;01

Raya Pickup Line

 

Alkisah maka tersebutlah kisah, tinggalah Parameswara di bawah pokok Melaka dan melihat anjing buruannya bermain di sana. Maka apabila Parameswara tersedar bahawa dia tersilap masuk cerita, tamatlah alkisah tersebut.

 

Raya Pickup Line 1.

 

"Waduh waduh mana teksi ni tak sampai sampai lagi ?" seorang lelaki yang tidak tua merungut keseorangan. Melihat jam tangannya berulang kali sambil mata melilau mencari teksi di sekeliling. Nametag yang tertera nama Ken diseluk masuk ke dalam poket seluarnya. Puasa-puasa ni cari baju raya sendiri memang penat bro. P-E-N-A-T.

 

Pin! Pin!

Seperti mengantuk disorongkan aircond, tuah lelaki itu menyebelahinya kali ini. Sebuah teksi muncul di hadapannya dan terus lelaki muda itu bergegas masuk seperti dikejar anjing buruan Parameswara. 

 

Tiba-tiba Ken menepuk dahi sendiri. "Alamak! Duit dah nak habis! Mana cukup nak bayar tambang! Mampus gua." Ha mampus lu Ken, lu bakal kena sailang! Ken berfikir sejenak dan berhenti berfikir apabila ternampak pemandu teksi itu merupakan seorang..

 

"anak muda ni nak ke mana?"

 

...makcik diva.

rambut palsu - check

eyeliner tebal  - check

lipstick merah - check

shawl berbelit - check

 

Sekali lagi Ken termenung akibat penampilan makcik itu dan tersentak apabila diajukan soalan yang sama.

 

"Anak muda ni nak ke mana?"

"Ha?"

"Nak ke mana?"

"Ha, saya taknak ke mana mana."

 

Makcik diva itu mengerutkan dahi. Pehal budak ni, kena sawan babi ke apa. Dah tahu taknak pergi mana mana lepastu naik teksi kenapa?

 

"Lepastu kenapa awak naik teksi ni?"

 

Ken membawa turun pandangannya. Sambil memintal tali lehernya sendiri dan menggigit bibir.

 

"Sebab...saya takut, makcik."

"Takut apa?"

"Takut tak dapat tengok muka cantik makcik."

"........"

 

Akhirnya seperti yang dirancang , Ken berjaya sampai ke destinasi ditanggung percuma serta bonus..

 

..satu ciuman di pipi dari makcik itu.

 

 

 

 

Raya Pickup Fail 1

 

"Bapak kau hijau mak kau hijau adik angkat kau hijau ,mana teksinya ni ? gua dah la haus sekarang. fuh." Dongwoo meneguk air mineral yang baru dibelinya sebentar tadi. Hilang sekejap dahaganya sebelum kembali haus akibat terlampau berleter.

 

Seminit lepas berleter, akhirnya ada yang sudi memberhentikan teksi di hadapan wajahnya yang kurang kasih sayang itu. Dongwoo tersenyum lega sebelum membuka pintu teksi dengan laju berdesup macam angin kencang. Selesai duduk sahaja di atas kerusi teksi, senyumannya mati. Baru dia teringat bahawa duitnya hampir habis membeli roti gardenier + baju melayu + baju kurung dan sekarang dia tiada wang yang cukup!

 

"Nak pergi mana?" tanya pemandu teksi yang merupakan seorang lelaki tidak berapa muda dan memang nampak tua.

"Err...saya nak pergi Damansara.Takpe pakcik jalan dulu." Dongwoo memberinya senyuman ikhlas yang palsu sambil matanya memerhati meter teksi yang semakin naik.

 

Meter teksi makin naik, harga tambang makin naik dan degupan jantung Dongwoo makin naik. Dia perlukan sesuatu !Sesuatu yang bakal mengurangkan harga tambang teksi ini.

 

"Ehem, pakcik, pakcik suka makan apa masa raya ?"

 

Soalan yang diajukan Dongwoo secara tiba-tiba menarik perhatian pakcik teksi tersebut. Sambil tersenyum,dia menjawab

 

"Ha pakcik suka makan lemang. Sedap.."

"Ooo, pakcik tahu ketupat ?"

"Tahu..kenapa?"

"Pakcik suka makan ketupat?"

"Ayh ofcourse, kenapa?"

"Sebab saya rasa pakcik buat hati saya melompat-lompat"

"......"

 

Dan itu antara kata-kata terakhir Dongwoo sebelum dia ditinggalkan ditepi jalan bersama roti gardeniernya.

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!

 

 

 

p/s : kenapa rasa storyline ni merapu huwaa /cries/

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
harrylolol #1
Chapter 2: pahal ngan citer ni aq x leh stop gelak mana ko dapat sume idea idea nie..hahah..
aishahdaebak #2
Chapter 2: Kesian rapmon
mpreggoland
#3
Chapter 2: menjadi juga plan Bambam tu ^^
cian Rapmon, mak dia pekena dia idup2 XD
syeirra
#4
Chapter 2: Hahahahahqhq comelnya bambam umpan hati makcik tu xD
GreenDecember #5
Chapter 2: hahahha..kesian rap mon kena troll dengan mak sendiri..XD
starlight_miss
#6
Chapter 2: apakah? lol! lawak kot
Nursyuhada
#7
Chapter 1: amende ni rayhan. hahahahhahahaha ko x nak buat pasal jubah tu? KAHKAHKAH
OKBYE MUAH CIKED
mpreggoland
#8
Chapter 1: nasib si Ken dpt drebar teksi pompuan, bleh la dia berayat sikit...
yg si Dongwoo...malangnya nasib ko
hahhaha XD