KDOLL Beauty Skincare ^^

 

KDOLL Review

Dekat Malaysia ni, siapa lah yang tak kenal Asyallie? Kpoppers mesti tahu dia kan? Dialah warga Malaysia berkacukkan Thailand yang mempunyai wajah ala-ala minah korea. Saya sendiri pun admire dia. Dahlah cantik, kurus, tinggi pulak tu. Baru je 20 tahun dah berjaya dengan kerjaya dan juga mempunyai suami yang hensem pulak tu.

Disebabkan kulit dia yang putih mulus tu, saya pun tertanya-tanya. Dia guna produk apa sampai kulit dia flawless macam tu. Sehinggalah 2016, dia 'reveal secret'. Dia kata dia menggunakan KDOLL Beauty Skincare which dia ni pun macam duta produk tu lah. Disebabkan admire dia sangat-sangat lah kan, saya try lah kumpul duit hujung tahun 2016 hinggalah bulan 3 2017 ni. And Jumaat lepas, saya dah dapat packaging dia dari abang posman.

Saya order sama dengan kawan saya. Yelah nak jimat postage lah kan. Kawan saya ni nama dia Hani. Hani ni kulit dia lagi elok dari saya. Hal maklumlah, saya ni ada resdung campur lagi parut allergic tak hilang-hilang, lagi satu parut waktu Taekwondo competition and gaduh time kecik pun still tak pudar. Saya macam dah lose hope lah.

Skip

Saya punyalah excited dah dapat benda tu jadi saya teruslah pakai. Sabun dia oklah. Saya cuci muka and lepastu rasa lembut je kat muka. Kelembutan tu kekal sampailah saya berpeluh terus hilang Hahahaha. Toner, day cream and night cream semuanya okay. Saya suka sangat kat night cream^^ Bau macam colgate yang perisa anggur tu HAHAHA. Day cream ni pulak, saya bagi thumbs up lah sebab sebelum ni saya pakai kirm kecantikan Safi membuatkan kulit saya 'cacky'.

Masalahnya, hari ni dah nak masuk hari ketiga, waktu pagi tu. Saya macam biasalah basuh muka dengan sabun tu. Pastu tiba-tiba kena kat mata, YA ALLAH sakitnya! cepat2 saya bilas dengan air tu. Selepas sahaja dah habis cuci tu, baru saya perasan. Kulit saya rasa pedih sangat kat bahagian pipi. Yang teruknya, ia jadi merah. Dan saya punya alllergic nampak teruklah kan. Cepat-cepatlah saya pakai toner and day cream tu semua. Tapi still rasa pedihlah. Saya cuba tanya kat orang yang saya order. Dia pernah kata if kita ada masalah, boleh tanya kat dia and dia boleh jadi guide. So, sekarang ni saya tengah tunggu dia reply TT

Saya tengok review lain membuatkan saya jadi cemburu. Mereka punya skin dah flawless lepas a week or 2 weeks. Saya baru 3 hari, kenapa jadi macam ni? Kulit saya memang putih lah siket tapi breakouts saya yang menjadi masalah >< Di bahagian pipi kanan saya memang teruk. Nanti saya selitkan gambar.

Comments

You must be logged in to comment
Exotic_Baby_99
#1
Actually saya penah try tau produk kdoll ni. Srs tengok review kat ig srs semua positive feedback banyak gila kan so mmg terpengaruh la. Sy order sekali and mmg la excited pakai apa semua tu kan tapi lepas 2 minggu mcm takde perubahan langsung tau. Day cream dia mmg best. Glowing je muka bila pakai. But sabun dia buat kulit rasa kering and toner dia mcm biasa sngt mcm takde function. But sy cuba positif kan diri and guna sampai habis bila dah habis sy repeat order and still takde perubahan yg ketara sngt. Muka still ada jerawat. Tak flawless seperti yg dikatakan and akhirnya sy give up.
EpilogueG
#2
hmm..kak addin rasa u punya kulit not really suitable guna kdoll tu.. kak addin pernah rasa mcm tu sbb kulit muka kak addin a bit sensitive utk certain product. kulit muka akan rasa pedih/panas and the very next day kulit start mengelupas. mostly skincare yg kak addin allergic dari local. dah byk pencuci muka kak addin try end up kak addin sesuai pakai april skin magic stone tu.. and kalau malaysia made ada satu brand yg maybe u sesuai klau nak cuba, NanoWhite. NanoWhite taklah mahal sgt pon satu set ada pencuci muka, toner dgn cream pelembap. affordable klau nak cuba. dan cuba hari2 amalkan mask muka. maybe blh membantu muka dari breakout teruk.
aquariusxpisces
#3
Haritu ayah saya pernah marah bila dia tengok dahi saya penuh jerawatXD pastu dia kata "kau gi amik daun jambu belakang rumah tu gi gosok muka kau" haaahahaXD mungkin berguna kottt

Tak pun guna bedak sejuk. Besttt
aquariusxpisces
#4
Haritu ayah saya pernah marah bila dia tengok dahi saya penuh jerawatXD pastu dia kata "kau gi amik daun jambu belakang rumah tu gi gosok muka kau" haaahahaXD mungkin berguna kottt

Tak pun guna bedak sejuk. Besttt
aquariusxpisces
#5
Hmm.... Mungkin tak semua orang sesuai kot. Saya tak pernah guna yang mahal-mahal, paling mahal yang saya pernah guna pun gel Aloe Vera yang Watsons tu. Bila kena kat muka lepas kena sunburn, memang sejuk ke kat muka hohoho... Sekarang ni, saya ada guna Fair n Lovely punya krim. Bagus jugaklah. Wangi dan eyebag pun boleh hilang tapi itulah, kena konsisten. Kalau tak konsisten pun tak jadi ape. Dan semalam saya baru try yang Syahirah punya pencuci muka, yang ada tulisan korea yang baru.. Wangi dan lembut bila kat muka. Tapi setahu saya, pencuci muka tak boleh selalu pakai. Entahlah. Saya cuma guna aloe vera gel tu je lah selalunya ( tapi ada skip, malas nak gosok HAHHAHA)