Chiyaki Errie ちやき えっり

Dilarang Masuk

Chiyaki Errie ちやき えっり

Jantung Suho berdegup kencang dipengaruhi emosi tubuh badan. Bulu romanya berdiri tegak. Makhluk yang menyerupai perempuan itu bergerak menuju tempat Suho berdiri. Anak muda itu tergamam tidak ada kekuatan untuk melarikan diri atau menjerit.

“Haus~ nak air” kedengaran serak suara perempuan tersebut dan Suho tidak dengar dengan jelas pertuturannya.

“Si..si..si.siapa?” Suho bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

“Nak air juga” perempuan tersebut menyelak tepi rambut yang menghalang penglihatannya. “Baekhyun, nak air juga” ujarnya.

“Baekhyun?” Suho kehairanan.

“Eh, siapa tu?” Yubi meluaskan anak matanya.

“Ahhhhh!!” jerit mereka berdua serentak. Namun jeritan Suho pantas berhenti dan segera Suho menghampiri lalu menekup mulut adik kembar Baekhyun itu.

“Jangan bising. Yang lain masih tidur”

Membulat mata gadis itu terkejut sebelum mengangguk- ngangguk dengan perlahan. Suho kemudian melepaskan tangannya.

“Siapa awak? Manusia atau bukan manusia? Awak pengirim surat merah tu?” Yubi bertanya sambil menelan air liur. Jantungnya turut berdegup laju kerana terkejut.

“Saya Suho. Salah seorang pelajar dari Universiti Henry yang datang bersama Jackson”

Kedua-dua mereka kemudian menarik nafas lega.

“Awak terkejutkan saya. Ingatkan tadi lelaki pengirim surat merah tu” luah Yubi masih menstabilkan nafas lalu mencapai cawan dan sebotol air mineral yang sudah tersedia atas meja.

“Eh, tu cawan saya dah…” belum sempat Suho menghalang, Yubi sudahpun meneguk minum menggunakan cawan yang sama.

“Hmmm? Cawan apa?”

“Takde apa. Memang saya ambilkan cawan tu untuk awak” Suho menipu kecil. “Awak turun ke dapur sendirian? Awak tak takut ke?” soalnya pula.

“Saya terlalu haus jadi terpaksa beranikan diri” jawab Yubi sambil meneguk tambah minuman. Tekaknya yang tadi perih kehausan kini lega dibasahi. Yubi tiba-tiba terpandang pantulan wajahnya melalui kaca cermin di kabinet dapur tersebut.

“Omo! Teruknya saya! Patutlah awak menjerit tadi. Saya nampak teruk, dah macam hantu” ujar Yubi sebaik perasan pantulan wajahnya melalui cermin tersebut. Rambutnya serabai dan mukanya sedikit pucat dek krim malam yang dipakai. Lalu Yubi mencebik memasamkan muka tapi tangannya masih ligat membetulkan keadaan rambut.

“Malunya, pelajar Universiti Henry lihat saya dalam keadaan sebegini teruk” Yubi menekup wajahnya menggunakan kedua-dua telapak tangan. Tidak berani mengangkat muka, malu menghadap Suho.

Lelaki itu tersenyum melihat telatah Yubi. “Bagi saya, awak masih comel”

“Maaf, tapi penipuan awak tak berkesan” ujar Yubi mengangkat semula wajahnya.

Suho menarik salah sebuah kerusi berdekatan dan melabuhkan punggung. Hatinya tercuit melihat telatah gadis itu.

“Yubi kan nama awak? Di Universiti Seoul, awak ambil kos apa?” Suho beralih topik, sengaja mahu mengajak Yubi bersembang.

“Saya? Saya berada dalam bidang kimia nuklear” Yubi cuba untuk senyum. Perlahan-lahan dia mengambil tempat di sebelah Suho.

“Awak?”

“Saya pelajar Media Komunikasi. More to sains sosial” jujur balas Suho. Anak muda itu dipersiapkan untuk menerajui syarikat keluarganya tetapi dalam bidang hiburan dan pemasaran.

“Awak memang minat dengan penyiasatan ke?” Suho bertanya lagi, kali ni memandang wajah gadis itu.

“Tak” Yubi menafikan laju. “Saya datang sini pun sebab Baekhyun”

Suho menunduk dan jari-jemarinya digenggamkan. “Dia nampak macam seorang teman lelaki yang baik dan caring”

Kemudian Yubi menunduk sama, disertai keluhan ringan. “Aku rasa nak umum kat satu dunia yang dia tu bukan boyfriend aku” gumamnya geram sambil menggigit bibir. “Dia bukan teman lelaki saya”

“Bukan?” Suho mengangkat muka, memandang semula Yubi.

“Awak nampak dia rapat dengan saya, layan saya dengan prihatin, ambil berat terhadap saya. Ya. Itu semua sebab dia abang saya. Kami adik beradik kembar, saya lahir hanya lambat 10 saat daripada dia. Dia yang paksa saya datang sini sebab dia dah janji nak jaga saya sepanjang cuti musim panas ni” jelas Yubi teliti. Muak juga dia perjelaskan kepada setiap orang yang salah anggap tentang hubungannya dengan Baekhyun.

“Ah~ begitu ke?” Suho kembali senyum. “Saya dah salah faham ni”

Yubi mengangguk-ngangguk.

“Mujurlah. Maknanya saya masih ada peluang kan?” Suho menongkat dagu, memandang tepat anak mata gadis itu. Sebenarnya saat mereka berjumpa petang tadi, Suho sudah lama menetapkan pandangannya terhadap gadis itu. Namun sangkanya Yubi adalah kekasih Baekhyun, maka Suho tidak berani mengambil langkah berani menyapa Yubi.

Tidak semena-mena wajah Yubi naik merah, malu. “Ah! Saya haus lagi” Yubi laju bangkit dan mencapai air minuman. Tidak sanggup bertentangan mata lama-lama dengan lelaki tersebut.

“Hmmm, jadi Suho, awak pula? Awak minat bidang penyiasatan ni?” Yubi cuba untuk menarik semula Suho ke topik asal.

“Sebenarnya saya, Kris, Choa dan Youngji pun sama macam awak. Kami datang sini atas tawaran Jackson. Dia yang bersungguh untuk kes kali ni”

“Ah~ patutlah sebelum tidur tadi, macam-macam Youngji tanya saya. Dia pun macam saya, tak faham sangat apa yang perlu disiasat. Tapi awak jangan risau. Baekhyun, Naeun, Namjoo dan Jungkook merupakan ahli aktif dalam kelab Sherlock. Mereka pasti tahu apa yang perlu disiasat. Malah Baekhyun sendiri pegang jawatan sebagai timbalan presiden dan ada pengalaman selesaikan banyak kes”

Suho diam mengangguk.

“Baekhyun ambil bidang sains forensik. Dia sebenarnya bercita-cita nak jadi polis tapi gagal masa ujian kelayakan sebab tak cukup syarat dalam ketinggian masa tu. Jadi dia atasinya dengan belajar sains forensik. Katanya dia nak jadi polis bidang forensik. Dia nampak lembut tapi sebenarnya dia sangat garang. Saya paling takut kalau dia naik marah.” Tambah Yubi lagi, bersungguh menceritakan perihal abangnya.

Suho melirik wajah Yubi sedang gadis itu tekun bercerita panjang lebar. Hatinya berdetak kecil. Bibirnya tak henti mengulumkan senyuman.

“Oh ye, awak masuk kelab apa lagi di universiti Henry?” soalan Yubi menhentikan lamunan Suho yang angau.

“”Hmm, banyak juga. Kelab memanah, kelab kuda, kelab polo, kelab golf”

“Cuba awak teka saya aktif dalam bidang apa” telatah Yubi mnghilangkan rasa bosan dan mengantuk yang Suho rasa awal tadi. Suho diam berfikir sebelum menggeleng, tidak dapat meneka. Otaknya terlalu malas untuk mengerah urat-urat fikiran pada lewat malam itu.

“Kelab renang!” Yubi menjawab persoalannya sendiri. “Saya sangat aktif dalam kelab renang dan banyak kali mewakili universiti dalam acara renang. Saya pernah juga bercita-cita nak jadi perenang kebangsaaan tapi papa saya larang, katanya jadi atlet tiada masa depan yang cerah. Kecewa juga tapi saya tak pernah berhenti berenang. Oh! Awak nak tahu tak, saya pernah pergi jumpa tukang tilik, katanya orang yang mempunyai jodoh kuat dengan saya ialah orang yang mempunyai unsur air sebab saya ialah unsur tanah. Saya rasa kaitan saya dengan air terlalu rapat” Yubi tekun bercerita sebelum dia berhenti apabila Suho ketawa kecil.

“Awak nak tahu sesuatu fakta?” soal Suho masih ketawa.

“Apa?” Yubi berwajah naif dan keliru.

“Saya unsur air” balas Suho berhenti ketawa dan tersenyum lebar.

Yubi terdiam menahan malu. “Sa.. sa.. saya rasa dah lewat ni. Saya nak masuk tidur dulu” gadis itu laju mengelak daripada bertentang mata dengan Suho. Merah wajahnya masih belum pudar.

“Saya hantar awak balik ke bilik” Suho berkata sambil bangkit berdiri dari tempat duduknya.

Mereka berjalan seiring ke tingkat atas tapi langkah Yubi lebih laju daripada Suho.

“Yubi” Suho menyambar tangan Yubi sebaik tiba di depan pintu bilik gadis tersebut. “Saya ada peluang kan?”

Hati Yubi mula berbunga-bunga. Jantungnya berdegup laju dan anak matanya tidak keruan menahan perasaan malu. “Saya cuma nak ingatkan yang Baekhyun tu terlalu protective terhadap saya. Jadi selamat maju jaya” ucap Yubi perlahan melepaskan tangannya daripada genggaman Suho.

“Oh! Naeun?” Yubi terpandang kelibat seorang perempuan berjalan laju melintasi depan lorong bilik tersebut. Dari rambut yang panjang dan ketinggiannya, Yubi menyangka gadis yang berpakaian putih itu ialah Naeun.

“Naeun?” Suho turut menoleh pandang tetapi hanya lorong kosong yang kelam memandangnya semula. Dia tidak melihat mana-mana orang atau Naeun yang melintas kawasan tersebut.

“Mungkin dia ke dapur untuk minum air juga” Yubi mengeluarkan andaian sendiri. Suho hanya mengangguk.

“Saya masuk tidur dulu. Selamat malam” ucap Yubi dengan suara yang sengaja dimanjakan sebelum menutup pintu biliknya.

Suho berjalan kembali ke biliknya, dia memandang sekeliling, cuba mencari kelibat Naeun yang Yubi lihat tadi tapi tidak menjumpai sesiapa pun.

>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<< 

“Hyung~ bangun”

“Baekhyun hyung, dah lewat pagi ni. Bangun sarapan” Jungkook menggoncang badan teman sebiliknya yang masih enak melayan perasaan mengantuk.

“Dah pukul berapa?” soal Baekhyun dalam kelopak mata separuh terbuka.

“Hampir jam 9” balas Jungkook seraya melirik jam di tangan. Ketiadaan telefon bimbit untuk dijadikan penggera jam menyebabkan tidur mereka masing-masing terbabas. Malah mereka juga kepenatan kerana perjalanan yang jauh mencari villa tersebut semalam.

“Kau pergi dulu. Tolong kejutkan Namjoo, Naeun dan Yubi sekali” ujar Baekhyun sambil mengosok matanya. Rambutnya kelihatan serabai dan wajahnya suram. Sempat Baekhyun mejeling ke luar tingkap melihat sinaran cahaya musim panas yang menyinari cerah. Kakinya dirasakan sedikit sengal lenguh.

Jungkook beredar meninggalkan Baekhyun yang sedang mengemas diri. Anak mudai itu tidak terus ke dewan makan tapi singgah di lorong kedua untuk kejutkan Naeun, Namjoo dan Yubi seperti yang diingatkan oleh Baekhyun. Di depan lorong, Jungkook terserempak dengan Youngji yang baru sahaja keluar dari bilik.

“Selamat pagi” sapa Jungkook mesra yang dibalas oleh Youngji.

“Jackson dah bangun?” soal Youngji tiba-tiba sebelum Jungkook mengjungkit bahu, menyatakan yang dia tidak tahu tentang Jackson.

“Takpe, saya pergi tengok dia dulu” Youngji lalu meluru ke bilik Jackson.

Jungkook mengetuk pintu bilik Yubi beberapa kali sebelum gadis itu menjengah di muka pintu.

“Selamat pagi Jungkook. Baekhyun suruh awak kejutkan saya bukan?” ujar Yubi sambil melangkah keluar. Dia sudah menganggak sama ada Jungkook atau Baekhyun sendiri akan datang memastikan dirinya sudah bangun.

“Naeun Namjoo?”

“Mereka dah siap awal. Rasanya mungkin mereka sedang bersarapan”

“Noona boleh tidur lena malam tadi?” soal Jungkook cuba mengelakkan situasi kekok dengan adik Baekhyun itu.

“Macam mana boleh tidur lena kalau asyik fikirkan pasal kes 3110 tu. Jungkook, awak tahu apa-apa pasal kes tu? Ada Baekhyun beritahu pasal apa-apa maklumat penting?” riak Yubi jelas menunjukkan yang dia buntu mengenai kes yang diberitahu malam tadi.

“Baekhyun hyung ada cakap nanti kita akan berkumpul dan berbincang bersama jadi noona tak perlu risau, tapi”

“Tapi apa?”

Langkah mereka berdua yang perlahan itu terhenti di tengah-tengah lorong. Yubi menantikan Jungkook untuk menghabiskan ayatnya tadi.

“Noona tak rasa pelik?”

Yubi memandang Jungkook dengan pandangans serius. Ketinggian mereka hampir sama. “Pelik macam mana?” Yubi bertanya.

“Villa ni besar, ada banyak bilik tapi kenapa hanya satu bilik yang ada balkoni? Cuba noona tengok kesan cat di dinding villa ni. Ada yang berbeza ton warna, seolah ada sesuatu yang diletakkan di dinding dengan lama tapi kini telah dialihkan. Kenapa ia dialihkan? Tak nak kita nampak? Yang paling saya pelik ialah tiada satu pun gambar keluarga Chiyaki dalam rumah ni baik di ruang tamu atau bilik-bilik. Seolah sengaja disembunyikan. Lagi menghairankan saya ialah keadaan villa ni sendiri. Kalau dilihat dari luar, villa ni kelihatan seperti tiga tingkat tapi bila kita masuk dalam, hanya ada dua tingkat dan tiada tangga untuk ke tingkat tiga”

Yubi diam memikirkan hujahan Jungkook yang panjang lebar.  Tercetus rasa kagum terhadap lelaki muda itu kerana mampu berfikir pada perkara-perkara yang Yubi sendiri langsung tidak perasan.

“Macam mana awak boleh perasan semua tu?”

“Sebenarnya..”

Jungkook berhenti apabila melihat kelibat Choa yang lalu di depan lorong, melintasi mereka berdua.

“Ah~ itu Choa. Youngji kata dia memang tak banyak cakap dan special sikit” ujar Yubi selamba.

“Special?” riak wajah Jungkook lagi bertambah hairan.

Yubi hanya mengjungkit bahu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Setelah selesai sarapan, Baekhyun memanggil Yubi, Naeun dan Namjoo berkumpul bersama Jungkook di biliknya. Mereka memulakan perbincangan mengenai kes 3110 yang pengirim surat merah itu mahu mereka siasat.

“Namjoo, apa teori kau?” Baekhyun menyoal Namjoo yang pertama kerana gadis itu kebiasaanya bijak mengeluarkan teori yang dapat merungkai persoalan ramai. Berdasarkan pengalaman Baekhyun bekerjasama dengan gadis itu, selalunya Namjoo tidak pernah salah.

“Aku rasa kes 3110 ni ada kaitan dengan anak perempuan keluarga Chiyaki ini iaitu Chiyaki Errie. 3110 tu merujuk kepada tarikh sebenar kematiannya iaitu dua hari sebelum pihak polis menemui mayat kedua-dua Chiyaki Errie dan kawannya.”

“Tunggu sekejap. Boleh tak jelaskan pasal Keluarga Chiyaki ni. Aku tak tahu apa-apa” Yubi mencelah, jujur menyatakan masalahnya.

“Kelurga Chiyaki merupakan pemilik sebenar villa ni. Mereka merupakan ahli perniagaan yang berjaya di Jepun dan mungkin mereka ada cawangan di Korea yang menyebabkan villa ni dibina. Pada 31 Oktober empat tahun yang lepas, di asrama Bloom di United States, anak perempuan mereka, Chiyaki Errie ditemui mati bersama rakan baiknya Yamada Sora. Chiyaki Errie mati bunuh diri dengan menggantung dirinya pada kipas dan pihak polis mengesahkan kematian Yamada Sora sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh Chiyaki Errie sendiri”

Baekhyun, Naeun dan Namjoo menganguk menyetujui apa yang dikatakan oleh Jungkook. Yubi pula sedikit terkesima mendengar cerita tersebut.

“Jadi dia bunuh diri selepas bunuh kawan dia? Kenapa?”

Jungkook diam sambil menggeleng kerana dia tidak mempunyai jawapan bagi soalan Yubi itu.

“Pihak polis pun tidak dapat kenalpasti kenapa dia bunuh Yamada Sora sedangkan menurut beberapa saksi yang merupakan pelajar sekolah tu, mereka berdua adalah kawan baik” ujar Baekhyun pula.

“Chiyaki Errie dan Yamada Sora, kedua-dua mereka merupakan pelajar yang berasal dari Jepun. Chiyaki Errie yang dilahirkan di Jepun, memang membesar di United States manakala Yamada Sora lahir dan membesar di Jepun tapi keluarganya memaksanya untuk menghabiskan pelajaran di United States. Ada khabar angin mengatakan yang Yamada Sora sering dibuli kerana dialek inggeris yang pelik, bercampur dengan dialek bahasa Jepun yang sememangnya sudah sebati dalam dirinya” tambah Baekhyun lagi, membuatkan Yubi akhinya jelas tentang keseluruhan cerita mengenai kematian gadis yang bernama Chiyaki Errie itu.

“Jadi kita kena siasat kes Chiyaki Errie ni? tentang kenapa dia bunuh diri dan kawannya?” Yubi cuba meneka.

“Mungkin” balas Baekhyun ringkas.

“Permasalahannya sekarang, identiti pengirim surat merah itu. Aku tahu dia ada dalam rumah ni, mungkin memerhatikan kita.” Baekhyun berkata-kata dalam nada resah dan tidak puas hati.

“Ada sesuatu yang berlaku dalam kes kematian Chiyaki Errie yang mungkin polis terlepas pandang atau salah menyebabkan pengirim surat merah tu tak puas hati dan mahu kita siasat semula” Naeun pula bersuara.

“Siasat semula? Tak puas hati?” soal Yubi berpinga-pinga.

Namjoo memandang Yubi kasihan. “Pihak polis di United States dah sahkan yang Chiyaki Errie adalah pembunuh Yamada Sora. Keluarga Chiyaki tidak dapat menerima hakikat tersebut dengan mudah. Ayahnya mati sakit jantung dan selang beberapa hari, ibu Chiyaki Errie ditemui mati akibat kemurungan melampau. Polis menutup kes tersebut tidak lama kemudian. Keluarga Yamada pula menuntut pampasan dalam jumlah yang sangat tinggi menyebabkan syarikat Chiyaki jatuh muflis. Peristiwa itu dianggap tragis menimpa keluarga tersebut. Malah saudara mara Chiyaki enggan mayat Chiyaki Errie dibakar dan mayatnya dikebumikan di luar kawasan perkuburan keluarga Chiyaki”

“Itu semua berlaku sebab dia dianggap sebagai pembunuh?”

Naeun dan Namjoo mengangguk.

Yubi lalu mengalihkan pandangan pada Baekhyun yang berdiri tegak di depan tingkap. “ Jadi apa lagi yang perlu disiasat? Bukankah pihak polis dah jelaskan semua?”

“Mungkin pengirim surat itu mahu kita siasat kenapa Chiyaki Errie bunuh kawan baiknya Yamada Sora dan betulkah dia adalah pembunuh” jelas Naeun lagi.

“Satu perkara yang misteri adalah…”

Pandangan Baekhyun, Yubi, Naeun dan Namjoo beralih tumpu kepada Jungkook.

“Mayat Chiyaki Errie hilang selepas dua hari dikebumikan”

>>>>><<<< 

“Jadi kita kena siasat kenapa Chiyaki Errie bunuh Yamada Sora? Macam mana kita nak siasat?”

Suho meraup wajah sendiri kemudian mendongak pandang Jackson yang tegak berdiri, melemparkan pandangan ke luar tingkap. “Adakah kita kena siasat dalam rumah ni? soalnya.

“Kenapa pula?” Kris membalas tanya.

“Telefon kita kan dirampas dan tu maknanya kita tak dibenarkan berkomunikasi dengan pihak luar. Ini kan Villa Keluarga Chiyaki, tentu ada kaitan dengan Chiyaki Errie tu, kalau tak, takkan kita ditempatkan di sini”

“Kau ingat pengirim surat merah tu bodoh ke? Mesti ada sesuatu yang dia rancangkan. Entah-entah dia sengaja nak uji kita” Kris meluruskan kaki di atas katil. Bantal yang digunakan oleh Jackson malam tadi digunakan buat alas diletakkan atas kakinya.

“Uji? Dia nak uji kita dengan kes ni? Maknanya dia nak kita siasat semula kes kematian Chiyaki Errie tu?” Youngji masih berteka-teki dalam dunianya sendiri. Dia bagaikan hanyut dan tidak memahami sepenuhnya kisah keluarga Chiyaki itu.

Choa yang tadi senyap mendengar, tiba-tiba bersuara “Chiyaki Errie tu, dia mati dalam rumah ni ke?”

Lantas semua pandangan beralih tumpu kepada gadis berambut pendek itu.

“Kenapa? Kau ada nampak semangat dia dalam rumah ni ke?” soal Jackson yang menyedari hakikat bahawa Choa merupakan gadis yang mempunyai deria rasa keenam.

Youngji memeluk tubuhnya, tiba-tiba merasa seram sejuk. Matanya melilau memandang sekeliling dalam bilik Jackson itu.

“Chiyaki Errie ditemui mati di asramanya, Bloom High School. Dah 8 tahun dia tidak pulang ke korea” Jackson menjawab soalan Choa tadi.

“Saya saja tanya sebab bilik yang saya tidur tu ialah bilik Chiyaki Errie” perlahan Choa memberitahu. Lututnya dirapatkan dan ditarik ke dada, Choa tidak berani mendongak.

“Patutlah kau nak tukar bilik semalam. Ada perkara pelik berlaku?” soal Suho sambil mendekati gadis itu yang duduk atas katil Jackson. Seluar pendek yang dipakai Choa menampakkan kepala lututnya.

“Bilik tu berhantu?” celah Youngji pula bertanya kepada Choa yang berada di sebelahnya.

“Mana ada hantu” laju Choa menggeleng. Hakikat yang dia nampak semangat seorang gadis di balkoni bilik tersebut ditelan hadam. Dia tidak mahu menakutkan kawannya dan dia juga tidak mahu fokus mereka menyiasat kes tersebut terganggu kerana semangat tersebut.

“Saya cuma ada jumpa sebuah kotak yang disimpan atas siling bilik air”

“Kotak? Siling bilik air?” Kris bertanya penuh minat. “Bilik tu ada ruang rahsia?”

“Saya tak tahu, tapi dalam kotak tu ada beberapa buah buku. Rasanya diari milik Chiyaki Errie” balas Choa jujur

“Diari?” serentak Kris dan Jackson bertanya. “ada kau jumpa gambar dalam diari tu?” Kris meluru ke arah Choa, bertanya sambil menggenggam tangan gadis itu.

“Gambar?” Choa terperanjat apabila diterkam sedemikian oleh Kris. “Saya tak buka. Saya ada selak beberapa helaian je sebab diari tu penuh dengan tulisan bahasa Jepun yang saya tak faham”

“Mana diari tu sekarang?” soal Jackson pula, tidak sabar.

“Dalam bilik saya, dalam almari”

Berderu Kris dan Jackson berlari ke bilik Choa meninggalkan Youngji, Choa dan Suho terpinga-pinga.

“Sejak bila Kris sunbaenim bersungguh dalam hal ni?” berkelip-kelip mata Youngji memandang ke arah pintu. Sekelip mata kelibat Kris dan Jackson hilang dari pandangan.

“Betul tu” Suho mengangguk. “Dia mesti takut dengan amaran malam tadi”

>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Mana kau tahu?” Baekhyun bertanya serius.

“Berita kematian Chiyaki Errie kan ditutup agar tidak memalukan keluarga sebab mereka malu dengan hakikat Chiyaki Errie adalah seorang pembunuh” tambahnya lagi.

“Itu khabar angin yang saya baca di internet” Jungkook menjelaskan sambil merendah diri. Diselubungi rasa bersalah pula kerana mengeluarkan pernyataan yang tidak mempunyai bukti.

“Ah~!” rungut Yubi sambil merebahkan badan atas katil Baekhyun. Tercetus rasa ingin tahu dalam dirinya tentang apa yang Baekhyun fikirkan sekarang ini. Adakah ia seronok? Matanya melirik pandang Namjoo, Naeun, Jungkook dan Baekhyun secara bergilir-gilir. Adakah  mereka seronok?

>>>>>><<<<<<<<< 

Mereka membuka kotak yang ditemui oleh Choa itu dan mendapati tiga buah buku yang dipercayai diari milik Chiyaki Errie tersimpan kemas.

“Ada apa-apa yang menarik? Dia tulis apa?” Suho bertanya kepada Jackson dan Kris yang leka membelek helaian demi helaian diari tersebut. Hanya mereka berdua yang memahami dan dapat membaca tulisan bahasa Jepun. Choa, Youngji dan Suho hanya termangu menunggu reaksi dua lelaki itu.

“Cuma diari kanak-kanak perempuan biasa” ujar Jackson meletakkan semula diari yang mana kulit depannya berwarna kuning dan diconteng dengan tulisan warna-warni menamakan Chiyaki Errie.

“Ada dia tulis mengenai Sora? Atau motif kenapa dia bunuh Sora?” Choa pula bertanya. Dia juga ingin tahu kandungan apa yang ditulis dalam diari tersebut.

“Dalam diari ni tiada. Mungkin masa ni dia tak berkenalan dengan Yamada Sora lagi. Diari ni ditulis ketika umur dia 15 tahun”

“Bila dia berkenalan dengan Yamada Sora?” Youngji pula ingin tahu.

“Tak pasti, mungkin masa dia berumur 16 atau 17 tahun.” Jawap Jackson lalu mencapai lagi sebuah diari. “Diari ni pula ketika umur 14 tahun, jadi memang tak akan ada kaitan dengan Yamada Sora”

Jackson memandang Kris yang leka membelek helaian demi helaian diari milik Chiyaki Errie di tangannya.

“Macam mana pula dengan diari tu? Ada kaitan dengan Yamada Sora? Mungkin dia ada dendam atau sebab tertentu kenapa dia bunuh Yamada Sora” ujar Jackson.

“Dia tak bunuh Sora!” Kris berkata dalam nada sedikit tinggi, mengejutkan Jackson.

“Macam mana Kris sunbaenim tahu?” Youngji berani meningkah tanya.

“Aku mengangak” suara Kris kembali mendatar. “Dalam diari ni, ada dia tulis tentang persahabatannya dengan Sora dan betapa dia sayangkan Sora sebagai seorang kawan. Lagipun berdasarkan apa yang aku baca, Chiyaki Errie ni seperti seorang gadis yang baik, ceria dan mentah yang mana tidak mungkin akan cederakan mahupun membunuh orang lain”

“Entahlah. Aku harap aku pun dapat baca diari tu” ujar Suho pula selamba. Kris kembali membaca diari tersebut dan yang lain kekal senyap.


 

Glosari kata:
Noona: Kakak (panggilan daripada lelaki)

*omo.. lebih 30 subbie.. domo arigatou! loves u!
*komen anda amat dihargai. setiap persoalan akan terungkai.. hehe.. nantikan bab seterusnya :D

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe