Merah yang sebenar

Dilarang Masuk

Merah yang sebenar

“Suho, apa awak buat tu?” soal Yubi sebaik selesai memeriksa di bilik air dan aneh melihat kelakuan Suho di bahagian tepi almari dalam bilik Chiyaki Errie itu. Serpihan kaca masih bertaburan di atas lantai, dibiarkan tidak berusik. Dengan berhati-hati, Yubi mendekati Suho.

“Yubi, tolong saya sekejap. Alihkan almari ni” ujar Suho, mengetap bibir, menolak almari kayu milik Chiyaki Errie itu sekuat hati. Tanpa banyak soal, Yubi membantunya. Perlahan-lahan, almari tersebut berganjak sedikit jauh dari tempat asalnya.

Sebaik almari beralih, kelihatan sebuah lorong tidak berpintu di dinding belakang almari tersebut. Lorong yang menempatkan laluan ke tingkat tiga.

Yubi tercengang depan lorong yang lurus itu. Langsung tidak menyangka akan ada lorong tersembunyi di sebalik belakang almari kayu itu. Lantas kata-kata Jungkook berputar semula dalam benak fikirannya.

Noona tak rasa pelik?”

“….Lagi menghairankan saya ialah keadaan villa ni sendiri. Kalau dilihat dari luar, villa ni kelihatan seperti tiga tingkat tapi bila kita masuk dalam, hanya ada dua tingkat dan tiada tangga untuk ke tingkat tiga

“Saya rasa ini mungkin laluan rahsia untuk ke tingkat tiga. Laluan rahsia yang digunakan oleh pengirim surat merah tu” ujar Suho berbisik pada Yubi.

“Macam mana awak tahu ada lorong rahsia di belakang almari tu?”

“Bunyi angin” jawab Suho menjelaskan, “Bila saya buka almari tu, suara saya bergema aneh, seperti ada ruang angin di sebalik dinding belakang almari tu. Bila saya fokus betul-betul saya dapat dengar bunyi angin”

Yubi menggigit bibir, memandang lorong yang gelap itu. “Suho, apa kata kita cuba naik. Mungkin ada sesuatu yang kita boleh jumpa di tingkat atas tu”

Suho lantas memandang wajah gadis yang berada di sebelahnya. Melalui pandangan sisi, Suho dapat lihat semangat berani yang mengalir dalam tubuh adik kembar Byun itu. Di sebalik wajah suci dan naif, adanya seorang gadis yang berani dan mempunyai sifat ingin tahu yang kuat bernama Byun Yubi.

Yubi membalas pandangan Suho apabila lama lelaki itu tidak menjawab. “Awak tak nak? Awak takut ke?”

Suho kemudian menggeleng. “Tak. Saya tak takut. Saya janji akan lindungi awak” tekad lelaki itu. Dia menekan butang kecil pada jam tangannya sebelum satu cahaya bulat kecil muncul keluar melalui gadjet tersebut. Suho berjalan di depan Yubi, menaiki tangga sepanjang lorong gelap itu.

Lorong gelap itu beransur-ansur menjadi terang apabila kedua-dua Suho dan Yubi mendekati penghujung lorong, di ruang sebuah bilik dengan tingkap yang terbuka.

“Suho, apa yang Jungkook cakap tu memang betul” ujar Yubi dalam nada terkejut. Matanya membulat memandang sekeliling. Suho mengangguk menyetujui apa yang Yubi katakan.

“….Cuba noona tengok kesan cat di dinding villa ni. Ada yang berbeza ton warna, seolah ada sesuatu yang diletakkan di dinding dengan lama tapi kini telah dialihkan. Kenapa ia dialihkan? Tak nak kita nampak? Yang paling saya pelik ialah tiada satu pun gambar keluarga Chiyaki dalam rumah ni baik di ruang tamu atau bilik-bilik. Seolah sengaja disembunyikan….”

Anak mata mereka beralih pandang pada sebuah potret besar yang disandar tegakkan pada dinding di atas lantai. Kelihatan seorang gadis berambut panjang tersenyum dilakar pada potret tersebut. Senyumannya, pandangan matanya yang suci menyebabkan Suho dan Yubi sukar mempercayai cerita yang gadis itu membunuh kawan baiknya. Suho juga tidak menyangka rupa gadis itu begitu mirip dengan Naeun kerana pada malam Baekhyun diserang, dia tidak dapat melihat jelas wajah gadis itu yang menjelma sebagai hantu.

“Mesti pengirim surat merah tu yang sembunyikan semua gambar-gambar ni” ujar Suho sambil membelek satu persatu gambar yang teratur di atas lantai, kemas berbingkai.

“Suho. Suho, tengok ni. ini bukankah…..” Yubi menarik perhatian Suho, menunjukkan pada sebuah gambar berbingkai di mana Chiyaki Errie berdiri rapat sebelah lelaki muda.

“Macam mana gambar dia ada dalam ni? Dia kenal Chiyaki Errie?”

Suho dan Yubi saling berpandangan. Persoalan dan tekaan menusuk masuk ke dalam fikiran.

“Kita mesti beritahu Baekhyun dan Jackson mengenai perkara ni. Kita juga harus jumpa lelaki ni dan minta penjelasan…” Yubi terhenti, melihat seorang lelaki melangkah senyap di belakang Suho.

“Suho, belakang awak!” teriak Yubi memberi amaran tapi belum sempat Suho mengelak mahupun menoleh belakang, kepalanya dihentuk oleh bingkai gambar yang keras.

“Suho!”

Yubi terkejut melihat Suho jatuh rebah ke lantai. Lalu pandangannya beralih terhadap si pelaku bertanggungjawab.

“Kenapa awak pukul dia?” soal Yubi naif, tidak berganjak. Kaku.

“Aku tak tahu macam mana kau dan Suho boleh jumpa tempat ni, tapi memandangkan rahsia dah diketahui, aku perlu buat sesuatu”

“..Pengirim surat tu pasti dibantu oleh seseorang. Orang itu adalah salah seorang daripada kita 9 orang

“Kau… kau.. pembantu yang Baekhyun maksudkan tu?” Yubi mengundur beberapa langkah ke belakang apabila lelaki itu melangkah menhampirinya. Amaran bunyi kecemasan dalam diri Yubi, memberi isyarat bahawa lelaki di depannya itu bukan lelaki yang baik. Lelaki yang ingin melakukan sesuatu yang buruk terhadapnya. Yubi kecur air liur.

Batsu” (Salah), lelaki itu menggeleng. Dikeluarkan satu botol kecil dari poket seluarnya.

Yubi terus mengundur sehingga badannya bertemu dinding. Yubi berhenti mengundur. Anak matanya menunjukkan ketakutan dalam dirinya. Di saat itu, Yubi berharap Baekhyun akan munculkan diri.

“Aku bukan pembantu tu tapi aku ialah pengirim surat merah tu. Aku ialah Kai”

“Kai? kau.. jadi apa kau nak buat? Baekhyun pasti tahu pasal kau. Dia akan selamatkan aku”

“itu pun kalau dia sempat. Good night” ujar lelaki itu, menghalakan botol kecil yang dikeluarkan tadi pada depan wajah Yubi dan ditekan sembur. Lelaki itu mencekup tutup hidungnya sendiri.

“Good night? Kenapa? Bukankah hari masih si..” Yubi menhidu semburan yang keluar dari botol tersebut dan mula rasa pening. Perlahan-lahan wajah lelaki di depannya itu menjadi semakin kabur dan pandangan gadis itu gelap.

>>>>>>>>>>>> 

Youngji sudahpun lena di atas sofa. Selimut yang ditarik rapat ke dada masih tersemat kemas. Choa juga hampir beberapa kali terlentok namun ditahan matanya agar tidak terlelap. Mata Jungkook juga sembap. Lelaki itu gigih menyalin tulisan yang tertera timbul, tekad ingin mencari cebisan tulisan diari Chiyaki Errie yang hilang. Choa pula setia menemani.

“Waaaa~!” Jungkook mendengus lega sambil bersandar pada sofa. Kerjanya siap.

Choa tersentak. “Kenapa? Dah siap?” soalnya tidak sabar.

Jungkook mengangguk dan menunjukkan helaian kertas yang disalin tadi kepada Choa. Gadis itu memandang kertas tersebut, namun tidak memahami satu patah perkataan pun.

“Sekarang saya dah tahu kenapa Chiyaki Errie bunuh kawan dia dan kita perlu berjumpa dengan Baekhyun. Dia pasti tahu siapa Kai yang sebenar” ujar Jungkook , cuba bangkit berdiri tapi berasa pedih pada tapak kakinya. Lukanya masih berdarah.

“Kenapa?” Choa bertanya lagi.

“Sebab dia adalah perempuan” jawapan Jungkook membuatkan Choa lagi bingung. “Choa, boleh tak awak bantu papah saya, kita perlu cari Baekhyun di tingkat atas dan beritahunya. Jawapan saya ni mungkin betul dan kita boleh pujuk Kai supaya tunjukkan jalan keluar”

“Boleh” Choa mengangguk, kemudian memandang Youngji yang masih terbaring atas sofa. “Tapi, Youngji macam mana?”

“Dia sedang tidur, jadi tak perlu rasanya untuk kejutkan dia. Youngji masih tak sihat”

Choa tiada pilihan lain. Gadis itu membantu papah Jungkook ke tingkat atas. Langkah mereka perlahan dan lambat tapi lama-kelamaan, mereka hilang dari kawasan ruang tamu itu, meninggalkan Youngji sendirian.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Namjoo? Namjoo? Mana awak?”

Kris berpusing melihat tiada kelibat Namjoo dalam ruang bilik tersebut. Kris kehairanan.

“Namjoo” Kris memanggil lagi.

“Kris, saya di sini”

Kris terkejut melihat muka Namjoo tersenggul di pintu almari. Kris lalu bergerak menhampirinya.

“Apa awak buat dalam tu? Kenapa awak masuk dalam almari ni?”

“Awak mesti tak percaya apa yang saya jumpa” ujar Namjoo sambil mengalih buang beberapa kotak yang tersusun rapi dalam almari tersebut. Kotak-kotak kosong yang digunakan untuk mengaburi mata sesiapa yang membuka almari tersebut agar tidak perasan akan apa-apa. “Tengok ni”

Namjoo tersenyum, lega juga berbangga dengan dirinya kerana menemui sebuah anak tangga rahsia yang tersembunyi dalam almari itu. Terdetik hatinya mengharapkan pujian Kris.

“Kita mesti beritahu yang lain pasal ni. Mereka pun pasti terkejut” Namjoo ingin melompat turun keluar dari almari tersebut sebelum ditahan pegang oleh Kris.

“Apa kata kita naik atas dan tengok apa yang ada” Kris menahan, bimbang kerana Namjoo sudah mengetahui rahsianya. Bimbang andai gadis itu akan membongkar rahsia tersebut dan identiti dirinya sebenar iaitu Kai akan terdedah.

Namjoo mengalah dan menuruti kata-kata Kris tanpa banyak berfikir. Mereka menaiki tangga rahsia tersebut yang membawa ke sebuah bilik di tingkat tiga. Namjoo yang pertama kali menjumpai bilik itu, terkejut.

“Namjoo, im sorry”

Secara mengejut Kris menekup mulut gadis itu. Namjoo terkejut namun terlambat untuk dia menjerit meminta tolong. Kris mencapai sehelai tuala dan laju mengikat mulut gadis itu. Namjoo ingin melepaskan diri tapi tangan Kris yang menahannya terlalu kuat baginya. Beberapa kali Namjoo meronta dan menendang-nendang. Kris menyeret Namjoo, membawanya ke atas katil. Tuala yang diikat pada mulut gadis itu menyebabkan suaranya tenggelam tidak berbunyi. Namjoo terus meronta melawan.

“Hrrrrmmm! Hrrrmmm!” Namjoo menjerit tetapi suaranya ditenggelami fabrik kain yang diikat pada mulut. Kain tersebut semakin basah dilenjuni air liur Namjoo. Anak mata Namjoo kemudian melirik pandang sekujur tubuh yang terbaring kaku bersebelahannya di lantai. Tubuh yang terbaring kaku itu juga sepertinya diikat pada tangan kaki serta mulut. Melihat kepada pemakaian orang itu, Namjoo tahu itu ialah Choi Eun Hee, gadis pembantu rumah yang hilang pada malam letupan berlaku.

Kris menunduk memandang Namjoo dan meletakkan jarinya di bibir. “Sshhuuut”

Namjoo terus menggeleng-geleng serta meronta. Kris kemudian mengeluarkan sesuatu dari poketnya yang berupa jarum penyuntik. Dipegang kuat lengan Namjoo dan dicucuk gadis itu dengan ubat tidur. Namjoo dapat rasakan sesuatu mengalir masuk dalam badannya. Perlahan-lahan tuala yang mengikat mulutnya mulai longgar dan Namjoo terus menjerit sekuat hati sebelum pandangannya menjadi kabur. Akhirnya gadis itu rebah tidak sedarkan diri.

“Tak guna!” Jackson merengus geram. Namjoo dan Choi Eun Hee terbaring atas katil, mereka masih berasa penat kesan suntikan yang Kris beri. Baekhyun hanya diam mendengar.

“Kita mesti cari Kris” tekad Jackson geram. Ternyata apa yang Baekhyun katakan adalah benar dan Jackson rasa malu, juga geram dengan Kris.

“Namjoo, kau duduk dalam bilik ni dulu dan tunggu selama 10 minit. Lepas tu kau pergi ke ruang tamu. Yubi dan Jungkook ada di sana” Baekhyun mendekati kawannya itu dan mencapai tangan Namjoo. “Semuanya akan selamat” Baekhyun memberi harapan.

Namjoo hanya mengangguk.


so ya, surprise! and hai kepada new subscribers! terima kasih... lebih 60 subbie.. terharu sangat... domo domo domo arigatou.. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe