Hang Out

HIBI's Cus Love (BI Sided)
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Dah ke? Lama lagi ke?” aku memanggil Hayi sambil membelek-belek komik semasa di pesta buku. Buku lain aku tak pandanglah, tak minat! Dah dua jam kitorang dekat sini. Hayi masih lagi membelek-belek buku sains tulen di bahagian rak hujung.

 

“Dah. Jom! Aku dah puas pilih mana yang terbaik,” Hayi tiba-tiba berada di belakangku. Aku menoleh dan dia tersenyum nakal. Aku mengerling buku-buku yang berada ditangannya. Apa?! Cuma ada tiga buah buku je?! Spent dua jam sebab tiga buah buku je? Haaaa itu baru buku, kalau shopping entah berapa lama dia ‘buangkan’ masa dia. Aku mengekor Hayi ke kaunter pembayaran. Nasib baik tak ramai orang beratur, kalau tak memang jadi tengkorak aku dekat kaunter tu.

 

“HAN-bin RIVER, aku laparlah! Jom makan? Tadi keluar rumah tak sempat makan,” Hayi tersenyum sambil memaut lengan kananku macam pasangan pengantin. Hoi, apa kau buat ni ha? Muka aku dah merah macam tomato ni! Aku membuang muka ke kiri supaya budak pendek ni tak nampak. Tu lah, bangun lewat lagi, mana tak sempat makannya. Kami berjalan ke sebuah gerai yang menjual makanan segera yang terletak bersebelahan dengan pesta buku.

 

“Wah, sedapnya! Bagi tteobuki satu set!” Hayi tersenyum riang memandang tteobukki yang menjadi kegemarannya itu sambil bertepuk tangan. Matanya tidak lepas melihat tteobuki itu sehingga ia masak. Comelnya, macam budak-budak je lah dia ni. Hehe…

 

“Hanbin-yah, tak nak makan ke?” Hayi memandang ke arahku. What? Apa dia baru cakap tadi? Dia panggil aku apa? Dia tak panggil aku HAN-bin RIVER dah! Wah, em so hapi! (I'm so happy)!

 

“Yah, HAN-bin RIVER! Dengar ke tak ni? Kau ni suka berangan eh?” Hayi meninggikan suaranya sebab aku tak balas pertanyaan sebentar tadi. Ish, balik lagi dia panggil aku HAN-bin RIVER, grr. Tiba-tiba dia menyuap tteobuki ke dalam mulut aku. Bukan, tu menyumbat namanya!

 

“ARGH! Panas!” aku menjerit sambil menyumpah-nyumpah. Sampai hati budak ni! Rasa macam banyak kulit durian dalam mulut aku sekarang ni! Muka aku memerah dan dibasahi peluh. Hayi pula hanya ketawa melihat aku seksa dengan tteobuki yang baru masak disumbat ke dalam mulut.

 

“Tu lah. Orang tanya tadi tak nak jawab,” Hayi tersenyum sinis. Ish, budak pendek ni nak kena ni. Aku sorok kau punya beg sekolah dekat atas loker baru tau. Dia mengeluarkan sapu tangan putihnya lalu mengelap peluh yang berada di kepalaku sambil tersenyum. Woo, prihatin jugak dia ni! Ni lah sebabnya aku suka dengan perangai Hayi. Walaupun dia nampak macam budak kecik, tapi dia cepat ambil tindakan. Terus aku tak jadi nak marah dia. Dahlah kalau senyum tu cantik gila. Siapa tak melting kan? Haha…

 

“Woah, hari ni ada fun fair sekali eh?” dia tiba-tiba memandang ke kawasan di belakangku, ke arah kawasan fun fair. Lah, tak tau ke? Tu lah budak ni, asyik ingat pesta buku je. Dia ni jenis yang tak reti nak berseronok.

 

“Nak pergi ke?” soalku. Selama tiga tahun ni aku tak pernah pergi fun fair dengan Hayi. Aku selalu pergi dengan Jinhwan je. Dia tersenyum ke arahku sambil meng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hana_raeee
i think i should post my true horror story >3

Comments

You must be logged in to comment
IreneXiuMinNie
#1
Chapter 7: update soon..
Han_Fikah
#2
Best la . Hahaha
YoonSooWan
#3
Chapter 1: Hahhahah bi’. Bahasa Inggeris terbaik la~~
Update soon!!
Mrs_Hana02
#4
Chapter 1: Han river? XD update soon author-nim T3T
atiqahkris #5
can't wait for this story.Update soon.Fighting!!!
kim_iqa #6
Update soon author-nim