Kai

Dilarang Masuk

 

Namjoo menutup pintu dengan perlahan dan mengatur langkah ke ruang tamu. Peristiwa malam tadi masih terbayang jelas dalam benak fikiran dan bunyi letupan yang didengari malam tadi memberi impak dalam diri Namjoo. Gadis itu kental dan sedar bahawa semua yang berlaku, bukan mainan mimpi tapi putaran realiti. Sedang gadis itu menuruni tangga, anak matanya beralih kepada dua kelibat di ruang tamu.

“Naeun” Namjoo memanggil, melajukan langkahnya menuruni tangga.

“Yang lain mana?” soalnya sambil melilau sekeliling.

“Mereka keluar pergi tengok jambatan yang meletup malam tadi” Suho menjawab setelah mendapati Naeun diam tidak menjawab soalan Namjoo.

“Oh yeke. Naeun, jom pergi tengok” gadis itu mengajak, sudahpun berada di tangga terakhir, tetapi langkahnya terhenti. Melihat pandangan mata Naeun.

“Naeun~” Namjoo cuba memanggil tapi gadis yang duduk atas sofa itu tetap diam tidak menyahut.

Suho turut kehairanan, memandang gadis yang duduk bertentangan di hadapannya itu. Naeun duduk dalam posisi tegak, pandangan matanya kosong tidak menoleh pandang Namjoo.

“Saya rasa baik awak pergi dulu. Mungkin Naeun tak sedap badan” Suho berkata kepada Namjoo, sedikit rasa simpati. Namjoo menarik muka, bergerak ke pintu utama, melewati kedua-dua Suho dan Naeun. Terjentik hatinya apabila dilayan dingin oleh Naeun. Kenapa? Namjoo mula berbolak-balik, otaknya ligat memutar kembali peristiwa malam tadi sehingga pagi tadi, mencari andai ada terselit kesalahan dilakukan yang mungkin menggores perasaaan Naeun. Namjoo buntu.

Menyarung kasut, perlahan Namjoo menapak ke tanah yang masih lembap dibasahi air hujan malam tadi. Sesuatu mengganggu perasaannya. Pandangan mata Naeun.

“Naeun, awak tak nak keluar tengok? Awak rasa tak sihat?” Suho bertanya, masih kehairanan dengan sikap Naeun yang kelihatan dingin kaku. Langsung tidak bersuara.

“Help me” kemudian satu suara kecil keluar dari mulut gadis itu.

“Eh?’

“Help me” ujar gadis itu, memandang tepat mata Suho.

“Apa yang help me? Awak ada masalah?” Suho mengeluarkan tingkah prihatinya. Namun dia berasa sedikit kekok.

Gadis itu tidak menjawab sebaliknya mengangkat tangan, menunjuk ke arah kanan. Mata Suho turut melirik sama.

“Suho”

Tumpuan Suho dan gadis itu terganggu. Lantas Suho berpaling semula ke arah tangga.

“Mana Baekhyun? Di bilik tiada, di ruang makan pun tiada. Awak ada nampak dia?”

Suho tersenyum apabila orang ditunggu-tunggu akhirnya muncul. Matanya tidak lepas memandang Yubi dan terlupa akan permintaan gadis di hadapannya. “Dia keluar pergi tengok jambatan yang meletup malam tadi. Awak nak pergi tengok sekali?” Suho mengangakt punggung dari kusyen empuk di ruang tamu itu, bergerak menghampiri Yubi di hujung anak tangga.

“Naeun, nak pergi sekali dengan kami?” Yubi mengajak gadis yang tidak berganjak dari tempat duduknya. Sama seperti Namjoo, gadis itu juga tidak memberi balas kepada Yubi.

“Namjoo dah ajak dia tadi tapi nampaknya dia tak nak berganjak dari situ” Suho berkata perlahan, membisik pada Yubi. Dalam diam, tangannya mencapai tangan gadis itu dan dalam tidak sedar, Yubi mengunci jarinya dalam genggaman Suho. Mereka menyarung kasut dan menapak ke kawasan luar.

