にほん の おっな

Dilarang Masuk

Nihon no Onna

Jackson memberanikan diri, turun ke dapur untuk mengambil secawan air suam buat Youngji. Sementara itu, Choa membantu Youngji menyalin pakaian, mengganti pakaiannya yang basah.

“Dah siap?” Jackson bertanya sambil mengetuk pintu bilik Youngji dengan membawa secawan air suam. Choa lalu membuka pintu, membenarkan lelaki itu masuk.

“Aku bawa air untuk kau” Jackson mendekati Youngji yang terbaring atas katil. Selimut ditarik rapat ke dada untuk menghilang dingin badannya. Jackson membantu gadis itu untuk bangkit minum.

“Youngji, kenapa kau cakap yang Naeun cuba nak bunuh kau?” soal Choa, naik atas katil dan merapati gadis itu. Youngji mengelap tepi bibirnya setelah menghabiskan air dalam satu teguk. Tekaknya terasa lega dibasahi air suam. Jackson pula diam, menunggu jawapan Youngji.

“Dia tolak kepala aku dalam tub mandi. Aku cuba nak melawan tapi dia kuat daripada aku. Kemudian dia tolak badan aku masuk dalam tub dan merendam kepala aku”

“Dia buat macam tu?!” soal Jackson langsung tidak menyangka Naeun yang kelihatan comel dan naif itu sanggup berperilaku kejam.

“Boleh kau cerita, apa yang berlaku? Takkan tiba-tiba dia buat macam tu?” Choa tidak puas hati dengan jawapan yang diterima. Sesuatu dirasakan tidak kena.  Sesuatu seperti tersembunyi. Kebenaran.

“Masa aku masuk dalam bilik air, Naeun sudahpun berada dalam tu, berdiri di sudut. Jadi, aku cakap dengan dia yang aku nak gunakan bilik air. Mulanya dia cuma diam kemudian dia cakap ‘help me’. Aku tak faham kenapa dia cakap macam tu. Aku pun hanya bergurau, aku balas cakap aku tak nak tolong dia. Dia ulang lagi cakap bende yang sama dan aku pun ketawa sebab masa tu dia cuba buat muka untuk menakutkan aku”

“Lepas tu dia naik marah dan tolak kepala kau ke dalam tub mandi?” Choa meneka pengakhiran cerita Youngji. Gadis itu mengangguk, mengiyakan.

“Tapi masa tu Naeun nampak pelik sikit” tambah Youngji lagi.

“Itu bukan Naeun!” tegas Choa lalu bangkit berdiri. “Chiyaki Errie”

“Ha? Apa maksud kau?” soal Jackson pula, terkejut apabila Choa tiba-tiba mengaitkan nama gadis Jepun itu.

Choa meluru keluar meninggalkan Jackson dan Youngji terpinga-pinga.

“Yah! Kau nak pergi mana tu?!” jeritan Jackson tidak disahut.

>>>>>>>>>>>>>> 

Choa berlari ke bilih sebelah di mana Naeun, Yubi, Baekhyun, Suho, Jungkook dan Kris berkumpul.

“Naeun, aku tahu siapa yang cuba lemaskan Youngji” suara Choa termengah-mengah di muka pintu.

Masing-masing berwajah sugul, mengangkat muka. Naeun yang dari tadi menangis, terus menyeka air matanya dan memandang Choa dengan harapan.

“Apa maksud kau? Siapa yang cuba lemaskan Youngji?” soal Kris, bangkit bangun dan mendekati Choa di muka pintu.

“Sebelum tu, boleh tak kalau kita semua berkumpul di bilik sebelah. Supaya Youngji pun tahu, siapa sebenarnya yang melemaskannya” pinta Choa lembut. Tiba-tiba menjadi risau apabila ditenung tajam oleh Baekhyun.

Mereka semua tiada pilihan lain selain menuruti permintaan Choa. Mereka beralih bergerak ke bilik sebelah. Youngji dan Jackson sedikit terkejut apabila semua orang berkumpul sekali.

“Kenapa ni?” soal Youngji. Seketika dia bertentang mata dengan Naeun, laju Youngji mengalihkan pandangan. Dia teringat pandangan Naeun yang menakutkan ketika dalam bilik air.

“Youngji, sebenarnya orang yang cuba melemaskan kau dalam bilik air tu bukan Naeun” kata-kata Choa menarik perhatian semua orang. Mereka diam mendengar.

“Habis tu siapa?” Jackson bertanya, masih duduk atas kerusi bersebelahan Youngji yang terbaring.

“Chiyaki Errie”

“Chiyaki Errie?!” nama itu diulang sebut oleh Yubi, Naeun, Suho, Kris dalam nada terkejut.

“Kau nak cakap yang orang dah mati cuba nak bunuh Youngji?” Kris menyerang tanya. Dia sangat terkejut apabila Choa menyebut nama itu.

“Chiyaki Errie tu masih hidup ke? Dia ada dalam rumah ni?” soal Yubi naif sebelum kepalanya diketuk oleh tangan Baekhyun.

“Babo. Dia kan dah mati. Kan kita siasat kes kematian dia” dalih Baekhyun, sedikit rasa malu dengan perangai Yubi.

“Habis tu, macam mana dia serang Youngji kalau dia dah mati?” Yubi menjeling abangnya sambil menggosok kepalanya yang sakit diketuk.

Suho menyilang tangan sebelum mencelah. “ ‘semangat’ dia yang serang Youngji?”

“Semangat?” soal Kris yang keliru.

“Choa, jadi kau nampak roh Chiyaki Errie dalam rumah ni?” soal Youngji, sedikit kesal kerana Choa langsung tidak memberitahunya. Melihat riak wajah Jackson, Youngji dapat mengagak pasti lelaki itu sudah tahu lebih awal.

“Kris sunbaenim, semangat yang dimaksudkan ialah roh Chiyaki Errie”, jelas Choa pula.

“Dalam erti kata lain, roh Chiyaki Errie tak tenang dan berkeliaran dalam rumah ni” tambah Jackson pula.

Naeun dan Yubi merasa takut apabila mendengar perkataan ‘semangat’ ‘roh’ disebut. Mereka berdua berdiri rapat antara satu sama lain. Berpegangan tangan. Yubi dapat rasakan bulu roma belakang lehernya berdiri tegak.

“Kenapa pula dia tak tenang?” soal Kris sebelum Choa menggeleng dan mengjungkit bahu.

“Mesti ada sesuatu yang Chiyaki Errie mahukan menyebabkan rohnya tidak dapat bersemadi dengan tenang. Tapi kenapa dia serang Youngji? Adakah dia juga yang menyerang Namjoo?” Jungkook mencelah, cuba merungkai persoalan tentang situasi yang tidak tenang itu.

“Tentang Namjoo, saya tak tahu. Mengenai Youngji pula, memang dari awal lagi dia bertemu dengan Chiyaki Errie tapi salah sangka menganggap bahawa itu Naeun. Semuanya sebab Chiyaki Errie dan Naeun, wajah mereka hampir serupa”

“Muka dia sama dengan saya?!” Naeun dan Yubi saling terkejut, menambahkan lagi rasa takut mereka berdua.

Youngji diam seketika, teringat akan pandangan Naeun yang kelihatan menakutkan semasa dalam bilik air. “Patutlah, Naeun nampak berbeza ketika saya menegurnya dalam bilik air”

“Hahahaha” tiba-tiba Kris ketawa. Ruang bilik itu dipenuhi suara ketawanya yang kuat. Yang lain memandang lelaki Kanada itu kehairanan.

“Korang ni memang kelakar” Kris cuba berhenti ketawa. “Choa, kalau betul roh Chiyaki Errie ada dalam rumah ni, apa kata kita tanya dia terus, kenapa dia bunuh kawan baik dia, kenapa dia bunuh diri? Tak perlu kita nak bersusah payah siasat kes 3110 ni. tanya dia, siapa Kai tu, siapa pengirim surat merah tu?”

Kata-kata Kris berbau sindiran. Choa diam tidak membalas. Dia pernah ingin berbuat hal yang demikian sebentar tadi tapi gagal. Choa masih tidak tahu, cara yang betul untuk berkomunikasi dengan makhluk yang digelar hantu itu.

“Choa, boleh awak buat apa yang Kris katakan?” Baekhyun pula menyokong Kris. Dia sebenarnya tidak dapat mempercayai kata-kata Choa tentang roh gadis Jepun itu. Mustahil. Macam mana rohnya boleh berada di Korea sedangkan mayatnya ditanam di United States?

Choa tunduk dan menggeleng. Terasa berat untuk mengangkat muka. Menyedari semua mata memandangnya ketika itu.

“Aku percayakan Choa. Mungkin dia betul mengenai roh tu” Jackson membela Choa yang kelihatan sugul, menjadi mangsa sindiran.

“Saya pun. Lagipun saya rasa Naeun tak mungkin menyerang saya, mungkin betul Chiyaki Errie yang menyerang saya” tambah Youngji, yang mana melegakan Naeun yang mendengarnya.

“Whatever. Aku nak balik bilik sambung tidur” dalih Kris pula, enggan bertengkar mahupun memburukkan keadaan. Kris menyeluk tangan ke dalam poket seluar sambil beredar keluar. Baekhyun menjeling lelaki itu sehingga Kris hilang dari pandangan. Aneh melihat Kris yang dilihat sering memakai seluar panjang.

“Jadi Naeun dianggap tak bersalah kan? Aku rasa semua dah jelas. Aku pun nak balik bilik. Jungkook, jom balik bilik kita” Baekhyun pula kedengaran merajuk. Jungkook diam mengikuti langkah lelaki itu.

“Hyung” Jungkook memanggil Baekhyun semasa berjalan di lorong.

“Diam. Kita bincang dalam bilik” balas Baekhyun perlahan, hanya didengari oleh Jungkook.

“Yongji~” Naeun mendekati gadis yang terbaring itu dan memeluknya.

“Naeun, maafkan saya sebab tuduh awak” Youngji membalas pelukan Naeun dengan penyesalan. Naeun menggeleng perlahan. Lega kerana semua tuduhan terhadapnya tadi sudah digugurkan.

“Suho, macam mana ni? mereka semua takkan percayakan Choa” ujar Jackson pula, bimbangkan keadaan mereka yang berpecah.

“Sejujurnya aku pun kurang percaya sebab aku sendiri tak pernah nampak hantu sebelum ni. Tapi kalau Choa betul kata ia wujud, jadi mungkin ia betul wujud”

>>>>>>>>>>>>>>> 

Jungkook melentangkan diri sambil membelek helaian demi helaian diari milik Chiyaki Errie. Anak muda itu yakin, pasti ada sesuatu yang tersembunyi dalam diari itu. Walaupun ada beberapa tulisan kanji yang sukar untuk Jungkook tafsirkan maksudnya, dia tetap mencuba membaca sampai habis. Jungkook menjeling lihat Baekhyun yang keresahan, berjalan mundar mandir di hadapan katil. Memikirkan sesuatu.

“Kenapa? Apa yang Hyung fikirkan?” soalnya.

“Fikir cara untuk kita keluar dari rumah yang banyak sial ni” balas Baekhyun sebelum menambah “dengan selamat”.

“Saya rasa tak perlu risau mengenai perkara tu. Jonghyun hyung pasti akan perasan kehilangan kita dan lakukan sesuatu. Dia pasti akan datang selamatkan kita”

“Bila?!” Baekhyun mengajukan soalan. Nadanya meninggi seperti marah. “Sampai bila kita harus menunggu? Namjoo dah hilang dan kita tak tahu apa akan jadi seterusnya”

Jungkook bergerak ke hujung katil, mendekati Baekhyun. “Untuk selamatkan Namjoo, kita perlu bersemuka dengan pengirim surat merah tu. Kita mesti cari dia”

“dan pembantunya sekali” Baekhyun menambah. Yakin.

“Hyung percaya yang pengirim surat tu ada pembantu dalam kalangan kita?” Jungkook sedikit menafikan keupayaan timbalan presiden Kelab Sherlock itu. Jungkook tidak sependapat dengan Baekhyun yang mengatakan ada seseorang yang membantu pengirim surat itu untuk melakukan agenda dalam rumah tersebut.

“Aku syak salah seorang dari pelajar Universiti Henry tu” Baekhyun berhenti berjalan dan memandang Jungkook serius. “Kau percaya cakap budak rambut pendek tu?”

“Cerita yang dia nampak roh Chiyaki Errie tu?”

Baekhyun mengangguk sebelum menambah “ Aku rasa cerita tu saja direka untuk menakutkan kita atau lebih tepat mengganggu fokus kita menyiasat kes 3110 tu. Kemudian, kejadian Youngji lemas tadi dan menuduh Naeun sebagai suspek utama yang cuba membunuhnya. Aku rasa semua tu sengaja dilakukan untuk mewujudkan watak jahat dalam kalangan kita dan melaga-lagakan kita”

“Tapi saya yang melakukan rawatan kecemasan tadi. Youngji memang betul-betul tak sedarkan diri” tingkah Jungkook pula.

“Lakonan. Itu semua lakonan. Mereka semua pura-pura risau. Lagi satu, yang nama Suho tu, bagi aku, dia paling mencurigakan. Aku takut kalau dia pergunakan Yubi”

“Hyung, jangan terbawa-bawa dengan perasaan sendiri. Sebagai penyiasat, kita tak boleh ada perasaan berat salah dan bersangka terlalu awal. Kita selesaikan misteri sesuatu kes untuk mencapai keadilan. Lagipun, saya rasa yang penting sekarang ialah kita selesaikan kes 3110 tu, cari tahu apa yang salah dengan deduksi kita terdahulu”

Kata-kata Jungkook menjentik ego Baekhyun. Timbalan presiden itu terasa dirinya seperti disindir oleh pelajar junior tahun satu itu.

“Aku tengok kau tak habis-habis baca diari tu. Penting sangat ke?” Baekhyun menjeling tajam. Mukanya masam. Nadanya seperti ingin naik marah tetapi ditahan sabar.

“Saya yakin ada sesuatu jawapan yang mungkin tersembunyi dalam diari ni. Perempuan kan suka tulis diari. Mungkin ada jawapan kenapa dia bunuh Yamada Sora dalam diari. Dan saya nak tahu siapa Kai ni. Adakah dia pengirim surat merah tu” jujur tutur kata Jungkook sebelum meyedari renungan tajam dari Baekhyun.

Praaanngg!

Perbualan antara Jungkook dan Baekhyun terganggu dengan bunyi sesuatu pecah.

“Apa lagi yang berlaku?” Baekhyun meluru keluar dari bilik meninggalkan Jungkook. Pelajar tahun satu itu tergesa-gesa menyimpan sorok diari dalam bajunya sebelum turut sama meluru keluar, mencari punca bunyi tadi.

 


*Hyung=Abang (panggilan dari lelaki)
*Sunbae/sunbaenim = senior
*Babo= Bodoh (kata sopan)
*saya minta maaf kalau penggunaan bahasa Jepun yang salah... terutama dalam tajuk setiap bab. hehe..Nihon No Onna kalau tk silap bermaksud gadis/wanita Jepun.. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe