Kehidupan selepas Spm T.T (malay)



 

Hai. Saya tak tahu nak mula post ni guna ayat apa. Adakah 'Pada suatu hari?'

 

Ugh saya bukan budak sekolah yang perlu menulis 360 patah perkataan ke atas! Mungkin dulu saya suka merungut di dalam kelas. fikir macam mana nak cari idea, nak letak penanda wacana ataupun peribahasa.

 

Saya benci peribahasa tapi saya suka jawab soalannya. -_-

 

saya rindu sekolah. alright janggalnya bersaya awak.

 

kehidupan saya selepas akhirnya SPM 2014, ummm.

 

tiap pagi, saya perlu berjalan teman adik saya darjah 4 ke sekolah. Dekat je, nasib baik. Lepastu beli nasi lemak dekat warung depan tu tiap hari . Sampai semua pekedai warung tu lebih kurang dapat cam muka saya.

 

"1 nasi lemak, 1 kuih"

 

"rm 1.20"

 

dan dia akan tanya saya ada dua puluh sen atau tak dan saya akan jawab setiap pagi

 

"tak"

 

lepas dapat nasi lemak dan hantar adik saya dengan selamatnya.....saya ke kedai depan rumah saya, beli suratkhabar. boleh dikatakan saya macam suri rumah!!!! --'

 

Uh, dan tanggal 3/3 saya akhirnya dapat keputusan spm saya. hanya 4A tetapi saya bersyukur sebab saya tak gagal.

 

TAPI KENAPA BM DENGAN BI SAYA TAK A?!!! OKAY SAYA BERHENTI MENGAMUK. SAYA PERLU BERSYUKUR.

 

Jadi, sekarang ni saya hanya menunggu surat tawaran atau borang saya . Doakan saya supaya saya diterima masuk ke mana mana U atau politeknik dalam bidang yang saya inginkan.

 

Hahahahahahahaha! Lepas saya dapat surat khabar, (Sambung balik) saya akan mandi (kalau rajin) . Siapa nak mandi pukul 7.30 ? Uh . lepas mandi, turun pukul 8 dan ada Just for laughs di Diva channel! Then, 8.35 saya tengok Amazing Race di AXN sambil makan nasi lemak yang saya beli.

 

Selepas itu, acara kemuncaknya saya tidur sehingga saya bangun sendiri.

 

OH MY SAYA TAK TAHAN SETIAP HARI MACAM DUDUK ASRAMA BUAT BENDA SAMA. JADI, APAPUN SAYA LAPANG DAN IDEA SAYA MENCURAH-CURAH.

 

HAHAHAHAHAHHAAHHAAHHHHHHAHAHAHAAHAAHHAHAHA HARGAILAH SEKOLAH SEMENTARA BELUM SPM.

                             834.gif

 

 

Comments

You must be logged in to comment
presence-of-light #1
Saya duduk asrama dan asrama lagi teruk... Hmm... Tpi saya still bersyukur...
Btw, tahniah for the result.
CaramelStory #2
okay, ayat last tu mmg deep. I will. sbb skrg ni pun baru bulan 3 dah rasa cepat je zaman persekolah sy nak tamat. bulan 11 spm. tapi gaya mcm 5 tahun lagi nk ambik spm. sy pun semenjak dua menjak ni sllu fikir ap yg sy nk buat lepas hbis spm. U mna nak masuk, bidang ap nak masuk. smpaikan ahli keluarga dngn rakan2 pelik tngk sy bila sy asyik tnya pendapat dorang psl lepas hbis spm. kadang2 sy tnya cikgu benda yg sama psl U setiap hari xD haha btw semoga berjaya! catch your dream and makes it come true ~ doakan sy cemerlang spm tahun ini T_T
PrincessCutieKiko
#3
kita serupa? dulu duk asrama merungut2,skarang dah free pun nak merungut lagi...=='' .hargailah sekolah sebelum anda merasa erti kebosanan...tapi xpe,aff kan ade?
chacha_ieyra
#4
kekekekeekekek...saya fhm....xD