“Teruknya” komen Yubi sebalik melihat dua buah kenderaan yang semalam masih elok cantik tetapi hari ini sudah menjadi besi buruk yang berbau asap. “Habislah Baekhyun. Apa dia nak jawab dengan papa nanti” tambahnya sambil mengeluh.

“Kenapa? Tu kereta papa awak?”

“Bukan. Tapi Baekhyun sewa kereta tu bawah nama papa. Kereta tu sahaja pun dah mahal, mana Baekhyun nak cari duit untuk bayar ganti rugi nanti. Jumlahnya lagi mahal, macam beli kereta baru” Yubi mengeluh lemah lalu menjelaskan. Dia dapat bayangkan wajah bapanya yang garang memarahi. Sifat garang tersebut diwarisi oleh Baekhyun. Yubi berasa seram sejuk membayangkan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Namjoo cuba untuk tidak memikirkan hal Naeun itu. Dia berlari ke arah Baekhyun dan Jackson. Mereka kelihatan berkumpul di depan jambatan. Semakin dekat, semakin Namjoo dapat melihat keadaan jambatan tersebut.

“Baekhyun, macam mana?” Namjoo menepuk bahu timbalan presiden kelab Sherlock itu.

“Macam yang kau lihat” Baekhyun menyilang tangan di dada. “Jambatan ni memang langsung tak dapat digunakan lagi. Kalau nak tunggu ia dibaiki pun, mungkin ambil masa berbulan-bulan. Kita kena minta bantuan udara. Mustahil untuk kita seberang gaung ni”

Namjoo memincingkan mata, melihat ke arah seberang, hujung permulaan jambatan. “Penduduk kampung mesti ada buat laporan polis kan? Letupan malam tadi kan kuat”

“Aku tak tahu tapi kawasan villa ni sedikit terasing jauh dari kawasan kampung. Aku bimbang kalau mereka tidak dengar bunyi letupan tu atau mungkin mereka dengar tapi mereka tidak mahu mempedulikan” Jackson pula menambah.

“Jangan risau. Nanti kita akan hubungi polis dan Jonghyun. Dia pasti akan hantar bantuan kepada kita” Namjoo kelihatan tenang berbicara sebelum anak matanya menyinggah pada seseorang.

“Naeun?”

Naeun menoleh apabila Namjoo memanggil namanya. Berkerut dahi Namjoo kehairanan. “Naeun?” panggilnya sekali lagi.

“Kenapa?” Naeun turut kehairanan melihat riak wajah temannya itu. Sekali dia mengerling lihat jika ada apa-apa aneh pada dirinya.

Namjoo diam. Seingatnya tadi, Naeun masih berada di ruang tamu bersama Suho. Ketika tadi, Naeun yang langsung tidak menjawab Namjoo, duduk kaku di sofa sepatutnya masih berada di ruang tamu. Macam mana gadis itu boleh berjalan laju sampai ke kawasan tersebut tanpa disedari Namjoo.

“Kenapa?” Naeun mengulang tanya, kali ni nadanya sedikit ditekan.

“Macam mana kau boleh sampai sini? Tadi.. dengan Suho, di ruang tamu” Namjoo seperti tidak keruan, kalut.

“Namjoo, kau ok?” Baekhyun bertanya sambil meletakkan telapak tangannya di dahi Namjoo. “Naeun datang sini bersama aku dan Jackson tadi”

“Aku ok” Namjoo menepis tangan Baekhyun, sedikit rasa jengkel. Jantungnya berdegup laju bagaikan penat berlari. Perasaannya seperti sakit hati rasa tertipu. Namjoo keliru. Kalau Naeun sudah bersama Baekhyun dari awal lagi, jadi siapa yang berada di ruang tamu tadi?

>>>>>>>>><<<<<<<<<< 

Choa mengerling sekeliling sambil menggaru kepala. Adakah dia terlambat untuk sarapan? Choa mencari Jackson namun kelibat lelaki itu tidak dijumpai. Youngji dan Kris pula masih tidur. Suho juga entah ke mana. Dalam hati, Choa tidak sabar ingin mengetahui rancangan Jackson dan Baekhyun, dan paling penting Choa ingin pulang cepat.

Choa bergerak menuruni tangga ke tingkat bawah, ingin ke dapur, mencari sesuatu untuk mengalas perut. Gadis istimewa itu menelan air liur apabila anak matanya menyinggah pada kelibat sesuatu di ruang tamu. Mereka saling bertentangan mata.

“Kau!” Choa terperanjat lalu mengalihkan pandangannya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan makhluk tersebut.

“Kau bukan Naeun kan? Kenapa kau muncul kat sini, kalau mereka nampak kau, mesti mereka ingat kau tu Naeun” Choa menunduk. Kakinya perlahan menuruni satu persatu anak tangga. Dia dapat rasakan renungan daripada makhluk tersebut.

“Help me” gadis di atas sofa itu bersuara.

Choa menggigit bibir, masih tidak berani mengangkat muka. “Aku boleh nampak kau tapi tak semestinya aku boleh tolong kau. Aku bukan bomoh. Aku tak reti nak tenangkan roh hantu yang tak tenteram jadi jangan minta tolong daripada aku. Aku tak reti buat semua tu” ujar Choa jujur.

“Help me. Let me free” kedengaran esakan gadis yang tidak memijak lantai itu. Cecair merah mengalir dari tubir mata. Perlahan-lahan Choa mengangkat muka.

“Kau Chiyaki Errie ke? Apa yang kau nak aku tolong? Aku tak reti sebab aku bukan bomoh” terbit rasa kasihan juga takut melihat makhluk itu mula menangis. “Im sorry”

>>>>>>>>>>>>>>> 

“Apa awak tengok?” Suho bertanya. Anak matanya melirik sama, mendongak pandang ke arah villa tersebut.

“Jungkook ada beritahu saya, dia perasan yang villa ni kelihatan seperti tiga tingkat di luar tapi bila masuk dalam, hanya ada dua tingkat iaitu tingkat atas dan bawah. Saya rasa apa yang Jungkook cakap tu betul, cuba tengok atas bilik yang ada balkoni tu. Ada tingkap atasnya yang saya rasa mungkin bilik di tingkat tiga. Lagi satu, kenapa hanya ada satu bilik yang ada balkoni?” jelas Yubi memandang rumah agam yang kelihatan lama dan usang dari luar.

Pelbagai persoalan yang tidak diingini bermain dalam fikirannya. Yubi cuba bersikap untuk tidak ambil peduli dan membiarkan Baekhyun uruskan semuanya namun dia tidak boleh memaksa fikirannya sendiri.

“Bilik yang ada balkoni tu sebenarnya bilik Chiyaki Errie. Bilik tu besar sikit dari bilik-bilik lain” Suho pula memberitahu maklumat tersebut kepada Yubi. Mungkin semua ahli kelab Sherlock juga masih tidak tahu maklumat tersebut.

“Macam mana awak tahu?” Yubi mengalihkan pandangannya kepada anak tunggal keluarga Kim itu.

“Sunbaenim!”

Yubi dan Suho menoleh pandang ke arah suara tersebut serentak. Choa yang baru keluar dari pintu utama, melambai ke arah pasangan tersebut.

“Kau baru bangun ke?”

Choa tidak menjawab, hanya tersenyum sambil menggosok belakang leher. Sebenarnya dia ingin bertanya kepada dua orang itu, adakah mereka terserempak dengan ‘Naeun’ di ruang tamu namun soalan itu dihadam dalam senyuman mereka.

“Choa! Suho! Yubi!”

Mereka bertiga segera menoleh apabila mendengar suara Jackson memanggil. Jackson, Baekhyun, Namjoo dan Naeun berjalan menghampiri mereka. Choa memandang ke arah Naeun dan teringat akan kelibat di ruang tamu. Choa berharap makhluk tersebut sudah tidak munculkan diri kerana Choa yakin yang Naeun pasti belum bertemu makhluk tersebut. Kemudian Choa perasan akan riak wajah Namjoo yang kosong.

“Macam mana keadaan jambatan tu?” Suho bertanya. Jari-jemari Yubi masih tidak dilepaskan. Lelaki itu tidak menyedari akan sepasang mata yang merenung tindakannya tajam. Baekhyun menjeling Suho. Aneh kerana lelaki itu memegang tangan adiknya mesra. Nalurinya sebagai abang terjentik.

“Its over. Jambatan tu langsung tak boleh digunakan lagi. Semua gara-gara letupan malam tadi. Kita kena cari jalan keluar lain” bersungguh Jackson memberitahu sambil membuat riak wajah ketakutan.

“Kita kena tunggu pihak polis datang selamatkan kita. Baekhyun, kau dah beritahu Jonghyun?” Yubi bertanya kepada abang kembarnya itu.

“Kita ada masalah besar” Naeun mencelah. “Laptop aku dan Jungkook hilang. Sama dengan tablet milik Jackson. Semua alat komunikasi kita ada, dirampas. Aku rasa pengirim surat tu curi masa kita semua tengah tidur malam tadi”

“Kenapa pula dia nak rampas alat komunikasi kita?” Choa bertambah kehairanan. Kedengaran keluhan dari Suho, juga masih tidak memahami apa sebenarnya kehendak pengirim surat itu. Jackson menjungkit bahu sambil mengipas baju tee nya. Matahari sudahpun naik menegak.

“Tapi kenapa pula kau pegang tangan adik aku” soal Baekhyun sambil menjeling Suho. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar pendek paras lutut yang dipakai.

Laju Yubi meleraikan ikatan tangan Suho dan ketawa kecil. Kedengaran kekok buat mereka yang mendengar. Suho sedikit terkejut.

“Ha. Ha. Ha. Ha. Tadi Suho pegang aku. Sebab dia takut kalau aku jatuh. Tanah kan licin. Hujan malam tadi. Mujur ada Suho. Ha. Ha” ujar Yubi sambil menepuk bahu Baekhyun. Naeun menutup mulut dalam menahan ketawa. Lucu hati melihat gelagat Yubi yang ‘kantoi’.

“Rasanya elok kalau kita bincang di dalam, lagipun cuaca makin panas di luar ni” Namjoo bersuara memberi cadangan sebelum beredar awal. Naeun memandang belakang badan Namjoo yang beredar dan merasakan Namjoo sedikit aneh pada pagi itu.

“Lets go” Jackson mengajak semua orang.

>>>>>>>>>><<<<<<<< 

Tali kasar membelit kuat kedua-dua tangan dan kaki gadis itu. Pakaian seragam pembantu rumah masih tersarung di badannya. Matanya pula terpejam rapat, tidak sedarkan diri. Mulut Choi Eun Hee diikat tutup dengan pita pelekat kerana dibimbangi dia akan menjerit jika tersedar nanti. Kemudian badan gadis itu diangkat dukung, dipangku atas bahu seorang lelaki. Lelaki itu mencari tempat yang sesuai untuk menyembunyikan Choi Eun Hee.

>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<< 

Masing-masing mengambil tempat di ruang makan setelah berehat selama 30 minit dalam bilik.

“Alat komunikasi kita dah dirampas, jalan keluar utama pula dihalang. Kita kena cari jalan keluar lain dari tempat ni” Jackson memulakan, lagaknya seperti ketua di situ.

“Sebelum tu, kita kena cari gadis pembantu rumah ni dulu. Sejak malam tadi, selepas ‘blackout’, kita semua dah tak nampak kelibat dia.  Dia mesti tahu kawasan villa ni dengan baik dan mesti ada jalan keluar lain selain melalui jambatan semalam. Disebabkan jambatan tu dah meletup, maknanya dia masih ada dalam rumah ni. Tetapi, jika dia tiada dalam rumah ni, itu membuktikan yang dia keluar melalui jalan lain selain jambatan tersebut. Jadi, kita perlu mencari jalan keluar lain yang digunakan.” Jelas Baekhyun panjang lebar. Youngji, Choa, Jackson dan Suho sedikit kagum dengan cara pemikiran timbalan presiden Kelab Sherlock itu.

“Selain Choi Eun Hee, kita juga kena cari pengirim surat merah tu. Saya yakin dia masih berada dalam rumah ni. Lagipun, Kris hyung pernah terserempak dengan pengirim surat tu. Saya nak tahu, apa kesalahan dalam deduksi kes yang kita nyatakan” tambah Jungkook pula. Wajahnya nampak tekad untuk berjumpa dengan pengirim surat tersebut.

“Aku tak nampak muka dia sebab keadaan masa tu gelap. Aku Cuma nampak dia keluar dari bilik Choa” Kris menjelaskan keadaan sebenar. Seketika dia memegang kepalanya yang terasa sakit.

“Lagipun Choi Eun Hee ada beritahu yang gerak geri kita diperhatikan tuan mudanya. Jadi kalau kita dapat berjumpa dengan tuan mudanya, mungkin dari situ kita boleh tahu jalan keluar yang lain” Naeun pula menambah ideanya.

“Jadi, sekarang ni kita kena cari pengirim surat merah tu?” Youngji bertanya, enggan berasa terpinggir dari perbincangan tersebut. Jackson mengangguk jawab.

“So, kita bahagi tugas. Separuh cari di luar dan separuh lagi di dalam villa. Mungkin ada bilik tersembunyi yang mana bilik rahsia pengirim surat tu” ulas Jackson seolah memberi kesimpulan.

“Saya ada soalan nak tanya” tiba-tiba Choa mengangkat tangan. Pandangannya tepat ke arah Jungkook yang berada di hadapan bertentangannya.

“Gadis Jepun tu, dia mati ketika umur berapa?”

“Chiyaki Errie? Dia mati ketika berumur 17 tahun” Baekhyun menjawab dengan tenang.

“Ahh~ dia reti berbahasa Korea? Maksud saya, dia faham tak bahasa kita?” soal Choa lagi, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan mereka.

“Kenapa awak tanya macam tu?” Baekhyun tidak menjawab sebaliknya mengajukan soalan.

“Mungkin dia tahu sikit-sikit. Villa ni kan kat Korea, jadi mesti ada masa terluang yang dia dengan keluarga dia balik Korea” celah Yubi memandai.

“Dia berasal dari Jepun dan membesar di Los Angeles. Bahasa utamanya ialah Jepun dan Inggeris. Tak pasti kalau dia ada belajar bahasa Korea atau pun tidak, sebab dalam keluarga dia tiada sebarang pertalian dengan orang Korea. Villa ni pula dibina di Korea atas tujuan pelancongan” ujar Naeun, sedikit menjelaskan.

Jackson diam berfikir. Dia meneka mesti ada sesuatu yang Choa cuba sembunyikan.

“Kita tak boleh buang masa, baik kita bahagikan kumpulan sekarang”

“Yah, aku lapar” Kris merungut. Yang lain turut tertunduk, mengangguk.

“Kita tiada pilihan lain selain masak sendiri” tutur Baekhyun lemah, turut sama berasa lapar.

“Saya boleh masak untuk semua orang tapi saya perlukan seorang pembantu” ujar Youngji pula sambil menoleh pandang Choa yang berada di sebelahnya. Berharap yang gadis itu sudi membantunya.

“Saya boleh tolong” Naeun mengangkat tangan, menawarkan diri untuk jadi pembantu Youngji. Walaupun hampa, Youngji masih tersenyum membalas.

“Ok. Naeun dan Youngji boleh ke dapur dan sediakan makanan tengahari kita. Kris dan Namjoo pula cari di bahagian dalam villa manakala Suho dan Yubi cari di bahagian luar. Aku, Baekhyun, Choa dan Jungkook pula akan teruskan siasatan terhadap kes 3110 tu” Jackson menetapkan kata putus.

Baekhyun agak terpinga dengan keputusan yang memandai diberikan oleh Jackson. Nama-nama yang disebut Jackson mula beredar menjalankan tugas, Baekhyun hanya menjeling pandang Suho yang berjalan seiringan Yubi semasa keluar dari ruang makan tersebut.

“Sunbae, kenapa saya pula?” soal Choa yang terkejut ketika namanya disebut Jackson untuk menjalankan tugas yang bukan bidangnya.

“Kenapa kita nak bincang mengenai kes tu lagi? Aku rasa itu tak penting buat masa ni. Yang penting ialah kita kena cari jalan keluar dari sini” Baekhyun berkata dalam nada tenang sedangkan hatinya berbolak-balik antara perasaan risau dan takut.

“Kenapa pula tak penting? Kau tak nak tahu ke kenapa malam tu, kita dikatakan salah?” Jackson bersuara dalam nada serius membuatkan Choa fikir yang lelaki itu tidak berada dalam mood main-main.

“Saya pun nak tahu kenapa andaian kita dikatakan salah” tambah Jungkook sebelum menunduk apabila dijeling oleh Baekyun.

“Jadi, apa teori andaian kau malam tu?” Soal Baekhyun, memandang tepat mata Jackson yang duduk bertentangan depannya. Jarak mereka dipisahkan oleh meja makan.

“Chiyaki Errie bunuh Yamada Sora sebab dia disuruh” Jackson membuka mulut, memulakan.

“Disuruh? Oleh siapa?” serentak soalan Baekhyun dan Jungkook, sedikit terkejut kerana apa yang dinyatakan oleh Jackson berbeza dengan mereka.

“Siapa lagi kalau bukan Yamada Sora sendiri. Ya. Chiyaki Errie bunuh kawan baik dia atas permintaan kawannya itu sendiri. Yamada Sora merupakan kawan baiknya jadi dia akan buat apa sahaja demi rakannya itu. Mungkin Yamada Sora suruh Chiyaki Errie bunuh dia sebab dia tak tahan hidup di buli di sekolahnya. Kemudian Chiyaki Errie rasa menyesal dan sedih apabila Yamada Sora dah mati dan membunuh dirinya sendiri pula”

“Kau tahu apa senjata yang digunakan oleh Chiyaki Errie untuk bunuh Yamada Sora?”

Jackson diam sebelum menggeleng perlahan. “Aku tak tahu pula”

“Bantal” Jungkook menjawab.

Choa hanya diam mendengar perbualan tersebut, dan lansung tidak berani mengeluarkan bunyi.

“Betul tu. Bantal. Polis sana mendapati kesan pergelutan berdasarkan air liur mangsa yang ditemui pada bantal. Itu membuktikan yang mangsa bergelut untuk selamatkan diri dari terus sesak nafas ditekup bantal oleh pembunuhnya. Rasanya itu dah cukup untuk meningkah kesimpulan kau. Kalau dia suruh orang bunuhnya, kenapa dia harus bergelut? Dan kalau betul pembunuh tiada niat nak bunuh mangsa, kenapa dia tak lepaskan mangsa ketika mangsa bergelut? Jadi, pembunuh iaitu suspek utama Chiyaki Errie memang ada niat untuk membunuh Yamada Sora, bukan disuruh”

Jackson menelan air liur, rasa terpukul dengan Baekhyun yang berani menyatakan kesimpulannya salah. Malah penjelasan Baekhyun pula dirasakan betul. “Ahh~ begini caranya ahli kelab Sherlock berfikir” monolog Jackson dalam hatinya.

