Dugaan

Takziah.

Tadi, jam 11 suku malam saya berbaring di ruang tamu, dengar lagu.

Dan tiba-tiba terdengar macam bunyi mercun naga meletup, serta jeritan orang lelaki. Saya biarkan je sebab ingtkan orang gila blok kampung ni main mercun. Ia memang ada, saya tak buat lawak.

Lama-lama terdengar letupan kurang. Dan dari tingkap, cahaya besar menyala. Kakak saya tegur, "Adik, cuba tengok kenapa tu?"

So saya capai cermin mata, buka tingkap.

Terkejut, rumah depan rumah saya TERBAKAR!

Rumah dia adalah rumah Felda yang asal. Semuanya KAYU.

Satu rumah menyala.

Kalut, berdebar, takut, saya dan kakak saya keluar rumah tanpa mencapai tudung, lol. Kakak saya call bomba.

Ya Allah, serius fobia. Rumah dia memang tak ada apa yang tinggal. Motor dua biji habis macam tu je.

Orang cakap tuan rumah, Makcik Siah dan Pakcik Padil dan baby satu tahun mereka ada di Kuala Lumpur. Anak perempuan dia kerja di bandar. Dan yang tinggal di rumah tu anak lelaki tingkatan lima mereka. Alif. Alhamdulillah dia selamat.

Bomba patut cepatkan perjalanan mereka. Mereka sampai je, memang hanya tapak yng tinggal. Tak ada apa-apa dah. Kami saksikan depan mata, kejadian kebakaran jam 11 malam daripada api mula marak hingga hanya tapak yang tinggal.

Speechless.

Tak sampai satu jam, satu rumah licin dijilat api.

Saya perasan api mula marak dari belakang iaitu belah dapur. Dan orang cakap kemudiannya ia merebak ke litar pintas. Cuai. 

Kesian. Alif calon SPM tahun ni.

Kesian. Satu, kesian alif tak ada rumah. Dia, kesian alif nanti akan disoal siasat polis kerana tuan rumah hanya dia, makayahnya di KL. Tiga, kesian nanti ayah Alif balik, kena marah. Mereka bukanlah keluarga yang senang.

Ya Allah kau berkatilah keluarga mereka.

Takziah.

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Kesiannya... Takziah
chanyu61_
#2
Ya Allah,kesiannya. Syukurlah Alif tu tak de apa2. Semoga Allah kuatkan keluarga Alif dlm menghadapi dugaan ni :')