Rasa macam tak ada tempat yang boleh buat saya bertenang. Saya nak pergi ke tepi pantai atau duduk dalam hutan yang sunyi tapi bila fikir balik saya sendiri je nak pergi memang saya tak berani. Hutan ? Malaysia ada ke hutan yang tenang tanpa ada orang jahat dan juga makhluk halus, makhluk Allah yang lain semua tu? Haha.

Dan saya jadi macam tu sampailah tarikh 29.12.2019. Atok saya dijemput Illahi. Sedih, sangat-sangat sebab dialah tempat saya bergaduh hari-hari. Saya cuba kuat, tak menangis depan keluarga saya. Saya cuba tahan supaya saya nampak sabar dan tenang. Sampailah bila saya dengar makcik saya menangis meraung cakap minta maaf dekat opah saya sebab tak dapat nak bawa atok saya ke klinik, air mata saya jatuh. Maklang saya nangis berpeluk dengan makcik saya. Saya rasa sayu. 

Atok saya... Dia orang yang besarkan saya, sanggup ambil jaga saya lepas arwah mak saya tak ada. Sanggup uruskan kubur arwah mak saya dan sanggup dapatkan hak kematian mak saya untuk saya. Semuanya atok, orang yang hantar saya pergi balik sekolah. Orang yang hantar saya pergi balik kerja. Semuanya dia. Ya Allah, siapa yang tak sedih? Tapi waktu tu saya kena kuat tak boleh nangis, roh atok saya masih dalam rumah. Orang pula ramai datang saya kena kuat tambah-tambah depan opah, kalau saya nangis opah saya lagi sedih saya kena jaga hati dan perasaan opah saya.

Tapi... bila sampai orang nak kafankan tok saya, saya nampak depan mata saya. Saya tengok atok saya kena balut dengan kain putih tu, time tu saya terbayang arwah mak saya juga pernah macam tu. Saya tengok atok saya tak bergerak, makcik dengan maklang saya masih dengar dia orang menangis. 

Saya tak mampu nak tahan, saya sebak sangat-sangat. Atok saya dah tak ada... Saya menangis sorang-sorang, saya jauhkan diri dari jasad atok. Mak tiri saya pun menangis dekat belakang saya. Saya rasa nak pengsan tapi abah saya datang dekat saya terus peluk saya lepas tu tanya "Kenapa teruk sangat ni?" saya diam tapi masih lagi menangis. 

Saya terkilan. Abah saya tanya "Tak ada dahlah kawan gaduh lepas ni?" saya cakap "Takde" terus saya menangis teruk. Teruk sangat... Sampai waktu tu, orang yang kafankan atok saya cakap, "Siapa nak cium bolehlah cium tapi jangan terkena air mata dekat jasad." sorang-sorang ahli keluarga cium dahi tok. Bisik dekat tok minta maaf semua. Opah saya pun sama.

Hari yang memang saya takkan boleh lupakan sampai bila-bila, hari macam mana atok saya pergi. Untuk kali pertama saya tengok opah, makcik dan maklang saya menangis. Itulah harinya.

Waktu dia orang bawa atok ke masjid saya tak ikut, masa dia orang tanam atok pun saya tak ikut. Saya takut, saya pernah pengsan masa arwah mak saya kena tanam. Saya takut saya tengok atok kena tanam saya pengsan dekat kubur. Waktu tu, saya cakap saya nak pengsan jadi dia orang tak bawa saya ke kubur.

Hari tu, saya tidur hanya 2 jam. Opah saya tak tidur langsung. Kami jaga atok saya tengah sakit. Atok saya bila tak nampak orang sebelah dia, dia menjerit-jerit panggil opah. Jadi bila opah nak pergi masak bubur untuk atok ke apa ke saya kena tunggu atok. Kami bertiga je tinggal dekat rumah, jadi nak tak nak saya kena tolong.

Tahun 2019 memang tahun yang sangat mencabar, sangat struggle untuk saya teruskan perjalanan hidup saya. Sangat-sangat perlukan sokongan moral dan seumpamanya tapi manusia lain tak faham dan takkan pernah faham. 

Jadi kepada awak yang baca, sekarang tengah struggle belajar. Teruskan perjalanan awak, kuatkan semangat awak untuk habiskan pembelajaran awak. Tak kisah sama ada tengah bersekolah atau tengah belajar di U. Setiap orang ada cabaran hidup masing-masing. Kena kuat itu je pesanan saya dan perlu banyakkan bersabar. 

Bahkan jika ada yang sedang berkerja sekarang untuk cari duit poket dan sebagainya teruskan selagi awak rasa awak mampu buat. Jangan kejar sesuatu lebih limit awak sebab bila awak jatuh tersungkur takut teruk jadinya. Buat sesuatu ikut kemampuan diri kita sendiri, tapi kalau kita sukakan cabaran tak apa teruskan buat. Selagi mana kita masih ada ALLAH SWT bersama-sama dengan kita, jangan pernah sesekali menyerah dan putus asa.

Bercakap tentang kerja dan seumpamanya. Saya dah banyak cari kerja, sama ada dalam online mahu pun face to face. Tak ada kerja yang saya dapat. Ada tapi berkaitan dengan halal-haram gaji yang saya dapat tu. Jadi saya terpaksa tolak bila mana tak ada masa untuk tunaikan solat, dan ada unsur shubhah dalam gaji yang saya dapat.

Jadi sebab itulah saya nak mulakan dengan menulis novel atas jenama sendiri ^^. Itulah apa yang saya nak kejar sekarang ni. Tak ada perkara lain selain fokus utama dengan impian saya ni.

Itu saja. Tahun 2020 adalah tahun dimana mungkin segala kesakitan di tahun 2019 akan berubah kepada keceriaan atau pun makin bertambah kesakitan saya tak tahu tapi saya akan teruskan melangkah dan berjalan mengikut arus takdir ni selagi mana Allah masih berikan saya peluang untuk bernafas. ^^.

Okey, jumpa di lain entri. Uishh dah macam karangan kau haha. Tak apalah, saya cuma kongsikan sedikit. Moga-moga yang mana tengah struggle nak hadap masalah hidup masing-masing kuat juga, jangan menyerah. Fighting semua ^^.

 

Assalamualaikum.

 

 

Comments

You must be logged in to comment
tae1810 #1
Hi yana,

Usually dlm life memang tu la yg akan you alami, kalau ikut my experience la i rsa mcm tu la, but bila sdh semakin tua ni dah semakin adapted dgn jenis2 stress tu.

Sbb stress kan dr bnyk sumber juga.



Apa pun stay strong and keep on fighting! You go girl 👏🏻
Jelly_Warrior
#2
Stay strong ya. Semoga Allah permudahkan segalanya. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Good luck for ur future planning!
Always remember Allah sebab Allah sentiasa ada dengan hambaNya :))

Figthing!!!
exopuzzle
#3
Ya Allah dengar cite awak ni buat saya nangis la....awak mmg seorang yg kuat. 💪💪💪
exopuzzle
#4
Ya Allah dengar cite awak ni buat saya nangis la....awak mmg seorang yg kuat. 💪💪💪
chanyu61_
#5
Awak memang seorang yang kuat.. Betul la, tak semua orang akan faham dengan jalan hidup yg kita pilih.. Susah senang hanya kita je yang tahu.. May Allah ease your way :)
NoorKyra
#6
It's okay.... Let it all out.. you'll be fine... Setiap orang ada struggle dia sendiri... Be strong....

Ingat Allah banyak-banyak.... Find something,a goal... You'll doing fine..