Beberapa idea untuk fanfic.. *free untuk diambil*

Assalamulaikum..

Sebenarnya malam tadi, saya ada kem dan saya merupakan salah seorang fasilitator, kem tersebut, melibatkan pelajar-pelajar tingkatan enam rendah di salah sebuah sekolah tempatan. So, nak jadikan cerita, masa pelajar-pelajar ni tengah dengar ceramah, saya dok melanguk kat belakang, bosan dan ketika itulah, kepala otak saya tiba-tiba dapat idea.. banyak plak tu, geram. Rasa macam nak tulis fanfic time tu jugak.. Tapi saya malaih.. sungguh.. Jadi, dalam entri blog ni saya bagi idea-idea yang saya dapat semalam…

Plot atau jalan cerita juga penting dalam sebuah penceritaan di sebalik gaya tulisan. Plot yang menarik dan unik tentu akan menarik perhatian pembaca. Macam jenis saya, suka jalan cerita yang suspense dan ala-ala misteri, angst, slice of life gitu.. saya tak mahir menghasilkan komedi atau sesuatu yang mampu membuatkan pembaca ketawa. So, saya stick kepada apa yang saya mampu buat. Ada seorang pembaca fanfic saya, telah ‘pm’ saya, dia cakap dia suka jalan cerita saya dalam cerita Dilarang Masuk dan Pertempuran Takdir sebab saya tulis genre yang jarang penulis lain tulis iaitu action, spy, melibatkan korea utara, pastu penyiasatan. Ya, well, mungkin dia yang tak banyak baca cerita penulis lain kot. >_<

Dia juga minta saya beri satu dua idea untuk dijadikan fanfic, dan di atas permintaan nya, saya bagi la idea-idea ringkas ni, yang mana boleh dikembangkan lagi mengikut kreativiti seseorang penulis tu, atau dijadikan inspirasi untuk mencipta fanfic lain.. majulah fanfic Malay di AFF!! Yeah!!!

Idea 1 : Genre Misteri

Daehyun, Baekhyun dan Taehyun, tidak mampu menentang keputusan ayah mereka untuk mengahwini seorang perempuan yang muda dari mereka bernama Suzy. Suzy yang berpangkat ibu tiri kepada tiga-tiga lelaki itu sering diduga dengan masalah yang cuba ‘menghalau’ perempuan itu. hubungan mereka berempat bertambah retak apabila ayah mereka ditemui mati dibunuh di saat wasiat baru dinyatakan. Siapakan pembunuh yang sebenar? Adakah Daehyun, Baekhyun dan Taehyung berkomplot untuk membunuh ayah mereka sendiri atas dasar dendam atau Suzy yang sanggup membunuh suami barunya demi harta?

Contoh scene:

Daehyun merenung perempuan itu, sambil menongkat dagu. Tersenyum dalam lirikan mata yang memikat. Perempuan yang kini bergelar ibu tirinya itu sememangnya cantik, berambut lurus panjang dan mempunyai bentuk badan yang sempurna.

“Apa yang awak tenung” soal Suzy, berasa kekok serta tidak suka ditenung sedemikian.

“Patutlah papa saya kahwin dengan awak” ujar Daehyun sambil bangkit bangun dari tempat duduknya, bergerak menghampiri perempuan yang sedang menyapu krim coklat pada kepingan roti sebagai sarapan mereka. “…. Awak sungguh cantik, dan muda lagi”

Suzy terperanjat apabila merasakan lingkaran tangan Daehyun merapati pinggangnya. Lantas Suzy menjauhi beberapa langkah.

“Apa yang awak cuba buat ni?!” bentak Suzy, namun masih merendahkan suara. Dia tidak mahu hari pertamanya di rumah tersebut dimulakan dengan pergaduhan.

“Shhht, nanti papa dengar” Daehyun mengenyitkan mata sambil meletakkan jari di bibir. Kemudian melangkah, merapati perempuan itu. Pipi Suzy lalu dicengkam kuat.

“Kau jangan ingat, kalau kau dah kahwin dengan ayah aku, kau boleh buat apa sahaja. Tidak. Dalam rumah, aku, Baekhyun dan Taehyung tidak akan benarkan kau rampas harta ayah aku. Jadi, jangan bermimpi untuk dapat layanan yang baik dalam rumah ni”

Suzy terdiam, tangannya mengeletar. Matanya melirik pandang Daehyun yang berjalan kembali ke tempat duduk. Suzy sedar, musuhnya dalam rumah itu, bukan seorang, bukan dua, tapi tiga orang adik beradik yang licik.

 

(Dalam cerita macam ni, jangan sesekali dedahkan perangai sebenar untuk setiap watak, kecuali di bahagian penghujung di mana watak pembunuh yang sebenar hampir didedahkan. Penulis bebas memilih siapa untuk dijadikan pembunuh, samada Suzy atau adik-beradik bertiga tu. Apa yang penting ialah alasan pembunuhan yang bergantung kepada kreativiti penulis.)

Idea 2: aksi (tembak menembak, pergaduhan, lawan, kejar mengejar, kongsi gelap)

Donghae, yang baru bebas setelah dipenjara selama 12 tahun atas tuduhan cubaan membunuh dengan sengaja, pulang ke rumah yang menemui adiknya, Daehan. Namun, Donghae pantas dapat mengagak lelaki yang berada dalam rumahnya, bukan adiknya Daehan tapi orang lain. Oh Sehun, telah menculik Daehan, dan menyamar sebagai adik Donghae dengan menggunakan kesempatan atas fakta yang Donghae tidak pernah menemui adiknya selama 12 tahun di penjara. Sehun bersama teman wanitanya, Irene, merancang untuk pergunakan Donghae, dalam misinya membalas dendam ke atas sebuah kumpulan kongsi gelap bawah tanah, Matahari Biru, yang diketuai Leeteuk.

Contoh scene :

Epal yang dipegang tadi terjatuh dari genggaman. Donghae memegang kuat leher baju Sehun dan menekan ke dinding. Sehun tidak mampu berganjak lawan.

“Siapa kau?” soal Donghae, keras. Matanya memincing tajam.

“Hyung, apa hyung cuba buat ni? saya Daehan, adik hyung” jawab Sehun, tenang, cuba meyakinkan lelaki di depannya itu.

“Aku tahu kau bukan Lee Daehan. Kau bukan adik aku” ujar Donghae lagi, pisau diangkat kecam ke leher Sehun., ditekan rapat ke urat leher lelaki itu. amaran keras.

Sehun sedikit gentar, merasakan sejuk pisau mengenai kulit lehernya.

“Oh Sehun” lelaki itu menjawab, tersenyum. Dia tahu suatu hari nanti, Donghae pasti akan dapat membongkar rahsianya tapi tidak secepat itu.

“Siapa? Mana adik aku? Apa kau buat pada Daehan?!” pisau ditekan rapat, dan sedikit cecair merah membasahkan hujung mata pisau. Kedengaran Sehun, menahan pedih dengan perlahan.

(Untuk cerita ni, penulis bebas memilih latar belakang kehidupan ketiga-tiga watak utama dan juga boleh selitkan unsur romantic antara Sehun dan Irene. Nak tukar watak pun boleh.. heee)

Idea 3. Pyeongyang Runner.. (LOL XD) genre: survival, nak lari dari pihak tentera korea utara.

Baekhyun menemani adiknya, Yubi yang mana memenangi sebuah pertandingan di akhbar untuk bercuti ke luar negara iaitu Malaysia. Sepanjang perjalanan, mereka turut berkenalan dengan pemenang lain iaitu Youngjae, Taeyeon, Changmin, Seolhyun, dan Jimin. Sedarnya mereka dan mendapati bas yang mereka naiki, sedang melalui jalan di Pyeongyang, menuju ke kem tentera Korea Utara. Satu letupan kemudian berlaku, yang mana hampir meragut nyawa mereka. Baekhyun, Yubi dan yang lain masih hidup, terus berlari dari buruan tentera korea Utara dan enggan dijadikan mangsa cubaan untuk kekejaman rejim negara itu. Mampukah mereka selamat kembali ke Korea Selatan?

Contoh scene:

“Aww!!” Yubi menjerit sakit apabila terasa kakinya dipijak oleh seseorang. Laju Youngjae menekup mulut gadis itu, supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Mereka diam, menunggu tentera yang meronda kawasan ladang itu pergi jauh. Nafas mereka ditahan, pergerakan badan dikakukan, pendengaran mereka dipekakan dengan sebarang bunyi dan mata mereka melirik pandang antara satu sama lain, dengan penuh kepercayaan.

“Mereka dah pergi” ujar Taeyoen setelah beberapa minit mereka kekal dalam keadaan senyap. Baekhyun, Youngjae, Yubi, dan Jimin menghela nafas lega.

“Jangan terlalu bising. Mereka mungkin masih berada di sekitar ni. kita harus peka” tegur Changmin, berbau  amaran. Lagaknya seperti ketua, pendiam tapi bila dia bersuara, lagaknya penuh hormat. Hanya Taeyeon dan Seolhyun yang mengangguk.

“Taeyeon, awak tak apa-apa?” soal Baekhyun prihatin, teringat yang Taeyeon jatuh tersadung ketika berlari tadi.

“Saya masih ok” jawab Taeyeon, masih mampu mengulumkan senyuman manis.

(Latar ni agak berat sebab penulis harus tahu sedikit mengenai senjata, tentera,, strategi dan istilah-istilah dalam tentera. Nak menarik, boleh jadikan salah seorang dari mereka itu ialah perisik korea utara, macam contoh Baekhyun start sukakan Taeyeon tapi rupanya Taeyeon ialah perisik yang cuba mengancam nyawa mereka.)

Idea 4: Cinta tidak semudah AbC. Genre: komedi, romantic.

Irene seorang guru tadika, secara tidak sengaja telah dipilih sebagai model sebuah syarikat pengiklanan dan di sana dia bertemu dengan salah seorang staff syarikat tersebut iaitu Kim Taehyung. Malang baginya apabila telah jatuh cinta dengan Taehyung, seorang yang mempunyai cinta songsang iaitu gay. Mampukah Irene menggoda Taehyung dan membuatkan naluri cinta lelaki itu pulih semula. Apakah pula yang akan Jungkook lakukan apabila seorang perempuan cuba menggoda teman lelakinya? Adakah dia akan membantu Irene?

Contoh scene:

Irene menyandarkan kepala di cermin tingkap, tersenyum sendirian sambil mengelamun teringat lelaki yang dia jumpa di tempat pengembaraan tempoh hari. Lelaki yang mempunyai senyuman tampan, rambutnya perang dan menutupi dahi. Kulitnya tidak begitu cerah, tapi matanya bersinar.

“Cik, dah sampai” pemandu teksi mencuit tangan Irene, menyedarkan gadis itu. Tersenyum malu, Irene langsung membayar tambang lalu melangkah keluar dari perut teksi.

“Kau!”

Irene terperanjat menemui Taehyung yang sedang mengangkut sekotak barang. Pantas wajahnya berubah merah padam.

“Awak, mengenai malam tadi…”

“Jangan dekati aku!” Taehyung memberi amaran sebaik melihat Irene melangkah menghampiri. Teringat sentuhan bibir gadis itu yang mengenai bibirnya malam tadi. Terus Taehyung rasa geli geliman.

(Ahhh!! Saya tak reti nak buat scene komedi.sorry.. Hahaha.. kalau sesiapa nak buat cerita macam ni, make sura betul-betul jadi taw part kelakar tu… hehe…)

Untuk setiap cerita, penulis tak boleh lari daripada perasaan kasih sayang, cinta sebab itu merupakan fitrah manusia, melainkan korang buat cerita pasal alien.. hehe.

 

Comments

You must be logged in to comment
k-hope
#1
Owhh!!!Jjinjja daebak idea awak...hehehe...bole dikatakan pakar doe....^v^