Kolaborasi bersama Min_Arisu

Assalamualaikum, anyeong :)

Siapa sangka Author kesayangan awak semua, Min_Arisu rupanya ada bakat juga dalam designing graphics! dia punya tangan bukan setakat power dalam menulis tapi typography dia pun boleh tahan XD Saya mengaku saya masih amature dalam designing graphics ni. tetapi saya tetap mencuba diri dalam kolaborasi ini. Cik Min_Arisu request graphics collaboration bersama saya beberapa minggu lepas dan kami menghasilkan beberapa graphics.Terima kasih Min_Arisu sebab 'notice' designer seperti saya >< Saya seronok bekerjasama dengan awak.

Love, AubreyFairy <3

Tittle : Butterfly Kisses

Character : Xiumin, OC.

Random Synopsis :

Xiumin merupakan seorang lelaki dingin dan pendiam. Kebanyakan rakannya menyangka dia memang seorang yang sombong kerana suka bersendirian dan hanya ditemani oleh buku-buku falsafah. Ada banyak perkara yang dia simpan. Salah satunya, tentang mimpi yang sama menghantui dia selama 3 bulan. Dalam mimpi tu, dia ternampak seorang gadis buta yang sedang terkapai-kapai seorang diri di sebuah taman kecil yang dipenuhi bunga kosmos dan lavender. Gadis dalam mimpi tu juga seakan-akan meminta tolong dari dia. Buntu dengan mimpi yang menghantuinya, dia nekad untuk mencari di mana taman kecil dan gadis itu berada. Di penghujung mimpi tu, selalu muncul seekor rama-rama hitam yang hinggap di pipi gadis tu sebelum ia terbang pergi. Dia nak cuba merungkai misteri di sebalik mimpi yang dia dapat dan mencari tahu kenapa mimpi tu menghantui dia, dan bukannya orang lain. Dia sendiri tak pasti sama ada gadis tu benar-benar wujud atau hanya khayalan semata-mata. Apa yang dia tahu, gadis itu harus ditemui.


 

 

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Yang paling atas nampak menarik
SapphireBlue91
#2
Yg paling atas tu cantik..