Horror Stories
Death Curse“Ya. Saya Jung Eunji,” Eunji tersenyum lalu memberi tunduk hormat.
Senior itu menepuk tangannya sebanyak dua kali agar dia diberi perhatian oleh ahli-ahli yang lain.
“Korang semua, kita ada ahli baru. Nama dia Jung Eunji,” lantang sahaja suara senior itu. Ahli-ahli biliknya tersenyum kepadanya.
“Oh ya! Nama unnie Sandara Park, boleh panggil Sandara unnie. Unnie ketua dalam bilik ni,” senior itu memperkenalkan dirinya kepada Eunji.
Kemudian Sandara memperkenalkan ahli-ahli yang seterusnya. Dia juga memberitahu perkara yang dipersoalkan oleh Eunji sebentar tadi. Sebenarnya, pada malam itu mereka bercadang mahu berborak pasal ‘hantu’ sehingga waktu tidur.
Hantu? Menggeletar kepala lutut Eunji jadinya. Namun dia hanya berlagak biasa sahaja. Mana tahu kejadian yang baru berlaku di sekolahnya akan diceritakan oleh salah seorang ahli di biliknya.
“Korang tahu tak? Sekolah kita ni selepas pukul 12 tengah malam, mesti banyak hantu yang berkeliaran. Baru-baru ni-“ terdengar perkataan ‘baru-baru ni’ Eunji terus berasa minat untuk mendengar cerita berikutnya.
“Baru-baru ni ada seorang budak junior pergi ke tandas waktu malam, lebih kurang pukul 1 macam tu. Selepas tu dia terdengar bunyi tandas dipam. Dia pun gembiralah sebab dia ada ‘kawan’ temankan dia dekat tandas. Tapi dia berasa p
Comments