Antara subuh dan senja

Dilarang Masuk

Dalam keadaan kelam kabut di ruang makan itu, Kris mencapai tarik lengan Choa. Gadis itu terkejut dan tidak sempat melawan apabila hujung pistol diacukan pada kepalanya.

“Apa kau nak buat dengan dia?!” Baekhyun menahan pegang lagi sebelah lengan Choa. Walaupun tangannya sakit, Baekhyun enggan Kris berbuat apa-apa terhadap gadis itu. Kris lalu menendang tangan Baekhyun dan membawa Choa keluar dari ruang makan itu. Kedua-dua Baekhyun dan Jungkook tidak mampu menghalang. Baekhyun menggigit bibir, geram kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Asap mula masuk ke dalam ruang makan itu, ‘memutihkan’ keadaan.

“Hyung, apa patut kita buat sekarang?” soal Jungkook panik.

“Kita mesti keluar cepat. Tempat ini akan terbakar” balas Baekhyun sambil menggagahkan diri untuk bangkit. Baekhyun duduk mencangkung di hadapan lelaki junior itu.

“Cepat naik belakang aku”

Jungkook pana seketika, memandang belakang badan Baekhyun. “Hyung nak dukung saya?” soalnya naif.

“Cepatlah!” Baekhyun menggesa. Darah pada lengannya masih tidak berhenti mengalir. “Kau nak mati dalam ni ke? Kita mesti keluar dengan cepat!”

“Tapi tangan hyung~” dalih Jungkook lagi. Dia bertambah kasihan melihat tangan kanan Baekhyun mula menggeletar.

“Tangan aku yang sakit, bukan kaki aku! Cepatlah budak baru! Takkan aku nak biarkan kau di sini” gesa Baekhyun dalam nada marah.

“Hyung, maafkan saya” ujar Jungkook lalu mendekati belakang badan Baekhyun dan membiarkan timbalan presiden itu mengangkat dukungnya.

“Lepas ni, aku harap kau takkan lupa jasa aku” ujar Baekhyun sambil bangkit berdiri dengan menggendong Jungkook di belakang badannya. Tangannya masih terasa sakit tapi ditahannya.

>>>>>>>>>>> 

“Youngji!!”

Jackson berlari apabila mendengar seseorang menjerit nama Youngji. Jackson mengejar punca suara tersebut yang membawanya ke sebuah laman terbiar di kawasan belakang villa Chiyaki itu. Anak muda berdarah cina itu terperanjat apabila melihat keadaan laman tersebut yang pertama kali dilihatnya dan mula menghidu bau yang busuk.

“Naeun!” Jackson mendapati Naeun berada di tepi sebuah kolam sederhana besar. Kolam yang kotor berwarna hijau tua dan menakutkan.

“Jackson” Naeun memanggil lelaki itu. Jackson menahan diri dengan bau yang dihidunya dan menghampiri Naeun.

“Mana Youngji?” soalnya.

“Youngji masuk dalam kolam tu. Chiyaki Errie. Hantu tu tarik Youngji masuk ke dalam kolam” cerita Naeun dalam tangisan. Dia berasa kecewa juga bersalah kerana terlambat untuk menyelamatkan Youngji tadi. Naeun tersedar selepas terdengar bunyi letupan yang kuat dari dalam villa.

Jackson memandang kolam tersebut. “Dia ada dalam tu?!” mata Jackson membulat. Terkejut juga takut.

“Selamatkan dia. Awak mesti selamatkan dia” Naeun merayu sambil menangis.

Jackson meneguk air liur lalu menanggalkan kasutnya. Dia tekad. Demi Youngji. Jackson lalu melompat terjun ke dalam kolam yang kotor itu dan menyelam mencari Youngji.

Naeun menunggu di tepi kolam, berharap dan terus berharap.

>>>>>>>>

Dahi Yubi mula berpeluh dan dia terhidu bau asap api. Kemudian gadis itu tersedar.

“Apa yang terjadi?” Yubi bangkit duduk sambil melilau pandang sekeliling. Kemudian mengimbas apa yang berlaku terhadap dirinya sehingga dia boleh tidak sedarkan diri.

“Suho!”

Yubi lalu meluru mendapatkan Suho yang terbaring atas lantai, kemudian teringat yang mereka diserang oleh pengirim surat merah itu iaitu Kris.

“Suho, bangun!” Yubi mengangkat pangku Suho atas ribanya. Yubi kemudian perasan akan cecair merah yang mengenai pada tangannya sebaik mengangkat pegang kepala lelaki itu.

“Darah” Yubi mula cemas dan menggoncang badan lelaki itu. “Suho! Suho! Bangun! Jangan mati!”

>>>>>>>>>>>>>>> 

Naeun terus menangis di tepi kolam sementara Jackson sudahpun terjun lompat ke dalam kolam tersebut untuk mencari Youngji. Naeun ketakutan apabila berada di situ sendirian, juga risau akan Youngji. Tidak lama kemudian, Jackson timbul ke permukaan air, tercungap-cungap mencari udara.

“Youngji!” Naeun menjerit lega melihat Jackson menarik sama Youngji ke permukaan darat. Naeun turut membantu menarik gadis yang basah lenjun itu.

Jackson terbaring kepenatan atas rumpun liar di tepi kolam, dadanya berombak mengah. Rambutnya basah dan terlekat beberapa rumpai air yang kotor. Badannya juga berbau busuk.

Naeun segera menekup tutup mulut dan hidungnya menggunakan kedua-dua belah tangan. Tidak tahan dengan bau busuk yang ikut naik bersama Jackson dan Youngji. Naeun menoleh ke kiri lalu muntah. Bau busuk yang dihidu membuatkan tekaknya mual.

Youngji juga baring kepenatan, tercungap-cungap menghidup udara sambil batuk-batuk. Keadaannya sama seperti Jackson yang terbaring di sebelahnya. Dia memegang erat tangan lelaki itu, tidak melepaskan. Youngji tidak dapat bayangkan apa akan terjadi jika Jackson tidak datang menyelamatkannya.

“Jackson” dia menoleh pandang lelaki yang berjasa itu. “Kau nampak kan?” tuturnya lemah dalam nafas yang masih tidak stabil. Lelaki itu mengangguk.

“Saya lega awak dah selamat” ujar Naeun sambil mengelap sisa muntah berdekatan bibirnya.

“Naeun… dalam kolam tu… ada.. mayat”

“Rasanya itu Chiyaki Errie. Mayat dia”

>>>>>>>>>>>>>>> 

Yubi jadi bertambah cemas apabila asap semakin tebal dan ruang udara menjadi semakin panas. Yubi panik. Dia bangun berlari ke arah pintu masuk, tempatnya masuk tadi melalui lorong rahsia tapi ternyata pintu itu telah dikunci dari luar.

“Buka pintu ni!! ada orang dalam ni!! Tolong buka pintu ni!!” rayu Yubi sambil terbatuk-batuk kerana termakan asap.

Pintu tersebut ditendang beberapa kali tapi tenaganya tidak kuat untuk memecahkan pintu itu. Yubi berlari pula ke arah tingkap. Sebuah tingkap lekap yang tidak boleh dibuka.

“Tolong kami! Tolong kami!” jerit Yubi sambil mengetuk tingkap tersebut dengan tapak tangan. Usahanya gagal. Tingkap tersebut tidak mampu untuk dipecahkan.

“Apa patut aku lakukan? Adakah aku akan mati di sini? Bagaimana dengan Baekhyun nanti?” Yubi tunduk berputus asa sambil terbatuk-batuk. Kepalanya mulai pening akibat terlalu banyak menhidu asap. Yubi merangkak menhampiri Suho. Perlahan-lahan lelaki itu mula sedarkan diri.

“Kat mana ni?” Suho bersuara sambil memegang kepalanya. Terasa berdenyut sakit. Suho rasa panas dan sesak nafas dengan asap yang menyerbu masuk bilik kecil itu. Kemudian benak pandangan anak muda itu dipenuhi cahaya jingga apabila dia melihat api naik marak, memakan dinding bilik. Gambar-gambar yang disusun atas lantai disambar api dengan cepat.

“Yubi!” Suho memanggil Yubi yang terbatuk-batuk, mengerikot baring atas lantai.

“Suho~” balas Yubi lemah, lega mendengar suara lelaki itu.

Suho menhampiri gadis itu, membantunya bangkit bangun. “ Kita mesti keluar dari sini. Bilik ni akan terbakar” ujarnya sambil menahan sakit di kepala.

“Pintu tu dah berkunci, macam mana kita nak keluar dari sini?”

Suho menerpa ke arah tingkap dan sekilas menoleh pandang api yang sudah marak di dinding belakangnya. “Kita mesti pecahkan tingkap ni, kita keluar ikut sini” tekad Suho.

Anak muda itu menolak Yubi ke tepi sebelum mengundur beberapa langkah. Yubi berasa sesak, sukar bernafas dan panas. Gadis itu takut melihat api yang semakin dekat dengannya. Asap semakin tebal, melemaskan mereka berdua.

“1 2 3!” Suho menerpa, cuba memecahkan kaca tingkap dengan sikunya. Usaha pertamanya gagal. Suho mencuba berulang kali sehingga timbul retakan pada kaca cermin tingkap tersebut.

“Jangan risau Yubi. Kita akan keluar dari sini” ujar Suho sebelum sekali lagi cuba memecahkan kaca tingkap menggunakan sikunya. Kaca pecah berderaian membebaskan asap keluar daripada bilik tersebut.

“Cepat Yubi! Kita keluar ikut tingkap ni” gesa Suho apabila api semakin hampir dengan mereka. Bahang panas api hampir membakar belakang badannya. “Yubi!!” jerit Suho melihat gadis itu lemah, hampir rebah ke lantai. Yubi tersentak apabila mendengar suara Suho lalu mencari sisa kekuatan dalam dirinya dan melawan kelemahannya.

Suho memecahkan serpihan kaca yang masih terlekat pada bingkai tingkap. Lelaki itu membantu Yubi untuk memanjat pijak tetingkap tersebut.

“Suho, ini terlalu tinggi. Saya takut nak lompat” luah Yubi, gerun memandang tanah yang berada bawahnya.

“Sana, balkoni bilik Chiyaki Errie. Kita lompat ke sana dan keluar melalui bilik tersebut” Suho mengeluarkan idea di saat genting itu. Yubi tiada pilihan selain bersetuju jika dia tidak mahu menjadi abu dalam villa tersebut.

“Suho, saya takut” Yubi masih rasa gementar. Angin di tingkat tiga itu pula seperti membisikkan kata yang menjatuhkan semangat gadis itu. Tanah yang tenang di bawah pula seperti memanggil-manggil Yubi. Adik Byun Baekhyun itu takut andai terjatuh dari ketinggian tersebut. Lengan Suho dipegang kuat.

“Yubi, awak perenang kan?” Suho berdiri rapat belakang gadis itu. “Bayangkan depan awak ni sekarang ialah kolam renang yang luas dengan air yang biru jernih. Bayangkan pula balkoni tu pula ialah garisan renang awak.” Suho membisikkan kata-kata semangat.

Yubi memejam mata seketika, cuba membayangkan apa yang Suho bisikkan. Seketika itu juga, Yubi dapat membuang rasa gemuruhnya, bunyi marakan api di belakangnya tidak lagi didengari sebaliknya Yubi mendengar suara gemuruh menyokongnya. Kemudian Yubi membuka mata, dan mengangguk. Perlahan-lahan Suho melepaskan tangan Yubi. Gadis itu melompat terjun.

>>>>>>>>>>>> 

Baekhyun dan Jungkook terjatuh atas tanah berdekatan dengan Namjoo.

“Aaahhhh!!” Baekhyun mengerang kesakitan sambil memegang tutup lukanya yang masih berdarah.

“Hyung!” Jungkook pula diselubungi rasa bersalah. Baekhyun mencabut buka cebisan baju Choa yang membalut lukanya. Cebisan tersebut juga dilenjuni darah merah. Baekhyun terus menerus menahan pedih luka ditembak itu. Lengannya juga terketar-ketar, merasai kesakitan ditembusi peluru.

Jungkook membuka bajunya, dan diikat pada lengan Baekhyun, menggantikan cebisan baju Choa tadi. Baekhyun mengetap gigi, menahan sakit.

“Hyung nak pergi mana?” soal Jungkook, bimbang melihat keadaan Baekhyun yang masih berluka. Jika luka tersebut tidak dirawat, padahnya mungkin akan lebih teruk. Baekhyun tidak mempedulikan Jungkook dan berjalan masuk semula ke dalam villa Chiyaki itu.

“Hyung!” Jungkook menjerit, cuba menghalang. “Hyung!”

“Aku nak kotakan janji aku” jawab Baekhyun, lemah ketar. Matanya berair merah dan mulutnya turut berdarah kerana mengetap gigi terlalu kuat. Baekhyun masuk semula ke dalam villa itu walaupun api sedang memakan villa tersebut.

“Baekhyun, janji pada mama nanti kamu akan jaga adik kamu”

Mata Baekhyun berpinar-pinar melihat marakan api di ruang tamu dalam villa itu. Bahang panas api membuatkan peluh lelaki itu turun berjurai-jurai.

“Yubi!!”

>>>>>>>>>>>>> 

“Ahhhkk!”

Yubi mengaduh sakit. Buku lalinya terseliuh.

“Yubi, awak tak apa-apa?” kedengaran Suho bertanya dari atas. Yubi mendongak pandang dan mengangkat tunjuk ibu jarinya. “Saya ok” jawabnya, berbohong. “Giliran awak pula”

Yubi mengundur masuk ke dalam bilik, memberi ruang untuk Suho mendarat sebaik selesai lompat. Suho menghela nafas berat sebelum melompat terjun. Malang kerana lompatannya tidak mengenai sasaran.

“Ah!” Suho memijak pagar balkoni dan terjatuh ke belakang.

“Suho!” Yubi segera mencapai pegang tangan lelaki itu. Suho tergantung di udara.

“Jangan risau, saya dapat awak” Yubi bersuara kuat sambil menahan berat Suho. Gadis itu mengetap gigi.

“Yubi~” Suho merasa kasihan melihat Yubi seperti menanggung kesakitan. Namun dalam masa yang sama, Suho enggan melepaskan tangan gadis itu. Suho tidak mahu terjatuh ke bawah.

“Suho, tangan awak licin. Pegang kuat-kuat” Yubi cuba menguatkan genggaman tapi tangan mereka berdua berpeluh.

“Suho!” tangan Yubi mula ketar. “Saya…”

“Jangan lepaskan!”

Suho terperanjat apabila tangannya disambar oleh Baekhyun secara tiba-tiba. Baekhyun menggunakan tangan kirinya yang tidak cedera untuk memegang tangan Suho.

“Kita tarik dia sama-sama” ujar Baekhyun kepada adiknya. Yubi mengangguk laju. Bersatu tenaga dengan adiknya, Baekhyun sedaya upaya menarik Suho ke  balkoni semula walaupun tangannya sakit.

“Arrgh!” ketiga-tiga mereka jatuh terduduk di balkoni setelah berjaya menarik Suho dengan selamat.

“Baekhyun!” Yubi terus memeluk abang kembarnya. “Nasib baik kau datang, aku rasa macam dah nak mati” gadis itu merengek dalam pelukan Baekhyun.

“Baekhyun, tangan kau” Suho lalu perasan akan luka di tangan kanan Baekhyun. Baju lelaki itu dikotori darah dan peluh.

“Dah, jangan menangis. Kita perlu keluar dari sini cepat” Baekhyun menyeka air mata adiknya dan mengelap wajah Yubi yang comot hitam kerana asap api.

>>>>>>>>>>>>>>> 

Kris menarik kasar tangan Choa di belakangnya. Dadanya berombak marah. Barannya membuak. Marakan api di kiri dan kanannya yang memakan dinding tidak dipedulikan.

“Mana sunbaenim nak bawa saya?” Choa rasa sakit tangannya digenggam kasar. Peluh mula membasahi dahi dan sekitar anak rambutnya.

“Sunbae!” Choa membentak. Kris masih berpura-pura tidak mendengar, terus menarik tangan gadis itu, berjalan melalui dari lorong ke lorong .

“Kai!” jerit Choa.

Kris berhenti apabila Choa memanggil nama tersebut. Choa juga tersentak apabila Kris berhenti mengejut.

“Kau tak layak panggil aku dengan nama tu!!” Kris menyeringai marah.

“Ma…maafkan saya” tutur Choa, terperanjat kerana dimarahi Kris.

“Ini semua salah kau! Salah kau! Berani kau cakap yang roh Errie ada dalam rumah ni! dia tak mungkin menjadi hantu! Errie tak berdendam dengan sesiapa!” suara Kris menengking marah. Tangan Choa masih tidak dilepaskan.

Mata Choa mula berair, malah dia kepenatan. Bahang api dirasakan panas membakar kulitnya. Bajunya dilenjuni peluh. Wajahnya juga comot kehitaman asap. Choa lalu menarik tangannya dengan kasar.

“Saya tak suruh pun sesiapa percayakan saya!” Choa menengking balas. Air matanya bergenang di tubir mata sambil melirik jeling lelaki di depannya. “Saya cuma cakap perkara yang benar! Saya nampak dia. Takkan saya nak pura-pura pula yang saya …”

Kris menggenggam kuat buku limanya. Pada malam Choa memberitahu yang Errie menyerang Youngji dalam bilik air, hati lelaki itu berdetak marah. Di saat Jackson dan Youngji percaya yang Errie menjadi hantu, Kris ingin menjerit menafikannya. Kris tidak dapat menerima hakikat tersebut dan berang lalu memecahkan cermin tingkap bilik Chiyaki Errie.

“Sun.. bae.. Chi Chi Chi..Ya Ki” suara Choa tergagap-gagap. Jarinya diangkat, menuding tunjuk sesuatu di belakang Kris. Lelaki itu kemudian menoleh pandang belakangnya.

“Errie”

Mata Kris membulat, terkejut melihat apa di depan matanya. Seorang gadis tersenyum manis dengan baju putih lembut yang tersarung, tidak memakai kasut memijak lantai dengan kakinya yang mulus. Rambutnya yang panjang beralun lembut bagaikan ada angin di lorong tersebut.

“Kai~” gadis itu bersuara.

Choa mengundur selangkah ke belakang, terkejut. Ini kali pertama dia melihat roh yang sempurna cantik sedemikian, malah itu juga kali pertama Choa melihat roh Errie tersenyum, berbeza dengan wajah yang menakutkan ketika mencekik Choa tempoh hari.

“Itu… Chiyaki Errie kan?”

“Errie” Kris melangkah ke depan, ingin menghampiri peluk gadis itu. Namun Errie mengundur.

Dame” (tak boleh), gadis itu menggeleng, masih lagi tersenyum.

Kris menghentikan langkah, tidak berkelip memandang Errie. Tiga tahun, suara tersebut tidak didengari, tiga tahun Kris tidak melihat senyuman manis itu, tiga tahun Kris tidak dapat menyentuh pegang gadis itu. Kali pertama Kris melihat Errie setelah tiga tahun ialah pada malam Baekhyun dicekik oleh jelmaan hantu gadis tersebut.

Kali terakhir Kris melihat gadis itu sebelum Errie membunuh diri ialah ketika percutian musim panas di Okinawa. Wajah gadis yang berada di depannya itu kelihatan tidak berubah walaupun sudah tiga tahun berlalu. Kris sangat merindui teman wanitanya itu. Kris merindui rengekan dan dakapan manja Errie, merindui teguran dan segala nasihat gadis yang lebih muda darinya itu. Cintanya terhadap Errie terlalu mendalam.

“Errie!” air mata Kris mengalir membasahi pipinya yang berminyak dengan peluh bahang panas.


*Hyung= Abang (Panggilan dari lelaki)
*Sunbae/sunbaenim= senior

good news, saya dah siapkan cerita ni dan harap sye akan dapat update secepat mungkin.. maaf, sebab saya ade masalah internet sikit.. hmm..anyway, saya harap subscribers masih setia membaca, komen dan teruskan meneka, apa yang akan tejadi pada mereka.. Omo!! Youngji nampak mayat Errie dalam kolam tu.. itu menjelaskan kenapa hantu Errie ada dalam rumah tu.. dan kesian plak kat Baekhyun.. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe