Si gadis kental

Dilarang Masuk

 

Si Gadis Kental

“Jadi, kita nak mula dari mana, Kris shi?” Namjoo memandang lelaki tinggi lampai berhampirannya. Wajahnya sdikit merah, malu kerana berdepan dengan lelaki kacak itu. Namjoo langsung terlupa akan peristiwa pagi tadi.

“Call me Kris. Just Kris, tak perlu nak berformal sangat” ujar Kris tersenyum, menawan hati gadis itu.

“Kris” Namjoo menyebut nama itu perlahan sambil membalas senyum.

“Kepala awak sakit lagi? Macam mana awak boleh diserang?” soal Namjoo sambil membelek-belek laci kabinet hiasan di rung tamu. Mereka memulakan di ruang tamu, mencari apa-apa yang mencurigakan.

“Malam tu saya keluar mengekori Baekhyun, kemudian saya nampak seorang lelaki nak masuk ke dalam bilik Youngji. Saya kejar dia, tiba-tiba saya rasa kepala saya diketuk. Terus saya tak sedarkan diri”

“Awak tak nampak pembantu rumah tu? Wajah lelaki tu?”

Kris menggeleng laju. “Masa tu kan gelap”

“Lelaki tu mesti pengirim surat merah tu” Namjoo melepaskan tumbukan ke tapak tangan.

Dari ruang tamu, Namjoo dapat melihat lirikan mata Kris yang memandang Naeun dan Youngji yang memasak di dapur.

“Awak suka Naeun?”

Kris hanya diam tidak menjawab.

“Naeun tu kawan baik saya sejak tiga tahun lepas. Jadi, kalau awak perlukan bantuan saya, saya boleh tolong sebab saya sangat memahami Naeun tu orang yang macam mana” Namjoo berlagak ceria walaupun hampa kerana lelaki tersebut ternyata menyukai Naeun, bukan dirinya.

“Dia cuma mengingatkan saya kepada seseorang” jawab Kris sebelum menukar topik. “Saya rasa baik kita ke tingkat atas, kita periksa bilik ke bilik”

Namjoo mengangguk dan tersenyum.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

 Acap kali Naeun menjeling pandang Youngji yang sedang memotong lobak merah. Otaknya ligat memikirkan cara untuk keluar dari situasi kekok itu. Seseorang perlu bersuara.

“Youngji, awak minat Sherlock Homes? Kes apa yang paling awak kagumi?”

Youngji sedikit tersentak. Detingan bunyi pisau pemotong bertemu papan pemotong semakin perlahan.

“Saya? Sherlock Homes? Saya tak minat semua tu” balas Youngji sambil meletak turun pisau yang dipegang, lalu menoleh pandang Naeun yang berdiri depan sinki.

“Saya tak minat penyiasatan dan misteri. Kalau awak pelik kenapa saya sertai aktiviti ni, sebenarnya Jackson yang paksa saya. Saya langsung tak tahu menahu mengenai Sherlock Homes whatsoever tu” jujur tutur kata Youngji dengan riak muka bersungguh.

“Jackson paksa?” Naeun jadi tertarik untuk mengetahui perihal gadis bernama Heo Youngji itu. Air yang mengalir keluar dari kepala paip ditutup dan Naeun terleka seketika.

“Kenapa?”

Youngji mencapai semula pisau pemotong dan meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Lobak merah yang bersaiz sederhana dipotong dalam bentuk dadu.

“Sebenarnya Jackson yang minat dengan penyiasatan dan baru-baru ni, proposal untuk dia tubuhkan sebuah kelab penyiasatan dalam universiti diluluskan. Tak sampai seminggu, dia terima surat merah yang mencabarnya dalam kes ni. Gara-gara kelabnya masih baru dan tiada ahli lagi, jadi saya, Choa, Suho dan Kris sunbaenim dipaksanya sertai bersama.”

Satu keluhan berat keluar dari mulut gadis itu. Anak rambutnya panjang disinsingkan ke belakang telinga. “Kami tak sangka pula boleh jadi begini, dengan letupan semua tu”

Youngji beralih pandang Naeun yang masih berdiri tercegat di depan sinki.

“Ahli kelab Sherlock mesti dah biasa alami kes macam ni kan, sebab kelab korang memang terkenal dan banyak kes misteri yang dapat diselesaikan”

Naeun menjuihkan bibir. Tangannya bermain dengan air jernih yang bersisa di celahan jarinya. “Kelab kami popular kerana kerjasama antara Jonghyun dan Baekhyun. Tapi kali ni Jonghyun tidak dapat ikut serta. Lagipun ini kali pertama kami terlibat dengan kes yang mana ada letupan dan kita terperangkap dalam sebuah rumah agam yang terpencil. Kereta meletup, jalan keluar terhalang dan alat komunikasi dirampas. Sejujurnya kami sendiri pun takut”

Mata Youngji membulat dan dia meneguk air liur dalam senyap. “Kalau ahli kelab Sherlock pun takut, apatah lagi kami yang tiada pengalaman ni”

“Jangan risau!” tegas Naeun cuba memadamkan perasaan gundah gulana Heo Youngji. “Kita boleh percayakan Baekhyun dan juga Jackson. Kita pasti dapat keluar dari sini” tambah Naeun disertakan dengan senyuman manis.

“Semuanya tak akan apa-apa. Jackson kan ada. Dia pasti akan jaga aku” Youngji memujuk perasaannya dalam diam. Kata-kata Naeun dihadam dan dipercayai akan menjadi kenyataan.

“Youngji, awak perasan tak? Suho dan Yubi tu, mereka berdua tu macam ada ‘something’ kan?” Naeun kembali menyambung kerjanya membasuh sayur di sinki. Air paip dibuka perlahan.

“Saya perasan yang Suho sunbaenim nak mengorat Yubi. Lagipun Yubi pernah bertanyakan pada saya perihal Suho” ujar Youngji tersenyum mengingatkan malam di mana Yubi bertanyakan mengenai Suho dengan bersungguh.

“Tak payah nak bercakap mengenai orang lain. Awak pula, takkan tak perasan yang Kris sunbanim selalu curi pandang awak. Rasanya dia suka kat awak” Youngji menjeling menyakat Naeun.

Wajah Naeun naik merah. Malu. Matanya tidak keruan. Lantas air paip ditutup dan sayur diletakkan dalam sebuah mangkuk besar. Naeun mendekati Youngji setelah mengelap tangannya.

“Saya perasan tapi saya malu nak tanya. Takut pula kalau saya syok sendiri” bisik Naeun perlahan. Youngji meletus ketawa.

“Yah, jangan ketawa” spontan Naeun menampar lengan Youngji. Wajahnya merah padam.

“Kenapa? Awak pun sukakan dia ke?” Youngji cuba menahan ketawa.

“Siapa tak sukakan lelaki macam tu. Handsome macam watak animasi jepun, badan pun macam model. Suara dia pun macho. Tentulah saya suka. Dia adalah lelaki yang sempurna”

Youngji mengelap titisan air mata di hujung mata. Geli hati melihat Naeun yang mula berimaginasi. “Dia nampak sempurna tapi dia tetap ada kekurangannya” kata Youngji lantas mencetuskan kehairanan dalam hati Naeun.

“Dia tu sombong sikit” tambah Youngji lagi.

“Di kampus, dia tak banyak bercakap. Pelajar perempuan yang meminati dia sering kali cari kesempatan untuk berbual dengan dia, tapi sikitpun dia tak layan. Dia hanya bercakap bila perlu dan dengan orang yang dia kenal. Malah ada khabar angin mengatakan dia dah ada teman wanita di luar negara”

“Dia dah teman wanita???” suara Naeun kedengaran hampa.

“Itu cuma khabar angin, sebab tiada siapa pernah nampak dia keluar date dengan mana-mana perempuan. Jadi awak masih ada harapan” ujar Youngji menepuk bahu Naeun. Gadis itu mencebik.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Suho dan Yubi berjalan di luar villa. Beriringan tangan, mereka berjalan sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Bunyi daun kering rapuh kedengaran setiap kali mereka melangkah memijak rumput yang dipenuhi daun kering yang bersepah. Langkah kedua-dua anak muda itu penuh waspada. Kehijauan hutan pula memenuhi benak pandangan mereka dan sesekali mereka terdengar bunyi liar dalam hutan.

“Saya rasa tiada jalan keluar kat belakang ni. Hutan ni terlalu tebal untuk ditempuhi dan rasanya tiada kesan ada orang lalu masuk pun” ujar Suho memberhentikan langkah. Jari-jemari Yubi digenggam erat.

“Betul tu. Kita tak boleh lalu ikut hutan ni, entah ke mana perginya nanti” Yubi mengiyakan.

“Kita jalan dulu, pusing keliling villa ni sampai ke depan pintu utama. Mungkin ada apa-apa yang boleh kita temui” kata Suho mengetuai jalan. Yubi hanya menurut, berjalan seiring di sebelah lelaki itu. Anehnya kerana Yubi berasa selesa bersama lelaki yang baru dikenali itu, rasa dirinya dihargai dan dilindungi. Beberapa kali Yubi mencuri pandang tangan mereka yang terikat lembut.

Langkah mereka berdua kemudian terhenti di sebuah laman terbiar di kawasan belakang villa tersebut.

“Waaa, macam set pengembaraan filem seram” komen Yubi seloroh. Sesaat kemudian, hidung mereka menangkap bau yang amat busuk.

“Busuknya” Suho segera menarik kolar bajunya, menutup hidung.

Sebuah laman kelihatan terbiar tidak dikemaskan dengan daun kering yang bersepah serta rumput yang tumbuh meliar. Dua buah kerusi kayu juga tidak lagi berdiri tegak dan ditumbuhi cendawan kulat. Terdapat sebuah kolam buatan sendiri di mana airnya keruh menghijau dan rumpun liar yang tumbuh di sekeliling.

“Sangat busuk. Mesti ada banyak ikan mati dalam kolam tu” ujar Yubi sambil menekan tutup hidungnya dengan dua jari. Suaranya kedengaran sengau.

“Mari pergi dari sini” Suho mengajak gadis itu. Tidak tahan dengan bau busuk yang menyucuk hidung.

Help me

Yubi terhenti dan melepaskan jarinya yang dari tadi menutup hidung. Dia menoleh ke belakang.

“Kenapa?” Suho bertanya.

“Awak dengar tak?” Yubi memandang Suho serius.

“Dengar apa? Saya tak dengar apa-apa pun” ujar Suho memandang sekeliling, memandang tumbuhan hijau yang entah kenapa dirasakan menakutkan. Suho tiba-tiba bimbang andai ada binatang buas yang melompat keluar dari hutan tersebut dan menerkam mereka berdua.

“Awak dengar bunyi apa? Harimau? Gajah? Atau serigala?”

Yubi diam memandang ke arah kolam hijau yang kotor. Sesuatu seperti menarik Yubi untuk mendekati kolam tersebut.

“Mari pergi. Bahaya kalau kita lama-lama di sini. Yang lain mungkin risaukan kita” Suho segera menarik tangan Yubi. Menggesa.

>>>>> 

Kris dan Namjoo leka meneliti setiap sudut dalam bilik yang Naeun dan Namjoo bermalam. Mereka berusaha mencari apa sahaja yang mencurigakan, malah Namjoo berharap dapat menjumpai telefon bimbit mereka yang mungkin disorokkan oleh pengirim surat merah itu.

“Awak dah periksa dalam almari ni?” soal Kris mengenai salah satu almari yang terdapat dalam bilik tersebut. Bilik itu memuatkan sebuah katil besar berserta dua buah almari dan sebuah rak kabinet berdekatan tingkap.

“Tak” Namjoo menggeleng. “Saya dan Naeun tak berani nak usik apa-apa barang dalam bilik ni termasuk almari. Lagipun pintu almari tu sedikit ketat”

Kris lalu menutup semula pintu almari yang dalamnya tersusun kemas beberapa buah kotak kosong. “Tiada apa-apa dalam almari. Hanya ada kotak kosong”

Kemudian Kris berjalan ke bilik sebelah iaitu bilik yang digunakan oleh Youngji dan Yubi melalui bilik air. “Namjoo, saya rasa baik kita periksa bilik sebelah pula”

Kris mengerling keadaan bilik tersebut di mana keadaan katil yang bersepah dan dua bagasi pakaian yang tidak berkemas.

“Namjoo” Kris memanggil gadis yang bersamanya tadi.

“Namjoo”

Tiada sahutan didengari. Kris mengeluh kecil lalu berpatah balik semula ke bilik Namjoo.

“Namjoo?” Kris kehairanan melihat bilik tersebut kosong tiada orang. Mana namjoo?

“Namjoo? Mana awak?”

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Keadaan agak tegang di antara Baekhyun, Jackson, Jungkook dan Choa. Suasana kekok untuk mereka berbicara manis. Masing-masing ada pendapat dan perasaan yang dipendam. Baekhyun berdiri tercegat mengadap tingkap, mencampakkan pandangan ke luar. Jungkook diam membaca diari yang diberikan oleh Jackson tadi. Choa pula tunduk bermain dengan bucu baju, tidak berani bersuara.

“Aku nak pergi tandas” Jackson bangkit berdiri lalu beredar meninggalkan ruang makan itu. Choa hanya memandangnya pergi.

“Saya rasa saya nak pergi tengok Naeun dan Youngji di dapur. Mungkin mereka perlukan bantuan atau tenaga seorang lelaki di sana” tutur Jungkook memandang Choa dan gadis itu hanya mengangguk. Baekhyun diam tidak menghalang. Choa dan Baekhyun tinggal berdua dalam ruang makan itu. Senyap.

>>>>>> 

Suho dan Yubi selesai berjalan mengelilingi rumah agam milik Keluarga Chiyaki itu namun gagal menemui sebarang jalan keluar untuk mereka. Cahaya terik matahari dek musim panas mula membahang. Peluh halus menitik di dahi Suho dan Yubi.

“Mari masuk. Tiada apa lagi di luar ni” rungut Yubi sambil mengipas tangannya pada wajahnya sendiri. Peluh-peluh halus pada anak rambutnya diseka agar tidak meminyakkan muka.

“Awak tunggu saya di ruang tamu dulu. Saya nak pergi tandas” ujar Suho meminta diri.

>>>>>>>>>>>>> 

Namjoo ingin melepaskan diri tapi tangan lelaki yang menahannya terlalu kuat baginya. Beberapa kali Namjoo meronta dan menendang-nendang. Lelaki tersebut menyeret Namjoo, membawanya ke atas katil. Tuala yang diikat pada mulut gadis itu menyebabkan suaranya tenggelam tidak berbunyi. Namjoo terus meronta melawan.

“Hrrrrmmm! Hrrrmmm!” Namjoo menjerit tetapi suaranya ditenggelami fabrik kain yang diikat pada mulut. Kain tersebut semakin basah dilenjuni air liur Namjoo. Anak mata Namjoo kemudian melirik pandang sekujur tubuh yang terbaring kaku bersebelahannya di lantai. Tubuh yang terbaring kaku itu juga sepertinya diikat pada tangan kaki serta mulut. Melihat kepada pemakaian orang itu, Namjoo tahu itu ialah Choi Eun Hee, gadis pembantu rumah yang hilang pada malam letupan berlaku.

Lelaki itu menunduk memandang Namjoo dan meletakkan jarinya di bibir. “Sshhuuut”

Namjoo terus menggeleng-geleng serta meronta. Lelaki tersebut mengeluarkan sesuatu dari poketnya yang berupa jarum penyuntik. Dipegang kuat lengan Namjoo dan dicucuk gadis itu dengan ubat tidur. Namjoo dapat rasakan sesuatu mengalir masuk dalam badannya. Perlahan-lahan tuala yang mengikat mulutnya mulai longgar dan Namjoo terus menjerit sekuat hati sebelum pandangannya menjadi kabur. Akhirnya gadis itu rebah tidak sedarkan diri.

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Yubi terus menunggu bersendirian di ruang tamu. Sesekali mata mengerling pandang hiasan dinding yang terdapat di ruang tamu tersebut. Terdapat kepala rusa yang tergantung dan membuatkan gadis itu gerun memandang makluk yang tidak bernyawa itu. Yubi menyentuh perutnya yang kelaparan dan terasa nafsu makannya membuak apabila menghidu bau kari yang dimasak oleh Youngji dan Naeun di dapur.

“Arrrgggghhh!!!”

Satu jeritan memeranjatkan Yubi. Laju gadis itu menoleh pandang ke tingkat atas di mana kedengaran suara jeritan kuat.

