#SASSY//CELINE//VISUAL,VOCALIST

 

BACKGROUND + Kim Celine Hana,dilahirkan pada 3 April 1998 tepat pada pukul 12 tengah malam. 5 minit kemudian,adik kembarnya pula dilahirkan dan diberi nama Kim Luna Hana. Nama Celine dan Luna yang membawa maksud bulan diberikan kerana mereka dilahirkan pada malam bulan mengambang. Celine dan Luna merupakan kembar seiras namun keduanya mempunyai perwatakan yang berbeza. Celine si kakak lebih lemah lembut dan feminine berbanding Luna si adik yang agak kasar dan boyish. Mungkin kerana semasa mengandungkan mereka, ibu mereka, Nanao Aika menginginkan seorang anak lelaki manakala ayah mereka Kim Heejun pula menginginkan seorang anak perempuan. Ini menyebabkan Celine lebih rapat dengan ommanya berbanding appanya. En.Kim Heejun berkerja sebagai bussinessman dan mempunyai syarikat insurans sendiri manakala Pn.Nanao merupakan suri rumah sepenuh masa kerana ingin menjaga anak-anak kembar mereka.

Dari berusia 6 bulan, Celine dan Luna telah menyertai pelbagai pertandingan modelling untuk bayi. Minat ibu mereka dalam bidang jahitan menyebabkan Pn.Nanao sering menjahit pelbagai jenis baju untuk anak-anak kembar beliau. Malah, pada usia 8 bulan juga, Celine dan Luna dinobatkan sebagai kembar paling comel dalam satu pertandingan modelling kanak-kanak yang diadakan. Sejak itu, Celine dan Luna menjadi model tidak berbayar untuk ibu mereka yang baru membuka butik pakaian kanak-kanak. Sejak kecil lagi Celine telah menanam impian untuk menjadi meneruskan minatnya dalam bidang hiburan.

Pada mulanya, Celine hanya menyanyi sebagai teman duet kepada ibunya. Semasa sibuk menjahit baju untuk butik kanak-kanak beliau, ibu mereka akan menyanyi untuk mengelakkan kebosanan. Celine dan Luna yang menemani ibu mereka menjahit juga akan sama-sama menyanyi dengan ibu mereka. Ketika berusia 10 tahun, Celine pernah memasuki untuk menyertai persembahan nyanyian di kawasan perumahan mereka. Celine menyanyi lagu dari kumpulan SES ‘I’m your girl’. Suaranya yang memukau telah menyebabkan Celine memenangi pertandingan tersebut. Sejak itu, Celine sering menyanyi untuk persembahan di sekolah. Ketika berusia 14 tahun, Celine meminta izin dari kedua-dua ibu bapanya untuk menyertai audition di SM Entertainment.

Pada awalnya, bapanya tidak bersetuju kerana ibu bapa Celine telah merancang supaya syarikat milik bapanya diwarisi kepada Luna dan butik milik ibunya diwarisi oleh Celine. En.Heejun tidak menyangka Celine lebih minat dalam bidang nyanyian yang tidak akan menjamin masa depan Celine berbanding mewarisi syarikat milik keluarga mereka. Setahun kemudian, Celine sekali lagi meminta izin ayahnya untuk menyertai audition di SM Entertainment. Pening dengan karenah anaknya, En. Heejun akhirnya membenarkan anaknya menyertai audition tersebut. Celine menyertai audition tersebut dengan menyanyikan lagu daripada kumpulan KISS ‘because i’m a girl’.

Setelah menjadi seorang trainee, barulah Celine terasa menyesal dengan keputusannya. Celine selalu penat dan tertekan sewaktu menjadi seorang trainee. Celine terpaksa menonjolkan diri memandangkan terlalu ramai trainee lain yang sangat hebat. Memandangkan Celine seorang yang ceria dan disenangi ramai, trainee lain sering menganggap Celine cuba menggunakan taktik memikat supaya Celine berjaya menjadi seorang artis. Celine pernah difitnah cuba menggoda salah seorang daripada juri yang ditugaskan untuk melihat persembahan mereka. Namun, nama Celine berjaya dibersihkan melalui rakaman cctv yang dipasang dalam bilik itu. Sewaktu menjadi trainee, hanya Pn.Nanao, Luna,dan dua orang rakannya yang sering memberikan semangat kepada Celine.

PERSONALITY + Kim Celine Hana seorang yang mudah tersenyum. Celine percaya bahawa setiap masalah dapat diatasi dengan senyuman. Malah, orang-orang di sekelilingnya juga akan berasa gembira dengan kehadiran Celine. Bukan sahaja gembira, Celine juga seorang yang peramah. Celine lebih suka memulakan satu perbualan dengan orang yang tidak dikenali. Namun, sewaktu menjadi trainee, senyuman dan teguran yang dilemparkan kepada trainee yang lain hanya dibalas dengan jelingan.

Celine juga menghidapi penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Penyakit ini dikesan olah Pn.Nanao sewaktu Celine masih kecil. Celine akan mengeluarkan semua coklat dalam plastik M&M dan mengasingkan coklat tersebut mengikut warna sebelum memakannya. Penyakit inilah menyebabkan Celine seorang yang perfectionist. Sebelum makan juga, Celine akan membasuh tangannya beberapa kali untuk memastikan tangannya betul-betul bersih. Penyakit yang dihadapi sering membuatkan Luna berasa tertekan, mana taknya, sebelum tidur sekalipun, Celine akan berulang-kali keluar dan masuk bilik semata-mata untuk memastikan rumah mereka berkunci dan dalam keadaan selamat.

Sejak dari zaman persekolahan, Celine sangat gemar memasak untuk rakan-rakannya sehingga dia mendapat panggilan ‘omma’ dari rakan-rakannya. Dalam kumpulan juga, Celine menjadi tukang masak tidak berbayar. Masakkan yang dimasak walaupun pelik dan tidak menyelerakan, namun rasanya sangat sedap sehingga mendapat pujian dari rakan-rakan yang lain. Dalam dorm, Celine akan nagging kepada member lain sekiranya dorm dalam keadaan bersepah. Dia juga sering memberi positive vibes dalam kumpulan sekiranya sesuatu yang buruk terjadi. Panggilan omma juga diberikan kerana Celine sangat mengambil berat tentang rakannya. Malah Celine selalu merasakan bahawa kebahagiaan dirinya datang apabila orang yang dia sayangi gembira. Luna sering memarahi Celine dengan sikapnya yang begitu mengambil berat tentang orang lain tanpa memikirkan perasaan sendiri. Bagi Luna, kakaknya itu akan dibuli sekiranya berterusan berperangai begitu. Celine seorang yang jarang marah. Namun, kalau Celine marah, dia akan diam dan tidak menegur sesiapa selama beberapa hari. Selalunya sewaktu bendera merah, Celine akan cepat marah dan menangis walaupun benda yang kecil seperti ibunya lambat menyiapkan makan malam. Celine akan menangis bersungguh-sungguh dan tidak makan sepanjang malam.

Positive vibes
Happy go lucky
Penyayang
Manja
perfectionist
sensitive melampau
tumblr_m07tqvZ8wK1rquxnho1_500.jpg?w=627

 

Celine was born on April 3, 1998 from a Korean father and a Japanese mother in city,. Seoul, Korea.00 Currently, she grew up in Seoul thus making her fluent in korean.. Standing at 155cm for 42kg, character name is notably known for looking like Kim Seuk Hye or even sometimes Kim Shin Yeong.

pl1
social circle
 

FAMILY +
» Relation, Kim Heejun | 48tahun | bussinessman | sentiasa menyokong keputusan anak-anaknya, tegas tetapi baik hati | appa  
» Relation, Nanao Akia | 45tahun | pengusaha butik | penyayang, ibu yang serba boleh untuk Celine dan Luna | omma  
» Relation, Kim Luna Hana | 17tahun | student | boyish, anime freak, skater, suka buli Celine walaupun Celine tu kakak | twin  

 

FRIENDS +
» Relation, Kim Sara | 18tahun | trainee | orang pertama yang tegur Celine masa audition, banyak tolong Celine sewaktu menjadi trainee | bestfriend  
» Relation, Lee Jieun | 18tahun | trainee | jiran sebelah dorm, tempat Celine manja, selalu cari pasal dengan Celine | bestfriend  

 

OTHERS +
» Relationnone  

pl2
trivia
 

LIKES +
» Selca
» Teddy bears
» Collecting shoes
» Cheesecake from Secret Recipe
» summer
» Chatime

 

DISLIKES +
» Horror story
» black colour
» bilik yang bersepah
» spicy food
» milk
» liars

 

HABITS AND HOBBIES +
» berdiri dengan silang kaki
» tutup mulut kalau berjalan seorang
» curi-curi pandang crush
» habiskan masa lapang dengan makan dan selcas
» tidur sambil tutup muka dengan selimut sebab mulut Celine akan automatik ternganga masa tidur

 

TRIVIA +
» Sangat suka segala jenis coffee, tapi akan kena insomnia setelah minum coffee
»Alergi terhadap haiwan berbulu. Celine akan bersin tanpa henti dan kulitnya akan tumbuh ruam.
» Walaupun ibunya berbangsa Jepun, namun mereka tidak pernah pulang ke kampung di Jepun dengan alasan kedua nenek an atuk mereka sudah meninggal
» Pernah bergaduh teruk dengan Luna semasa berusia 8 tahun. Disebabkan pergaduhan itu, Celine mempunyai parut di belakang telinganya kerana terhantuk meja setelah ditolak oleh Luna
» Mengamuk teruk dan akan bad mood sepanjang hari kalau ada orang bising masa dia nak tidur
» Kemahiran berbahasa Inggeris yang teruk kerana dia merasakan cukuplah sekiranya dia menguasai 2 bahasa sahaja, bahasa Korea dan Jepun

STYLE

Celine biasanya lebih gemar memakai short skirts dan dress. Dia juga gemar akan sneakers dan kasut tumit tinggi. Dalam erti kata lain, Celine seorang yang feminine dan girly.

 

 

NICKNAMES +
» Lily | panggilan yang digunakan dirumaholeh keluarga mereka memandangkan nama Celine susah untuk disebut
» Omma | panggilan manja daripada kawan-kawan Celine apabila Celine memasak atau membebel kerana dorm bersepah

 

 

LANGUAGES +
» Korean, 100% | tinggal di Korea sejak kecil
» Japanese, 98% | ibunya yang berwarganegara Jepun mengajar mereka untuk berbahasa Jepun

 

PERSONALITY + Kim Minseok, walaupun dia seperti seorang yang pendiam, Minseok sebernya seorang yang pandai buat lawak. Minseok juga seorang yang penyayang, dalam diam dia sering memerhatikan ahli kumpulannya yang lain.

RELATIONSHIP + Pertama kali mereka berjumpa ialah semasa Celine baru sahaja berpindah ke apartment yang disediakan untuk trainee berdekatan dengan SM Entertainment. Celine yang sedang menarik beg rodanya terlanggar dengan Minseok yang kebetulan baru sahaja keluar dari lif. Dengan senyuman manis bak susu, Minseok menolong Celine dengan mengangkat barang-barang Celine ke dormnya. Sejak itu, mereka bertukar-tukar number dan kerap kali berjumpa. Minseok yang menganggap Celine sebagai kawan akhirnya dia sedar bahawa dia telah menyukai Celine.

HISTORY + Minseok sedar bahawa dirinya telah jatuh cinta kepada Celine adalah semasa Celine difitnah menggoda salah seorang staff SM Entertainment. Minseok yang kebetulan baru pulang dari kedai, ternampak bayang Celine yang sedang menangis di taman. Melihat air mata Celine, jantungnya berdebar dan dia berusaha untuk membersihkan nama Celine. Minseok akhirnya confess cintanya. Sewaktu masih lagi trainee, Minseok dan Celine selalu curi-curi keluar pada waktu malam untuk berduaan di taman setelah sehari suntuk melalui hari yang susah. Minseok selalu melayan Celine berborak tanpa jemu. Bila Minseok dalam kesedihan atau bimbang, dia akan bermain dengan rambut Celine. Mengusap rambut Celine sambil Celine berbaring di atas pehanya, sambil menceritakan masalah yang dihadapinya. Selepas Minseok debut, mereka jarang dapat berjumpa. Hanya melepaskan rindu melalui laman sosial. Kalau kesempatan, Minseok akan pergi ke dorm Celine awal pagi semata-mata untuk mencium dahi Celine. Pada waktu Minseok cuti, dia akan menghabiskan masa dengan Celine setelah Celine habis menjalankan kelas vokal dan tariannya. Kadang-kala mereka akan curi-curi keluar untuk melepaskan rindu.

COUPLE TRIVIA + Minseok menghadiahkan sepasang cincin lambang infinity yang dijadikan sebagai rantai. + Celine pernah menghadiahkan sepasang kasut bola yang dirasakan sesuai untuk Minseok kerana Minseok sangat berminat bermain bola sepak. + Sepasang jacket berwarna hitam yang mempunyai gambar hati +Minseok pernah demam teruk selepas menjadi artis. Celine yang menyeludup ke dalam dorm EXO semata-mata untuk merawat MInseok

+ Angelic smile Celine
+ Celine
+ visual, vocalist
tumblr_inline_mztgswit5a1qgp297.png

Kim Minseok

Member of EXO, he was born on March 26, 1990.

 

BACK-UP LOVE INT + Jeon Jungkook

 

 

 

 

LAST COMMENT + Excited buat benda ni sehari je hhahaha lama tak main code, berterabur..  saya harap saya terpilih fuh fuhhh *baca jampi* anyway fighting!

 

SCENE REQUESTS + Minseok jealous, backstage inkigayo, photoshoot

 

PASSWORD + Kim Minseok

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet