Pertemuan

Dilarang Masuk

Terkebil-kebil mata Youngji cuba membaca tulisan Jepun yang terpahat di pintu utama villa tersebut. Huruf-huruf Jepun yang kelihatan aneh itu tidak dapat dibaca walaupun ditulis besar dan jelas.

“Villa Chiyaki. Chi (ち) Ya (や) Ki(き). Tiga huruf dari tulisan hiragana” sampuk Kris dari belakang Youngji, memeranjatkan gadis itu.

“Kris Sunbaenim tahu baca tulisan Jepun?” soal Youngji namun tidak diendahkan sebelum kembali memandang huruf-huruf tersebut, mencari perkataan Chi Ya Ki yang Kris nyatakan. Youngji keliru.

Kris meluru masuk ke dalam rumah sambil menyeret sebuah bagasi kecil bersama. Baju tee yang dipakai sedikit kerumut dan seluar pendek yang dipakai menampakkan lutut. Jackson, Youngji dan Suho menuruti belakangnya.

“Selamat datang. Sila tunggu di ruang tamu dahulu” seorang gadis menyambut mereka di ruang tamu, lengkap memakai pakaian seragam orang gaji. Youngji mengerling sekeliling dan merasa seram sejuk, perasaan seperti tidak dialukan. Sekali sekala dia menjeling pandang Jackson dan ingin bertanya adakah lelaki itu turut merasakan perkara yang sama namun soalan itu dimatikan apabila Youngji dapat melihat keterujaan di wajah Wang Jackson.

Kris tanpa segan silu, duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu. Dua sofa panjang yang empuk tersedia juga sebuah meja kecil di antara sofa tersebut. Suho juga berbuat yang sama sebelum Jackson menariknya.

“Jom tolong aku angkat beg Youngji dan Choa”

Youngji keluar semula untuk mendapatkan Choa yang masih berada dalam kereta. Aneh kerana gadis itu masih enggan keluar.

“Choa, kenapa ni?” Youngji mengetuk cermin tingkap kereta dari luar. Choa kelihatan pelik. Youngji tahu yang Choa merupakan seorang gadis yang mempunyai sixth sense, di mana adakalanya dia dapat melihat perkara-perkara ghaib. Youngji juga tahu yang Choa merupakan seorang gadis biasa yang lemah. Youngji mula risaukan rakannya itu.

“Choa” Youngji memanggil lagi. Cermin tingkap lalu diturunkan dan Choa tersenyum tawar.

“Kau tak apa-apa? Kalau ada apa-apa, kau beritahu aku, atau Jackson. Jangan pendam sendiri” ujar Youngji yang berbunyi seperti nasihat jua amaran.

Suho membantu Jackson mengangkat bagasi dari but belakang kereta. Kemudian, sebuah pacuan empat roda muncul di perkarangan villa tersebut. Kereta tersebut berhenti hampir dekat dengan kereta Jackson.

“Siapa tu?” soal Suho memandang Jackson, namun anak lelaki Wang itu menggeleng dan menjungkitkan bahu.

“Eh, ada orang dah sampai? Jonghyun hantar wakil lain ke?” soal Namjoo dari dalam kereta apabila dapat melihat beberapa orang dan sebuah kenderaan yang tidak dikenali sudahpun berada di perkarangan rumah agam tersebut.

“Jonghyun tak cakap apa-apa pun” balas Baekhyun sambil memberhentikan kereta lalu mematikan enjin.

Suho, Jackson dan Youngji diam memerhatikan seorang demi seorang keluar dari kenderaan yang baru sahaja berhenti tadi itu. Tiada seorang pun yang dikenali lantas menimbulkan persoalan tentang tujuan kedatangan mereka.

“Excuse me but who are you?” Jackosn berlagak selamba mendekati Baekhyun dan bertanya.

Baekhyun diam seketika sebelum menjawab dalam bahasa korea “ Byun Baekhyun. Timbalan presiden Kelab Sherlock, Universiti Seoul”

“Ah~ kelab penyiasatan universiti yang terkenal tu” riak Jackson sedikit terkejut sebelum tersenyum. Pantas dia mencapai tangan Baekhyun dan memperkenalkan diri pula. “Wang Jackson. Presiden kelab penyiasatan Universiti Henry”

“Universiti Henry?” soal Namjoo dalam nada terkejut. Yubi, Naeun dan Jungkook juga saling berpandangan seolah tidak mempercayai apa yang didengari.

“Universiti swasta terhebat di Korea juga Asia Timur kan? Universiti Henry.” Ujar Jungkook.

Terjentik perasaan bangga dalam diri Jackson, Suho dan Youngji mendengar kata-kata Jungkook yang berbau pujian itu.

“Annyeonghaseyo” Youngji menunduk hormat. “Saya Heo Youngji”

“Oh! Annyeonghaseyo!” sapa Yubi ceria, tidak lupa memberikan tunduk hormat. “Saya Yubi, ini Naeun, Namjoo dan di sana Jungkook. Selamat berkenalan”

Naeun, Namjoo dan Jungkook tunduk serentak. “ Selamat berkenalan”

Baekhyun diam membaca situasi, tidak begitu menggemari sesi suai kenal tersebut. Lirikan pandangannya terhadap dua orang lelaki yang kelihatan memakai pakaian berjenama dan seorang perempuan yang tersenyum mesra itu penuh dengan keraguan. Baekhyun turut menjeling seorang perempuan yang diam berada dalam kereta. Perempuan yang berambut pendek berwarna kuning cerah itu juga turut menyebabkan Baekhyun tidak sedap hati. Kenapa mereka ke sini? Apa urusan pelajar universiti yang megah itu dengan villa tersebut?

“Korang mesti dapat surat merah tu juga kan? Maknanya, kita akan bergabung untuk selesaikan kes dalam villa Chiyaki ni kan? Awesome!” Jackson berasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan kelab penyiasatan yang terkenal. Nama kelab Sherlock bukan lagi persoalan dalam kalangan remaja yang meminati genre penyiasatan.

Kris yang berada dalam villa tersebut dapat mendengar bunyi seperti ramai orang ketawa. Lantas rasa ingin tahu membuak dan menyebabkan Kris melawan perasaan malasnya, lalu bangkit bangun.

“Siapa tu?” Kris bertanya sambil berdiri di muka pintu. seraya semua mata beralih fokus terhadapnya.

“Oh itu, Kris. Salah seorang ahli under aku” Jackson menjelaskan apabila dapat melihat riak Baekhyun yang penuh tanda tanya.

Perlahan-lahan Kris berjalan mendekati mereka. Terdapat beberapa wajah yang Kris sendiri tidak kenali tapi salah seorang dari mereka menarik perhatian Kris.

“Kris, ini Baekhyun, dari kelab Sherlock Universiti Seoul. Rasanya mereka pun dapat surat merah yang sama macam kita” Jackcson menjelaskan pula pada Kris.

“Awak…. Nama awak siapa?” Kris mengaju tanya terus.

“Yah, dia tanya nama kau” Namjoo menyiku lengan Naeun yang termangu seketika. Pana seperti melihat patung hidup berjalan mendekatinya.

“Naeun. Son Naeun” balas Naeun laju. Terperanjat apabila lelaki yang kacak seperti Kris bertanyakan namanya, juga seperti tidak dapat percaya  lelaki yang kelihatan seperti patung itu hidup.

“Son Naeun” Kris mengulang sebut nama itu dalam diam. Wajah Naeun terpahat terus dalam ingatannya. Tidak semena-mena jantungnya berdegup kencang.

Dalam pertemuan itu, Choa mendiamkan diri dan tidak sedar dirinya ditenung Baekhyun. Pandangan Choa dicuri oleh sesuatu. Sesuatu yang Choa sendiri tidak pasti. Dia memandang ke arah balkoni sebuah bilik di tingkat dua villa tersebut. Kelihatan kelibat seorang seperti manusia atau lebih tepat seorang gadis berdiri di balkoni. Angin meniup lembut baju putih yang dipakai oleh gadis itu. Rambutnya panjang melindungi separuh wajah. Dia membalas pandangan Choa. Choa dapat melihat jelas mata merah gadis itu dan Choa tahu, gadis itu bukan manusia.

“Siapa dalam kereta tu?” Yubi bertanya apabila perasan akan seorang perempuan dalam kereta.

“Ah~ itu Choa. Salah seorang dari kami. Rasanya mungkin dia mabuk kereta jadi biarlah dia berehat sekejap” jawab Suho sambil membantu Yubi mengangkat barang masuk ke dalam rumah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Malam ni tepat jam 10, tuan muda ada sesuatu untuk disampaikan, jadi saya harap semua dapat datang makan malam di ruang makan tingkat 2 jam 9 malam. Sebelum saya terlupa, saya Choi Eun Hee, pembantu rumah ni. kalau ada apa-apa, boleh cari saya di bilik saya di lorong yang kelima tingkat 2”

Gadis pembantu rumah itu kelihatan sopan dan lembut. Diserahkan kunci bilik kepada setiap seorang setelah masing-masing memilih bilik di lorong yang dikehendaki. Di tingkat 2, terdapat 5 lorong. Lorong kedua menempatkan dua bilik yang dipilih oleh Namjoo, Naeun, Yubi dan Youngji. Choa dan Suho memilih bilik di lorong ketiga. Jackson, Jungkook dan Baekhyun pula di bilik lorong keempat. Lorong kelima dipilih oleh Kris, di mana biliknya bersebelahan bilik gadis pembantu rumah itu. Ruang makan pula berada di lorong pertama, berhadapan dengan tangga.

“Yubi” Baekhyun memanggil sambil menyambar tangan adiknya.

“Kau tak nak duduk sebilik dengan aku?” soalnya serius. Youngji yang berada di sebelah Yubi hanya diam memerhati.

“Tak nak. Lagipun Youngji pun tiada teman bilik nanti. Kau kan sebilik dengan Jungkook” balas Yubi sedikit membentak sambil melepaskan tangannya daripada genggaman Baekhyun.

“Aku risaukan kau je. Kalau ada apa-apa, terus beritahu aku” beritahu Baekhyun tegas.

“Teman lelaki kau nampak agresif” ujar Youngji setelah Baekhyun beredar meninggalkan mereka berdua. Yubi terus menapak masuk ke dalam bilik dan merebahkan diri di atas tilam yang terbentang bersih. Youngji dapat mendengar keluhan nafas Yubi.

“Dia bukan teman lelaki aku. Abang. Abang kembar. Kami adik beradik kembar” balas Yubi sambil menepuk kawasan sebelahnya, memberi isyarat mengajak Youngji baring bersama.

Youngji menyeret bagasinya ke sudut bilik sebelum mendekati Yubi. “Waa, abang kembar. Patutlah aku perasan muka korang berdua macam ada iras sedikit. Ini kali pertama aku jumpa kembar lain jantina. Daebak!”

Yubi hanya mampu tersenyum. Dia tidak tahu sama ada ingin menerima kata-kata Youngji itu sebagai pujian atau sekadar kata-kata mengambil hati.

“Seronok tak ada abang kembar? Mesti seronok kan kalau sambut hari lahir sama-sama. Kongsi cerita, kongsi pengalaman,” ujar Youngji. Nadanya kedengaran kesal.

“Kenapa? Youngji, kau ada abang?” soal Yubi dapat melihat riak sedih wajah Youngji.

“Aku anak tunggal. Tiada adik beradik. Hidup aku sunyi sedikit. Apa yang aku ada ialah kawan-kawan” jawab Youngji jujur, meraih simpati kawan barunya itu.

“Tak mengapa. Lagipun ada abang pun bukan seronok sangat” suara Yubi sengaja ditinggikan sedikit, menaikkan mood ceria sambil ketawa kecil.

“Oh ye, kenapa kawan kau yang seorang lagi tu tak nak sebilik dengan kau? Dia tak takut ke kalau duduk seorang diri?” tiba-tiba Yubi bertanya teringat ketika sesi pemilihan bilik tadi, Youngji membuat permintaan untuk sebilik dengan Yubi.

“Choa ke? Ah~ dia memang macam tu. Dia anti sosial sedikit dan dia lebih suka bersendirian. Dia bukan berani sangat pun, sama je macam dengan kita. Lagipun dia tu special sedikit.

“Special?” Yubi jadi tertarik untuk mengetahui kisah perempuan yang tidak banyak cakap itu.

“Nanti bila masa sesuai, aku cerita, tapi bukan sekarang. Nanti kau takut”

“Yubi! Youngji!” suara Namjoo yang memanggil memeranjatkan dua orang gadis itu.

“Eh, Namjoo, macam mana kau masuk ikut bilik air?” Yubi bertanya kehairanan melihat Namjoo yang muncul dari bilik air yang terdapat di bilik tersebut. Naeun mengekori Namjoo dari belakang.

“Bilik kita berkongsi tandas yang sama. Maka, aku boleh pergi ke bilik kau melalui tandas ni” jawab Namjoo merungkai persoalan Yubi dan Youngji.

“Yah, bilik kami bosan. Pemandangan kat luar tingkap pun hanya hutan hijau yang tebal. Tak cantik langsung. Menakutkan pun ada” ujar Naeun pula memberitahu.

“Bilik ni pun sama. Agaknya siapa yang dapat bilik yang ada balkoni tu ye” ujar Youngji pula seraya mencapai buka beg pakaiannya.

“Oi, kita datang ni bukan nak bercuti, tapi nak selesaikan kes” Namjoo menjeling Naeun. Gadis berambut panjang itu ketawa kecil sambil mencuit pinggang Namjoo. “Apa salahnya, kita dah datang jauh-jauh ni. sambil menyelam minum air”

Mereka berempat pecah ketawa sambil saling menyakat satu sama lain.

“Eh, aku rasa nak mandi dulu. Ada antara korang yang nak guna bilik air dulu?” soal Youngji setelah mengeluarkan tuala yang digeledah dalam beg tadi.

Yubi, Naeun dan Namjoo hanya menggeleng.

>>>>>>>>>>>>>> 

Choa membuka pintu menggunakan kunci bilik yang diserahkan oleh pembantu rumah tadi. Sebaik kunci berjaya dibuka, pintu ditolak perlahan-lahan. Sebuah bilik tidur lengkap mempunyai katil tilam, almari pakaian dan cermin juga rak merenungnya kembali. Choa menapak masuk dan mencapai tekan suis lampu yang berdekatan pintu. Bilik yang separuh gelap tadi bertukar cerah dan semuanya kelihatan jelas. Beg bagasi ditarik dan sebelum sempat Choa ingin merehatkan diri, matanya menangkap sesuatu. Langsir nipis berwarna biru muda bergerak-gerak ditiup angin malam dan melalui celahan langsir, Choa dapat melihat sudut balkoni dengan tingkap yang terbuka.

“Haish” Choa merungut lalu mencapai semula pemegang beg bagasinya. “Macam mana aku boleh malang sangat terpilih bilik ni pula” getus hatinya apabila teringat kelibat yang dia lihat petang tadi di balkoni tersebut.

“Kau nak pergi mana?” soal Suho sebaik sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya yang berada bersebelahan bilik Choa. Dilihatnya gadis berambut pendek itu seperti hendak keluar, bukan hendak masuk.

Langkah Choa terhenti apabila ditegur oleh Suho. “Err, saya rasa nak tukar bilik”

“Kenapa?” Suho bertanya lagi lantas mendekati gadis itu lalu membuka luas pintu bilik Choa. “Yah, bilik kau ada balkoni! Nak tukar?” Suho tersenyum sinis memandang Choa.

“Tak boleh! Suho sunbaenim tak boleh ambil bilik ni” tiba-tiba Choa bersuara tegas, mendepakan tangan menghalang Suho di depan pintu.

“Kenapa pula? Tadi kau cakap nak tukar bilik kan? Kita boleh tukar bilik” Suho mengundur beberapa langkah kebelakang. Senyumannya tadi bertukar kehairanan.

Choa diam seketika dan menggigit bibir. “Tak jadi. Batal. Saya tak nak tukar bilik. Saya nak bilik ni” ujarnya memandang senior kampusnya.

“Baiklah kalau macam tu” Suho mengalah juga malas memaksa. “ Bilik aku kat sebelah, jadi kalau kau perlukan apa-apa, boleh panggil aku. Youngji kongsi bilik dengan budak perempuan dari kelab Sherlock tu, bilik mereka di lorong kedua”

“Terima kasih sunbaenim” Choa cuba mengulum senyuman tapi hambar. Lalu dia menarik semula beg pakaiannya masuk ke dalam bilik dan menutup pintu rapat. Sebaik pintu tertutup, Choa bersandar di belakang pintu dan meluncur jatuh duduk dengan lemah. Kedua-dua telapak tangannya ditekan rapat dan digosok-gosok.

“Tolong jangan ganggu aku dan aku janji aku takkan beritahu mereka pasal kewujudan kau dalam rumah ni” rayu Choa sambil memejam mata.

“Choa shi” kedengaran suara Suho dan ketukan di pintu. Choa terperanjat kecil.

“Apa lagi sunbaenim?” jengah Choa di muka pintu tapi pintu tidak dibuka luas.

“Bilik kita berkongsi bilik air yang sama, jadi aku harap kau jangan lupa kunci pintu bila gunakannya.” ujar Suho ketawa kecil.

>>>>>>>>>>>>>> 

Usai siap, Baekhyun mengerling jam di tangan sebelum bergerak keluar dari bilik. Sangkannya semua orang sudah berkumpul di ruang makan. Baekhyun berjalan melewati ruang lorong yang menempatkan biliknya yang dikongsi bersama Jungkook dan juga bilik Jackson. Sepanjang kakinya melangkah, Baekhyun dapat melihat beberapa unsur dari negara Jepun terutamanya lantai kayu yang dipijak. Malah, Baekhyun perasan di dinding terdapat perbezaan warna cat, seperti ada potret yang tergantung lama di sepanjang dinding tapi kini sudah dialihkan. Baekhyun juga perasan bahawa tiada satu pun gambar keluarga Chiyaki yang digantung mahupun diframekan dalam rumah tersebut. Kenapa? Adakah sengaja ia disembunyikan?

Enggan terus melayan perasan, Baekhyun terus bergerak ke ruang makan. Di sana, Baekhyun mendapati Yubi, Youngji, Naeun dan Namjoo sedang menikmati makan malam mereka, manakala tempat duduk lain masih kosong.

“Yah, beraninya kau makan makanan yang orang tu bagi?” Baekhyun mendekati adik kembarnya yang sedang berselera menyuap makan stik daging itik.

“Kenapa?” Yubi terhenti dan menahan garpu yang mencucuk daging tersebut daripada memasuki mulutnya.

“Mana tahu kalau ia diletakkan racun”

Youngji turut berhenti makan dan menelan air liur, sedikit terkejut mendengar kata-kata Baekhyun. Dia mula rasa bimbang kerana sudahpun menghabiskan separuh daging stiknya.

“Tak mengapa. Aku dah periksa tadi. Tiada racun atau bahan yang berbahaya” Namjoo mencelah setelah melihat kegusaran di riak wajah Yubi dan Youngji. Dia tersenyum melihat Baekhyun yang suka mengusik adiknya.

“Lain kali periksa dulu sebelum makan. Kita datang sini sebagai penyiasat, bukan tetamu kehormat. Ingat, jadi penyiasat ni pegang banyak risiko jadi kita kena sentiasa berhati-hati” nasihat Baekhyun yang masih lagi berdiri di sebelah Yubi yang menyambung makan.

“Ah, I smell black pepper souce” Jackson berjalan masuk dengan gayanya yang tersendiri. Topi yang tertulis ‘babe’ dipakai dan dipusing kebelakangkan.

“Yah Heo Youngji. Kenapa kau duduk situ?” Jackson menegur Youngji yang duduk di antara Yubi dan Naeun. “Mari sini duduk sebelah aku. This is our line, that’s their line”

“Kenapa? Aku tak boleh duduk dengan mereka?” soal Youngji dengan pandangan naif.

“Maaf Youngji shi, malam ni kita akan berjumpa dengan pengirim surat merah tu, jadi saya rasa baik kita berada dalam kumpulan masing-masing” kata Baekhyun pula.

Youngji mencebik dalam diam dan mengangkat pingganya. Terkedek-kedek dia berjalan ke seberang arah meja, ke sebelah Jackson, bertentangan dengan tempat asalnya tadi. Baekhyun lalu mengambil tempat asal Youngji tadi. Aroma hidangan makanan mula meyucuk nafsu Baekhyun. Dia menelan air liur melihat daging stik yang digaul sos lada hitam di dalam pinggan Yubi.

“Aku dah lapar”

‘Bau stik yang sedap”

Suho dan Kris masuk ke ruang dapur serentak. Berbeza dengan gaya hip hop Jackson, mereka berdua mengenakan baju yang lebih kasual dan berjenama. Baekhyun rasa sedikit rendah diri dengan tshirt berkolar biasa yang dipakai. Choi Eunhee menghidangkan makanan buat mereka yang baru tiba. Jungkook tiba tak lama kemudian dan mengambil tempat di hujung. Tergesa-gesa dia membetulkan butang baju.

Choa merupakan yang terakhir sampai. Dia mengambil tempat yang disediakan di sebelah Youngji. “Maaf saya lambat dan saya minta maaf juga sebab tak perkenalkan diri tadi. Saya Park Choa, pelajar tahun satu, dan merupakan ahli biasa dalam penyiasatan Universiti Henry. Selamat berkenalan dan sila beri tunjuk ajar”

Selesai perkenalkan diri, Choa kembali duduk.

“Yah, kau dah kenal ahli kelab Sherlock dari Universiti Seoul?” soal Jackson kepadanya. Choa menggeleng perlahan.

“Di depan aku ni, Yubi, kemudian lelaki ni merupakan timbalan presiden kelab Sherlock. Nama dia Baekhyun. Gadis rambut panjang di sebelah dia pula Naeun, dan sebelah Naeun tu ialah Namjoo. Lelaki hujung tu pula ialah….” Jackson diam cuba mengingat semula.

“Jungkook. Jeon Jungkook” Jungkook membantu Jackson.

“Ha! Jungkook. Mereka semua pelajar tahun dua kecuali Jungkook”

“Selamat berkenalan” tunduk Choa sekali lagi tapi kali ni dalam keadaan duduk. Kemudian matanya teralih pada perempuan yang duduk berhadapan dengannya.

“Macam mana muka korang boleh sama. Oh my God~” gumam Choa perlahan lalu menundukkan pandangan.

“Apa kau cakap?” soal Suho perlahan. Choa hanya menggeleng.

20 minit berlalu dengan senyap dan kekok apabila masing-masing menumpukan pada makanan masing-masing. Hanya kedengaran detingan pisau dan garpu berlaga dengan pinggan kaca. Selesai makan malam, gadis pembantu rumah bernama Choi Eunhee datang membersihkan. Masing-masing tidak berganjak dari tempat duduk dan terus menunggu.

Selang beberapa minit, Choi Eun Hee melangkah masuk dan semua mata tertumpu padanya.

“Dia dah sampai?” laju Jackson bertanya kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan pengirim surat merah itu.

‘Maaf, tapi tuan muda suruh saya kumpulkan telefon bimbit anda semua dahulu” lembut bicara gadis pembantu rumah itu.

“Telefon bimbit? Kenapa?” Kris agak terkejut dengan permintaan tersebut.

“Maaf, tapi saya hanya menurut arahan. Sila letakkan telefon anda semua ke dalam bakul ni” sebuah bakul kecil lalu diletakkan atas meja.

“Cabut kad data memori” Baekhyun membisik perlahan pada Yubi. Gadis itu menoleh lihat dan perasan yang Naeun, Namjoo dan Jungkook sedang membuka telefon masing-masing di bawah meja.

“Kenapa?’ Yubi membisik tanya.

“Buat sahaja” tegas Baekhyun dalam senyap.

“Haish. Hell this” Kris merungut kasar apabila bakul tersebut sampai ke depannya. Perlahan-lahan dia memasukkan telefon bimbit kesayangannya.

“Jadi, bila kami akan berjumpa dengan pengirim surat tersebut?” seloroh Kris bertanya.

“Adakah kami tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa menyelesaikan kes yang akan diberikan nanti?” Namjoo mencelah tanya.

“Saya harap semua dapat bertenang dan tidak membuat kecoh” Choi Eunhee cuba menenangkan. Kemudian, tiba-tiba ruang makan tersebut menjadi gelap dan sebuah layar skrin diturunkan. Satu demi satu perkataan muncul di skrin tersebut dan dapat dilihat oleh semua orang.

‘SELAMAT DATANG KE VILLA CHIYAKI’

“Apa ni? mana tuan muda awak?” soal Jackson kehairanan juga geram. Dia teringin benar berjumpa dengan orang yang memberinya surat merah tempoh hari. Manakala ahli kelab Sherlock tenang tidak banyak bicara. Mereka sudah dapat mengagak bahawa orang yang bertanggungjawab mengirim surat merah itu tidak akan muncul dengan mudah. Mereka juga dapat mengagak yang pengirim surat pasti bersembunyi ketika ini sambil memerhatikan mereka.

Skrin bertukar latar dan perkataan baru muncul satu persatu.

“Untuk membuktikan kehebatan anda semua sebagai penyiasat muda, saya mengkehendaki anda semua menyiasat semula kes 3110. Esok malam pada waktu yang sama, anda semua harus menhantar laporan lisan mengenai kes tersebut. Choi Eunhee akan menguruskan dan memaklumkan perkara selanjutnya”

Sengaja Jackson membaca tulisan yang tertera supaya semua orang dapat mendengar.

“Apa maksud kes 3110?” soal Youngji berterus terang tidak mengetahui kes yang dinyatakan di skrin.

Skrin bertukar latar lagi dan tulisan baru muncul tapi kali ini dalam warna merah.

“Kalau anda gagal menyelesaikan…”

“Maut menanti anda” Baekhyun menghabiskan ayat yang Jackson tak mampu baca sampai habis.

Masing-masing pelajar Universiti Henry tergamam. Termasuk Yubi.

“Apa pula maksudnya ‘maut menanti anda’?” soal Yubi, mencuit tarik lengan baju Baekhyun.

Suho menelan air liur dan mula diselubungi perasaan menyesal dalam benak hatinya. Andainya dia menolak ajakan Jackson, tentu sekarang dia sedang bersantai atas kapal layar yang baru dibeli.

“. Ini semua merepek” sempat Kris selamba berkata sambil bersandar pada kerusinya.

Lampu kemudian dibuka semula dan jelas kelihatan kerisauan pada wajah masing-masing.

“Malam esok, tuan muda akan datang dan mendengar laporan setiap seorang. Jadi semoga berjumpa esok hari. Sarapan akan dihidang jam 8 hingga 9 pagi dan makanan tengahari akan siap jam 1” ujar Choi Eunhee sebelum meminta diri, meninggalkan ruang makan tersebut dengan para penyiasat muda.

“Jadi, apa patut kita lakukan?” Choa bertanya, memandang kiri kanannya.

“Kita datang sini sebagai penyiasat. Apa lagi patut kita buat selagi menyiasat. Ini kes pertama kelab kita jadi kita harus buat yang terbaik untuk harumkan nama kelab kita” Jackson membangkitkan semangat ahli kelabnya. Dia kelihatan bersemangat walaupun kecewa tidak dapat bersemuka dengan pengirim surat merah.

“Rasanya dah tiada apa-apa lagi. Aku minta diri dulu” Baekhyun lalu bangkit berdiri dan menyorong kerusinya semula.

“Yah tunggu aku” Yubi bangkit mengekori Baekhyun. Naeun, Namjoo dan Jungkook kemudian turut sama, menunduk meminta diri sebelum meninggalkan hanya ahli pelajar dari Universiti Henry di ruang makan itu.

“Jackson, apa rancangan kau? Kes apa yang kita kena siasat ni?” Suho mengerakkan badannya sedikit, menoleh tanya pada Jackson.

“Kau tak baca ke? Kan kita kena siasat kes 3110 tu” sahut Kris pula

“Kau tahu ke kes apa tu?” Suho berpaling pula ke arah Kris di sebelah kanannya, bertanya dalam nada sindiran.

“Kes kematian anak tunggal Keluarga Chiyaki ni” jawab Jackson sambil mendongak dagu dengan tangan.

“Mana kau tahu?” soal Choa pula, sedikit terkejut apabila mendengar perkataan kematian. Choa tiba-tiba rasa meremang bulu roma dan dapat merasakan renungan tajam daripada sesuatu makhluk lain dalam ruang makan tersebut.

“3110 tu ialah tarikh. Anak perempuan keluarga Chiyaki ni mati pada 31 Oktober. 3110.” balas Jackson dalam nada serius.

“Ada orang mati dalam villa ni ke?” soal Youngji takut. Dia mencapai dan menggenggam tangan Choa yang berada di sebelahnya.

“Kenapa dengan kematian anak perempuan Keluarga Chiyaki ni? Pembunuhan?” Kris turut sama berteka-teki. Masing-masing kelihatan serius.

“Choa, ada kau lihat ‘semangat’ dalam rumah ni? ada ‘semangat’ ahli keluarga Chiyaki yang berkeliaran dalam rumah ni?” soalan Youngji memeranjatkan Choa. Laju gadis berambut pendek itu menggeleng.

“Mana ada. Tiada! Tiada” bersungguh Choa menafikan.

>>>>>>>>>>>>>> 

“Pembantu Kwok”

“Pembantu Kwok, ambilkan saya air”

“Pemban…” Suho membuka mata dan merenung siling atasnya, kemudian baru menyedari persekitaran yang berbeza dari kebiasaan. “Ahh~ aku lupa, sekarang aku bukan kat rumah” lalu dia mengosok-gosok rambutnya sendiri. Serabut.

Suho bangkit dan bergerak keluar dari bilik. Tekaknya berasa haus dan didapati tiada peti sejuk kecil dalam bilik tersebut, berbeza dengan biliknya sendiri di rumah. Sejujurnya, Suho berasa sedikit takut untuk menapak keluar, bukan bimbang dimakan kegelapan, tapi takut andai bertentang mata dengan makhluk lain, makhluk yang dikatakan bukan manusia. Namun, gagahkan diri, Suho cekalkan semangat. Semangat anak jantan dalam diri. Suho melangkah ke dapur di tingkat bawah. Sengaja dia melajukan setiap langkah dan memandang lantai sahaja. Di dapur, Suho membuka peti ais dan mengeledah cari air minuman di sebalik stok makanan sejuk beku. Sebotol air mineral dikeluarkan, kemudian Suho mencapai cawan di kabinet dapur. Laju Suho meneguk minuman tersebut, menghilangkan dahaga yang mengganggu tidurnya tadi.

“Ahh~ haus”

Suho spontan berpaling melihat seorang perempuan berjalan ke arahnya. Rambutnya panjang dan serabai yang mana menutupi wajahnya. Keadaan dapur pula separuh kelam dengan hanya satu lampu yang dipasang hidup. Suho tidak dapat melihat wajah perempuan tersebut dengan jelas. Langkah perempuan tersebut juga tidak stabil terhuyung hayang.

Siapa dia?  Manusia atau bukan manusia?


 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe