Night Class

It's A Warning!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Nama aku Lee Hayi. Aku merupakan salah seorang pelajar dari kelas sains Gred 12. Kawan-kawan sekelasku semuanya boleh dikira sedikit kurang waras, suka menyakat orang, sering bergurau senda dan melawak sepenuh masa. Kadangkala tu sampai cikgu-cikgu sekali diorang sakat. Aku pun termasuk sekali lah sebab aku ni pun agak nakal jugak. Namun, semua gelak ketawa kami berakhir apabila suatu kejadian aneh menimpa diri kami secara serentak pada satu malam.

 

Setiap hari Rabu dan Khamis, guru yang mengajar subjek Kimia iaitu Sir Park akan membuat kelas tambahan pada malam hari. Walaupun lampu sekolah hanya dibuka di kawasan kelas sains, akaun dan sastera sahaja, namun ketakutan kami pada malam hari bekurang kerana kami sering membuat lawak yang mencuit hati sehingga tidak kering gusi. Walau bagaimanapun, kami tidak menyedari bahawa akan datang satu malam yang bakal menghantui hari-hari persekolahan kami.

 

 

Ya, malam Jumaat, 17 Julai 2014 adalah tarikh keramat yang sudah ditakdirkan kepada kami untuk menghadapinya. ‘Dia’ berada di sana bersedia untuk memberi amaran kepada kami. Seperti biasa, selepas makan malam bersama keluarga, ibuku atau adik perempuanku akan menghantarku ke kelas tambahan di sekolah. Pada malam itu, sepatutnya giliran adik perempuanku yang menghantarku ke sekolah menggunakan motor skuter milikku. Malangnya, skuterku itu telah kehabisan minyak. Sudahlah aku mengalami stres dalam pelajaran kerana bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini, ditambah pula dengan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru, masalah skuter lagi menambahkan beban otak aku. Mujur sahaja ibu menawarkan diri untuk menghantarku ke sekolah. Aku berasa sedikit lega kerana tidak perlu ponteng kelas tambahan Kimia pada malam itu.

 

Aku berharap agar tiada lagi masalah yang akan menimpaku ketika berada di sekolah pada malam tersebut. Hakikatnya, tekaanku meleset. Setiba sahaja aku di kelas, mataku membuntang sebesar bola ping pong. Ada salji melanda kelasku kah? Mejaku dipenuhi tepung dan kerusiku sudah berubah tempat. Aku dapat menjangka bahawa beberapa orang pelajar di kelasku itu sempat menyambut hari ulang tahun Hyuna pada hari ini sebelum kelas dimulakan. Aku mendiamkan diri lalu mencari kerusiku dengan segera kerana terlalu berang. Mereka bergurau senda pada waktu yang salah menyebabkan moodku bertambah lebih buruk daripada yang tadi.

 

 

“Hayi, kau marah ke?” Suhyun, kawan yang duduk disebelahku bertanya dengan wajah yang risau. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Tanganku ligat mengelap mejaku yang dipenuhi tepung.

 

“Sorrylah. Masa aku datang tadi, meja aku pun kena tepung jugak,” Suhyun memberitahu aku kekesalannya. Mulutku masih tertekup rapat. Aku mengerti dengan maksudnya cuma aku terlalu amarah dengan keadaanku yang kritikal sekarang. Bukan salah dia pun. Guru Kimia kami, Sir Park datang dengan wajah yang mengejut. Mujur sahaja Sir Park itu sempoi orangnya. Dia sempat menyuruh kami membersihkan diri sebelum kelas dimulakan.

 

Tanganku yang kerap berpeluh telah dipenuhi dengan tepung. Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari kelas untuk mencuci tanganku di kawasan paip yang terletak 50 meter dari kelasku. Aku terlalu marah dan degil, jadi tidak sesuailah sekiranya aku meminta teman daripada rakan-rakanku. Sejujurnya, aku suka menakut-nakutkan orang lain dan berlagak berani di hadapan mereka semua walaupun hakikatnya aku berasa takut. Suasana pada ketika itu sungguh gelap dan hanya diterimani lampu dari kelas akaun dan kelas sastera. Walaupun aku berasa sedikit seram, namun ku gagahkan diriku untuk berjalan ke kawasan paip tersebut.

 

 

Entah mengapa bulu romaku tiba-tiba sahaja meremang selepas melintasi kelas sastera. Seolah-olah ada yang memerhatikan gerak geriku dari celah-celah tingkap kelas yang tidak berpenghuni itu. Aku sempat mengerling kelas sastera Gred 11 yang gelap namun penglihatanku semakin kurang jelas. Semakin gelap semakin kurang jelas. Itulah aku.

 

Aku mencuci tangan dengan segera dan ku endahkan sahaja hujung seluarku yang sudah basah. Terasa degupan jantungku semakin lama semakin laju. Aku tidak sanggup untuk mendongak ke atas walaupun kata hatiku memaksaku untuk melihat entiti yang wujud di sekitarku pada ketika itu. Selesai sahaja membasuh tangan, kakiku bergerak pantas ke arah kelas. Aku sempat menangkap kelibat Ravi memasuki kelas sebelum aku yang hanya lebih kurang satu meter dari tempat aku berdiri. Mungkin dia terlambat, fikirku.

 

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat rambut Gukjoo dan Nana dipenuhi tepung. Begitu juga baju Seho, Hyuna, Kwanghee, Tiffany dan Eunjung yang dipenuhi tepung. Lantai lagilah seperti di luar negara sahaja. Putih seperti salju. Banyak juga stok tepung yang mereka bawa pada malam itu.

 

 Suhyun yang dari tadi bercakap pasal subjek Kimia langsung tidak masuk dalam kepala otakku. Entah apa yang dia cakapkan pun aku tidak mengerti. Aku hanya mendengar Sir Park mengajar di hadapan dengan tekun tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba suhu persekitaran berubah menjadi lebih sejuk walaupun aku memakai sweater tebal. Angin di luar kelas bertiup kencang menyebabkan langsir kelasku menampakkan bahagian luar yang gelap. Ku dapati beberapa orang pelajar kelasku mula berasa kurang senang.

 

Tepat pukul 9 malam, tiba-tiba kami terdengar bunyi anjing menyalak, menyalak dengan aneh. Aku teringat dengan kata-kata ibuku, jika terdengar bunyi anjing menyalak seperti menangis atau meraung, kebarangkaliannya anjing tersebut terdengar suara orang diseksa di kubur atau ternampak entiti yang tidak diundang bergelar HANTU. Anjing-anjing tersebut menyalak selama beberapa minit tanpa henti. Serentak dengan itu juga, kami yang dari tadinya bising, berborak, ketawa dan bergurau senda menjadi kaku. Masing-masing memandangkan wajah rakan sebelah dengan perasaan seram dan takut.

 

“Kenapa korang semua terdiam?” kami tersentak dengan soalan Sir Park yang mengejut itu. Tidak pelikkah dia mendengar bunyi anjing yang sedang menyalak itu?

 

“Seram…,” tiba-tiba sahaja perkataan itu meniti di bibir Sooyoung. Pada masa yang sama juga, kami semua menoleh ke arah Sooyoung dengan pandangan yang tajam. Kalau seram pun janganlah cakap!

 

“Tak ada apa-apalah tu. Mari kita sambung semula pelajaran kita,” ayat Sir Park menyedapkan hati kami. Kini aku kembali ke mood tekun aku. Biasanya tumpuanku pada waktu malam lebih baik berbanding pagi dan petang walaupun kebanyakan rakan-rakan sekelasku lebih menyukai belajar pada waktu pagi mahupun petang. Akhirnya kelas berakhir pada pukul 10 malam dan aku lega dapat pulang ke rumah. Entah mengapa tiba-tiba aku berasa lega. Mungkin kerana sebelum pulang tadi aku sempat menangkap sesusuk tubuh seorang wanita berdiri di dataran sekolah. Ya, berdiri di tempat gelap seorang diri.

 

 

Sebelum tidur, aku sempat melayari laman Facebookku untuk beberapa minit, mungkin beberapa jam. Kulihat Tiffany sudah mengepos gambar-gambar mereka semasa menyambut hari ulang tahun Hyuna di sekolah tadi. Aku mengamati gambar-gambar tersebut sambil ketawa. Walaupun mereka yang menyebabkan mood aku tidak baik pada malam itu, namun gambar-gambar wajah mereka yang dipenuhi tepung amat mencuit hati aku. Pasti mereka semua seronok membaling tepung sesama sendiri sehingga berlari ‘kejar-kejar’ di kawasan makmal yang berhadapan dengan kelas kami.

 

‘Mr. Zhang mentioned you in Tiffany’s photo’.

 

Aik? Apasal pulak nama aku kena sebut ni? Aku bukannya ada di dalam gambar-gambar itu pun.

 

Comments : Mr. Zhang : Nana Ssi , Lee Hayi Lee Hayi : Hahaha… Apalah cikgu ni, saya bukannya ada dalam gambar tu pun. Nana Ssi : Aik? Ya, peliklah cikgu ni… Mr. Zhang : Bukan. Ada muka pelik dekat situ.

 

Huh? Apa maksud cikgu muka pelik? Aku mengamati gambar tersebut beberapa kali. Namun, tiada petunjuk.

 

Lee Hayi : Mana? Tak ada pun. Mr. Zhang : Tengok yang dibulatkan tu.

 

 

Tiffany Hwang : Eyy, cikgu ni nak menakutkan kitorang pulak. Nana Ssi : Yalah! Ada muka pelik dekat sebelah Tiffany! Lee Hayi : Ha’ah lah. Tulah korang, tak nak ajak dia bergambar sekali. Hahaha…

 

Aku sempat membuat jenaka tentang muka pelik itu. Ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 1: Daebak!!!!
Eden jumpa ff ni lgi sekali :3
Xde sequel? :'(
misz_dina #2
Chapter 1: Wuuu,memang seram.ditambah pulak dgn gambar2 tu.nasib baik saya x pernah alami.
lipstick_gun
#3
Bru nk baca tp bila nmpk gmbr-2 tu terus tak dapat :3 Daebak seh!~
bubble_na_baebeul #4
Chapter 1: WAaaa...daebak..keep update..
mikochiciko
#5
Chapter 1: jinjja daebakkk ! jjang ! nk citer seram lagiii . suke story author-nim . mmg gempakk . jyeahhh hoho ^0^
//sekeh kepala jungkook//
YoonSooWan
#6
Chapter 1: Alahai nk bce pon xsdp hati authornim oi~bnyk nye gmbo hantu yg x menyenangkan
Tpi best~
Winterqreen #7
Chapter 1: Waaa... good realistic horror story.. :'(
ShaHanimAljufry
#9
Chapter 1: Nak tau x, 17 julai tu my birthday OuO /meremang/
aquariusxpisces
#10
Chapter 1: Seram gilaaaa....dgn background tuu