“Bunyi apa tu? Siapa menjerit?” Yubi mula tidak senang duduk. Suho yang ditunggu pula masih tidak munculkan diri.

“Yubi! Apa yang berlaku? Kau ke yang menjerit?”

Youngji dan Naeun berlari ke arah ruang tamu, mendapatkan Yubi yang bersendirian. Yubi hanya menggeleng laju.

“Jeritan siapa tadi?”

Naeun, Youngji dan Yubi mendongak pandang Baekhyun dan Choa yang berada di tingkat atas. Mereka serentak menggeleng.

“Aku dengar seseorang menjerit. Kenapa?”

Baekhyun dan Choa menoleh belakang lihat Jackson yang berlari menghampiri mereka.

“Hyung, siapa yang menjerit?” kelihatan pula Jungkook yang terkejut dari lorong sebelah.

“Semua orang berkumpul di ruang tamu” Baekhyun memberi arahan tegas.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Jonghyun menekan pedal brek dan memberhentikan kereta. Dia menegakkan leher sedikit ke hadapan untuk melihat jelas keadaan di depan. Tidak berpuas hati, Jonghyun bangkit keluar dari perut kereta.

Berkerut kening anak muda itu melihat keadaan di hadapannya. Jambatan yang sepatutnya elok boleh dilalui kini sudah tiada. Jonghyun bergerak ke hadapan beberapa langkah dan menunduk sentuh tanah yang berwarna hitam.

“Apa yang berlaku? Kebakaran? Letupan?” tanah yang disentuh digeselkan di hujung jari. Jonghyun mula kehairanan. Dia kembali berdiri tegak dan memandang villa yang kelihatan kecil di hujung jambatan. Malang dia tidak dapat ke sana kerana jambatan yang sepatutnya menghubungkan ke kawasan villa tersebut sudah tiada. Jonghyun pula tidak yakin untuk menyeberangi gaung curam di depannya.

Matahari sudahpun terpacak atas kepala dan tiada angin sejuk yang meniup untuk menyejukkan. Pandangan Jonghyun penuh persoalan. Anak muda itu kembali masuk ke dalam kereta semula dan mencapai beg laptop yang diletak di bawah tempat duduk penumpang sebelah.

“Mesti ada sesuatu berlaku di sana” getus hati Jonghyun resah sambil menghidupkan komputer riba miliknya. Penghawa dingin yang terpasang dalam kereta sedikit sebanyak menghilangkan bahang musim panas. Jonghyun memandang lima titik merah yang berkelip-kelip yang tertera pada skrin laptopnya.

“Telefon mereka dimatikan tapi nombor mereka masih aktif dalam kawasan villa tu. Itu maknanya mereka masih berada di sana. Tapi kenapa dimatikan? Kenapa aku tak dapat hubungi mereka?” Jonghyun menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mula rasa tidak sedap hati. Baekhyun dan yang lain sepatutnya sudah pulang semalam atau pun pagi ini tetapi mereka masih belum pulang. Lebih merisaukan apabila Jonghyun langsung tidak dapat menghubungi mereka.

Kemudian kedengaran bunyi enjin kereta yang semakin dekat. Sebuah kereta diberhentikan berdekatan kereta Jonghyun. Lelaki itu pun keluar untuk melihat.

“Kenapa ni? kenapa tak boleh lalu?” Pembantu Kwok kehairanan melihat gaung di hadapan yang menghalang jalannya, berbeza dengan apa yang dinyatakan dalam alat GPS kenderaannya. Kemudian Pembantu Kwon melihat seorang anak muda tersandar pada pintu kereta berdekatan.

“Nak ke villa sana?” soal Jonghyun sambil mengerling keadaan Pembantu Kwon yang kemas dengan suit hitam yang formal. “Kenapa pula Kumpulan Kim nak ke sana? Apa urusan kumpulan yang kaya ni dengan villa Chiyaki tu?”

Pembantu Kwok memberi tunduk hormat sebelum menjawab, “Sebenarnya saya risau dengan tuan muda yang masih tidak pulang. Dia pergi ke villa sana beberapa hari lepas dan saya tidak dapat menhubunginya. Saya ada jejaki nombornya dan ia masih aktif di kawasan villa sana”

“Kenapa pula tuan muda Kumpulan Kim pergi ke Villa Chiyaki tu?” Jonghyun bertanya lagi sebelum dapat menangkap sesuatu. “Takkan dia pun dapat surat merah tu juga?”

“Tuan muda bersama kawan-kawannya pergi sana atas urusan kelab universiti. Boleh saya tahu, encik ni siapa?” tutur kata Pembantu Kwon penuh hemah dan beradab.

“Kim Jonghyun. Presiden kelab Sherlock, sebuah kelab penyiasatan di Universiti Seoul” Jonghyun memperkenalkan diri seraya menunduk hormat lelaki yang dipercayai lebih berusia darinya itu. “Ahli kelab saya pun berada di sana dan masih belum pulang”

Jonghyun kemudian memandang semula rumah agam yang kelihatan usang itu. Bukan kelab Sherlock sahaja yang dapat surat merah itu? berapa orang lagi berada di sana? Adakah komunikasi mereka dikawal? Kenapa sampai sekarang mereka masih belum pulang? Apa yang Baekhyun buat di sana? Namjoo dan Naeun bagaimana? Jungkook pula? Adakah Yubi mendatangkan masalah?

Jonghyun diselubungi pelbagai persoalan yang menemui jawapan buntu.

“Apa saya boleh saya panggil encik?” Jonghyun bertanya kepada lelaki yang bekerja dengan Kim Suho itu.

“Pembantu Kwok. Saya merupakan pembantu peribadi Tuan Muda Kim Suho”

“Saya perlukan bantuan awak. Boleh awak sediakan tiket penerbangan yang paling cepat untuk ke Unites States?”

“Untuk apa?” Pembantu Kwon tanya berterus terang.

“Untuk selamatkan tuan muda awak dan ahli kelab saya. Kita perlu siasat mengenai pemilik villa tu, iaitu Keluarga Chiyaki. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dan mungkin ada kaitan dengan surat merah yang diterima”

"Apa kata kalau kita ke seberang sana sekarang? saya akn sediakan helikopter" Pembantu Kwok melontarkan idea. gerak hatinya juga tidak sedap dan dia sanggup buat apa sahaja demi Tuan Muda Suho.

"Tak. Tak boleh. Kita tak boleh datang tanpa persiapan" laju Jonghyung meningkah. 

"Tapi, itu cara paling cepat. saya bimbang kalau.."

"Kita tak tahu apa berlaku dalam villa sana, dan kita tak boleh datang dengan tangan kosong. kita mesti cari tahu siapa pemilik villa ni, dan kaitan kes Chiyaki Errie. Sebelum berperang, kita mesti sediakan senjata. setidaknya kita perlu cari tahu siapa dalang di sebalik semua ni." Jonghyun meningkah berani dan yakin. 

 

>>>>>>>>>>>>>> 

Wajah masing-masing dipalit kerisauan juga ketakutan. Walaupun hari masih siang, mereka bagaikan pesalah yang dikurung dalam bilik gelap. Tempat asing bernama Villa Chiyaki itu seolah tidak mengalukan kedatangan mereka, seperti tidak menghargai mereka semua.

“Macam mana ni? Namjoo dah hilang” Yubi mencapai pegang tangan abang kembarnya, menyatakan kerisauannya yang turut dialami sama oleh semua orang.

“Dia tak hilang. Dia masih ada dalam rumah ni, cuma disembunyikan oleh pengirim surat merah tu. Aku bimbang kalau dia dicederakan atau apa-apa yang berlaku padanya” balas Baekhyun lemah. Dia rasa terbeban sebagai seorang ketua yang harus menjaga semua ahlinya dan maruahnya turut tercabar apabila salah seorang ahlinya sendiri yang hilang.

“Betul tu. Namjoo masih berada dalam rumah ni sebab tiada jalan keluar lain selain jambatan tu kan” Jungkook pula berkata-kata dalam suasana suram itu.

“Kenapa Namjoo?” soal Choa pula. Dia langsung tidak menduga akan berlaku sesuatu pada gadis yang kelihatan kental itu. Sangkanya jika berlaku sesuatu, Naeun akan menjadi mangsa pertama, namun sangkaan itu meleset.

Masing-masing diam tidak dapat menjawab soalan Choa.

“Kris, kau betul tak nampak Namjoo pergi mana? Atau siapa bawa dia?” Jackson pula menanyakan kepada Kris.

“Aku kan dah cakap, aku dengan dia tengah menyelongkar biliknya kemudian aku pergi ke bilik sebelah iaitu bilik Youngji melalui bilik air. Bila aku kembali ke biliknya, Namjoo dah tiada” bersungguh Kris menjawab. Jackson mengangguk mempercayai kata-kata Kris.

“Masa kau ke bilik Namjoo tu, kau dah dengar bunyi jeritan tu belum?” soal Baekhyun pula yang kebetulan duduk berhadapan dengan lelaki tinggi itu.

“Tak. Aku kembali semula ke bilik Youngji kerana aku sangka Namjoo sudah ke sana melalui jalan lorong tapi Namjoo tiada. Lepas tu baru aku dengar jeritan seseorang dan terus aku datang sini bila dengar kau suruh semua berkumpul di ruang tamu”

“Kau pula? Kau berada di mana semasa dengar jeritan tu?” Baekhyun mengalihkan pandangannya pada Suho yang berdiri belakang sofa.

“Aku?” Suho kemudian melirik pandang Yubi sebelum menjawab, “Aku ke tandas masa tu. Tandas di tingkat bawah”

“Jackson pula?”

“Yah, aku kan bersama dengan kau, Choa dan Jungkook di ruang makan” ujar Jackson sedikit kasar. Entah kenapa dirasakan Baekhyun cuba menghentamnya pula.

“Masa bunyi jeritan tu, hanya aku dan Choa yang berada di ruang makan” balas Baekhyun serius. Nadanya, pandangan matanya tidak ubah seperti seorang polis yang menyoal suspek bersalah.

“Hmmmm, rasanya aku di tandas masa tu. Tandas tingkat atas” jawab Jackson masih tidak berpuas hati dengan Baekhyun yang berlagak seperti ketua yang tahu segalanya.

“Naeun, Youngji, ada Jungkook datang ke dapur tolong korang?”

Kedua-dua gadis itu saling berpandangan sebelum serentak menggeleng. Jungkook tertunduk sambil menggigit bibir.

“Saya tak pergi ke dapur. Sebenarnya saya ke bilik Chiyaki Errie. Saya ingat nak siasat dan cari, mungkin ada lagi barang milik Chiyaki Errie yang disembunyikan dalam bilik tu” Jungkook menjelaskan perkara sebenar. Hatinya dijentik rasa bersalah kerana berbohong awal tadi.

“Yubi, masa kau di ruang tamu, ada kau nampak sebarang kelibat yang mencurigakan? Atau sesiapa yang berkelakuan aneh?” adiknya sendiri juga tidak terlepas dari soal siasat Baekhyun. Anak muda itu bersungguh seperti detektif.

Yubi diam berfikir sebelum menggeleng. Tercetus rasa takut dia melihat riak serius pada wajah Baekhyun. Dia tahu bila abangnya itu mula serius, tiada siapa harus cari pasal atau buat silap dengannya.

“Apa yang kau fikirkan Baekhyun?” Naeun pula bertanya. Dia tahu pasti ada sesuatu yang difikirkan oleh timbalan presiden Kelab Sherlock itu. Setiap soalan itu pasti ada maknanya.

“Kita ramai. 10 orang. Ya, rumah ini mungkin besar tapi tak mungkin kita tak dapat mencari seseorang yang bertanggungjawab atas semua ini iaitu pengirim surat merah tu. Namjoo hilang tapi takkan seorang pun tak nampak bagaimana dan siapa yang menyembunyikan Namjoo? Dia menjerit bermakna dia memberontak dan takkan tiada siapa nampak?” Baekhyun bersuara tegas.

“Mungkin sebab pengirim surat tu licik” Yubi pula mencelah, niatnya untuk membantu tapi ditingkah oleh Baekhyun.

“Tak. Pengirim surat tu pasti dibantu oleh seseorang. Orang itu adalah salah seorang daripada kita 9 orang”

Masing-masing terkejut dengan kata-kata Baekhyun. Kepercayaan mula goyah dan keraguan mula menebal.


*Sunbae/Sunbaenim= senior
Apa pendapat korang? adakah betul apa yang dikatakan baekhyun? dan kalau betul, agak siapalah yang Baekhyun maksudkan tu?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe