“Sono toki wa, chanto sagae yo”

Dilarang Masuk

Langkah kaki kecilnya meninggalkan kesan dalam selimut salji yang dipijak. Perlahan-lahan dia mendekati seorang gadis muda yang leka membina orang salji berdekatan sebuah kolam.

“Hey” Kris menyapa budak perempuan itu.

“Kai!” Errie mendongak pandang Kris yang ketika itu berumur 15 tahun. Satu senyuman manis terukir di bibir saat melihat lelaki muda itu. “You came”

“I told you, my name is Kris, not Kai” kedengaran sedikit sombong dalam tutur Kris.

“But I wanna call you Kai. Kai is from the word ‘Akai’. Its means red” jelas Errie, bangkit bangun sambil menyapu buang tompokan salji pada lutut seluarnya. “Your favourite colour is red, right?”

“How did you know?” Kris memandang budak perempuan yang sama tinggi dengannya itu. Ini kali kedua mereka bertemu. Ibu bapa Kris sering bertemu dengan ibu bapa Errie,atas urusan perniagaan.

“Last time I saw you, you wore a red shirt. Today, you wear red hat, red shoes and your watch also in red. Its obvious” gadis itu tersenyum manis. Matanya sedikit sepet setiap kali dia senyum. Kulitnya cerah mulus dan anak matanya hitam pekat.

Kris hanya diam, tidak menafikan. Menyilangkan tangan di dada, Kris pura-pura tidak ambil peduli. Kemudian Kris memandang orang salji kecil yang dibina Errie sebentar tadi.

“Ugly” Kris menyepak, menghancurkan orang salji tersebut.

“Eh?!” Errie terkejut dengan tindakan anak muda itu.

“Errie, lets go play something else” ujar Kris selamba, tidak langsung rasa bersalah.

“Don’t want!” Errie mencebik, memasamkan muka sebagai tanda merajuk dengan tindakan Kris tadi.

“Come on~ lets play hide and seek” Kris mencapai pegang tangan budak perempuan itu, seraya memujuknya.

Errie mengeluh kecil. “Such a harsh boy” gumamnya perlahan. “Ok. I count to three, then you close your eyes. After you close your eyes, count back to ten before open your eyes”

Kris mengangguk.

“Ichi Ni San” Errie mengira dan perlahan-lahan Kris menutup mata.

“One Two Three….” Kris pula mengira. Errie laju mencari tempat untuk menyembunyikan diri.

“Ten” Kris membuka mata semula. “Errie, im coming” teriaknya mencari gadis itu.

Kai, mou ii yo. Yamete kudasai” (Kai, cukup-cukup lah tu, tolong berhenti)

Kris diam tidak membalas. Jantungnya berdegup kencang. Suara yang dirinduinya, memanggil namanya, bercakap dengannya.

Kai, yameru” (Kai, hentikannya)

Choa juga kaku, tidak menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri, sebaliknya masih tercegat di belakang Kris, berdiri memandang Chiyaki Errie.

“Sunbaenim, apa yang dia cakapkan?” soal Choa, ingin tahu apa yang Chiyaki Errie katakan.

Kris tidak membalas. Air matanya mengalir tidak henti. Lelaki itu lelah dan jatuh melutut ke lantai. Air matanya turut berjurai jatuh ke lantai. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan Kris ketika itu, melihat gadis yang dicintai yang sudah mati berada depan mata seolah masih hidup tapi Kris tidak dapat menyentuhnya mahupun mendekatinya.

Nakanaide” (Jangan menangis) ujar Errie lagi.

Kris tidak menyeka air matanya dan mendongak pandang Errie dengan wajahnya yang sembap dan dibasahi air mata juga peluh. Di sekeliling gadis itu, kelihatan aura bercahaya.

Nande? Nandayo?!!” (Kenapa? Kenapa?!) jerit Kris kuat, melepaskan geram dalam esakan.

“Kai~” sebutir air jernih tumpah dari tubir mata gadis yang tak bernyawa itu.

“Lepaskan dia, maafkan dia dan lupakan dia” ujar Choa pula. Terbit rasa simpati melihat kedua-dua Kris dan Errie.

“Shut up you!” Kris menengking marah Choa pula.

“Kris! Tak, Kai! saya tak tahu betapa dalamnya percintaan kamu berdua tapi saya yakin pasti awak ada lakukan sesuatu sehingga Errie tidak dapat bersemadi dengan aman dan rohnya berkeliaran dalam rumah ni” Choa membalas dalam nada sedikit tinggi, melawan bunyi marakan api berdekatan.

“Ya! Aku gali kubur dia dan bawa mayatnya ke sini! Aku cuma mahu dia berada dekat dengan aku. Aku nak dia rasa dihargai” ujar Kris sambil melepaskan tumbukan ke lantai. Beberapa butir air mata gugur ke lantai tatkala lelaki itu menunduk.

“Itu tindakan bodoh! Dia layak untuk bersemadi dengan aman. Tindakan awak hanya menyeksa dia! Padanlah dia asyik meminta tolong, dia terseksa! Lepaskan dia!”

“Apa yang kau tahu?!!” Kris menjerit marah.

Kai, sono toki wa, okoranai kara” (mengenai masa lalu, saya takkan marahkan awak), ucapan Errie membuatkan Kris bertambah menyesal.

Tada kimi to itai sou omottanda yo” (Saya cuma nak sentiasa dekat dengan awak), Kris memandang wajah suci gadis itu. Errie tetap dengan senyumannya, yang mana membuatkan Kris bertambah merinduinya.

Atashi wa, zutto zutto zutto, aieru yo” (Saya selama-lama-lamanya mencintai awak).

Ore mo” (saya juga) balas Kris, cuba untuk senyum di hadapan gadis yang disayanginya.

“Lepaskan dia. Dia dah mati dan sudah tiada urusan dengan kita yang masih hidup”  ujar Choa, menyentuh pegang bahu Kris.

Wasurete ikiteyukeba ii” (Lupakan dan teruskan hidup awak), tambah Errie lagi, melangkah menghampiri Kris dan menyeka air mata lelaki itu. Kris tergamam.

Ichi… Ni…” Chiyaki Errie mula mengira.

Dame! Dame!” (Tak boleh! Tak boleh!), Kris menghalang.

“… San

Kris terdiam dan menhela nafas berat sebelum menutup mata. “One Two Three Four Five….”

Choa langsung tidak memahami apa yang Kris dan Errie katakan. Errie kemudian memandang Choa, mereka bertentangan mata. “Sono toki wa, chanto sagae yo” ( Datang kepada saya dan carilah saya)

“Dia dah hilang” Kris berhenti mengira apabila mendengar kata-kata Choa. Lelaki itu sekali lagi mendengus nafas berat. 

“Errie” nama itu terukir indah dalam jiwanya.

“Choa, keluar dari sini kalau kau nak selamat” ujar Kris.

“Tidak, saya takkan tinggalkan sunbaenim di sini” Choa menggeleng-geleng sambil mencapai pegang tangan Kris. Tangan lelaki itu licin dibasahi peluh.

“Aku nak mati dalam ni. kalau kau tak nak mati bersama, keluar dari sini” Kris menepis tangan gadis berambut pendek itu.

“Tidak! Tiada siapa akan mati! Kalau saya keluar dari sini seorang diri, saya pasti akan menyesal seumur hidup! Errie dah mati, lupakan dia dan kita yang masih hidup harus teruskan hidup!”

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Marakan api semakin besar, rumah agam milik keluarga Chiyaki semakin lenyap dimakan api. Jungkook melentangkan diri atas tanah berdebu, memandang langit biru yang terhampar di atas. Cahaya matahari membiasi wajahnya yang berminyak dengan peluh sendiri. Nafasnya dihela penuh sesalan. Air mata mengalir di hujung tubir mata, turun mengenai telinganya. Jungkook meluruskan tangan ke atas, seolah cuba mencapai ketulan awan yang tergantung di langit. Tidak seperti keadaan dirinya, langit kelihatan tenang dengan awan yang berarak dalam harmoni.

“Tolong kami” tuturnya perlahan, seolah berdoa kepada langit di atas, mengharapkan tuhan mendengar rintihannya. Dalam hatinya, Jungkook bimbangkan semua orang. Dengan tangan yang masih tidak turun, Jungkook cuba melelapkan mata, ingin lari daripada kekecohan dan kekalutan, ingin bermimpi yang mereka semua selamat.

Dalam ketika Jungkook cuba mencari ketenangan itu, telinganya menangkap bunyi sesuatu yang berderum di ruang udara. Jungkook tersentak lalu bangkit duduk, melihat sebuah objek besi yang semakin menghampirinya. Jungkook tersenyum dan sekali lagi air mata tumpah membasahi pipi.

“Hyung!!” jerit Jungkook. “Jonghyun hyung!”

Deruman enjin helikopter membingitkan  dan pokok-pokok sekeliling bergerak liuk lentok ditiup angin kuat biasan bilahan kipas helikopter. Jonghyun menjenguk lihat ke bawah, mendapati villa Chiyaki itu sedang terbakar. Dari atas juga, Jonghyun melihat Jungkook melambai-lambai serta dua orang gadis yang terbaring berdekatannya. Pembantu Kwok mulai resah apabila tidak menemui kelibat tuan mudanya.

“Turunkan kami cepat” Jonghyun berkata sambil memberi isyarat kepada pemandu helikopter untuk membuat pendaratan.

“Jungkook!” Jonghyun berlari ke arah pelajar tahun satu itu setelah helikopter selamat mendarat. Bilah kipas helikopter yang berpusing laju tadi semakin perlahan. Pembantu Kwok turut berlari, menuruti Jonghyun.

“Mana semua orang? Mana Baekhyun?” soal Jonghyun setelah mendapatkan Jungkook, terkejut melihat pelajar junior itu yang luka. Kemudian Jonghyun perasan akan Namjoo yang terbaring di atas tanah, tidak sedarkan diri.

“Namjoo! Namjoo!” Jonghyun mendapatkan Namjoo pula.

“Dia tak apa-apa, cuma pengsan.” Ujar Jungkook. Lega kerana Jonghyun berjaya menemui mereka di kawasan villa tersebut.

“Baekhyun? Naeun? Yubi?” Jonghyun bertanyakan mengenai ahli lain.

“Baekhyun hyung masih ada di dalam, cari Yubi dan Suho” tambah Jungkook lagi. Pembantu Kwok bertambah risau apabila dapat tahu tuan mudanya masih berada dalam rumah tersebut sedangkan depan mata mereka, rumah itu sedang terbakar.

Jonghyun lantas berpaling menoleh pandang ke arah villa tersebut. Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar kata-kata Jungkook. Dalam pandangan mereka, api yang marak terus memuntahkan asap hitam yang mencemarkan udara.

“Pembantu Kwok, telefon bomba dan polis…” Jonghyun menarik nafas dalam dan perlahan-lahan menghembus dengan sesalan juga kerisauan sambil menambah “… dan ambulans. Suruh mereka hantar pasukan udara”

Pembantu Kwok mendail tekan nombor kecemasan dengan laju. Hatinya tidak senang.

Jonghyun menggenggam erat buku limanya dan tekad ingin melompat masuk ke dalam marakan api tersebut. Kakinya berlari masuk, dengan harapan untuk menyelamatkan ahlinya yang lain.

“Hyung!” jerit Jungkook, cuba menahan tapi tidak dipedulikan oleh Jonghyun.

“Baekhyun! Naeun! Yubi!” Jonghyun menjerit nama ahlinya. Berpusing dia melilau sekeling di kawasan ruang tamu itu sambil menahan bahang kepanasan api dan asap yang tebal. Jonghyun pening pana melihat marakan api. Mana ahlinya? Mana Baekhyun?

“Hyung, aku takut aku tak mampu untuk ketuai kes ni. Selama ni aku bergantung pada kau, tapi kalau kau tak pergi sekali dalam kes ni, aku tak berani jamin aku mampu selesaikan kes tersebut”

“Baekhyun! Mana kau?!”

“Oppa!”

Jonghyun mendengar jeritan panggilan dari seseorang. Jonghyun berpusing, memincingkan mata, mencari punca suara yang didengari itu.

“Oppa! Atas ni!”

Jonghyun menoleh pandang ke arah tangga di mana seorang gadis bersama seorang lelaki.

“Yubi!” Jonghyun berlari ke arah mereka, melawan bahang api panas di setiap anak tangga. Kemudian Jonghyun perasan yang lelaki itu sedang menggendong dukung Baekhyun di belakang badannya.

Wajah kedua-dua Baekhyun dan lelaki itu pucat keletihan dan comot dihitami asap.

“Mari kita keluar dari sini” Jonghyun membantu lelaki itu memapah Baekhyun yang sudah tidak sedarkan diri. Badan Baekhyun menggigil dan Jonghyun perasan akan lengan kanan Baekhyun yang berlumuran darah merah.

Suho cuba melangkah tapi pandangannya semakin kabur dan pening. Anak tangga yang dipijak juga seperti tidak terasa. Kakinya lemah longlai.

“Kau Suho kan? Pewaris tunggal Kumpulan Kim kan? Pembantu Kwok dah menunggu kau di luar” ujar Jonghyun sambil menstabilkan Baekhyun di belakang badannya lalu melangkah laju menuruni tangga, berlari ke arah pintu utama untuk keluar.

“Suho” Yubi mencapai pegang lengan lelaki itu yang hampir rebah.

“Awak mesti kuatkan semangat. Kita akan selamat” ujar Yubi, sambil meletakkan lengan Suho atas bahunya, membantu lelaki itu melangkah dengan selamat, walhal kakinya sendiri masih sakit kerana terseliuh tadi. Yubi melihat Jonghyun berlari keluar sambil mendukung abangnya dan gadis itu mahu kedua-dua Baekhyun dan Suho selamat.

“Pembantu Kwon! Dapatkan topeng oksigen dengan peti bantuan kecemasan dalam helikopter! Cepat!” Jonghyun memberi arahan sambil membaringkan Baekhyun setelah selamat keluar dari villa tersebut.

“Dia ditembak tadi” Jungkook menjelaskan, dapat melihat riak Jonghyun yang terkejut melihat Baekhyun yang teruk berdarah.

Jonghyun laju membuka koyakkan baju Baekhyun dan melihat luka pada lengan kanan lelaki itu. “Siapa tembak dia? Kai? kenapa tak halang?!” suara Jonghyun seperti marah, cemas.

Jungkook tertunduk, bersalah. Dia tak mampu untuk melindungi Baekhyun, malah menyusahkan lelaki itu.

“Oppa!” Jonghyun menoleh pandang Naeun yang berlari ke arahnya. Naeun terus berlari dan memeluk Jonghyun. Sebaik mendakap ketuanya, Naeun terus menangis, seperti tidak percaya yang Jonghyun sudah datang untuk selamatkan mereka. Presiden Kelab Sherlock juga terkejut melihat keadaan Naeun, dan bau yang tidak enak pada Naeun. Jonghyun melihat seorang lelaki sedang mendukung seorang gadis dalam keadaan lemah. Mereka berdua basah lenjun.

“Apa yang terjadi?” soal Jonghyun sambil menyeka air mata Naeun dan membelai lembut kepala Naeun. “Macam-macam yang terjadi” balas Naeun dalam esakan. Kemudian perasan akan Baekhyun yang cedera parah.

“Apa yang terjadi pada Baekhyun?” soal Naeun pula, tidak mengetahui yang Baekhyun telah ditembak pada lengan kanannya.

“Kris tembak dia masa dia lindungi aku” ujar Jackson mencelah sambil membaringkan Youngji. Gadis itu kehilangan banyak tenaga. Jackson tidak mengenali lelaki yang sedang memangku riba Baekhyun itu tapi Jackson dapat mengagak yang itu pasti presiden Kelab Sherlock iaitu Kim Jonghyun.

“Tolong aku” rintih Yubi sambil memapah Suho. Naeun terus berlari membantu kawannya.

“Tuan muda!” Pembantu Kwok mendapatkan Suho yang kelihatan lemah. Hati kecilnya menangis lihat tuan muda kesayangannya dalam keadaan sedemikian.

“Kau datang juga?” Suho masih sempat tersenyum, melihat kelibat pembantu peribadinya itu berada di sisinya. Pembantu Kwok membantu menyarungkan topeng oksigen kepada Suho. Yubi yang turut keletihan, merebahkan diri di sebelah Suho. Jarinya  masih berkunci dalam genggaman Suho.

Jungkook pula sibuk membantu Jonghyun membuat rawatan kecemasan ke atas Baekhyun. Jackson kemudian sedar yang ahlinya masih tidak mencukupi. Jackson menerjah tanya kepada Jungkook. “Mana Choa? Mana Choa dan Kris?!”

“Saya tak tahu kemana Kris bawa Choa” luah Jungkook jujur.

“Mereka masih berada dalam villa tu?” soal Jonghyun pula, tangannya sudah dikotori darah Baekhyun.

Mereka semua mengalihkan pandangan pada villa Chiyaki itu.

“Tak.. tak mungkin. Choa”

Ketika itu, mereka semua beranggapan tak mungkin Choa dan Kris dapat selamat berada dalam villa tersebut yang mana hampir menjadi abu debu. Dengan marakan api yang panas dan membakar di keseluruhan tempat, mustahil mereka berdua dapat selamatkan diri. Kemudian keajaiban berlaku.

“Lari!!!!!!” mereka mendengar jeritan nyaring seorang gadis, sesaat kemudian melihat Choa bersama Kris berlari keluar dari villa tersebut, merempuh marakan api di pintu utama.

“Lari!!!!” jerit Choa lagi.

Booommm!!!!

Satu letupan besar meletup dalam villa tersebut. Choa dan Kris yang masih lagi berlari terus tercampak ke hadapan apabila angin kuat menolak mereka. Kris dan Choa jatuh bergolek di atas tanah.

>>>>>>>>>>>> 

Kris cuba mengintai melalui celahan jari halus Errie yang menutup matanya. Langkahnya tersangkut-sangkut.

Dame!” (Tak boleh!) tegas Errie, merapatkan celahan jarinya yang menutup mata Kris. Dia memimpin langkah lelaki itu perlahan-lahan. Beberapa langkah ke hadapan kemudian baru Errie menurunkan tangannya. “Surprise!” ujarnya.

Terkebil-kebil mata Kris, silau dengan cahaya yang terang. Kris memandang rumah agam yang terbentang luas di hadapannya, milik keluarga Chiyaki yang dibina atas tanah Korea itu.

Nani?” (Apa?) Kris kebingungan.

Hora” (Nah), Errie menghulurkan segugus kunci. Kris menyambutnya dengan perasaan bingung. Dia memandang anak kunci tersebut.

Nani kore?” (Apa ni?) soal Kris lagi, tidak dapat tangkap apa yang Errie sedang lakukan.

Kangi” (kunci), jawab Errie sambil ketawa kecil. Geli hati melihat riak Kris yang bingung.

“Errie!” Kris menjeling teman wanitanya, tidak suka dipermainkan.

Errie menjengketkan kakinya, mendekati pegang bahu lelaki yang lebih tinggi darinya itu. “Prezento” bisik Errie rapat ke telinga Kris. Riak lelaki itu terus berubah, terkejut.

Eh?! Kono uchi wo?” (Eh?! Rumah ni?) soal Kris seperti tidak dapat mempercayai, malah Errie sering bergurau dengannya.

Errie hanya tersenyum dan mengangguk.


Sunbae/sunbaenim= Senior
Hyung= Abang(Pnggilan dari lelaki)
Oppa=Abang (Pggilan dri perempuan)
just one more bab je.. :D ready for ending ye subbie tersayang..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe