Aku tak boleh!

Semalam siapa tengok Koridor Mistik? Drama tu kisah benar kan? Jadi, siapa yang jenis berani tak berani, dipersilakan jangan tengok. Jangan jadi seperti saya yang berani-berani kucing XD

 

Ceritanya macam ni, sebelum cerita Koridor Mistik, saya dengan mak saya tengok Cik Siti. Alah,.. yang ada Izara Aisyah tu. Yang umur dia 48 tahun tapi dah 99 suami dia meninggal dengan cara yang sama tu. Mak saya nak tengok cerita Koridor Mistik. Beria dia nak pujuk ayah saya supaya ayah saya tengok sama-sama cerita hantu tu dengan dia. Saya acah-acah tak nak tengok. Tapi macam best pulak.

 

Then bila saya nak tengok cerita hantu tu, sorang-sorang tinggalkan saya depan tv. Siap cakap macam ni lagi, "Bye, Wawa.." okey, Masa tu muka saya ditempek dengan bedak sejuk mak cun tu. Niat nak basuh lepas tengok Koridor Mistik.

 

Saya ada satu kelemahan. Saya tak boleh buat cerita hantu. Setinggi mana imaginasi saya, sekali saya buat, benda tu seakan realistik. Lepas sekolah saya terkena histeria bulan lapan yang lalu, macam-macam mimpi saya dapat. Lagi teruk salah satu kawan saya ada sixth sense. Benda tu selalu muncul alam mimpi saya dan kawan-kawan. Katanya nak minta tolong. Saya cuba nak tolong, tapi saya sendiri tak mampu.

 

Jadi, saya terpaksa lupakan dia sebab kalau saya teringatkan kat dia, benda tu akan sentiasa perhatikan saya. Saya dah okey, tapi saya dah tak mampu buat cerita seram.

 

Berbalik kepada cerita hantu tadi, lepas semua orang tinggalkan saya. Saya pun tengoklah. Sebelum tu saya tengok iklan dulu. Agak menarik dan seram. Jadi saya ambil keputusan untuk tengok cerita tu.

 

Tengok punya tengok, dah lelaki tu sampai resort tu, dia kan nak masuk bilik, Tapi dia terdengar bunyi perempuan menangis. So, dia pi tengoklah siapa yang menangis tu. Lepas tu dia masuk bilik. Saya pandang sekeliling, ruang tamu depan dah tutup dan saya tak suka gelap. Nanti otak akan fikir yang bukan-bukan. Tap apa, saya sambung tengok. Lelaki tu masuk bilik dan pergi mandi.

 

Then tiba-tiba pintu bilik dia terbuka. Saya rasa seram sejuk. Dalam otak ni fikir nak sambung tengok ke tak nak. Jadi saya ambil keputusan untuk ambil remote dan tutup tv, tutup kipas dan masuk bilik. Kakak saya tegur sambil ketawa.

 

"Kan aku dah cakap kau tak boleh tengok sorang-sorang." kata kakak saya. Saya mencebik. "Wei, pergi tutup lampu!" kata dia lagi.

 

"Tak nak!" saya membantah sebab takut. Setiap kali saya rasa takut, saya rasa ada seseorang perhatikan saya. Disebabkan kakak saya terlampau berani tahap gajah, jadi biarlah dia je yang tutup. Mak saya pun membebel suruh saya tutup lampu. Saya terus pakai earfon dan buat cerita kat buku.

 

TAMAT

 

Agaknya korang semua boleh bayangkan tak beberapa minit je saya tengok cerita tu XD tak sampai lima minit pun! sebab saya tak suka tengok cerita hantu malam-malam. Pagi ke tengah hari ke atau petang saya bolehlah.. paling sadis pun bila malam masih muda. Dulu saya suka dengar MJ12. memang setiap kali ada je, saya dengar. Tapi sekarang saya dah pindah rumah arwah nenek kat kampung. Jadi, nak dengar pun fikir dua tiga kali.

 

Anyway thanks kerana sudi membaca cerita sayang hambar ini XD >_<  

Comments

You must be logged in to comment
Dinaaleeya
#1
Tapi..cite tu macam merepek jee..actually x tgk pon..tgk ckit ckit je...ending dye pon bosan hahahahahaha XD
fourteenone
#2
wooya sebenarnya nak tanya pasal histeria
what do you actually see? did your hear something?
why do you suddenly screaming? benda tu masuk dalam badan ke apa?