Please Don't Love Me

Please Subscribe to read further chapters

Description

PROLOG:

Nurul Iman memasukkan kain bajunya ke dalam almari yang sudah usang. Hanya almari tua ini satu-satunya perabot yang berada di dalam biliknya ini. Bilik yang sekian lama menjadi tempatnya beradu, mencari ilham dan melayan perasaan. Malam ini dia kembali semula menjadi penghuni bilik ini.

 

Tak sangka dia di perlakukan sebegini. Apakah dosanya? Di manakah silapnya? Apakah maksud semua ini? Iman rasakan ini semua tidak ubah seperti mimpi. “Aku jijik tengok kau…Jijik!” Iman menangis. Tidak pernah dia menyangka suami yang amat disayangi sanggup mencemuhnya. Iman menelan perkataan itu dengan rasa yang sangat perit. Hatinya bukan setakat patah malah hancur diracik-racik tanpa dapat disambung lagi. Patutlah suaminya tidak pernah mahu menyentuh tubuhnya walau sudah sebulan bergelar suami isteri!

 

Iman renung dirinya di cermin almari. Cantik. Berkulit cerah, berlesung pipit di pipi kanan dan bermata bulat. Hidungnya juga mancung dengan bibir yang semulajadi merah. Apakah kecantikan ini masih belum cukup untuk menghilangkan rasa jijik suaminya itu? Dia yakin ini bukan kerana rupa paras tapi kerana dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat daif . Inilah natijahnya kalau berkahwin dengan seorang lelaki yang jauh lebih tinggi martabatnya dari diri sendiri.

 

"Oh Tuhan, kalaulah dapat ku undurkan waktu pasti ku tolak lamaran itu dulu..." airmata Nurul Iman kembali jatuh berlinangan.

 

 

 

Foreword

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tajuk : Please, Don't Love Me!

Watak : Min Hyuk (BTOB),  Gi Kwang (BEAST) , Sulli (Fx), Nurul Iman (you) 

Genre : Sad, Romance

Tarikh Mula : 05 MAC 2015

Tarikh Tamat :  08 MEI 2015

Ilham Cerita : Imaginasi sendiri

Ilustrasi : T-Hyti

Khas Untuk◤Kᴏʀᴇᴀ Sᴛʀᴇᴇᴛ◢ Malay Writing Contest 

 

_________________________________________________________________________________________________________________

Chak! ewah main chak chak lak dia kan? Ngada-ngada... hehe..

Actually, citer ni sis dpt idea secara spontan jer dan ditujukan khas untuk ◤Kᴏʀᴇᴀ Sᴛʀᴇᴇᴛ◢ Malay Writing Contest . Sis just tulis mengikut apa yang sis bayangkan & of course la x de kene ngene ngan sapa2 pun baik di Malysia mau pun di Korea... Niat hati nak buat citer nie jadi sedih tapi kalau masa baca korang x dpt rasa sedih langsung, sis minta maaf bebanyak la yer.  

happy reading..... 

* Sis Hawa*

_________________________________________________________________________________________________________________

 

 

 

 

sishawa
dalam proses untuk buat sequel... wish me luck!

Comments

You must be logged in to comment
KertasUngu
#1
macam best :D update soon!
chacha_ieyra
#2
Chapter 8: walao..syoknya dpt kahwin ngn minhyuk.!!!xD
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahhh cite ni
GdsGIRLZ
#4
Awak baru hantar kat saya suruh singgah ff ni... Hati saya tergerak nak singgah .. Singgah jer , baru baca prolog. Dah rasa sebak .. Belum yg seterusnya.. Hahaha thanks..
AsyLai
#5
Chapter 8: maaf baru meng "komen" ayee ai tunggu cerita ni complete baru ai baca :* nice fic btw , :D
AsyLai
#6
Chapter 6: aduh surat tu suwit ayee iman ku sayang
sazaez #7
Chapter 8: Jln cite yg menarik... terkejutzz masa pak hassan ckp dato msuk meminang... hahaha... kalu lg pjg cite ni lg baguskan...
ade planning tulis novel? Ke mmg da de novel tulisan awk??
Anyway, good luck.. teruskan berkarya.. fighting..!!~
volkswagen
#8
happynya saya bila tau akak nk wat sequel utk citer nie.... yes!! deabak!!... excited nk tahu apa jadi pd Iman, Luthfi & yg lain2... authornim hwaiting! ^^,
Chocolate_strawberry #9
Chapter 8: Mcam mna dngan Ex husband Iman?