Saya dah graduate! (Dan Selamat Hari Raya)

Hai Assalamualaikum kawan kawan!

Alhamdulillah selepas Empat tahun ber'degree' di UTM, Skudai, saya akhirnya graduate! Alah tak sangkanya. Macam-macam berlaku sepanjang empat tahun ni. sepanjang cuti semester selama empat tahun ni memang tak ada tempat lain untuk saya lepak, AFF je lah tempatnya. Jadi sebab itu saya kongsikan kegembiraan ini disini hehehe.

Untuk beberapa bulan ni saya Hiatus untuk fokus semester terakhir saya, siapkan tesis dan sebagainya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hehe. Sejujurnya rinduuuuu sangat dengan kawan-kawan disini T.T Dan saya minta maaf sebab tinggalkan cerita yang tergantung. sampai ada yang tertunggu. saya minta maaf sangat :( 

Fokus saya selepas ni mestilah cari kerja hehe. Tapi insha Allah, saya akan mencari ruang dan masa untuk aktif kembali di AFF. Arrrggghh! Dah kerja dah?? Macam tak sangka dari sekolah, universiti and now seeking for work, saya tetap berkampung di AFF haha.

Oh Ya! Hari ini Ramadhan terakhir kita di Malaysia. Saya, seasony yang beraya di Johor mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kawan kawan saya disini :)

Korang beraya mana tahun ni?

Comments

You must be logged in to comment
axelblaze
#1
uwuuuuuuu congrats!! im still here struggling with my deg. T_T
April1699
#2
Skudai dekat dengan rumahh sangat . Hahahhaha btw congratss
kuchens
#3
I'm so latee huhu but CONGRATULATIONS!!♡ sy pun dah hbs dah! Tunggu nak convo je~ and SELAMAT HARI RAYA xP