“Tapi aku ada bukti yang kami jumpa”

“Bukti apa?”

“Diari Chiyaki Errie”

Jungkook dan Baekhyun saling menukar pandangan. Terkejut.

“Mana kau dapat diari tu? Kau yakin diari tu milik Chiyaki Errie?” soal Baekhyun membuak ingin tahu. Riak wajahnya yang tenang tadi berubah terkejut. Posisinya tadi yang bersandar pada kerusi, terus ditegakkan.

“Di bilik Chiyaki Errie. Saya yang jumpa diari tu. Diari tu penuh dengan tulisan bahasa Jepun” akhirnya Choa bersuara. Dia sedar yang dia bertanggungjawab membawa keluar diari tersebut.

Jackson mengeluarkan diari yang tadi disorokkan di bawah meja. Diletakkan atas meja, ditunjukkan depan Baekhyun dan Jungkook. Anak muda dari Universiti Seoul itu mencapai diari tersebut. Diari yang kelihatan lama tidak terusik. Batangnya berhabuk dan helaian kertasnya juga mulai kekuningan. Baekhyun membuka belek diari itu tapi sayangnya dia tidak memahami kandungannya.

“Kau boleh baca tulisan Jepun?” soal Baekhyun kepada Jungkook apabila melihat lelaki junior di sebelahnya itu kelihatan khusyuk membaca diari yang diberikan Jackson tadi.

“Sedikit. Saya baru hafal dalam seratus lebih tulisan kanji jadi saya boleh baca ayat yang ditulis dalam diari ni”

“Baca la, mesti kau akan perasan nama Sora kerap kali disebutkan sebagai kawan baiknya, malah ada puisi megenai Sora (Langit) yang ditulis. Itu menunjukkan betapa dia menghargai kawannya itu. Malah ada ayat yang dia tulis, dia sanggup buat apa sahaja permintaan kawannya itu”

“Kalau dia sayangkan kawan dia, kenapa dia bunuh Sora?” Baekhyun mengeluarkan persoalan yang utama.

“Tapi siapa Kai ni?” tiba-tiba Jungkook bertanya, jarinya menunjukkan kepada perkataan Kai yang tertera dalam diari tersebut. Jackson bangun berdiri dan menbongkokkan sedikit badan untuk melihat perkataan yang Jungkook nyatakan.

“Kenapa?” soal Baekhyun tidak mahu ketinggalan sebarang maklumat.

“Nama Kai sering kali disebutkan. Saya rasa Kai ni mungkin teman lelakinya” jelas Jungkook.

“Chiyaki Errie ada teman lelaki?” Jackson kelihatan bingung.

Baekhyun diam sambil cuba mengingat berita-berita mengenai gadis itu yang dibaca di internet. Seingatnya tiada teman lelaki mahupun lelaki bernama Kai yang disebut oleh pihak polis mahupun wartawan.

“Ok. Kalau kau cakap teori aku memang salah, jadi apa pula yang kau dan ahli kumpulan kau laporkan malam tu?” Jackson kembali ke topik asal mereka. Perasaan tidak puas hati masih berbaki.

“Chiyaki Errie bunuh Yamada Sora sebab dia tidak sanggup melihat kawan baiknya dibuli setiap hari”

Jawapan Baekhyun membuatkan Jackson dan Choa bingung tidak memahami.

“Maksudnya?” Choa memberanikan diri, bertanya.

“Yamada Sora merupakan mangsa buli di sekolah. Ada berita tempatan menyiarkan pihak saksi berkata yang Chiyaki Errie langsung tidak membantu Yamada Sora ketika dibuli”

“Kenapa pula? Sora kan kawan baik dia, jadi kenapa dia tak tolong?”

“Takut” jawab Baekhyun ringkas. Jungkook kelihatan masih membelek diari yang dipegang dan membiarkan Baekhyun yang menjelaskan kepada Jackson dan Choa.

“Chiyaki Errie takut dan dalam masa sama kasihan melihat Sora dibuli. Dia tidak menolong kerana bimbang dirinya turut sama dibuli. Sampai satu tahap dia membunuh Sora sebab tidak mahu melihat kawannya itu dibuli lagi. Kemudian dia menyesal dan bunuh diri.”

“Choa, tanya Chiyaki Errie,betulkah apa yang Baekhyun cakapkan tu”

Choa, Jungkook dan Baekhyun terkejut dengan kata-kata Jackson.

“Apa kau cakapkan ni? tanya Chiyaki Errie?” berkerut dahi Baekhyun kehairanan.

“Sunbaenim, apa yang sunbae maksudkan? Macam mana nak tanya orang yang dah mati?” ketar suara gadis itu apabila ditenung tajam oleh senior yang duduk di sebelahnya.

“Kau” Jackson merapatkan wajahnya pada muka Choa sambil merenung tajam “ dapat rasa ‘semangat’ dalam villa ni kan? Kau jumpa hantu Chiyaki Errie kan?”

“Macam mana tahu?”

“Sebab kau tanya soalan tentang bila perempuan tu mati. Itu maknanya kau ada nampak hantu perempuan dalam lingkungan umur belasan kan. Bahasa pula, sebab hantu tu bercakap dalam bahasa yang kau tak faham kan?”

Choa mengeluh perlahan, menjauhi wajah Jackson dan mengangguk. “Betul. Saya rasa hantu tu ialah Chiyaki Errie”

“Hantu Chiyaki Errie? Semangat? Apa semua ni?”

Jungkook dan Baekhyun memandang kedua-dua Jackson dan Choa dengan hairan dan meminta penjelasan.

“Choa ni, dia merupakan seorang yang sixth sense dan adakalanya dia boleh melihat semangat ghaib yang kadangnya kita sendiri tak boleh nampak. Dia nampak hantu seorang gadis, dan mungkin hantu tu ialah roh Chiyaki Errie yang dah mati tu” jelas Jackson.

Meremang bulu roma Baekhyun mendengarnya lantas memandang gadis berambut pendek itu. Padanlah gadis itu selalu senyap dan kelihatan misteri. Timbul persoalan dalam hatinya, tidakkah Choa takut apabila diberi kelebihan tersebut?

“Awak yakin ‘hantu’ yang awak lihat tu ialah Chiyaki Errie?” Jungkook bertanya, menyebut perkataan hantu dengan sedikit perlahan seperti membisik. Sesekali dia mengerling sekeliling.

“Saya pun tak pasti. Tapi saya rasa hantu tu seperti meminta tolong. Dia asyik sebut ‘help me’” Choa berkata jujur memberitahu. Riak wajah Baekhyun dan Jungkook seperti tidak mempercayai kata-kata gadis itu.

“Hantu minta tolong? Macam mana kita nak tolong dia?” kata-kata Jungkook seperti memerli Choa.

“Apa semua ni? kita datang sini bukan sebab nak tolong hantu. Kita datang nak selesaikan kes 3110 tu, dan sekarang ni kita kena cari pengirim surat merah tu. Jangan nak merepek dengan kisah hantu” Baekhyun seperti naik berang. Dia bangkit berdiri sambil menjeling Jackson.

“Apa kata kita tolak dulu cerita hantu tu” ujar Jungkook memandang wajah Choa kasihan. “Kita selesaikan masalah utama dulu iaitu cari pengirim surat merah tu dan ketahui apa salahnya teori andaian kita kemudian cari jalan untuk keluar dari sini”

“Ada satu lagi” Baekhyun menambah. “Kai, kita mesti cari tahu, siapa Kai ni, dan mungkin dia ada kaitan dengan pembunuhan Yamada Sora”

“Kai” Jackson mengulang sebut nama tersebut.


*Sunbae/Sunbaenim= Senior
*Sora dalam bahasa Jepun bermaksud Langit
*Hyung= Abang (Panggilan bagi lelaki)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe