Eun Ji Or Min Ah?
Death Curse
“Eunji!” “Min Ah!” jerit Kai dan Jungkook serentak. Eunji menoleh ke arah dua orang jejaka itu.
“Min Ah?” sepatah soalan itu keluar daripada mulutnya.
“Awak Min Ah kan?” Kai bertanya dengan suara yang agak lantang kerana jarak mereka berdiri sangat jauh. Eunji tersenyum sinis.
“Min Ah orang yang awak suka tu ke?” Eunji tidak membalas sebarang soalan yang ditujukan kepadanya malah dia lebih kerap bertanya semula. Eunji sempat tersenyum nakal. Budak lelaki ini sudah benar-benar keliru.
“Awak orang yang sama dengan Min Ah kan?” Kai bertanya lagi.
“Awak rasa?” Eunji masih lagi tersenyum sinis. Gadis itu bagai mahu berteka-teki sahaja dengan mereka.
“Tak, kau bukan Min Ah! Eunji, mana kembar aku?!” Jungkook tiba-tiba meninggikan suara.
Kai tampak terkejut. Bila masa pula Jungkook ini ada kembar? Tidak pernah pun dia cerita!
“Kembar?” Eunji tersenyum sambil kening kirinya dijongketkan ke atas.
“Yalah kembar aku si Min Ah! Mana dia?” Jungkook masih tidak berpuas hati.
“Pabo,” perkataan tersebut meniti di bibir Eunji.
“Selama ni aku ingat Min Ah lah kembar aku,” Jungkook dan Kai mengerutkan dahi masing-masing.
“Apa yang awak cakapkan ni Eunji?” Kai menjongketkan kenin
Comments