Malay Writer yang ada Wattpad, nak tanya?

Hai Assalamualaikum kawan-kawan!

Lepas habis belajar ni, tak lain tak bukan saya nak habiskan semua story saya di AFF ni. mungkin akan update sekali dua chapter serentak. Sebab ye lah once kita publish satu story tu, kita bukan je 'berjanji' dengan pembaca tapi jugak dengan diri sendiri. Saya akan cuba sehabis kudrat untuk completekan semua story,okay? :)

Okay kita straight dengan tajuk blog ni ye :) Saya bukan lah nah beralih angin main wattpad sepenuhnya hahaha tapi sekadar nak berjinak-jinak. Tapi tu lah, hakak ni hakak nub hahahaha! Hakak nak tanya beberapa soalan.

1. Ramai tak author and pembaca malay fanfics di wattpad?

2. Macam mana nak buat malay fanfics kita dapat banyak reader di wattpad? (eg: pakai hashtag tertentu atau apa-apa)

dan sebagai tambahan, apa kelebihan yang ada di wattpad berbanding di aff?

Hahaha jangan serius sangat XD Hakak tanya je :)

Okay kepada adik-adik yang start sekolah hari ni, selamat lah menempuh semula kerja-kerja sekolah, ya! 

Annyeong for now 💖

Comments

You must be logged in to comment
Iefa_San
#1
Kat wattpad memang ramai Malay authors and readers so InsyaAllah akan ada pembaca or org yang follow cerita kita. Bab komen, tengok nasib jugak. Kalau kita rajin update, dieorang rajin gak komen. Kalau tulis cerita yang bukan fanfics dan cerita tu mendapat sambutan, awak ada harapan dilamar oleh publishing house untuk cerita itu diproduce sebagai novel. Ramai dah yang berjaya from wattpad je. Even ada fanfic pun terpilih, dieorang just tukar nama watak dan maybe lokasi kot. Kalau macam mana nak promote cerita kita supaya popular itu saya pun tak pasti sebab jarang guna wattpad tapi saya perasan bahasa kita kena up-to-date, kirenya kena belajar jadi remaja yang ala-ala hispturr... haha sebab mostly author yang guna bahasa santai dalam penulisan mereka tu yang dapat sambutan. Kadang-kadang pening jugak baca sebab teman ni dah terbiasa baca cerita yang betul tatabahasa or at least format yang sama. Bila baca cerita yang gunakan bahasa moden, rasa lain pulak. Kalau dialog takpe tapi dalam description pun ada. Tapi lama-lama terbiasa dan last-last saya pun terikut sekali. huhu.
Yana_xoxo
#2
Waalaikumusalam...

Actually saya pun guna wattpad ^_^. Nak username hehe.

Dekat sana memang banyak sangat-sangat reader/writer malay. Berbanding AFF Wattpad satu komuniti yang orang kata memang hampir 99% ada orang melayu dekat sana.

Sebabnya, sana bukan setakat menulis Fanfiction je, sana novel melayu pun ada. Penulis-penulis yang novel dia banyak dekat kedai buku pun ada dekat sana. Penerbit-penerbit novel melayu pun gila banyak T_T. So memang ramailah haha.

Saya pun baru je nak menjinak-jinak dekat wattpad walaupun account wattpad saya buat sama tahun dengan AFF tapi saya lebih banyak menulis dekat AFF haha.

Nak buat malay fanfics kita banyak dapat reader saya tak sure sangat dekat sana, tapi yang tahu. Dekat sana kena banyak join arward tu arward ni untuk naikkan pembaca. Lepas tu, saya banyak nampaklah. Kebanyakkan pembaca dekat wattpad majoriti army haha so dorang memang adore gila dengan penulis yang tulis tentang BTS. Hastag popular dekat sana Fanfiction BTS T_T, SEVENTEEN, EXO tu je kot yang saya nampak :D

Kelebihan Wattpad bagi saya, kalau AFF kita boleh setting kita punya font, warna tulisan, boleh letak link apa semua kan. Wattpad tak boleh. Kalau gambar apa semua kita kena upload terus dari kita punya gadjet. Tapi kalau link youtube boleh dekat Wattpad haha.

Lepas tu kelebihan dekat sana orang banyak kejar vote. Sebab kalau kita update chapter dekat sana, setiap chapter boleh vote. Tak macam AFF sekali je vote. Ha yang tu jela saya tahu setakat ni.
kuchens
#3
Sy pun ada acc watpadd jugak :3 sy rasa byk je malay authors & readers there. I've seen plenty of them. For fanfics, sy mmg gunakan # yg berkaitan like i did in aff, bru org blh jumpa. (maklumlah sy tak popular lmao). Psl kelebihan dia, I think lebih kurang sama je heheh